Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

04 August 2017

Bahasa - Bahasa Jawa kat Sekolah ????

Malaysia memang negara yang terkenal dengan penduduk yang berbilang bangsa dan kaum. Kemasukan bangsa Melayu berketurunan Jawa di negara kita ni bukan isu baru, kerana mereka ini telah ada di negara ini sekian lamanya rasanya lebih lama daripada kaum Cina dan India, oleh itu mereka memang telah terlalu ramai apabila ditambah dengan kemasukkan rakyat Indonesia yang rata-ratanya dari keturunan Jawa.

Pada saya tak perlulah bahasa ini diajar di sekolah-sekolah di Malaysia macam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil??? sebab bahasa ini lebih kepada longhat seperti bahasa Melayu Negeri Sembilan dan Kelantan. Apa pun cubalah jawab sendiri....

19 July 2014

Dari Jendela - SMK Orkid Desa

Foto ni saya ambil dari Tkt 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa Cheras. Sekolah baru dengan ciri-ciri baru dan memecah tradisi di mana sekolah ini disediakan 2 blok yang tingginya 7 tingakt dan satu bloh pentadbiran 3 tingkat.

Dah tinggi tentunya lif disediakan untuk para pengguna. Yang menjadi persoalan adakah pengguna dapat menjaga kemudahan awam seperti lif yang sangat mahal penyelenggaraannya dengan baik. Sekoleh ini perlu mengadakan program anti vendelism.

Di hadapan sekolah masih ada pembangunan yang sedang dilakukan antaranya pembinaan kondominium.

25 June 2014

Pengalaman Di Sekolah Pendidikan Khas Setapak

Kisah Adik Firdaus, OKU yang dijumpai oleh pegawai-pegawai Imegresen di Nilai tempoh hari mengingatkan saya lawatan ke Sekolah Pendidikan Khas dulu. Masa itu rehearsal bagi persembahan murid-murid sekolah ini semasa Hari Guru yang lepas. 

Inilah antara guru-guru yang berjasa mendidik dan mengasuh anak-anak istimewa ini. Melihat mereka memberikan saya semangat baru untuk mempunyai hati dan kesabaran yang tinggi. Bukan mudah untuk mendidik anak-anak ini, tetapi dengan kecekalan mereka anak-anak ini boleh memberikan sesuatau yang sangat berharga kepada masyarakat.

Saya bersama dengan guru-guru yang bersemangat waja. Terfikirkah anda bagaimana agaknya komunikasi mereka? Untuk memahamkan situasi setiap anak yang sudah tentunya mempunyai jiwa halus dan lekas tersentuh. Bukan seorang dua tapi mungkin 10 hingga 20 orang.

Salah seorang guru yang saya baru kenal....

30 July 2013

HARI INI DALAM SEJARAH - Perasmian Victoria Institution

Pada hari ini dalam tahun 1894, Victoria Institution yang terletak di High Street, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Encik Bennet Eyre Shaw iaitu guru besar pertama sekolah itu. 

Victoria Institution yang merupakan sekolah Inggeris kedua di Selangor mula dibuka pada tahun 1893. la dibina di atas tanah seluas 8 ekar dengan kos sebanyak $11,500, hasil kutipan wang orang ramai sempena Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Queen Victoria pada tahun 1887 dan sumbangan-sumbangan dari beberapa orang kenamaan ternasuklah Sultan Abdul Samad. 

Bangunan sekolah itu mempunyai satu blok bangunan sekolah dan sebuah rumah kediaman guru besar. Tujuan penubuhan sekolah tersebut adalah untuk memberi pendidikan Inggeris kepada anak-anak tempatan bagi menjawat jawatan pegawai rendah dalam pentadbiran negeri Selangor. Sebelum berpindah ke bangunan baru, seramai 36 orang pelajar dan tiga orang guru sekolah itu telah ditempatkan buat sementara waktu di bangunan ‘Government English School'. Apabila Victoria Institution dibuka, pelajar-pelajarnya telah dikenakan yuran bulanan sebanyak $1 dan semua pelajar dari semua bangsa telah diterima masuk ke sekolah itu. Pada peringkat awal sekolah tersebut mempunyai kelas-kelas darjah I hingga VI dan antara mata pelajaran yang diajar adalah Bahasa Inggeris, Elementery Science, Lukisan dan pelajaran teknikal. Sesungguhnya penubuhan dan pembinaan sekolah itu telah membantu dan memberi peluang kepada anak-anak tempatan mengikuti pelajaran Inggeris di mana tahap pencapaiannya amat membanggakan.

Sumber : Arkib Negara

09 May 2011

Sekolah - Handphone

Itulah akibatnya sekiranya handphone dibenarkan penggunaanya di sekolah-sekolah. Guru dan murid sama sahaja naiknya.

