Showing posts with label Puasa Sunat. Show all posts
Showing posts with label Puasa Sunat. Show all posts

14 November 2013

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)

1.    صُوْمُوا يَوْمَ عَاشُورَاء ، وَخَالِفُوا اليَهُودَ ، صُومُوا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْمًا بَعْدَهُ - Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya)

2. صُومُوا اليَومَ التَّاسِعَ والعَاشِرَ وَخَالِفُوا اليَهُودَ - Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih )

3. إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.

(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (setiap 10 Muharram )

1.    Melapangkan masa/ belanja anak, suami & isteri. Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2.    Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3.    Menahan marah. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4.   Menunjukkan orang sesat. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5.   Menyapu/ mengusap kepala anak yatim. Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6.   Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7.   Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8.   Mandi Sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu. lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9.   Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'. Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'. Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sumber: Perkongsian di Internet

13 November 2013

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".

(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))

كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))

عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)

اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))

سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:

لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

12 November 2013

Jangan Lupa Esok dan Lusa Puasa Sunat 9 dan 10 Muharam

Saya kongsikan niat puasa sunat hari Tasu'a Muharram, iaitu esoknya bersamaan 13 November 2013 iaitu 9 Muharram 1435. Baginda junjungan kita Rasulallah saw pernah menganjurkan puasa pada 9 Muharram diikuti dengan 10 Muharam, iaitu hari Asura. Jika kita tidak dapat berpuasa pada hari Tasu'a Muharram makanya berpuasalah pada hari Asyura dan diikuti dengan puasa 11 Muharram.

Antara fadilat puasa sunat Asyura di mana boleh diampunkan oleh Allah swt bagi tempoh setahun sebelum ini selain kita tidak melakukan dosa-dosa besar. Jadinya janganlah lupa dan khabar-khabarkan kepada semua sahabat dan saudara kita.
Jadi jom kita berpuasa, di atas adalah niat puasa-puasa tersebut.

24 October 2012

JANGAN LUPA: Esok Ulang Tahun Kemenangan ISlam

Assalamualaikum wahai saudaraku sekelian, ingatkah saudara saudari bahawa esok adalah hari ulang tahun kemenangan bagi agama Islam. Hari esok pada lebih kurang 1,400 tahun yang lalu di Padang Arafah, iaitu pada Haji terakhir Rasulallah saw, Allah swt telah menyampaikan kepada Rasulallah saw bahawa itulah harinya di mana Allah telah menyempurnakan agama suci kita ini.

Apa yang patut kita buat untuk meraikan hari itu, iaitu esok? ramai alim ulama Islam menyarankan esok adalah hari terbaik untuk berpuasa kerana Allah, sebagai tanda menyucapkan rasa syukur kita dipilih Allah untuk menganuti agama ini yang tidak ada tolok bandingnya di alam sejagat ini. Jadi jom saudara-saudaraku kita berpuasa sunat esok, biar syaitan dan kaum kerabatnya meluat melihat kita yang ramai-ramai berpuasa sunat. Lagi pun pada esok hari juga syaitan akan tertunggeng-tunggeng seperti apa yang berlaku pada 1,400 tahun yang lalu.

Jangan lupa ya, esok sama-sama kita berpuasa ya.

24 August 2012

Puasa enam terbaik - Tunaikan secara berasingan

Oleh: Zuarida Mohyin

MENURUT Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fatah Wan Ismail, ibadat puasa mengandungi fadilat yang amat besar tanpa mengira sama ada ia wajib ataupun sunat.

Kenyataan ini, di sandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Imam Bukhari bermaksud: Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

"Hakikatnya, hadis ini menyebut secara umum, tanpa mengira puasa itu sunat ataupun wajib. Di antara fadilat paling besar yang terdapat di dalam puasa enam dan puasa yang lain, iaitu Allah s.w.t. menjauhkan orang yang melakukannya daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.

"Sabda Rasululullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim bermaksud: Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t., nescaya akan Allah menjauhkannya daripadanya api neraka sejauh tujuh puluh tahun.

"Maka jelaslah di sini, dengan berpuasa kita akan dapat menyelamatkan diri daripada azab Allah s.w.t., walaupun ia hanya puasa sunat," kata Wan Abdul Fatah sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, mereka yang melaksanakan puasa enam juga akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun. Ini dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, diikuti enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya seperti ia berpuasa selama setahun genap.

Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Selain itu kata beliau, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu.

Malah dari sudut kesihatan, terang Wan Abdul Fatah lagi, pada bulan Ramadan sistem pencernaan kita berehat selama sebulan pada siang hari, iaitu tanpa menerima sebarang makanan ataupun minuman.
Kedatangan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah lagi amalan masyarakat kita suka mengadakan rumah terbuka.

"Oleh itu, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Menjawab waktu yang terbaik untuk berpuasa enam, kata Wan Abdul Fatah secara amnya waktu untuk seseorang itu berpuasa enam ialah bermula pada 2 Syawal sehingga tamat Syawal.

"Namun berdasarkan pendapat para ulama, waktu yang terbaik, ialah memulakan puasa enam pada 2 Syawal. Walau bagaimanapun, tidaklah disyaratkan berbuat demikian, bahkan tetap akan mendapat pahala sekiranya melakukannya pada hari-hari lain pada bulan Syawal," katanya yang terbaik puasa enam hendaklah dilaksanakan secara berturut-turut tetapi sekiranya dilakukan secara berselang-seli juga tidak menjadi satu kesalahan. Ini sebagaimana dinyatakan oleh Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni Muhtaj.

Menjelaskan beberapa salah faham yang sering kali wujud berkaitan puasa enam, akui beliau persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam di antaranya ialah; Adakah harus menggabungkan dua puasa, iaitu puasa qada dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal? Manakah yang lebih afdal, sama ada digabungkan kedua-duanya ataupun dibuat berasingan?

Dalam hal ini, kata Wan Abdul Fatah, di kalangan para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;

 i. Sudah cukup bagi seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada pada bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran, sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

 ii. Ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

 iii. ada yang menyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal pada bulan Ramadan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain pada bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah s.a.w. agar berpuasa pada bulan Syawal.

"Sebenarnya, bagi mereka yang mengqada puasa pada bulan Syawal dan berniat melakukannya bersama puasa enam, sememangnya telah mendapat pahala. Namun pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang melakukannya secara berasingan, iaitu melakukan puasa qada terlebih dahulu. Setelah selesai qada, baru dilakukan pula puasa enam.

"Ini kerana kita berbalik kepada hadis yang dinyatakan sebelum ini, iaitu mereka berpuasa sebulan penuh dalam bulan Ramadan dan diikuti enam hari pada bulan Syawal, menyamai puasa selama setahun.

"Kemudian diperjelaskan lagi oleh hadis yang lain, iaitu berpuasa sebulan Ramadan sama dengan sepuluh bulan dan berpuasa enam hari pada bulan Syawal sama dengan dua bulan. Maka gabungan antara kedua-duanya menyamai setahun.

"Tapi bagi mereka yang meninggalkan puasa, sekalipun kerana uzur syarie dan tidak cukup bilangan hari seperti yang dinyatakan di dalam hadis, iaitu sebulan Ramadan dan enam hari Syawal, sudah tentulah tidak menyamai mereka yang berpuasa cukup bagi bilangan tersebut.

"Maka yang terbaik dilaksanakan ialah secara berasingan," kata Wan Abdul Fatah ini kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah s.w.t., memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan, sebagai seorang hamba mencari keredhaan Allah.

Beliau turut mengambil contoh lain seperti solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dua pahala sekali gus, iaitu bersama pahala solat tahiyatul masjid. Namun ia tidak menyamai dengan mereka yang terlebih dahulu solat tahiyatul masjid kemudian solat berjemaah.

Manakala dalam kes-kes yang pernah berlaku, iaitu seseorang telah meninggalkan puasa Ramadan yang besar bilangannya sehingga Syawal tersebut tidak memberikan kesempatan untuknya melakukan dua puasa yang berasingan. Maka yang manakah patut diutamakan, sama ada qada atau puasa enam.?

Kata Wan Abdul Fatah, menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

"Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah s.w.t," tegas beliau jelas.


