Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

05 August 2013

Rasanya Malam Tadi Lailatul Qadar

Betul ke malam tadi lailatul qadar - ini pandangan saya saja, rasanya macam betul malam tadi adalah lailatul qadar melihat kepada tanda-tandanya. Pagi ini keadaan nampak sangat tenang dan nyaman walaupun begitu saya masih lagi belum berkesempatan melihat keadaan pancaran matahari pagi, adakah ianya nampak seperti berkabus atau pancaran terus dan terik ke bumi.

Apa pun kepada kawan-kawan yang berjaya beriktikaf malam tadi tahniah kerana orang beramal dan berdoa di malam qadar akan dirahmati dan doanya akan diperkenankan oleh Allah.

Jika malam tadi bukan lailatul qadar maka kita masih ada lagi satu malam iaitu pada malam ke29 untuk beramal, kerana amalan lailatul qadar adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Kerana saya pun kurang pasti, insyallah saya akan terus mencari malam lailatul qadar pada malam ke29 nanti, masa itu saya sudah berada di kampong insyallah - semoga diperkenankan oleh Allah swt.

04 August 2013

Bila Agaknya Lailatul Qadar 1434H

Bertahun-tahun saya mencuba mencari malam yang lebih baik dari malam 1,000 bulan, iaitu lailatul qadar. Pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad saw (Selawat Dan Salam Ke atas Baginda beserta dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda). Adalah Malam Qadar Berlaku Pada Satu Malam Daripada 10 Malam Terakhir (Hari Ganjil) Bulan Ramadhan.

Di Bawah ini adalah Petua dan Pengiraan Oleh Imam Ghazali Dan Lain-Lain Ulama’ bagaimana Untuk Cari Mencari Malam Lailatul Qadar. Formulanya seperti berikut:

Jika Awal Ramadhan Jatuh Pada Hari:

1)  Ahad Atau Rabu - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 29 Ramadhan;

2)  Isnin - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 21 Ramadhan;

3)  Selasa Atau Jumaat - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 27 Ramadhan;

4)  Khamis - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 25 Ramadhan; dan

5)  Sabtu - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 6 Ogos 2013 (Selasa), iaitu malam lusalah kawan-kawanku. Dalam takwim Islam hari baru menjelang sebaik sahaja masuknya waktu maghrib, oleh itu maghrib pada hari Selasa 6 Ogos 2013 adalah 29 Ramadhan. Walalhualam.

Malam ini adalah malam 27 Ramadhan ... mungkinkah malam ini adalah lailatul qadar? mari kita teruskan mencari lailatul qadar malam ini jua.... Insyaallah

Walaupun begitu kawan-kawanku, janganlah ibadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga iaitu bermulanya 10 malam terakhir.

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah Kita Beramai-Ramai Memeriahkan Suasana 10 Malam Terakhir Ramadhan Dengan Beribadat Kepada Allah Swt Dengan Ikhlas Dan Penuh Keimanan, Mudah-Mudahan Kita Dapat Kurniaan Allah Yang Kelebihan Pahalanya Melebihi - 1,000 Bulan Atau 83 Tahun Umur Kita. Ameen.....

21 July 2013

Bilangan Raka'at Solat Tarawih

Solat tarawih adalah termasuk solat sunnat muakkad berdasarkan hadith-hadith yang telah disebutkan tadi. bilangan raka'atnya berjumlah 20 raka'at tidak termasuk solat witir. jika dimasukkan solat witir maka manjadi 23 raka'at. demikian berdasarkan pada sunnah yang telah berlaku dan berdasarkan pada sunnah umat islam, sama ada daripada golongan ulama salafmaupun khalaf sejak zaman Khalifah Umar Ibnu Al- Khattab r.a. sehinggalah ke zaman kita sekarang.

Tidak seorang pun antara imam-imam mazhab yang empat, ahli fekah yang mujtahid memperselisihkannya kecuali ada satu riwayat saja yang menerangkan iaitu Imam Darul Hijrah (Imam Malik bin Anas) yang menambah sehingga 30 raka'at.

Demikian pula dalam riwayat yang kedua dari Imam Malik yang berdasarkan pada amalam penduduk madinah bersumberkan dari nafi' yang berikut: "saya menjumpai umat Islam (Madinah) mengerjakan solat tarawih 39 raka'at bersama witirnya tiga raka'at."

Akan tetapi menurut riwayat yang masyhur daripada Imam Malik dan bahkan riwayat yang amshyur ini sesuai dengan pendapat jumhur ulama daripada kalangan Syafi'i, Hambali dan Hanafi mengatakan bahawa solat tarawih itu berjumlah 20 raka'at. oleh kerana itu, berdasarkan pada riwayat yang mashyur ini, maka telah menjadi kesepekatan antara imam-imam mazhab yang empat. semoga allah s.w.t. melindungi orang-orang mukmin daripada permusuhan yang membinasakan.

Dalil-dalil Para Mujtahidin

Para imam mujtahid menetapkan bahawa solat tarawih berjumlah 20 raka'at berdasarkan hadith riwayat Al-Baihaqi dan riwayat lain dengan sanad yang sorih lagi sohih daripada Saib bin Ziyad, yakni seorang sahabat yang terkenal. saib berkata: "pada zaman Umar Ibnu Al-Khattab r.a. umat islam mengerjakan solat tarawih dalam bulan ramadhan sebanyak 20 raka'at."

Mereka berhujah juga dengan hadith riwayat imam malik dalam kitab al-muwatta' dan riwayat Al-Baihaqi daripada Yazid bin Rauman. Yazid bin Rauman berkata: "pada zaman Umar Ibnu Al-Khattab r.a. orang ramai mengerjakan solat tarawih sebanyak 23 raka'at." yakni, 20 raka'at tarawih dan 3 raka'at witir.
mereka juga berhujah dengan hadith yang diriwayatkan daripada al-hasan yang mengatakan bahawa umar r.a. telah menghimpun orang ramai untuk mengerjakan solat di belakang Ubai bin Ka'ab sebagai imamnya dengan mengerjakan solat tarawih 20 raka'at. Ubai bin Kh'ab tidak membaca qunut bersama mereka kecuali pada malam separuh kedua daripada bulan ramadhan. apabila masuk separuh ketiga yang akhir daripada bulan ramadhan, Ubai bin Ka'ab menghilang, yakni dia mengerjakan solat di rumahnya sendiri, lalu jama'ah pun berkata: "Ubai telah lari."

Ibnu Qudamah menceritakan di dalam kitab Al-Mughni bahawa telah terjadi ijma atas bilangan solat tarawih iaitu 20 raka'at. dan diriwayatkan daripada Imam Malik bahawa bilangan raka'at tarawih itu 36 raka'at. dia berkata: "solat pada malam-malam bulan ramadhan adalah 20 raka'at. ia adalah sunnat muakkad dan orang yang mula-mula mengerjakannya adalah nabi muhammad s.a.w. adapun nama tarawih itu dinisbahkan kepada Umar Ibnu Al-Khattab r.a. ini kerana umar menghimpun umat islam untuk mengerjakan solat tarawih secara jemaah di belakang Ubai bin Ka'ab yang bertindak sebagai imam."

