Showing posts with label Dari Jendela. Show all posts
Showing posts with label Dari Jendela. Show all posts

22 November 2016

Dari Jendela : Hotel I-City (malam)

Lain sekali permandangan di malam hari. Ada orang kata malam adalah segala kejahatan, betul ke? atau mungkin kah malam ada kebaikkan dan keindahan yang tersendiri.

Lihat sahaja dalam kegelapan malam bandar ini dilimpahi dengan cahaya neon menjadikan ianya seperti lukisan di atas sekeping kanvas hitam.

Foto ini adalah Bandar I-City di Shah Alam yang saya rakamkan dari Hotel I-City semasa saya menghadiri kursus pada awal tahun ini. 

06 September 2016

Dari Jendela : Hotel I-City Shah Alam - Pagi

Pada bulan Mac 2016 yang lalu saya dan  Mardiana, rakan sepejabat telah menghadiri kursus di I-City Hotel, hotel ini terletak di Shah Alam. Kalau dari Melaka memang agak jauh juga. Saya sendiri pun walau telah menetap di Kuala Lumpur melebihi 30 tahun tidak pernah ke hotel ini. Rupanya banyak juga jabatan kerajaan dan agensi swasta yang melaksanakan kursus di hotel ini. Tentu ada keistimewaan tertentu.

Macam biasa saya akan bangun awal pagi dan meninjau apa yang ada di sebalik langsir tebal bilik hotel tersebut. Macam yang saya jangkakan memang betul, saya menikmati keindahan alam ciptaan Illahi yang tidak ada tolok bandingnya dengan ciptaan manusia. Ditambah dengan kerdipan lampu-lampu malap kerana disinari dengan cahaya matahari yang mengintai dari balik banjaran. Wah sungguh sahdu.

Di kejauhan sana kelihatan banjaran gunung dengan langit yang redup, suasana masa itu sangat sahdu dan mengembirakan hati. Keadaan ini sahaja boleh menjadikan semangat baru mengalir dalam tubuh seseorang dan sudah tentu akan mencambahkan idea-idea yang bernas kelak.

30 October 2015

Dari Jendela: Suatu Tempat Cantik di KL

Cantik sungguh permandangan dari sini. Dapat melihat KL tetapi sayangnya masih lagi berjerebu jadi ada pandangan yang berbalam-balam.

Lokasinya? eeem rahsia, jadi jangan tanya

Lihat saya keindahan seni bina bangunan-bangunan yang berhampiran. bangunan dari mana saya aabil foto ini juga tidak kurang hebatnya.

22 August 2015

Dari Jendela: HQ KPDNKK

Antara permandangan bangunan Kerajaan di Putrajaya. Yang ini saya rakamkan dari tingkat 10 di salah sebuah pejabat di KPDNKK Ibu Pejabat.

Cantik dan berseni tapi . . . . . .

Ada lagi pembangunan yang bakal dilaksanakan. Apa agaknya projek tu  . . .. .

Nun jauh di sana kelihatan sebuah jambatan yang saya dan rakan di MinDef panggil jambatan perbendaharaan. Tanda jambatan ini menjadi simbol lokasi untuk berjumpa bila sama-sama hadir untuk tugas rasmi di Putrajaya lama dulu.

24 April 2015

Dari Jendela Majlis Keselamatan Negara Kuala Lumpur

Sebulan yang lepas, iaitu pada 23 Mac 2015 saya berpeluang untuk menghadiri taklimat di Majlis Keselamatan Negara Kuala Lumpur. Pejabatnya berada di tingkat yang tinggi dan dari jendelanya kita boleh melihat permandangan bandaraya Kuala Lumpur.

Nampak kelam dan ianya adalah jerebu yang melanda Kuala Lumpur. Jerebu ini disebabkan oleh cuaca panas, namun begitu ianya tidak sampai ke perengkat bahaya lagi.

Semoga negaraku sentiasa aman damai dan menjadi tempat tinggal rakyatnya yang terbaik dan selamat.