21 August 2012

Puasa 6 dan Kesan Untuk Kesihatan

Ramai daripada kita yang pernah melakukan puasa selepas dari puasa bulan Ramadan. Rupanya ada kelebihan tersendiri puasa ini. Antara kelebihan berpuasa 6 dan faedahnya :

1.  Berpuasa 6 hari di bulan Syawal itu adalah untuk menyempurnakan kekurangan yang terjadi pada puasa fardhu.

2.  Mengiringi puasa sesudah puasa Ramadhan itu menjadi tanda peningkatan iman dan taqwa seseorang hamba.

3.  Berpuasa 6 itu sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat yang di anugerahkanNya.

4.  Amalan yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan akan berterusan, tidak hanya selesai di bulan Ramadhan sahaja.

Kita juga amat digalakkan untuk menghormati bulan Syawal seperti mana kita menghormati bulan Ramadhan. Syawal bukan bererti kita bebas untuk melakukan apa sahaja. Syawal juga hendaklah di penuhi dengan pelbagai kebajikan, pelbagai aktiviti berfaedah samada untuk kita atau orang lain, di samping mengingati Allah s.w.t. Bersyukur di atas nikmat yang telah di anugerahkan kepada kita termasuk nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat dapat menjalani puasa dan menunaikan hak-hak Ramadhan dengan sempurna, sewajarnyalah segala nikmat itu kita syukuri.

Sambutan hari raya pula tidak sewajarnya di penuhi dengan melakukan perkara yang sia-sia, elakkanlah dari pembaziran walaupun dalam keadaan kita mampu, jauhi hiburan yang melalaikan, tidak mendedahkan aurat, menjaga batas dan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, elakkan dari menghadiri majlis yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya. Lakukanlah segala kegiatan hidup berdasarkan keimanan semata-mata kerana Allah dan patuhlah syariatnya. Mudah-mudahan kehidupan kita di limpahi keberkatan dan ketenangan.

Peliharalah keluarga kita, terutama anak-anak kita dari terjebak dengan gejala sosial yang akibatnya akan merosakkan kehidupan mereka, tumpukanlah jiwa mereka ke arah membina umat yang bermaruah dan lebih bertanggungjawab. Jesteru itu, marilah kita pertahankan amalan agama kita hingga akhir hayat. Berilah sokongan kepada semua pihak yang berhasrat untuk mengembalikan martabat agama, bangsa dan negara kita ke arah mencapai matlamat negara yang cemerlang serta mendapat keampunan Allah s.w.t.

Menjelang hari raya janganlah kita lupa kepada ibubapa kita, mereka yang kurang bernasib baik, warga emas, orang-orang tua yang memerlukan belaian kasih, mereka yang kurang upaya, mereka yang terlantar sakit, anak-anak yatim yang hilang tempat bermanja, ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung. Ziarahilah sanak saudara, jiran tetangga, sambil bermaaf-maafan serta eratkanlah hubungan silatulrahim antara sesama kita.

Sama-samalah kita berdoa semoga kehidupan kita di berkati Allah sw.t. Akhirnya kepada seluruh umat Islam, di ucapkan selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Bermaksud : "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amalan-amalan yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang fasiq- derhaka". (AL-HASY-R:19)

Terima kepada penulis asal artikel ini.

07 August 2012

Syarat-Syarat Batiniah Bagi Orang Yang Berpuasa

Wahai sahabat-sahabatku, ada 6 syarat batin yang harus dimiliki oleh orang yang ingin mencapai tingkatan puasa yang sangat khusus…….

1. Memelihara Mata.

'Memejam'kan mata atau tidak melihat sesuatu yang akan membawa kepada kebencian Allah swt. Menahan diri dari melihat sesuatu yang tercela atau makruh, apalagi yang dapat membimbangkan atau melalikan hati dari mengingati Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “sesungguhnya pandangan matamu adalah salah satu dari anak panah beracun milik syaitan yang telah dikutuk oleh ALLAH. Barangsiapa yang menjaga pandangannya semata-mata kerana ALLAH, nescya ALLAH akan memberikan kepadanya nikmat keimanan, sebagai kemanisan yang diperolehinya di dalam hati.” (HR : Hakim)

