Showing posts with label Temple of Solomon. Show all posts
Showing posts with label Temple of Solomon. Show all posts

16 January 2012

Rumah Ibadat Nabi Sulaiman AS atau Haikal Sulaiman

Nabi Sulaiman Alihisalam (A.S) adalah putera kepada Nabi Daud as iaitu salah seorang nabi yang diturunkan oleh Allah Taalah kepada kaum Israel. Nabi Sulaiman as adalah nabi yang membangunkan rumah ibadat bertujuan untuk menyembah Allah Tuhan yang satu. Rumah ibadat itu adalah Masjid Al Aqsa. Bagi menyempurnakan pembinaan masjid tersebut baginda telah mengarahkan semua makhlok di bawah pemerintahannya untuk membina masjid tersebut termasuklah kaum Israel, kaum-kaum yang lain dan jin.

Mungkinkah terdapat rahsia yang tertanam di bawah Masjidil A-Aqsa? yang selama ini dituntut oleh kaum Yahudi. Sekiranya kita menyusuli sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS yang juga dikenali sebagai Raja Sulaiman dikatakan telah menyembunyikan pelbagai harta dan ilmu sihir pada zamannya. Nabi Sulaiman seperti juga nabi-nabi dan rasul-rasul ALlah yang lain, baginda juga ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu keyakinan dan ibadah kepada hanya SATU tuhan sahaja.

Walaupun begitu Nabi Sulaiman As berbeza dari nabi-nabi yang lain kerana baginda dikurniakan Allah SWT dengan lebolehan menguasai umat manusia dan jin, di samping baginda boleh berkomunikasi dengan haiwan yang ada di dalam dunia.

Allah menduga Nabi Sulaiman as di mana di zamannya terdapat banyak kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme. Bagi mengawal perkembangan yang tidak sihat itu, baginda memerintahkan pengawal-pengawalnya mencari ahli-ahli sihir dan buku-buku serta semua peralatan sihir di seluruh negeri dirampas. Di sinilah mulanya pencarian kaum Yahudi zaman kini, mereka mencari semula buku, naskah, kitab-kitab atau apa sahaja alat atau apa sahaja yang tertulis dengan ilmu sihir. mereka sangat percaya bahawa ilmu-ilmu sihir atau amalan sesat yang diajar ini adalah untuk berhubung dengan pemanggil roh. Jelaslah kepada kita bahawa ajaran yang cuba dicungkil semula adalah amalan berkaitan dengan jin dan setan.

Islam adalah agama yang mengharamkan ilmu sihir. Al-Quran telah mengariskan ajaran kepada kita bahawa jin dan manusia tidak seharusnya berhubung antara satu dengan lain walaupun kedua-dua makhlok ini hidup dalam dimensi yang selari, seharusnya mereka juga tidak harus berkomunikasi dengan satu sama lain, ini mungkin disebabkan oleh kejadian kedua-dua makhlok ini berbeza di mana jin dijadikan daripada api dan makhlok ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, namun begitu mereka boleh melihat manusia. Dikhuatiri juga sekiranya manusia bersahabat atau boleh berkomunikasi dengan makhlok ini, manusia akan tertipu dan dikhuatiri manusia akan terpesong dari jalan Allah. Manusia yang mempelajari ilmu sihir rata-rata adalah dengan bantuan jin dan syaitan.

Selari dengan tipu daya jin dan syaitan melalui ilmu sihir, makanya Nabi Sulaiman AS mengarahkan supaya semua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir dibawa kehadapannya, kemudian baginda menguburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ilmu sihir di mana baginda memikirkan itu adalah kaedah paling selamat dari kaumnya. Pertanyaan yang menjadi misteri adalah - di mana baginda menanamkan buku dan peralatan ilmu sihir tersebut?, mungkinkah di bawah tapak asas rumah ibadatnya?. Bagi menjaga tempat tersebut baginda melantik beberapa orang kesasteria untuk mengawal supaya tiada penceroboh. Dalam Bahasa Ingeris kesasteria ini dikenali sebagai Knights of the Temple of Solomon (The Knight) bertugas menjaga Rumah Ibadat Sulaiman siang dan malam.