Telah diriwayatkan oleh para ahli hadith bahawa pada suatu malam dalam bulan Ramadhan, Umar Ibnu Al-Khattab keluar ke masjid, kebetulan ketika itu umat Islam solat di masjid sendiri-sendiri, lalu Umar berkata: "sebaiknya aku himpunkan mereka di bawah pimpinan seorang ahli qiraat." maka beliau pun mengumpulkan umat islam dan solat dibelakang Ubai bin Ka'ab. Kemudian pada malam berikutnya dia keluar lagi dan menyaksikan orang ramai mengerjakan solat di belakang imam. Maka berkatalah Umar Ibnu Al-Khattab: "sebaik-baik bida'ah adalah ini."

Seterusnya Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa yang dipilih oleh Imam Ahmad bin Hanbal adalah 20 raka'at. Demikian juga 20 raka'at ini dipilih oleh Al-Thauri, Abu Hanifah dan Al-Syafi'i, sedangkan imam Malik memilih 36 raka'at dengan menyandarkan pada amalan penduduk Madinah dan bagi kami, sesungguhnya Umar Ibnu Al-Khattab ketika mengumpulkan orang ramai mengerjakan solat di belakang Ubai bin Ka'ab sebanyak 20 raka'at.

Imam Malik meriwayatkan dengan sanad dari Yazid bin Abdurrahman: "umat islam pada zaman Umar mengerjakan qiyamullail sebanyak 23 raka'at."

Diriwayatkan daripada Ali k.w. bahawa beliau telah menyuruh seseorang untuk menjadi imam tarawih pada bulan ramadhan dan mengerjakan 20 raka'at. ini adalah seperti ijma'. seterusnya Ibnu Qudamah berkata: "seandainya seluruh penduduk madinah mengerjakan 36 raka'at, nescaya bilangan raka'at yang dikerjakan oleh Umar Ibnu Al-Khattab dan telah diijma'kan oleh para sahabat yang lain ketika itu lebih utama untuk diikuti. kerana sesungguhnya penduduk Madinah mengerjakan bilangan raka'at sedemikian itu hanya kerana mereka ingin menyemai amalan penduduk Makkah bertawaf tujuh kali setiap selesai dua kali salam (empat raka'at). Oleh sebab itu penduduk Madinah menggantikan tujuh kali tawaf tadi dengan empat raka'at. namun demikian, apa yang telah ditetapkan oleh para sabahat Nabi Muhammad s.a.w.adalah lebih utama untuk diikuti."

Diriwayatjan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "semoga Aallah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami."

Berhubung dengan ayat-ayat yang dibaca dalam solat tarawih, Imam Ahmad berkata: "seseorang yang menjadi imam solat tarawih hendaklah membaca ayat-ayat yang dirasakan dapat meringankan makmumnya dan bukan yang memberat-beratkan mereka. jadi bacaan ayat-ayatnya adalah yang meringankan bagi makmumnya." Al-Qadhi berpendapat bahawa bacaan ayat suci Al-Quran itu sunnat khatam dalam satu bulan agar dapat didengar oleh semua jama'ah dan hendaknya jangan menambah daripada satu kali khatam itu kerana khuatir memberatkan kepada makmum yang solat di belakang.

Kami berpendapat bahawa yang masyhur dalam mazhab maliki adalah 20 raka'at berdasarkan bahawa inilah imam-imam mujtahid berijma' atas keutamaan mengerjakan 20 raka'at.

Syeikh Al-Dardir dalam kitabnya 'Aqrabul Masalik'ala Mazhab Al-Imam Malik' juzuk 1:552, beliau menulis: "bahawa solat tarawih itu 20 raka'at dilaksanakn selepas solat isyak dan salam setiap dua raka'at selain witir. di dalam tarawih itu disunnatkan dikerjakan di rumah jika masjid telah penuh dengan jama'ah yang mendirikan solat tarawih. akan tetapi jika masjid kosong daripada solat tarawih maka yang lebih utama adalah masjid dengan berjama'ah."

Begitu juga imam syafi'i dan imam abu hanifah berpendapat bahawa solat tarawih itu berjumlah 20 raka'at berdasarkan ijma para sahabat pada zaman khalifah umar al-faruq. imam ibnu abdil bar menerangkan: "sungguh benar adanya daripada ubai bin ka'ab bahawa beliau solat tarawih dengan 20 raka'at bersama umat islam tanpa ada perselisihan antara para sahabat."

Di dalam kitab 'Al-Mukhtasor' yang disusun oleh imam al-muzani disebutkan bahawa Imam Syafi'i berkata: aku melihat orang ramai di Madinah mengerjakan solat tarawih 39 raka'at tetapi yang lebih aku sukai adalah yang 20 raka'at kerana ia yang diriwayatkan daripada Umar. demikian juga di Makkah, umat islam mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dan mengerjakan solat witir 3 raka'at."

Penjelasan Imam Al-Turmuzi di dalam kitab hadithnya yang bertajuk 'Sunan Al-Turmuzi'menerangkan : "majoriti ahli ilmu mengerjakan solat tarawih berdasarkan kepada riwayat daripada Umar, Ali dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain, iaitu 20 raka'at. bilangan ini juga yang dipegangi oleh Imam Sufyan Al-Thauri, Ibnu Al-Mubarak dan Al-Syafi'i. Syafi'i berkata: "aku menjumpai umat islam dinegeri aku makkah mengerjakan solat tarawih 20 raka'at."

Ibnu Rusyd dalam kitab 'Bidayah Al-Mujtahid' berkata: "imam Malik dalam satu riwayat mengatakan imam Abu Hanifah, imam al-syafi'i dan imam ahmad memilih 20 raka'at selain witir." Imam Nawawi menerangkan: "mazhab kami menetapkan bahawa solat tarawih berjumlah 20 raka'at dengan sepuluh salam selain witir. ini terdiri daripada lima "tarwihat" (istirahat) dan satu tarawih terdiri daripada empat raka'at dengan terdiri dua salam."

Demikian juga dengan pendapat imam Abu Hanifah serta murid-muridnya, dan juga Imam Ahmad, Abu Daqud dan juga Qadhi 'Iyadh yang diambilnya daripada jumhul ulama. Imam Malik sendiri berkata: "solat tarawih terdiri daripada 9 tarwihat (istirahat) yang jumlahnya 36 raka'at selain witir."

Seterusnya Imam Nawawi berkata: "hujah mazhab kami berdasarkan keterangan yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dengan sanadnya yang sohih daripada Aal-Saib bin Yazid Al-Sahabi r.a., beliau berkata: 'umat Islam pada zaman Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dalam bulan Ramadhan, sedangkan pada zaman khalifah Usman mereka mengerjakannya 200 (dua ratus) raka'at sehingga mereka bersandar pada tongkat-tongkat mereka kerana terlalu letihnya berdiri."

Yazid bin Rauman berkata: " umat islam pada zaman Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab r.a. mengerjakan qiyam Ramadhan dengan solat 23 raka'at (tarawih dan witir)." (riwayat Imam Malik dalam 'al-muwatta')

Akan tetapi Al-Baihaqi mengatakan bahwa hadith tersebut di atas adalah musral, sebab Yazid bin Rauman tidak bertemu dengan Umar Ibnu Al-Khattab. Seterusnya Al-Baihaqi mengatakan bahawa dengan berpandukan kepada hadith-hadith yang diterangkan tadi, umat Islam mengerjakan solat tarawih 20 raka'at dan witir tiga raka'at. Al-Baihaqi meriwayatkan juga daripada Ali k.w. bahawa solat tarawih 20 raka'at.