Bangunan pencakar langit dan disulami dengan bangunan lama dan tentunya mempunyai sejarah tersendiri.

29 January 2015

Dari Jendela : Avilion Hotel PD (Bilik Ceramah)

Permandangan di Avilion Hotel ni memang cantik dan saya teringat semasa saya mengunjungi Monaco lama dulu. Monaco merupakan bandar yang mempunyai teluk yang cantik dan besar, jadinya parkir kapal layar dan bot-bot dari bersaiz kecil hingga yang besar sangat. Memanglah boleh kerana teluk mereka lebih luas dari yang ada di Avilion Hotel ini.

Suasana yang damai setiap pagi dan kelihatan macam dalam lukisan membuatkan hati lapang dan tenang sangat. Selama berada di sini setiap pagi saya akan berada beberapa ketika di anjung dewan taklimat hanya untuk menikmati keindahan alam ciptaan Illahi.

Tenang dan damai, apa agaknya berlaku bila ianya dalam keadaan sebaliknya... semoga dijauhkan Allah.

12 December 2014

Dari Jendela (Hadapan) : Impiana Hotel Ipoh

Yang ini adalah foto-foto yang saya ambil dari hadapan koridor bilik hotel di tingkat 5. Cuba perhatikan keunikan awan yang menyembungikan sedikit banjaran di hujung tu. Gumpulan awan yang sangat unit berbentuk lingkaran bulu kambing biri, memutih dan lembut.

Awan ini nampak tebal dan berkumpul memanjang tetapi tidak tinggi, menyebabkan badan gunung tidak kelihatan. Seakan-akan terciptanya satu halangan untuk melihat keseluruahn gunung. Besarnay ciptaan Allah swt ini.

Yang sebenatnya saya baru ini melihat kejadian awan yang tebal dan memanjang ini, sebelum ini saya banyak melihat bentuk awan seperti ini melalui foto-foto yang ada di dalam internet dan yang berlaku di luar negara.

10 December 2014

Dari Jendela (Belakang) - Impiana Hotel Ipoh Perak

Permandangan ini adalah daripada jendela Impiana Hotel, Ipoh, Perak. Saya menghadiri 1 lagi bengkel Jabatan seminggu selepas menghadiri bengkel sektor yang juga dilaksanakan di Ipoh Perak. Kalau semasa di Hiretage Hotel saya ditempatkan di tingkat 10, kali ini saya telah ditempatkan di tingkat 5 sahaja.

Cantik sungguh bumi yang dicipta oleh Allah swt, maha suci pencipta ini yang menjadikan bumi negara tanah airku ini dengan cantik dan indah. Apa tidaknya nun dikejauhan kelihatan banjaran yang menjadi pasak kepada bumi ini, yang menjadi tulang belakang yang memastikan kukuhnya tanah ini.

Dapatkah anda lihat di kaki bukit/ gunung terdapatnya pada kuda yang berbalam-balam.

22 November 2014

Dari Jendela Heritage Hotel Ipoh Perak

Menjadi kebiasaan saya untuk merakamkan permandangan dan aktiviti dari jendela. Jendela yang terpilih adalah pelbagai rupa dan bentuk. kali ini saya nak kongsikan permandangan dari jendela Heritage Hotel, Ipoh Perak.

Paling mengujakan saya adalah latarbelakang bandar ini yang dibayangi oleh Banjaran Titiwangsa, banjaran yang menjadi bumbung kepada negara ini dan nadi kehidupan warganya. Berbalam-balam tetapi teguh berdiri menjungi langit biru tanah airku.

Ipoh sebuah bandaraya yang terzuzun dan mula mengorak langkah sebagai negara menara mencecah awam. Walaupun mungkin belum ada bangunan yang mencecah awam, tetapi ianya sudah pasti dalam perancangan dan pembangunan. Kalau tidak percaya jom kita ronda bandaraya Ipoh dan nilaikan sendiri.

Sebuah kediaman yang saya rasa adalah kepunyaan mantan bos saya. Jika silap maaf saja je!!!!! cantek halaman yang dipenuhi dengan rumput hijau.