Pada awalnya The Knight ini melaksanakan tugas mereka dengan sempurna di awal lantikan mereka. Malangnya selepas Nabi Sulaiman (AS) wafat, The Knights sendiri ingin melihat apa yang mereka kawal selama ini. Mereka menyedari bahawa apa yang dikawal oleh mereka selama ini adalah maklumat yang sangat penting dan menguntungkan. Dengan semua maklumat yang ada di depan mata mereka, semua amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mula mencuri dan berlatih mengamalkan ilmu tersebut. Mereka memindahkan kitab-kitab dan mengamalkan amalan yang salah tersebut. Akhirnya mereka benar-benar telah jauh dari agama Allah SWT. Mereka terus tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana sifat ritual mereka, mereka dengan cepat menjadi kumpulan yang paling kuat dan terkaya di negeri itu.

Lebih memeranjatkan di mana melalui wawancara terbaru ini di sebuah negara, ahli okultisme menegaskan bahawa syaitan memberikan penghargaan dan menghalalkan kepada pengikutnya dengan kekayaan dan keuntungan material dunia, asalkan mereka melakukan apa saja yang mereka hajatkan tanpa halangan seperti rasuah, kefasikan dan kehancuran di bumi. Paling menakutkan mereka mengatakan bahawa syaitan (yang dilaknat Allah) meyakinkan mereka, melalui para pendeta tinggi mereka, bahawa dia (syaitan) adalah Tuhan yang nyata. Sangat jelas inilah salah faham yang sangat besar.

Pergerakan The Knight telah berjalan selama berabad-abad, naskah ilmu sihir dan sekelas dengannya diseludup ke Eropah malahan ke serata dunia, The Knight telah memberikan nama Free Mason kepada kumpulan ini, dengan kekuatan palsu dari syaitan itu, secepat kilat mereka menyebarkan ideologi Free Mason di seluruh dunia, dalam bentuk perkumpulan rahsia dan juga nyata yang berselindung di sebalik sesuatu badan dan organisasi. Semua ini hanya dengan satu tujuan iaitu melayani Tuhan Syaitan ciptaan mereka. Di sebalik melayani syaitan, mereka juga mempersiapkan kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol tuhan mereka adalah Mata Satu seperti yang mereka reka dalam bentuk mata satu di piramid atasnya. Tentu rakan-rakan tertanya-tanya apa kaitannya kaum Isreal dengan kaum Mesir kuno? kalau dilihat kepada apa yang dipercayai oleh kedua-dua kaum ini sepertinya ada persamaan dari segi 'kepercayaan mempunyai satu mata melihat semua' yang mereka sebut Mata Ra, dan Mata Osiris. Akhirnya tentu kita fahami bahawa ilmu hitam/ sihir adalah amalan dari orang-orang kafir dari Mesir kuno yang berajakan Firaun.

08 January 2012

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa? Part 2

Gambar proses kerja-kerja pembinaan Kuil Zionis yang dikaburi kononnya untuk membangunkan semula Temple of Solomon. Ini adalah struktur pertama kali yang dibangunkan oleh Zionis betul-betul di depan Masjid Al-Aqsa, dari tapak pembinaan ini jelas kita melihat kubah berwarna emas, iaitu Kubah Batu (Dome of The Rock). Rakan-rakanku ingatlah bahawa cita-cita pihak Zionis bukan acah-acah atau main-main, mereka sememangnya bangsa yang berhati keras akan melaksanakan hasrat mereka seperti mana tindakan biadap mereka merampas tanah-tanah masyarakat Pelastine. Percayalah akan berlaku rusuhan yang lebih buruk lagi kerana kali ini orang Islam tidak mungkin akan berdiam diri melihat Masjidil Aqsa diruntuhkan. Semoga Allah sentiasa bersama kita.

Di bawah adalah illustrusi dari pelukis akan hasrat mereka untuk membina Kuil Zionis.







07 January 2012

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa? Part 1

Pagi ini saya cuba untuk menulis, malangnya tiada idea dan ilham yang muncul. Berkali-kali saya cuba untuk memba-yangkan dan mengingati beberapa insiden yang boleh saya jadikan bahan penulisan tetapi tetap tiada apa-apa di akal saya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk bermain online games di facebook dulu.