Imam Ibnu Taimiyah menerangkan dalam kitab 'al-fatawa' : "benar bahawa Ubai bin Ka'ab mengerjakan solat pada bulan Ramadhan bersama umat Islam sebanyak 20 raka'at dan witir tiga raka'at. jadi para ulama berpendapat bahawa yang demikian itu ditengah-tengah para sahabat muhajirin dan para sahabat Ansar dan tidak ada seorang pun yang mengingkarinya (menentangnya)."

Di dalam kitab "majmu'ah al-fatawa al-najdiyah' disebut bahawa Sheikh Abdullah bin Abdul Wahhab memberikan jawapan tentang bilangan raka'at tarawih: "bahawa Umar r.a. ketika mengumpulkan umat islam yang diimamkan oleh Ubai bin Ka'ab, bilangan raka'atnya adalah 20 raka'at."

Demikianlah keterangan-keterangan daripada para ulama pimpinan Islam sama ada daripada golongan salaf maupun khalaf yang tidak dapat diragukan lagi kebenarannya. jelaslah bahawa solat tarawih itu 20 raka'at yang dikerjakan oleh umat Islam sekarang ini adalah amalan yang benar, yang tidak dapat disangkal lagi.

Perlu diketahui bahawa 20 raka'at inilah yang dikuatkan oleh amalan para sabahatradiallahu'anhum dan diijmakan oleh imam-imam mujtadij iaitu imam mazhab yang empat. mereka semua adalah lambang hidayah dan merupakan pancaran ilmu setiap masa dan setiap zaman. bilangan 20 rakat'at inilah yang telah diperintahkan oleh Umar Al-Faruq r.a. yang mana allah s.w.t. telah menjadikan kebenaran pada lisan dan di dalam hatinya sebagaimana yang diterangkan didalam hadith-hadith yang sohih.

Ikutan kita dua masjid yang mulia. Ikutan kita kaum muslimin ialah dua buah masjid yang mulia. yang pertama Masjidil Haram (di Makkah) yang telah dijadikan sebagai qiblat bagi masjid-masjid umat Islam, sama ada yang di timur atau di barat. dalam hal ini Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) bagi manusia, ialah Baitullah di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia." (Surah Ali Imran:96)

Yang kedua ialah Masjid Nabawi (di Madinnah) yang didirikan atas dasar takwa dan allah s.w.t. telah memuji penghuninya sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang bermaksud: "sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu mengerjakan solat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang membersihkan diri dan Allah menyukai orang-orang yang suci." (Surah Al-Taubah: 108)

Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/solattarawih.htm melalui sumber: Amalan Penting Dalam Islam, Siri Bimbingan Mukmin (Safwan Fathy, Haji Suhaimee Yassin & Mohammad Zain)

20 July 2013

Mengapa Disebut Solat Tarawih

Solat pada malam bulan Ramadhan disebut solat 'tarawih' kerana solatnya yang panjang, raka'atnya banyak dan orang yang melakukannya beristirahat pada setiap selesai menunaikan empat raka'at sebelum menyambungnya lagi. Oleh kerana adanya rehat ini maka ianya disebut "tarawih".

Ibnu Manzur dalam kitab 'Lisanul Arabi' menerangkan bahawa 'altarawih' adalah bentuk jamak daripada 'tarwihah' adalah isim marrah (isim yang menunjukkan makna satu kali) daripada 'ar-rahah'.

Jadi makna 'tarwihah' itu adalah satu kali istirehat. Hal ini sama dengan kata'taslimah' (satu kali salam) yang berasal daripada perkataan 'assalam'. Disebut 'tarawih' kerana orang yang melakukannya mengambil beberapa kali istirehat pada setiap kali selesai mengerjakan solat empat raka'at, kemudian dia menerangkan pula bahawa 'ar-rahah' itu ertinya lega atau segar adalah lawan daripada kata 'at-ta'ab' yang bererti penat.

Di dalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa apabila masuk waktu solat, Nabi Muhammad s.a.w. berkata pada bilal: "marilah kita beristirehat dengan solat.'

Maksudnya ialah, azanlah untuk solat, wahai bilal! maka kita akan beristirehat dengan solat itu, istirehat Nabi Muhammad s.a.w. menerusi solat kerana di dalamnya sebagai munajat kepada Aallah s.w.t.. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "hatiku dan jiwaku menjadi tenteram ketika dalam solat."

Dengan demikian solat tarawih adalah sunnat yang dilaksanakan dalam kaitannya dengan ibadah pada malam-malam bulan Ramadhan al-mubarak sebagaimana yang akan diterangkan menerusi hadith-hadith dalam bab seterusnya.

Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/solattarawih.htm. Melalui sumber: Amalan Penting dalam Islam, Siri Bimbingan Mukmin (Safwan Fathy, Haji Suhaimee Yassin & Mohammad Zain)

19 July 2013

Orang Yang Mula-Mula Mengerjakan Solat Tarawih

Tahukah anda siapakah orang yang mula-mula mengerjakan solat tarawih?, menurut Ibnu Qudamah dalam kitabnya yang lengkap "Al-Mughni" berkata: "solat tarawih adalah sunat muakkad, orang yang pertama kali mengerjakannya adalah Rasulullah s.a.w., hal ini berdasarkan kepada satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. menyemarakkan ibadah pada malam hari bulan ramadhan dengan tidak mewajbkan kepada umatnya. Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "sesiapa beribadat pada malam hari bulan ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah (s.w.t.) dan mengarapkan pahala daripadaNya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (riwayat Imam Muslim)

Manakala Saiyidatina Aisyah r.a telah meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud: "pada suatu malam nabi Muhammad s.a.w. solat di masjid, maka para sahabat mengikuti solatnya pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi di masjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar ke masjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (riwayat Muslim)

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud: "Nabi Muhammad s.a.w. keluar ke masjid, kebetulan pada malam bulan Ramadhan itu para sahabat mengerjakan solat di tepi-tepi masjid. Baginda s.a.w. bertanya: 'siapa mereka itu?' ada yang menjawab 'mereka adalah para sahabat yang tidak dapat membaca Al-Quran, tetapi Ubai bin Kaab solat di tengah-tengah mereka dan mereka ikut solat bersamanya.' Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 'mereka telah mendapatkan pahala dan sebaik-baik amalan adalah apa yang mereka lakukan itu." (riwayat Abu Dawud)

Adapun panggilan solat tarawih adalah dinisbahkan kepada khalifah Umar Ibnu A-Khattab r.a. kerana beliaulah yang mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat pada malam bulan Ramadhan itu di bawah pimpinan seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abdul Qari, beliau berkata: "saya keluar bersama Umar Ibnu Al-Khattab pada suatu malam bulan Ramadhan. kebetulan pada saat itu orang ramai sedang mengerjakan solat secara berjama'ah dalam beberapa kelompok. Ada pula seorang yang bersolat secara bersendirian dan ada pula yang solat keseorangan tetapi kemudian diikuti oleh orang lain sehingga menjadi suatu kumpulan. Melihat keadaan itu Umar berkata: 'saya berpendapat, sekiranya mereka ini dihimpunkan di bawah satu imam, nescaya ia adalah lebih baik." kemudian Umar melaksanakan pendapatnya dan menghimpunkan orang ramai untuk mengerjakan solat di bawah seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab."

