Pada perang salib dahulu, mereka musuh-musuh Islam memperoleh kekalahan yang cukup besar, dengan Kehebatan Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tenteranya yang menimbulkan rasa gerun pihak Musuh.
Oleh kerana kekalahan yang besar itu, Maka mereka orang-orang Yahudi pun berkumpul bermesyuarat untuk mengkaji apakah yang menyebabkan Ummat Islam ketika itu kuat. Setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan, kajian demi kajian dijalankan, maka mereka sepakat untuk memisahkan 4 perkara daripada diri Ummat Islam supaya kelak Ummat Islam akan berada di bawah kaki mereka.
Yang pertamanya mereka memutuskan untuk memisahkan zikir daripada Ummat Islam supaya Ummat Islam hari ini berjuang tanpa zikir dan sudah semestinya perkara yang tidak disertai dengan zikir itu adalah perkara yang sia-sia.
Keduanya mereka memutuskan untuk memisahkan Ilmu Tassawuf/ Tarekat daripada diri Ummat Islam kerana mereka mendapati Raja dan tentera-tentera yang hebat-hebat daripada kalangan Ummat Islam dahulu semuanya adalah daripada golongan Sufi/ Tarekat, antaranya Sultan Muhammad Al-Fateh yang mengambil tarekat Naqshbandi daripada gurunya Shaykh Shamsuddin Al-Wali, Salahuddin Al-Ayubi dan banyak lagi pahlawan-pahlawan Islam yang merupakan ahli sufi.
Ketiganya, mereka memutuskan untuk memisahkan qasidah-qasidah/ syair-syair yang memuji Allah dan Baginda Rasulullah saw daripada diri ummat Islam. Hal ini kerana tentera-tentera Islam dahulu sebelum pergi berperang mereka akan mendendangkan qasidah-qasidah serta syair-syair yang yang menaut hati mereka kepada Allah, menaut hati mereka kepada Rasulullah saw, dan membangkit semangat Juang didalam diri mereka yang menyebabkan mereka menjadi seperti singa yang gagah apabila di medan perang.
Keempatnya pula mereka memutuskan untuk memisahkan Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam, hal ini kerana kesemua pejuang-pejuang Islam dahulu itu berjuang kerana Rasulullah saw, bahkan tidak pernah walau sedetik sekalipun mereka berpisah daripada Rasulullah saw (melupakan Rasulullah saw). Dengan memisahkan Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam maka mereka akan memperoleh kemenangan yang paling besar.
Umumnya diketahui bahawa Rasulullah saw itu merupakan Qudwatul Hasanah (Contoh yang agung lagi terbaik). Apabila terpisahnya Rasulullah saw daripada diri Ummat Islam maka Ummat Islam akan menjadi terhuyung-hayang tanpa arah tuju, tanpa contoh atau ikutan. Hal ini telah terbukti dizaman ini, Ummat Islam hari ini lebih mencontohi tokoh-tokoh barat daripada Baginda Rasulullah saw, Ummat Islam lebih mencontohi artis-artis, pelakon-pelakon, dan penyanyi-penyanyi daripada mencontohi Baginda Rasulullah saw.
Maka sekarang telah berjayalah keempat-empat perancangan mereka ini untuk meletakkan Ummat Islam di bawah telapak kaki mereka, cuba lihat di Institusi pengajian seperti sekolah-sekolah atau universiti-universiti yang ada kini, Fakulti Pengajian Usuluddin ada, Fakulti Pengajian Syariah ada, tapi Fakulti Pengajian Tasawuf tiada. Ke manakah hilangnya? Sedangkan Iman, Islam dan Ihsan itu adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan.
Kini telah terlaksana keempat-empat perkara ini, dan dan Ummat Islam hari ini tersangat-sangatlah lemah.
Oleh Ustaz Mustaffa Kamal melalui fb Sye Ferdy
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Salahudin Al-Ayubi. Show all posts

10 August 2013
23 July 2013
PEDANG SALAHUDDIN AL-AYUBI PALING TAJAM DI DUNIA
Suka saya berkongsi maklumat mengenai pedang tertajam di dunia. Rupanya teknologi Nano zaman kita dah ketinggalam zaman kerana Salahuddin Al-Ayubi dah menggunakannya. Malangnya teknologi ini telah hilang begitu sahaja tanpa ada yang mewarisinya.
Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.
Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Apa itu CNT?
CNT (Carbon Nano Tubes) merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dik edua-dua hujungnya.
Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Teknologi NANO.
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Salahuddin Al-Ayyubi Memimpin Tentera Islam Dalam Perang Salib Kurun ke-12.
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.
Sumber : kezoom.blogspot.com

13 July 2012
Salahudin AL-Ayubi
![]() |
| Bolehkah kita praktikkan kata-katanya??? |
Walaupun kawan-kawan telah mengetahui akan panglima ini, saya masih hendak memperkenalkan serba sedikit akan sejarah mengenai Salahudin Al-Ayubi.
Nama sebenar beliau adalah Salah Ad-Din Yusuf ibn Ayyub beliau lahir di sekitar tahun 1138 dan telah meninggal dunia pada 4 Mac 1193). Panglima ini bukan sahaja dikenali kepada orang-orang Islam malahan kepada dunia Barat. Beliau adalah seorang Muslim Kurdish dan bertanggungjawab mengasaskan dinasti Ayyubid serta menjadi Sultan pertama Mesir dan Syria. Beliaulah yang mengetuai angkatan tentera Islam untuk memerangi tentera Franks dan lain-lain tentera Salib Eropah di Levant. Kegemilangan Kesultanan Islam semasa pemerintahan beliau, beliau telah menakluki Mesir, Syria, Mesopotamia, Hijaz, Yaman, dan bahagian-bahagian Afrika Utara.
Di bawah kepimpinan baginda, tenteranya telah mengalahkan tentera Salib di Pertempuran Hattin. Salahuddin adalah tokoh yang terkenal dalam Kurdish, Arab, dan budaya Islam. Sikapnya dan kelakuannya yang mulia dan sangat sopan santun itu telah menjadi cetusan kepada perbabadan Barat dan agama Kristian. Panglima ini juga amat dihormati oleh musuhnya tentera Salib termasuk Richard Lionheart.
Di atas adalah kata-kata hikmat Panglima Salahudin, tanyalah pada diri sendiri apa pula pandangan kita tentang hidup ini???

Subscribe to:
Posts (Atom)