08 May 2011

Sekolah - Handphone

Releven ke handphone di sekolah??? mengikut peredaran zaman, penggunaan handphone memang sangat berguna, tetapi menggunaan handphone di sekolah memang tidak patut diluluskan kerana selain daripada mengganggu persekitaran sekolah, anak-anak tidak akan menumpukan fokus terhadap pelajaran di samping penyalahgunaan kuasa dan masa oleh guru. Fikir-fikirkan

07 May 2011

Sekolah - Makanan Merbahaya

Berlanjutan daripada kisah anak-anak yang obes - cuba tengok jawapan yang diberikan oleh murid tentang makanan merbahaya, tak ada pun yang jawab makanan segera yang membawa berlakunya obes yang mengundang penyakit bahaya. Nampaknya kita kena "educate" anak-anak kita semula. Dan yang utama tunjukkan contoh dari rumah...

06 May 2011

Sekolah - Tabiat Makan Murid

Baru-baru ni semua orang terkejut apabila Kementerian Pendidikan mengeluarkan kajian mengenai murid-murid yang obes. Nak terkejut macam mana pulak ya, sedang hari-hari anak-anak yang gemok ni ada depan mata emak ayah... mereka tak perasan ke anak mereka dah gemok. Tu yang silap-silap anak-anak mati dulu dari emak ayah sebab menyakit yang berkaitan dengan obes macam darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Kalau Kementerian sahaja yang sibuk tapi emak ayah tak ambil pot juga tak ada ertinya. Kena sama-sama bertindak kawal dan rancangan pemakanan anak-anak, emak-emak kenalah masuk dapur semula dan kurangkan beli makanan dari luar. Itu pandangan saya saja.

05 May 2011

Sekolah - Guru Pendidikan Jasmani

Eeehh... ada ke guru pendidikan jasmani yang macam ni??? kalau saya kat sekolah dulu, guru pendidikan jasmani saya juga berpakaian sukan dengan tergantung wisel di lehernya.

04 May 2011

Sekolah - Rukun Negara

Memang saya tak nafikan ramai murid-murid sekolah yang tak tahu apakah Rukun Negara (RN), tak macam zaman-zaman kita RN perlu dihafal dan dihayati. Buat karangan yang berasakan RN dan ada kala guru mengadakan pertandingan melukis yang juga berasaskan RN. Kat mana silapnya - adakah pada murid ke atau pada guru yang kurang kreatif???? Tanyalah pada diri sendiri!!!

Agak-agaknya murid-murid kita yang beragama Islam tahu dan hafal tak Rukun Islam, Rukun Iman, Rukun Haji dan sebagainya.

03 May 2011

Sekolah Dalam Zoo

Kreatifnya guru ni.. Tapi pada pandangan saya sekolah dalam kebun dah cukup untuk memberi kesedaran kepada anak-anak betap perlunya berbudi dan berbakti kepada tanah. Ajar mereka konsep rezki dari hasil bumi bukannya semuanya boleh didapati dari Pasar Raya.

02 May 2011

Sekolah - Sains

"Betul.. memang larutan kultur akan tumpah.. tapi atas kepala hang.." Kata guru itu dengan sedikit marah. Apa nak jadi budak ini.. walau apa pun ada harapan nak jadi Raja Lawak.

01 May 2011

Bahasa - English Science Lagi

Pemantauan yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan adalah terhadap guru-guru yang bertanggungjawab mengajar anak-anak bangsa kita. Adakah guru-guru ini layak dari segi ilmu pengetahuan dan kecekapan penguasaan Bahasa Inggeris setandang dengan perkembangan Bahasa Inggeris di dunia ???? Berat juga tanggungjawab Kementerian ini ... Apa pulak yang terjadi kini.. adakah kita berbalik kepada asal...

30 April 2011

Bahasa - English Science

Saya tertanya-tanya pada diri sendiri - bagaimanakah pencapaian pembelajaran Sains dan maths dalam Bahasa Inggeris - adakah tercapai dengan baik atau sebaliknya. Pada pandangan saya apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan sangat baik hanya pelaksanaannya perlu dipantau.

29 April 2011

Bahasa - English

Tu dia, macam mana nak ajar murid kalau guru sendiri pun tak betul. Ini baru dari segi bahasa - adakah kemungkinan ramai lagai guru yang jadi ibu ketam ??? dalam pelbagai bidang ??? dalam pelbagai budaya ??? Bak kata Nabil Raja Lawak - Lu fikir lah sendiri...

