Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

02 February 2014

Misteri Keluarga Sriwijayamala

Sejarah tanah Melayu adalah sejarah yang sangat panjang, namun memang sangat sukar untuk mencari punca dan kesinambungan sejarah Melayu. Saya terjumpa dengan artikel dari Srikandi yang pada anggapan saya seorang yang pakar juga dalam sejarah. Jom kita baca.

Satu-satunya rekod yang ada tentang keluarga ini adalah dari catatan era Dinasti Sui. Namun pencatat imperial China itu bukan mencatat tentang Sriwijayamala, sebaliknya dia ingin mencatat tentang kerajaan Chih-tu.

Kerajaan Chih-tu (Tanah Merah) adalah kerajaan yang misteri di mana sejarahnya memang 'cross-reference' dengan sejarah Khmer dan Funan. Namanya kedengaran sejauh Chiang Mai di utara Thailand dan persisiran pantai Kedah.

Yang peliknya, tiada seorang pun pengamal sejarah terutamanya sejarah Melayu yang mengkaji dan mengumpul maklumat tentang kerajaan purba ini. Kita perlukan inisiatif dari pengamal sejarah Kelantan kerana setakat ini, teori yang paling terbaik menceritakan kedudukan kerajaan ini ialah terletak di Kelantan.

Sejarah negeri Kedah dan Kelantan amat penting kerana mereka dapat menghubungkan sejarah Melayu yang hilang di sebelah sana; yang telah menjadi sebahagian dari Thailand.Sejarah Melayu di Indochina amat tua, setua tamadun Dongson di Vietnam dan Ban Chiang di Thailand.

Jika orang Melayu di sebelah pantai barat dan Selat Tebrau bercampur dengan kaum-kaum seperti Jawa, Bugis, Minang dan sebagainya, orang Melayu di utara Semenanjung dan Segenting Kra bercampur dengan kaum-kaum seperti Mon, Khmer, Thai, Lao, Burma, Pyu, Dai-Viet dan Cham.Ini adalah keunikan kepada orang-orang Melayu di sana.

Raja-raja Melayu purba campak di mana-mana sahaja, mereka pasti akan 'survive' dengan membina pelabuhan dan perdagangan dan membina kekayaan melalui rangkaian maritim. Kita ambil contoh raja-raja Brunei yang 'survive' di tengah-tengah hutan rimba di Sarawak yang luas, raja Temasek yang membina pelabuhan di Singapura Lama dan raja Melaka yang membina pelabuhan dan berkembang maju dengan cepat.

Pemimpin-pemimpin Melayu sekarang perlu banyak belajar dari moyang mereka cara menguruskan bukan setakat negara, tetapi sebuah empayar yang mengandungi 15 koloni terkaya di Asia Tenggara menurut catatan Chao Ju Kua (Zhou Rugua) dari dinasti Song.

Sumber : ~Srikandi The Elve of History

12 June 2013

Apakah Penemuan Misteri Yang Mereka Temui?


Ahli arkeologi Ireland Utara menemukan rangka seorang remaja perempuan yang mungkin menjadi mangsa pembunuhan misteri kira-kira 600 tahun lalu di sebuah tapak pembinaan jalan di Enniskillen, Fermanagh, baru-baru ini. 

Selain rangka gadis itu, ahli arkeologi turut menemukan kira-kira 4,000 artifak dipercayai daripada zaman pertengahan di lokasi yang pernah menjadi sebuah kawasan penempatan purba tersebut. Rangka remaja perempuan itu yang dipercayai meninggal dunia pada abad ke-15 atau ke-16, tidak dikebumikan di tanah perkuburan yang disediakan dan tidak dilakukan mengikut adat tradisi masyarakat pada zaman itu. Ini membuatkan ahli arkeologi berpendapat berlakunya perbuatan khianat terhadap remaja itu.

Sementara itu, Pengarah Tapak Penggalian, Dr. Nora Bermingham berkata, penemuan tapak itu merupakan kemuncak kepada kariernya. "Saya percaya, pekerja penggalian juga tahu mereka sedang melakukan perkara yang luar biasa yang mungkin tidak akan dijumpai lagi selepas ini,'' katanya hari ini. Antara barang lain yang ditemukan adalah satu permainan papan zaman pertengahan, sebentuk cincin emas, mangkuk yang mempunyai ukiran, kasut kulit dan pakaian daripada pin logam yang dihias dengan baik.

Lebih 2,000 pengunjung telah melawat pusat penggalian itu dalam tempoh tiga hari ia dibuka kepada umum. Kawasan bersejarah itu kini sedang dibangunkan untuk pembinaan jalan raya di Ireland Utara. Bagi tempoh 10 bulan yang lalu, mesin jengkaut telah menemukan pelbagai jenis barangan di kawasan itu yang akan disimpan dan diharap, ia akan dipamerkan kepada orang ramai satu hari nanti.

Bagaimanapun, di sebalik penemuan itu, jentera berat dijangka akan kembali ke kawasan penemuan artifak esok bagi meletakkan konkrit di kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan raya baharu bersempena sidang kemuncak G8 di Fermanagh, Jun ini. Sejak penemuan artifak dan mayat tersebut, pembinaan jalan raya baharu itu mendapat bantahan keras daripada penduduk. Mereka menganggap penempatan yang digelar Drumclay Crannog kira-kira 1,400 tahun lalu bersama peninggalannya, merupakan satu sejarah yang perlu dikekalkan. - AGENSI

20 February 2012

Replika dan Gambar Runtuhan Rumah Rasulallah SAW

Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata: “Saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang bertiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi sabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan badan, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. (Di atas adalah replika rumah Rasulallah SAW yang dibina semula untuk renungan kita.)


Umar menangis. Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”
Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar di dunia ini. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah (utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana). (Disebelah ini pula adalah kesan-kesan runtuhan rumah Baginda SAW.)

(Gambar di sebelah adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as). Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”. Umar menjawab, “tentu, wahai Rasul”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad) Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat,

ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri. Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar di waktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu di siang hari untuk tempat orang-orang duduk” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi) i atas ini adalah


Gambar sebelah adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.








Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Di bawah ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat. Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat-umatnya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras

tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka

Sumber: http://www.tranungkite.net/