Bandaraya Ipoh yang masih penuh dengan kehijauan dan diselang-seli dengan pembangunan.

Saya seakan penjaga jendela..... hanya merakam ciptaan Allah swt dari kamera usang tetapi sangat berjasa.

Apa kata jika mai ke Perak, jangan lupa mengelilingi bandaraya Ipoh.

06 October 2014

Dari Jendela - Cafeteria ISTEC

Kalau dilihat dalam gambar permandangan ini nampak seperti di negara di Eropah atau lebih tepat di suatu kawasan di pendalaman London. Dan musimnya adalah pada musim bunga atau musim panas.

tetapi yang sebenarnya ini adalah di ISTEC yang letaknya tak jauh dari JPWPKL. Saya ke sini bersama dengan teman-teman pejabat untuk menukar selera kami kerana di sini ada kafeteria yang boleh tahan rasanya di samping harga yang agak murah.

Semua gambar ini saya ambil dari kafeteria.

Dari sini kelihatan berbalam-abalm bangunan Kompleks Kerajaan Jalan Duta.

Dan di kejauhan tua kelihatan bangunan IIM



21 September 2014

Dari Jendela : Hadapan JPWPKL

Gara-gara saya akan bertukar ke Melaka saya suka nak berkongsi 3 photo Jabatan saya, mana tahu nanti bila rindu boleh lihat blog ini. Tetapi sehingga kini tak ada berita pun. Sedih bila saya rasa macam dipermainkan.

Alang-alang dah ada fotonya apa salahnya saya teruskan hasrat nak merakamkan foto-foto tu dalam blog saya ni. Untuk makluman anda semua saya ambil foto ini dari tingkat opis saya.

Tu dari sini saya boleh nampak kereta saya di bawah tu... Dan kalau nak tahu tiang lampu sukan (sportlight) yang nampak tu adalah dari Stadium Hoki di hadapan opis kami. Tahu dah kat mana saya kerja kan? 

18 September 2014

Dari Jendela - AnCasa PD

Pada 3 hingga 5 September 2014, saya bersama dengan beberapa pegawai JPWPKL telah menghadiri Kursus di PD. kami menginap di salah sebuah appartment iaitu AnCasa PD.

Saya menginap di tingkat 4 dengan 2 orang lagi pegawai Jabatan. Permandangan dari jendela bilik saya.

Tak banyak yang menarik kerana di hadapan saya hanya belukar yang belum diterokai, entah bilalah nasib dia akan berubah menjadi gersang apabila manusia memulakan projek mereka nanti.

10 September 2014

Dari Jendela - Duta 1 JPWPKL

Permandangan dari pejabat saya di JPWPKL. Permandangan ini adalah dari tingkat tertinggi di Jabatan kami. Yang sebenarnya bangunan utama jabatan ini bukannya tinggi sangat pun.

3 blok di hadapan tu adalah bangunan Jabatan Hasil yang terletak di Komplek Kerajaan Jalan Duta, manakala kelihatan padang kecil di hadapan sebuah dewan yang kelihatan sangat kecil dalam kompoun Jabatan.

Cantiknya langit yang bewarna biru yang menunjukkan panasnya pada masa ini.

23 August 2014

Dari Jendela : KIP Seri Bintang

KIP Seri Bintang merupakan salah sebuah KIP di dalam Kuala Lumpur. Pentadbirannya di bawah JPWPKL. Dulu KIP ini merupakan satu-satunya KIP yang mempunyai lif kerana bangunan KIP ini mempunyai 8 tingkat termasuk tingkat bawah.

Permandangan dari KIP yang menggambarkan seakan-akan mendung tetapi sebaliknya adalah disebabkan tingkap KIP yang tidak dibersihkan.

Kelihatan SK Seri Bintang dari sini. Bagi anak-anak yang mendiami KIP ini memang sangat mudah bagi mereka kerana KIP ini berada di dalam sekolah mereka. Mereka tidak dirunsingkan dengan pengangkutan dan ibu bapa dapat mengawasi anak-anak dengan lebih mudah.