28 April 2011

Bahasa - Bahasa Rojak

Amalan rakyat negara ini, mencampurkan penggunaan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris. Perkara ini bukannya baru, seingat-ingat saya ianya dah mula sejak dari zaman emak dan ayah kita - atau lebih tepat lagi selepas merdeka. Adakah pada masa itu kita nak tunjukkan bahawa kita dah sama bertamaddun dengan penjajah tersebut?? Fikirlah sendiri

26 April 2011

Apa dah jadi anakku

Tangkal ini rasanya tak mujarab bagi semua murid, ada tangkal yang lebih mujarab lagi apabila dalam bilik anak-anak kita penuh dengan poster kumpulan kugiran yang entah dari mana asalnya dan poster perempuan-perempuan yang tak cukup duit nak beli kain. Periksalah bilik anak-anak kita sekali sekali. Apa yang ada di dinding bilik dan dinding almari mereka. Jangan terkejut!!!

09 February 2011

My Autograph - SMJ (2)

Ini adalah keluhan yang tidak serius dari seorang sahabat... agaknya C.T Serpico masa ini baru belajar untuk bercinta.. jadi autograf ini menjadi sasarannya. Walau apa pun kami yang sebenarnya tak pandai nak bercinta cintun macam pelajar sekarang. Bersekolah pada kami adalah tempat dan masa yang paling manis dan bebas dalam hidup. Setiap hari ke sekolah adalah untuk berjumpa kekawan di samping menimba apa sahaja ilmu yang dicurahkan oleh guru. Suasana dan kaedah bersekolah semasa zaman saya dan kini nampak sangat jauh bezanya. Sekarang ini bersekolah macam satu deraan dan seksaan... langsung tidak ada keseronokan. Tapi apa boleh buat masa berubah seiring dengan pergerakan negara menuju ke era negara maju dan moden. Bagi memastikan hasrat negara itu tercapai rakyat perlu mempunyai ilmu yang lengkap dan mampan.

Insyaallah sahabat, kalau kena tempatnya memang saya tak suka menasihati seseorang di khalayak ramai. Tetapi ada juga manusia yang terpaksa di tegur di khalayak ramai... baru boleh berubah... selama 3o tahun bertugas dah ramai manusia yang saya jumpa dan mempunyai pelbagai ragam.

Memang saya akui tak ramai yang mempunyai sifak keras hati, memikirkan hanya mereka sahaja yang betul dan tidak tahu menghormati orang lain. Mereka-mereka ini, saya tangani dengan cara merendahkan ego diri seseorang itu, dan selepas dari itu sikap mereka akan berubah sama ada positif atau negatif. Seperti yang saya cakapkan di atas tadi, biasanya mereka yang sebegini perasan bahawa mereka adalah yang terbaik, tercantik dan berjawatan tinggi.... (perasannya dia)

Tulisan dari salah seorang sahabat Cina saya, iaitu Ban Huat, tetapi beliau sangat fasih berbahasa Melayu. Selepasa dari zaman persekolahan saya tak pernah berjumpa dengan beliau. Untuk balik ke kampong saya, saya akan melalui Pekan Selandar - iaitu tempat tinggal/ asal Ban Huat, saya pernah terfikir beberapa kali untuk berhenti bertanyakan di mana agaknya Ban Huat kini. Tapi rasa seganlah pulak!!!!

Yang akhir ini adalah tulisan Siew Chin, sahabat saya ini seorang yang comel, tapi tak tahulah kini bagaimana agaknya rupa dia selepas lebih 30 tahun tak pernah berjumpa?

08 February 2011

My Autograph - SMJ (1)

Aku macam juga pelajar-pelajar lain apabila tamat sekolah akan menyediakan sekurang-kurangnya 1 Autograph untuk cacatan/ pesanan/ kutukan sahabat dan kawan-kawan sekolah. Aku ingin berkongsi buku autograph dengan kalian. Ada catatan yang telah berusia hampir 30 tahun. Mungkin masa itu kita akan tercari-cari kata-kata,bait puisi yang indah untuk dirakamkan dalam Buku Autograph Teman. Tapi secara relatifnya adakah kita mengambil kisah akan catatan tersebut. Jomlihat apakah yang dinukilkan oleh sahabat-sahabat saya. Ini adalah catatan teman aku yang menggunakan nama samarannya sebagai Morgon.

Yang ini dari sahabatku Saadiah, agaknya dia sendiri pun dah lupa apa yang dicatatkan. Pesanannya supayadiatidak dilupakan menjadi kerana sehingga kini dia adalah antara sahabat yang aku tak pernah lupakan di samping Mukminah, Mia, Aisyah, Norlishah dan ramai lain. Walaupun tak dapat bersua muka tapi mereka masih lagi kekal di ingatanku. Tapi gambaran wajah mereka adalah seperti di zaman persekolahan, kerana tak pernah bertemu selepas zaman persekolahan.

Autograph ini adalah tulisan dari seorang teman bernama Riza, puas aku cuba ingat-ingatkan siapakah dia Riza ni, tapi masih tak timbul wajahnya.... akhirnya aku terfikir adakah sahabatku yang bernama Riza.... atau ada kemungkinan teman-teman sahabatku yang bermurah hati untuk mencatat sesuatu di Autographku. Walau apa pun aku ucapkan ribuan terima kasih. Jom lihat apa yang ditulisnya..