Seterusnya Abdurrahman bin Abdul Qari menerangkan bahawa pada malam hari yang lain, dia keluar lagi dengan Umar dan pada ketika itu umat islam mengerjakan solat di belakang seorang Qari. Maka Umar berkata: "sebaik-baik bid'ah adalah ini". Adapun orang yang tidur pada awal malam seraya bermaksud akan mengerjakan solat lail (tarawih) pada malam hari, yang demikian itu adalah lebih utama daripada orang yang mengerjakannya pada awal malam. Akan tetapi umat islam mengerjakan pada awal malam." (dikeluarkan oleh Imam Al-Bukhari)

Berdasarkan pada keterangan hadith-hadith sohih di atas, maka jelaslah bahawa orang yang mula-mula mengerjakan solat tarawih dalam kaitannya dengan ibadah pada bulan ramadhan adalah junjungan agung kita Nabi Muhammad s.a.w. .

Baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan bersama para sahabat tiga atau empat malam. Setelah itu Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar untuk mengerjakan bersama para sahabat lagi kerana Nabi Muhammad s.a.w. khuatir solat tarawih dianggap wajib oleh umatnya. Dalam hal ini adalah sebagai rahmat dan tanda sangat sayang kepada umatnya.

Keterangan yang lebih jelas lagi disebutkan oleh Al-Bukahri dan muslim maksudnya: "sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. keluar pada waktu tengah malam pada bulan Ramadhan kemudian solat di masjid. Beberapa orang mengikuti solat baginda Rasulullah s.a.w. Pada sebelah paginya mereka menceritakan perkara tersebut kepada teman-teman mereka.

Maka pada malam hari berikutnya para sahabat yang berhimpun lebih ramai lagi. Pada malam yang kedua ini Nabi Muhammad s.a.w. keluar untuk mengerjakan solat dan para sahabat pun mengikuti solatnya. Pada sebelah paginya para sahabat menyebut-nyebut perkara itu, maka pada malam ketiga orang-orang yang berhimpun di masjid bertambah ramai lagi. Nabi Muhammad s.a.w. keluar ke masjid mengerjakan solat pada malam ketiga itu dan para sahabat mengikutinya.

Kemudian pada malam yang keempat, masjid tidak lagi muat untuk menampung orang ramai yang datang berhimpun tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar ke masjid. Beberapa orang sahabat ada yang melaungkan azan "al-solah! al-solah!", tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar juga. Apabila masuk waktu subuh, barulah Nabi Muhammad s.a.w. keluar ke masjid. Setelah selesai solat subuh, Nabi Muhammad s.a.w. menghadap para sahabat, membaca syahadat dan kemudian bersabda: 'sesungguhnya aku bukannya tidak tahu bagaimana keadaan kamu malam tadi, akan tetapi aku khuatir kalau-kalau kamu menganggap bahawa hal ini (solat malam Ramadhan) diwajibkan atas kamu, maka kamu tidak mampu mengerjakannya.'

Dalam riwayat yang lain disebutkan: "sehingga Nabi Muhammad s.a.w. wafat keadaan masih tetap seperti itu."

Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/solattarawih.htm melalui sumber: amalan penting dalam islam, siri bimbingan mukmin (Safwan Fathy, Haji Suhaimee Yassin & Mohammad Zain)

18 July 2013

Solat Tarawih: Hukum Dan Keutamaannya.

Solat Tarawih adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat isyak dan sebelum solat witir.

Solat Tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya di hati kaum muslimin. Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh allah (s.w.t.)." (riwayat Al-Bukhari)

Maksud daripada hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca al-quran dengan penuh keimanan kepada allah s.w.t. dan mengharap akan pahalanya, maka allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan taubat nasuha. demikianlah pendapat para ulama fekah.

Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/solattarawih.htm melalui sumber: amalan penting dalam islam, siri bimbingan mukmin (Safwan Fathy, Haji Suhaimee Yassin & Mohammad Zain)

17 July 2013

Arahan Untuk Solat Tarawih

Petunjuk Dari Al-Quran

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (Maksud ayat 183 Surah al-Baqarah)

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk dan penjelasan-penjelasan mengenai petinjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu sesiapa antara kamu hadir (dinegeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah berpuasa pada bulan itu." (Maksud ayat 185 Surah al-Baqarah)

Dan, seterusnya Allah s.w.t. memuji terhadap sahabat-sahabat Baginda Rasulullah s.a.w. yang bersungguh-sungguh dalam menghidupkan malam (khususnya malam-malam bulan Ramadhan): "Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, Dan pada akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah s.w.t.)." (Maksud ayat 17-18 Surah al-Zariyat)

Petunjuk Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: "Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) { Dengan penuh keimanan maksudnya yakin dengan janji-janji Allah s.w.t. dan melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. Dengan penuh pengharapan ialah semata-mata mencari pahala daripada sisi Allah s.w.t. dan bukan bertujuan untuk mendapatkan dunia}

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mewajibkan puasa Ramadhan atas kamu sekelian dan aku mensunnahkan atas kamu agar beribadat pada bulan Ramadhan. Jesteru sesiapa yang berpuasa dan beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan oleh Allah s.w.t." (Riwayat Ashab al-Sunan)

Maksudnya: "Telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkat kepadamu. Dengannya, Allah (s.w.t.) melimpahkan rahmatNya, mengampunkan dosa dan mengabulkan doa. Pada bulan itu Allah (s.w.t.) melihat perlumbaan dalam mengerjakan ibadah dan membangga-banggakan kamu dihadapan para malaikat. Oleh kerana itu, tunjukkanlah kepada-Nya kebaikan-kebaikan dirimu. Maka sesungguhnya orang-orang yang celaka adalah mereka yang tidak mendapatkan rahmat Allah Azza wa Jalla pada bulan Ramadhan." (Riwayat al-Nasai)

Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/solattarawih.htm melalui sumber: amalan penting dalam islam, siri bimbingan mukmin (Safwan Fathy, Haji Suhaimee Yassin & Mohammad Zain)

15 July 2013

Buka Puasa Dengan Air Tangan Ku

Semalam saya terlebih rajin, ditambah dengan keinginan untuk makan pengat labu. Cara kebetulan juga semalam saya masak labu untuk Oky. Petua orang-orang tua sekiranya kucing makan labu, akan membuatkan bulunya menjadi lebih kuat dan kurang gugur. (Inilah nasi goring yang dimaksudkan)

Seawal jam 4.30 petang saya dah masuk ke dapur, mula-mula masakkan labu Oky maklumlah dia tak puasa, kemudian saya pun buat persediaan untuk pengat labu dan juga nasi goreng china. Bukan nak puji tetapi semalam masakan saya memang sedap dan habis semuanya saya makan sehinggakan sukar untuk tidur. (Di atas adalah pengat labu yang saya masak)

10 July 2013

Lagu: Ramadhan Tiba - Opick

Hari ini semua muslimin dan muslimat di Malaysia mula berpuasa.... malam tadi adalah solat tarawikh pertama.... saya tidak dapat untuk ke surau atau ke masjid kerana saya tidak berapa berani dan tidak berapa suka keluar malam, namun begitu saya mendirikan solat sunat tarawih dan witir di rumah sahaja. Semoga di terima oleh Allah swt.

