Showing posts with label Si Kecik. Show all posts
Showing posts with label Si Kecik. Show all posts

30 January 2015

Acik Dah Selesa

Dah sebulan lebih Acik menjadi keluarga saya dan dia dah dapat menyesuaikan diri dengan 9 ekor kucing saya yang lain. Acik suka bermain dengan Itam MB dan sedikit-sedikit dengan kucing yang lain.

Tetapi Acik masih takutkan Oky kerana Oky selalu marah dan kadang-kadang tangankan Acik. Oky yang mempunyai jari yang lebih buatkan kaki dan tangan dia nampak lebih besar, mungkin itu yang menakutkan Acik.

31 December 2014

Salam Pengenalan Dari Abang dan Kakak

Si Kecik mulai minum dari bekas yang sama, ini adalah permulaan yang baik. Tiada mana-mana kucing saya yang cuba memarahi dia. Selamat datang Sayang... jadi 'anak' mummy yang baik ya...

Hanya beberapa jam saja Si Kecik menjadi ahli keluarga saya, dia disambut dengan baik oleh kucing-kucing saya yang lain. Nini dan Baby berikan ciuman perkenalan kepada Si Kecik, agaknya itu tandanya dia diterima dalam keluarga ini.

Manakala Oky memerhatikan Kecik hingga membuatkan Si Kecik takut dan cuba bersembunyi di bawah kerusi.

Apa agaknya dikatakan oleh mereka kepada Si Kecik? 

Akhirnya Dia Jadi Keluarga Kami

Pada 20 Disember 2014, anak kucing yang singgah sebentar di rumah saya pada 1 Disember yang lalu tiba-tiba muncul. Terkejut saya dan mak melihatkan dia, tubuh dia sedikit kurus, teliga dan hidung dah ada kurap dan anak kucing ni dah tidak ada suara. Agaknya dia banyak menjerit dan menangis. 

Saya dan mak ambil keputusan untuk pelihara dia sebab kesian sangat pada dia. Umur dia rasanya dalam lingkungan 1 bulan lebih. Sampainya hati manusia yang buang dia sedangkan dia masih menyusu lagi. Saya ambil dia dan terus mandikan. Selepas mandi, bulu dia nampak bersih dan semasa mandi dia ok je dan tak banyak meronta.

Selepas mandi saya keringkan dia dan letakkan dia di atas katil untuk dia tidur sekejap. Biasanya selepas mandi kucing akan rasa sangat letih. Betul sangkaan saya, selepas dia bersihkan diri dia terus tidur dengan nyenyak. Saya namakan di Si Kecik aka Acik. Seakan-akan tahu itu nama dia, dia akan memberi respon dengan memandang dan mengekori kita.