Sama ada secara kebetulan atau, kerana fitrah hidup, memang hidup manusia bagaikan roda, ada kala di atas dan ada kala di bawah. Walau di mana sekalipun kita... kita mempunyai fungsi yang sama, iaitu bersyukur, berusaha dan menyerah diri ke hadrat Allah. Bukan semasa senang sahaja kita bersyukur dan bukan semasa susah sahaja kita menyerah. Bersyukur, berusaha dan menyerah perlu bergerak seiring kerana selagi kita bernama manusia yang mampu bergerak.

Usah dibiarkan hidup tanpa tujuan di bumi Allah... takut-takut tak sempat untuk menyediakan bekalan ke alam yang kekal.

Esok ada sedikit lagi catatan autograph dari sahabat-sahabat saya. Tungguuuuuuuuuuu

27 January 2011

My Sekolah - Sekolah Menengah Jasin

Pagi-pagi aku bersiap dan ke MinDef untuk urusan peribadi, ingatkan sekejap je tapi hampir 2 jam kat sana, jadi rasa malas nak gi opis sebab.... hampir 2 jam uruskan urusan peribadi dan perbincangan penyediaan kertas kerja. Jadi aku call office dan ambil EL saja. Petang ini aku ada kelas pengajian di Masjid Negara dan berjanji dengan teman baikku (Lt Kol Nor Sabrina), insyaallah aku akan berada di rumahnya jam 6 petang, kami ke Masjid Negara bersama dengan kereta beliau.

Jadi apa aku nak buat kat rumah masa ini????? sedang aku membelek-belek album lama terjumpa gambar masa aku di sekolah menengah rendah. Aku bersekolah menengah di Sekolah Menengah Jasin (SMJ) (Sekolah Menengah Kebangaan Jasin sekarang ni). Melihat gambar kelas hingga tingkatan empat, aku teringatkan kawan-kawan dan guru sekolah ku, ke mana mereka?, apa mereka buat untuk hidup? adakah guruku masih sihat lagi?

Gambar ini semasa aku Tingkatan 1D, Guru kelas aku Mr Sivaraman, beliau juga merupakan guru subjek Bahasa Inggeris. Tidak banyak peristiwa istimewa yang aku ingat semasa di tingkatan 1, rasanya masa tu aku tak ada kawan baik pun ... murid Melayu memang tak ramai... aku pulak dari kampong, susah nak sesuaikan diri... nak berkomuniksi dalam Bahasa Ingeris pula memang menjadi masalah besar. Jadi mungkin itu yang buatkan aku jadi pendiam kot.

Gambar ini semasa aku di Tingkatan 2B, Guru kelas ku adalah Mr Lim. Mula dari kelas ini akau mempunyai seorang sahabat yang sangat baik, namanya Mukminah binti Hj Johar, dia berasal dari Felda Air Kangkong, tak jauh dari kampong aku. Aku bersahabat dengannya sehingga aku mengaji di tingkatan 6 di Sekolah Iskandar Syah, Jasin.

Yang ini pula adalah gambar aku di tingkatan 3B. Guru kelas aku Mr Puah. Mulai tahun ini (1974) murid-murid Melayu perempuan dibenarkan untuk mengenakan pakaian seragam baju kurung. Aku ingat lagi ramai di antara kami yang teruja apabila dibenarkan memakai baju kurung, tetapi apabila tengah hari kami dah nampak macam selekeh je mungkin disebabkan lengan baju yang panjang dan kain yang berpusing-pusing. Tetapi lama-kelamaan kami dah biasa.

Ini pula gambar semasa aku di tingkatan 4. Aku tak ingat nama guru kelas ku ini, tetapi yang pasti dia adalah isteri kepada Mr. Sivaraman. Seorang guru yang sangat baik dan lemah lembut penuh dengan sifat keibuan. Yang sangat aku ingat aku antara murid yang agak nakal, masa di tingkatan 1 hingga 2 aku suka bergadoh dan bertumbuk, tak kira dengan murid lelaki atau perempuan. Selepas tingkatan 2, aku mula jadi baik sebab mempunyai sahabat-sahabat yang baik, terutamanya Mukminah.

Aku sangat suka dengan sekolah ini, di sini aku mula mengenal dunia melalui pelajaran Geografi dan sejarah Tanah Melayu serta sejarah dunia. Kedua-duanya adalah pelajaran yang amat aku gemari. Di sini juga aku mula menyanyi apabila kumpulan koir ditubuhkan. Gambar ini mungkin gambar semasa aku di tingkatan 5, mungkin gambar ini merupakan gambar terakhir kami di SMJ.

Aku rasa sangat rindu pada kawan-kawan ku.