Sekali lagi selamat menjalani ibadah puasa Ramadan kepada semua rakan-rakan beragama islam di seluruh pelusuk dunia....

Kekhususan Dan Keistimewaan Bulan Ramadhan

Oleh: Syaikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Al Jarullah

1.    Puasa Ramadhan adalah rukun keempat dalam Islam. Firman Allah Ta'ala:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. "(Al-Baqarah:183)

Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:
Islam didirikan di atas lima sendi, yaitu: syahadat tiada sembahan yang haq selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji ke Baitul Haram. " (Hadits Muttafaq 'Alaih)

Ibadah puasa merupakan salah satu sarana penting untuk mencapai takwa, dan salah satu sebab untuk mendapatkan ampunan dosa-dosa, pelipatgandaan kebaikan, dan pengangkatan derajat. Allah telah menjadikan ibadah puasa khusus untuk diri-Nya dari amal-amal ibadah lainnya. Firman Allah dalam hadits yang disampaikan oleh Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:
"Puasa itu untuk-Ku dan Aku langsung membalasnya. Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, yaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum dari pada aroma kesturi." (Hadits Muttafaq 'Alaih)

Dan sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih)

Maka untuk memperoleh ampunan dengan puasa Ramadhan, harus ada dua syarat berikut ini:

a. Mengimani dengan benar akan kewajiban ini
b. Mengharap pahala karenanya di sisi Allah Ta 'ala

2.    Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeda antara yang haq dan yang bathil

3.    Pada bulan ini disunatkan shalat tarawih, yakni shalat malam pada bulan Ramadhan, untuk mengikuti jejak Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, para sahabat dan Khulafaur Rasyidin. Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:
"Barangsiapa mendirikan shalat malam Ramadhan karena iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih)

4.    Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), yaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan. Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:
"Barangsiapa mendirikan shalat pada Lailatul Qadar karena iman dan mengharap pahala, dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih)

Malam ini terdapat pada sepuluh malam terakhir, dan diharapkan pada malam-malam ganjil lebih kuat daripada di malam-malam lainnya. Karena itu, seyogianya seorang muslim yang senantiasa mengharap rahmat Allah dan takut dari siksa-Nya, memanfaatkan kesempatan pada malam-malam itu dengan bersungguh-sungguh pada setiap malam dari kesepuluh malam tersebut dengan shalat, membaca Al-Qur'anul Karim, dzikir, do'a, istighfar dan taubat yang sebenar-benamya. Semoga Allah menerima amal ibadah kita, mengampuni, merahmati, dan mengabulkan do'a kita.

5.    Pada bulan ini terjadi peristiwa besar yaitu Perang Badar, yang pada keesokan harinya Allah membedakan antara yang haq dan yang bathil, sehingga menanglah Islam dan kaum muslimin serta hancurlah syirik dan kaum musyrikin

6.    Pada bulan suci ini terjadi pembebasan kota Makkah Al-Mukarramah, dan Allah memenangkan Rasul-Nya, sehingga masuklah manusia ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong dan Rasulullah menghancurkan syirik dan paganisme (keberhalaan) yang terdapat di kota Makkah, dan Makkah pun menjadi negeri Islam

7.    Pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para setan diikat

Betapa banyak berkah dan kebaikan yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Maka kita wajib memanfaatkan kesempatan ini untuk bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan beramal shalih, semoga kita termasuk orang-orang yang diterima amalnya dan beruntung

Perlu diingat, bahwa ada sebagian orang –semoga Allah menunjukinya- mungkin berpuasa tetapi tidak shalat, atau hanya shalat pada bulan Ramadhan saja. Orang seperti ini tidak berguna baginya puasa, haji, maupun zakat. Karena shalat adalah sendi agama Islam yang ia tidak dapat tegak kecuali dengannya. Sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:
"Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin. " (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya) "' [Lihat kitab An Nasha i'hud Diniyyah, him. 37-39.]

Maka seyogianya waktu-waktu pada bulan Ramadhan dipergunakan untuk berbagai amal kebaikan, seperti shalat, sedekah, membaca Al-Qur'an, dzikir, do'a dan istighfar. Ramadhan adalah kesempatan untuk menanam bagi para hamba Ailah, untuk membersihkan hati mereka dari kerusakan.

Juga wajib menjaga anggota badan dari segala dosa, seperti berkata yang haram, melihat yang haram, mendengar yang haram, minum dan makan yang haram agar puasanya menjadi bersih dan diterima serta orang yang berpuasa memperoleh ampunan dan pembebasan dari api Neraka.

Tentang keutamaan Ramadhan, Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
'"Aku melihat seorang laki-laki dari umatku terengah-engah kehausan, maka datanglah kepadanya puasa bulan Ramadhan lalu memberinya minum sampai kenyang " (HR. At-Tirmidzi, Ad-Dailami dan Ath-Thabarani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir dan hadits ini hasan)

"Shalat lima waktu, shalat Jum'at ke shalat Jum 'at lainnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antaranya jika dosa-dosa besar ditinggalkan." (HR.Muslim)

Jadi hal-hal yang fardhu ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil, dengan syarat dosa-dosa besar ditinggalkan. Dosa-dosa besar, yaitu perbuatan yang diancam dengan hukuman di dunia dan siksaan di akhirat. Misalnya: zina, mencuri, minum arak, mencaci kedua orang tua, memutuskan hubungan kekeluargaan, transaksi dengan riba, mengambil risywah (uang suap), bersaksi palsu, memutuskan perkara dengan selain hukum Allah.

Seandainya tidak terdapat dalam bulan Ramadhan keutamaan-keutamaan selain keberadaannya sebagai salah satu fardhu dalam Islam, dan waktu diturunkannya Al-Qur'anul Karim, serta adanya Lailatul Qadar -yang merupakan malam yang lebih balk daripada seribu bulan- di dalamnya, niscaya itu sudah cukup, Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya. [Lihat kitab Kalimaat Mukhtaarah, hlm. 74 – 76]

09 July 2013

Video: Welcome Ramadan - Mishary Rashid Al-Afasy


Selamat Menyambut Ramadan Al-Kareem

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua umat Islam yang akan menyambut Ramadan keesokkan harinya. Bagi kawan-kawan di Malaysia jangan lupa solat tarawih malam pertama dan malam ini kena bangun untuk bersahur.

08 July 2013

Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan


Saya ambil map ini dari kiriman teman-teman melalui fb. Terlebih dahulu terima kasih kepada penulisnya dan semoga Allah memberikan tuan/ puan ilham yang lebih untuk dikongsi bersama. Panduan ini memang bagus sangat, harap-harap Allah memberi kita kekuatan dan kelapangan untuk membacanya. Saya menyambung bacaan Al-Quran yang sedang dibaca dan tidak akan bermula dari surah 1. Insyaallah dapatlah saya khatam sebelum syawal sebab sekarang nipun dah hampir setengah Al-Quran pun.