Tetapi perasaan untuk menulis makin kuat dalam diri saya, kenapa pula hari ini idea sukar datang kepada saya... dan selepas merewang-rewang seperti di atas barulah jari saya lancar menekan key-board komputer. Dalam pada masa itu, untuk mendapatkan idea saya memyusuri beberapa blog rakan-rakan dan antaranya saya terjumpa artikel ini dalam bloh Ohbelog.com. Pada saya artikel ini jarang didedahkan, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan rakan-rakan melalui blog saya. Walau bagaimanapun memandangkan artikel ini panjang saya mengambil keputusan untuk menyiarkannya dalam 5 bahagian. Artikel ini akan disiarkan mulai hari ini setiap hari lebih kurang jam 10.00 malam, insyallah.

Namun begitu artikel ini saya olah semula dengan sedikit tambahan yang mana saya ketahui. Kepada rakan-rakan sekiranya anda mempunyai maklumat yang lain sila nyatakan di dalam ruang komen. Terima kasih.

Kepada rakan-rakan saya mengharapkan agar dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca dan 'melihat' sendiri bagaimana usaha Yahudi untuk menghapuskan kiblat pertama orang Islam ini. Pada saya walau apa sekalipun alasan Yahudi untuk merobohkan Masjidil Aqsa ini, ianya tidak sepatutnya diteruskan kerana secara realitinya masjid ini masih lagi digunakan oleh jutaan orang Islam di seluruh dunia. Lagi pun masjid ini juga adalah ikon kesatuan dan keutuhan orang Islam terutamanya rakyat Pelastine.

Adakah kawan-kawan tahu bahawa tanah yang terbinanya masjid ini dulunya adalah kepunyaan orang Islam.

Bagi mengaburi mata dunia, Israel mendakwa bahawa mereka mempunyai hak ke atas Masjid ini kerana masjid ini terletak di dalam kawasan negaranya. Mereka juga mendakwa bahawa mereka tidak berhasrat untuk meruntuhkan masjid ini tetapi mereka sedang dalam usaha mencari semula tapak Kuil/ Tempat ibadat Nabi Sulaiman, yang merupakan nabi yang diutuskan untuk mereka. Seperti yang rakan-rakan ketahui Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Ayub yang berbangsa Israel. Andainya Nabi Sulaiman masih ada sudah tentu baginda sendiri akan menghalang bangsanya meruntuhkan Masjid Aqsa ini.

Andai kata memang benar Kuil Nabi Sulaiman berada betul-betul di bawah tapak masjid, sekiranya bangsa Israel ini jenis bangsa yang berperikemanusiaan sudah tentu mereka tidak akan menyentuh masjid ini kerana seperti yang saya katakan masjid ini masih lagi digunakan bukan seorang dua tetapi beribu dan ada masanya berjuta. Oleh itu alasan untuk mencari kuil adalah alasan sahaja, sebaliknya niat mereka adalah untuk memusnahkan masjid ini.

Ramai umat Islam yang tidak menyedari akan tindakan kurang ajar yang sedang diusahakan oleh puak-puak Zionis ini. Cuba rakan-rakan lihat sendiri beberapa foto yang menunjukkan dengan jelas tindakan biadap dan rakus mereka yang telah merosakkan banyak bahagian di bawah masjid. Pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa yang cukup tragik, cemas, bahaya dan merosakkan asas Masjidil Al-Aqsa secara langsung. Apakah tindakan negara-negara Islam, adakah hanya cukup melihat dan nanti melihat pula keruntuhan masjid ini.

Masalah ini telah menjadi krisis besar yang melibatkan agama yang tidak terhalang dengan sempadan. Oleh itu krisis ini memerlukan perhatian dunia Islam dengan serius. Adakah benar hadith Rasulallah SAW bahawa kini adalah di mana umat Islam yang berjuta-juta ramainya hanya seperti buih di lautan sahaja, kerana jika dibandingkan dengan bangsa Yahudi laknatullah yang lebih kecil kuantitinya tetapi memperlihatkan mereka lebih berkuasa. Kenapa? semua orang tidak dapat menafikan akan usaha dan kuasa networking mereka dengan Amerika Syarikat. Kita pula sepatutnya bersatu untuk menyampaikan suara melarang keras kerja-kerja penggalian yang akan meruntuhkan Masjidil Aqsa tetapi di mana suara itu?.


Jika sebelum ini kita sering membaca melalui portal yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri akan kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakan berlaku di merata-rata, di tiang besar, lantai dan dinding masjid. Di samping itu pihak Israel secara langsung pernah mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa dan di tempat yang sama akan membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah 'tahu' bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut untuk sampai ke tapak kuil tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja.

Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini! Ini satu kebenaran yang mengejutkan.