21 August 2012

Puasa 6 dan Kesan Untuk Kesihatan

Ramai daripada kita yang pernah melakukan puasa selepas dari puasa bulan Ramadan. Rupanya ada kelebihan tersendiri puasa ini. Antara kelebihan berpuasa 6 dan faedahnya :

1.  Berpuasa 6 hari di bulan Syawal itu adalah untuk menyempurnakan kekurangan yang terjadi pada puasa fardhu.

2.  Mengiringi puasa sesudah puasa Ramadhan itu menjadi tanda peningkatan iman dan taqwa seseorang hamba.

3.  Berpuasa 6 itu sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat yang di anugerahkanNya.

4.  Amalan yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan akan berterusan, tidak hanya selesai di bulan Ramadhan sahaja.

Kita juga amat digalakkan untuk menghormati bulan Syawal seperti mana kita menghormati bulan Ramadhan. Syawal bukan bererti kita bebas untuk melakukan apa sahaja. Syawal juga hendaklah di penuhi dengan pelbagai kebajikan, pelbagai aktiviti berfaedah samada untuk kita atau orang lain, di samping mengingati Allah s.w.t. Bersyukur di atas nikmat yang telah di anugerahkan kepada kita termasuk nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat dapat menjalani puasa dan menunaikan hak-hak Ramadhan dengan sempurna, sewajarnyalah segala nikmat itu kita syukuri.

Sambutan hari raya pula tidak sewajarnya di penuhi dengan melakukan perkara yang sia-sia, elakkanlah dari pembaziran walaupun dalam keadaan kita mampu, jauhi hiburan yang melalaikan, tidak mendedahkan aurat, menjaga batas dan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, elakkan dari menghadiri majlis yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya. Lakukanlah segala kegiatan hidup berdasarkan keimanan semata-mata kerana Allah dan patuhlah syariatnya. Mudah-mudahan kehidupan kita di limpahi keberkatan dan ketenangan.

Peliharalah keluarga kita, terutama anak-anak kita dari terjebak dengan gejala sosial yang akibatnya akan merosakkan kehidupan mereka, tumpukanlah jiwa mereka ke arah membina umat yang bermaruah dan lebih bertanggungjawab. Jesteru itu, marilah kita pertahankan amalan agama kita hingga akhir hayat. Berilah sokongan kepada semua pihak yang berhasrat untuk mengembalikan martabat agama, bangsa dan negara kita ke arah mencapai matlamat negara yang cemerlang serta mendapat keampunan Allah s.w.t.

Menjelang hari raya janganlah kita lupa kepada ibubapa kita, mereka yang kurang bernasib baik, warga emas, orang-orang tua yang memerlukan belaian kasih, mereka yang kurang upaya, mereka yang terlantar sakit, anak-anak yatim yang hilang tempat bermanja, ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung. Ziarahilah sanak saudara, jiran tetangga, sambil bermaaf-maafan serta eratkanlah hubungan silatulrahim antara sesama kita.

Sama-samalah kita berdoa semoga kehidupan kita di berkati Allah sw.t. Akhirnya kepada seluruh umat Islam, di ucapkan selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Bermaksud : "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amalan-amalan yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang fasiq- derhaka". (AL-HASY-R:19)

Terima kepada penulis asal artikel ini.

15 August 2012

Fasa Puasa Yang Berjaya

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2 - 3hari):

Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3 - 14 hari):

Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga (14 - akhir puasa):

Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)

(ii) Makan kerap

(iii) Kuih-muih yang payah dihadam

(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut

(ii) Kesihatan bertambah baik

Penulis akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:

"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis artikel ini yang saya sendiri tidak tahu siapa, artikel ini sangat baik dan boleh dijadikan amalan dan kebiasaan setiap kali menjelangnya Ramadhan.- Adnee

11 August 2012

Mencari Lailatul Qadar

Pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad saw (Selawat Dan Salam Ke atas Baginda beserta dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda).

Adalah Malam Qadar Berlaku Pada Satu Malam Daripada 10 Malam Terakhir (Hari Ganjil) Bulan Ramadhan.

Di Bawah ini adalah Petua dan Pengiraan Oleh Imam Ghazali Dan Lain-Lain Ulama’ Bagaimana Untuk Cari Mencari Malam Lailatul Qadar

Jika Awal Ramadhan Jatuh Pada Hari:

1)  Ahad Atau Rabu - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 29 Ramadhan;

2)  Isnin - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 21 Ramadhan;

3)  Selasa Atau Jumaat- Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 27 Ramadhan;

4)  Khamis - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 25 Ramadhan; dan

5)  Sabtu - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 11 Ogos 2012 (Sabtu), iaitu malam inilah kawan-kawanku semua. Dalam takwim Islam hari baru menjelang sebaik sahaja masuknya waktu maghrib, oleh itu maghrib pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 adalah 23 Ramadhan. Walalhualam.

Walaupun begitu kawan-kawanku, janganlah ibadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah Kita Beramai-Ramai Memeriahkan Suasana 10 Malam Terakhir Ramadhan Dengan Beribadat Kepada Allah Swt Dengan Ikhlas Dan Penuh Keimanan, Mudah-Mudahan Kita Dapat Kurniaan Allah Yang Kelebihan Pahalanya Melebihi - 1000 Bulan Atau 83 Tahun Umur Kita. Ameen.....

07 August 2012

Syarat-Syarat Batiniah Bagi Orang Yang Berpuasa

Wahai sahabat-sahabatku, ada 6 syarat batin yang harus dimiliki oleh orang yang ingin mencapai tingkatan puasa yang sangat khusus…….

1. Memelihara Mata.

'Memejam'kan mata atau tidak melihat sesuatu yang akan membawa kepada kebencian Allah swt. Menahan diri dari melihat sesuatu yang tercela atau makruh, apalagi yang dapat membimbangkan atau melalikan hati dari mengingati Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “sesungguhnya pandangan matamu adalah salah satu dari anak panah beracun milik syaitan yang telah dikutuk oleh ALLAH. Barangsiapa yang menjaga pandangannya semata-mata kerana ALLAH, nescya ALLAH akan memberikan kepadanya nikmat keimanan, sebagai kemanisan yang diperolehinya di dalam hati.” (HR : Hakim)

Diriwayatkan oleh jabir dari anas, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ada lima perkara yang dapat membataltan puasa seseorang, iaitu berdusta, mengumpat, menyebarkan berita-berita dusta, bersumpahpalsu dan memandang sesuatu dengan penuh nafsu.” (HR : Azdi)

2.   Memelihara Lidah
            
Lidah hendaklah dijaga dari perkara yang sia-sia, seperti berdusta, mengumpat, menyebarkan fitnah, berkata kotor, berkata kasar, membangga diri dan sebagainya. Sebagai ganti dari perkara-perkara buruk tersebut adalah memperbanyak berzikir kepada ALLAH SWT dan membaca ayat-ayat Al- Quran. Inilah yang dimaksudkan dengan puasa dengan lidah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Puasa adalah benteng. Barang siapa diantara kamu yang sedang berpuasa, hendaklah jangan berkata keji dan jahil. Maka apabila ada orang yang menyerang dan mencacimu, katakanlah: “sesungguhnya aku sedang berpuasa !.” (HR : Bukhaari & Muslim)
        
Dalam sebuah hadis diriwayatkan, di masa Rasulullah SAW. Ada dua orang wanita yang sedang berpuasa. Menjelang petang hari, kedua-dua wanita tersebut berasa sangat haus dan lapar, sehingga tidak dapat ditahan lagi. Akhirnya kedua wanita tersebut menyuruh seseorang untuk pergi kepada Rasulullah , untuk meminta izin kiranya diperkenankan untuk membatalkan puasa mereka. Sebagai jawapan dari permintaan dua orang wanita tersebut, Rasulullah mengirimkan sebuah mangkuk dan bersabda : "Katakalah kepada mereka, supaya mereka makan ke dalam mangkuk ini !” .

Maka apa yang terjadi ? Salah seorang dari wanita tersebut memuntahkan darah dan daging mentah, demikian juga yang seorang lagi, sehingga penuhlah mangkuk tersebut. Orang yang melihat pada waktu itu merasa hairan. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : “Kedua wanita ini telah berpuasa dari apa yang telah dihalalkan oleh ALLAH dan kemudian berbuka dengan suatu yang diharamkan oleh ALLAH bagi mereka. Mereka duduk berdua, kemudian bersama-sama mengumpat, dan di dalam mangkuk ini adalah daging manusia yang mereka caci itu”. (HR : Ahmad)

3.   Memelihara Pendengaran.
   
Pendengaran juga harus dijaga dari memdengar sesutau yang dibenci, sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, maka haram pula untuk didengari. Itulah sebabnya, maka ALLAH SWT. Menyamakan antara orang yang suka mendengar perkara yang haram dengan menamakan sesuatu yang diharamkan.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Maidah : 42. Ertinya: “orang-orang yang derhaka itu suka sekali mendengar kebohongan, dan memakan yang haram.” (Al-Maidah : 42)

“mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? Sesungguhnya sangat buruk yang mereka kerjakan itu.” (Al-Maidah ; 63)

Di samping itu berdiam diri dihadapan orang yang yang mengumpat, hukumnya haram, sebagaimana yang dijelaskan ALLAH SWT dalam firmanNya : “jika kamu tetap duduk bersama mereka, sesungguhnya kamu pun seperti mereka.” (An-Nisa’ : 140)

Rasulullah SAW. Bersabda: “ Orang yang mengumpat dan mendengarnya, sama-sama berada dalam dosa.”
(HR : Tabrani)

4.   Memelihara Anggota Badan

Anggota badan hendaklah dipelihara dari perbuatan dosa, seperti kaki dan tangan hendaklah dijauhkan dari perbuatan yang dibenci, demilian pula menahan perut dari memakan makanan yang sifatnya syubhat,(tidak jelas haram atau halalnya ) pada waktu berbuka, sebab tidak ada ertinya berpuasa menahan dari makanan yang halal, akan tetapi pada waktu berbuka memasukkanya dengan makanan yang haram, atau rezeki yang diperolehi dengan jalan haram. Perumpaan orang yang berpuasa seperti ini adalah sama dengan orang yang membangun sebuah istana yang sangat indah dan besar kemudian ia sendiri yang menhancurkannya.

Makanan yang haram adalah merupakan racun yang sangat berbahaya dalam kehidupan beragama, sedangkan makanan yang halal adalah ibarat ubat, yang akan memberi manfaat apabila dimakan menurut ketentuan yang telah ditetapkan serta tidak terlalu berlebihan. Sebab, diantara tujuan berpuasa itu adalah untuk mendorong lahinya sikap pertengahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sangatlah banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperoleh dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan hausnya sahaja.” (HR : An-Nasa’I dan Ibn Majah)
         
Ada pula yang berpendapat bahawa penafsiran dari hadis tersebut adalah berkenaan dengan orang yang berpuasa tetapi berbuka dengan makan yang haram. Akan tetapi ada pula yang menafsirkannya dengan orang yang berpuasa menahan diri dari makanan yang halal, tetapi berbuka dengan daging dan darah manusia, kerana mereka merosakkan puasanya dengan mencaci orang lain. Tetapi ada pula menafsirkannya dengan orang yang tidak menjaga anggota badannya dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa.

5.   Menghindar Diri Dari Terlalu Banyak Makan

Jangan terlalu banyak makan pada waktu berbuaka puasa, walaupun makanan yang halal dan diperolehi memalui jalan yang halal., sehingga sangat padat di dalam perut dan menimbulkan sesak di dada. Sesungguhnya tidak ada tempat yang kurang disukai oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla melainkan perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cuba kita renungkan, bagaimana pula akan dapat bermanfaat sebagai cara untuk mengalahkan musuh ALLAH dan untuk mengendalikan hawa nafsu, jika pada waktu berbuka, ia menghabiskan apa sahaja yang dapat dimakannya pada waktu siang hari. Apa lagi adap bulan buasa biasanya disediakan tambahan, yang pada hari-hari biasa tidak ada. Bahkan sudah menjadi adat yang buruk, iaitu kebiasaan menyimpan makanan yang bermacam ragam untuk persediaan bulan Ramadhan. Maka untuk di bulan puasa itu dimakanlah makanan yang tidak dimakan pada bulan-bulan lain.

Padahal sudah disedari bahawa tujuan dari berpuasa adalah untuk mengosongkan perut serta menahan hawa nafsu, supaya jiwa tetap bertakwa.Oleh sebab itu, kalau perut itu hanya ditahan pada waktu siang hari dan dilepaskan pada waktu malam hari hingga nafsu syahwatpun akan tetap tinggi. Jika demikian halnya puasa itu, maka roh dan rahsia puasa tidak akan pernah dapat dirasakan, bahkan sebaliknya, memberikan tambahan kekuatan nafsu syahwat berlipat ganda semuanya ini akan lebih membuka jalan kepada seseorang untuk terus berbuat keburukan dan kejahatan.

Justeru itu, untuk melemahkan semangat syaitan, hendaklah makanan itu dikurangkan, kerana tidak akan memperolehi manfaat, apabila ketika berpuasa tetap makan dengan jumlah yang biasa dimakan pada hari-hari biasa. Bahkan sangat dianjurkan untuk sedikit tidur pada waktu siang hari, sehingga rasa haus dan lapar dapat dirasakan. Dengan demikian, orang yang berpuasa akan dapat merasakan samakin lemahnya kekuatan badan, yang akan membawanya kepada kesucian jiwa.

Apabila rasa lemah itu masih dirasakan pada malam hari, akan mudahlah orang tersebut untuk mengerjakan solat malam (tahajjud) serta wiridnya. Dengan demikian, syaitan tidak akan mengelilingi hatinya, sehingga ia akan mendapatkan kurnia syurga. Apa lagi malam lailatul qadar adalah merupakan malam yang penuh dengan keberkatan, sebagaimana firman Allah swt “Kami turunkan Al-Quran pada malam lailatul qadar.” (Al-Qadar:1)

6.  Takut Disertai Dengan Penuh Harapan  Kepada Allah swt

Setelah selesai berbuka, hendaklah hati mempunyai perasaan takut dan penuh pengharapan kepada Allah swt. Perasaan takut yang dimaksudkan adalah, hati berasa bimbang dan malu kepada ALLAH tentang ibadah puasa yang dilakukan serba kekurangan dan tidak diterima oleh ALLAH.

Sebab kita kita sendiri tidah mengetahuinya, apakah puasa kita itu diterima. (Perbanyakkanlah istigfar memohan keampunan ALLAH). Sedangkan yang dimaksudkan dengan perasaan harap ialah, di dalam hati kita harus penuh pengharapan, semoga usaha kita diterima dan menjadi orang yang selalu dekat dengan-Nya. Perasaan seperti inilah harus ada pada setiap selesai mengerjakan ibadah puasa.

Al-Hassa bin Abu Hassan Basri meriwayatkan, bahawa pada suatu hari lalu sekumpulan orang yang sedang tertawa terbahak-bahak. Maka mereka berkata :

“ALLAH Azza Wa Jalla telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk berlumba-lumba. Di mana hamba-hambaNya berlumba-lumba dalam beribadah. Beberapa orang diantara mereka berhasil sampai terlebih dahulu dan menang, sedangkan yang lain tertinggal di belakang dan kalah. Adalah sangat menghairankan jika mereka yang kalah, masih dapat tertawa. Demi Allah swt apabila tabir telah tertutup, maka mereka yang berbuat baik akan penuh dengan pahala, sedangkan mereka yang berbuat kejahatan akan penuh dengan dosa”

Maksudnya, bagi mereka yang puasanya diterima, tentu akan bersuka-ria. Sedangkan bagi mereka yang berpuasanya ditolak, akan tertutuplah pintu tertawa baginya.

Dalam riwayat yang lain, pernah orang berkata kepada Al-Ahnaf bin Qais, orang tersebut berkata, “Tuan sudah tuan, apabila tuan berpuasa tentu akan melemahkan badan tuan.” Maka Al-Ahnaf menjawab,: Dengan mengerjakan ibadah puasa, bererti aku sedang menyiapkan diri untuk perjalan yang sangat jauh. Justeru itu bersabar dalam mentaati Allah tentu akan lebih mudah, daripada menahan siksaNya.

Dari Ibnu Omar r.a bahawa Nabi SAW pernah ditanya ,: ”siapakah orang yang bijak wahai Nabi?” Nabi SAW menjawad : “Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapinya.” (HR : Ibnu Majah)

06 August 2012

Nuzul Al Quran 1433 Hijrah

Hari ini genap 17 hari kita umat Islam seluruh dunia berpuasa di bulan Ramadan, dan hari ini adalah hari Nuzul Al Qu'ran di mana pada setiap 17 Ramadhan umat Islam akan menyambut Nuzul Al-Qu'ran. Seperti yang dimaklumi oleh ramai umat Islam sejarah nuzul Al Qu'ran tidak kurang pentingnya dalam sejarah pembangunan agama Islam itu sendiri kerana Al Qu'ran merupakan panduan dan salah satu mukjizat Rasulallah saw.

Peristiwa Nuzul Al-Qu'ran adalah merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Qur’an yang pertama kepada junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Dan kemudian daripada itu ayat-ayat Al Qu'ran seterusnya turun secara berperingkat-peringkat sama ada di Mekah mau pun di Madinah sehingga menjadikan Al-Qu'ran itu lengkap tanpa ada kurang walau satu huruf seperti mana yang ada pada hari ini. 

Seperti apa yang diriwayatkan peristiwa Nuzul Al-Qu'ran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun yang ke41 selepas keputeraan Nabi Muhammad saw. Peristiwa yang mulia ini berlaku ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan 6 Ogos 610. 

Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Qu'ran adalah mukjizat terbesar Nabi saw maka ianya memberi makna besar juga kepada umat Islam terutamanya yang yakin dan beramal dengannya. Di samping itu di dalam kitab yang mulia ini juga tersimpan 1001 rahsia dan kisah yang jika dikaji akan mendatangkan keinsafan kepada pembaca dan pengkajinya.

Seperti mana dimaklumi oleh semua, ayat al-Qu'ran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah daripada Surah Al-Qadr (Kemuliaan) yang mengandungi 5 ayat. Surah ini menceritakan akan kelebihan malam yang dikurniakan Allah swt kepada Rasulallah saw dan umatnya yang beribadah pada amlam itu di mana mereka akan memperoleh pahala kebaikan yang lebih baik daripada beribadat seribu bulan (83 tahun). Dalam ayat ke4 Allah menjelaskan bahawa di mana pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka, untuk mengatur segala urusan. Ayat ke5 pula menerangkan bahawa sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

04 August 2012

Berbuka Puasa di GCH Melaka

Semasa saya bertugas di Melaka daripada 23 hingga 27 Julai 2012 adalah di awal bulan Ramadan. Saya balik ke Melaka pada 20 Julai 2012 dan keesokan harinya rakyat muslim di Malaysia mula berpuasa. Allahamdulillah saya dapat menyambut puasa (bersahur dan berbuka puasa) bersama ibu tercinta dan adik saya Ain dan anaknya Amir.

Saya check-in ke Grand Continental Hotel di jalan Tun Sri Lanang pada 22 Julai 2012. Ain sempat memasakkan beberapa juadah untuk saya berbuka dan bersahur di hotel.

Pada 25 Julai 2012, hari Rabu bersamaan hari ke 5 puasa saya menjemput emak, Ain dan Amir berbuka puasa di hotel ini. Pakej yang dikenakan agak murah iaitu RM25.00 seorang.

Makanan yang dihidangkan sedap sedap belaka, maklumlah orang puasa semua yang dipandang nampak sedap. Yang paling sedap adalah mee goring....

01 August 2012

Doa Yang Paling Utama Di Bulan Ramadan

Ramai yang tertunggu-tunggu akan kedatangan bulan Ramadhan iaitu bulan yang sangat berkat, di mana pada bulan itu adalah melebihi dari 1,000 bulan. Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu "Faya 'ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah", iaitu maksudnya "Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya ".

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.


Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi "Bilakah berlaku malam Qadar?". Nabi bertanya kepada Aisyah semula "Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?". Aisyah menjawab "Saya tak tahu" kemudian Aisyah bertanya lagi "Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?". Nabi berkata kepada Aisyah "Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya". Aisyah bertanya lagi "Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?" Nabi jawab " Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

"Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" 
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya). 

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.

Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin ("Tabiin" maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil "Sahabat". Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, "Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu".

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai "al-Mubasyirun bil Jannah" iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, "Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua."

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu "Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab "Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian".

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab "Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt." Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu "Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..

Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya "Haudat". Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya "Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji".

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah "Tilal" iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas "Tilal". Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari "Tilal" untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia " Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?". Uwais menjawab "Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu". Ibunya bertanya lagi "Bagaiman pula dengan dosa kamu". Uwais menjawab "Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga".

Ibunya berkata lagi "Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini". Uwais kata "Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta'ala". Ibunya menanbah "Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa".

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa "Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit"

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata "Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah". Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Doa yang paling utama di malam Qadar

Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi "Faya 'ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah", Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.

Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan "Wallah yuridul akhirah". Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.

Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan "Ghoforollah hu mat taqadaman", Allah ta'ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.

Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu "Astagh firruka humma waatubu ilaih". Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, "Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?". Nabi menjawab "Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur".

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan "Wa tazau wadu" kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil "al-khush" (yang tidak baik).

Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.

Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.

Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.

Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.

Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

"Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu "La'al lakum tat takun" dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.

"Ya 'ajaban",memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.

Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.

Tetapi krisis dosa dengan Allah ta'ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.

Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang "Zalimi an fusu hum" orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan "Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa".

Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.

Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa', kita bertemu sekali dalam bulan Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya.

Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yamg setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana..

Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.

Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa' dan kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.