Diriwayatkan oleh jabir dari anas, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ada lima perkara yang dapat membataltan puasa seseorang, iaitu berdusta, mengumpat, menyebarkan berita-berita dusta, bersumpahpalsu dan memandang sesuatu dengan penuh nafsu.” (HR : Azdi)

2.   Memelihara Lidah
            
Lidah hendaklah dijaga dari perkara yang sia-sia, seperti berdusta, mengumpat, menyebarkan fitnah, berkata kotor, berkata kasar, membangga diri dan sebagainya. Sebagai ganti dari perkara-perkara buruk tersebut adalah memperbanyak berzikir kepada ALLAH SWT dan membaca ayat-ayat Al- Quran. Inilah yang dimaksudkan dengan puasa dengan lidah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Puasa adalah benteng. Barang siapa diantara kamu yang sedang berpuasa, hendaklah jangan berkata keji dan jahil. Maka apabila ada orang yang menyerang dan mencacimu, katakanlah: “sesungguhnya aku sedang berpuasa !.” (HR : Bukhaari & Muslim)
        
Dalam sebuah hadis diriwayatkan, di masa Rasulullah SAW. Ada dua orang wanita yang sedang berpuasa. Menjelang petang hari, kedua-dua wanita tersebut berasa sangat haus dan lapar, sehingga tidak dapat ditahan lagi. Akhirnya kedua wanita tersebut menyuruh seseorang untuk pergi kepada Rasulullah , untuk meminta izin kiranya diperkenankan untuk membatalkan puasa mereka. Sebagai jawapan dari permintaan dua orang wanita tersebut, Rasulullah mengirimkan sebuah mangkuk dan bersabda : "Katakalah kepada mereka, supaya mereka makan ke dalam mangkuk ini !” .

Maka apa yang terjadi ? Salah seorang dari wanita tersebut memuntahkan darah dan daging mentah, demikian juga yang seorang lagi, sehingga penuhlah mangkuk tersebut. Orang yang melihat pada waktu itu merasa hairan. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : “Kedua wanita ini telah berpuasa dari apa yang telah dihalalkan oleh ALLAH dan kemudian berbuka dengan suatu yang diharamkan oleh ALLAH bagi mereka. Mereka duduk berdua, kemudian bersama-sama mengumpat, dan di dalam mangkuk ini adalah daging manusia yang mereka caci itu”. (HR : Ahmad)

3.   Memelihara Pendengaran.
   
Pendengaran juga harus dijaga dari memdengar sesutau yang dibenci, sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, maka haram pula untuk didengari. Itulah sebabnya, maka ALLAH SWT. Menyamakan antara orang yang suka mendengar perkara yang haram dengan menamakan sesuatu yang diharamkan.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Maidah : 42. Ertinya: “orang-orang yang derhaka itu suka sekali mendengar kebohongan, dan memakan yang haram.” (Al-Maidah : 42)

“mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? Sesungguhnya sangat buruk yang mereka kerjakan itu.” (Al-Maidah ; 63)

Di samping itu berdiam diri dihadapan orang yang yang mengumpat, hukumnya haram, sebagaimana yang dijelaskan ALLAH SWT dalam firmanNya : “jika kamu tetap duduk bersama mereka, sesungguhnya kamu pun seperti mereka.” (An-Nisa’ : 140)

Rasulullah SAW. Bersabda: “ Orang yang mengumpat dan mendengarnya, sama-sama berada dalam dosa.”
(HR : Tabrani)

4.   Memelihara Anggota Badan

Anggota badan hendaklah dipelihara dari perbuatan dosa, seperti kaki dan tangan hendaklah dijauhkan dari perbuatan yang dibenci, demilian pula menahan perut dari memakan makanan yang sifatnya syubhat,(tidak jelas haram atau halalnya ) pada waktu berbuka, sebab tidak ada ertinya berpuasa menahan dari makanan yang halal, akan tetapi pada waktu berbuka memasukkanya dengan makanan yang haram, atau rezeki yang diperolehi dengan jalan haram. Perumpaan orang yang berpuasa seperti ini adalah sama dengan orang yang membangun sebuah istana yang sangat indah dan besar kemudian ia sendiri yang menhancurkannya.

Makanan yang haram adalah merupakan racun yang sangat berbahaya dalam kehidupan beragama, sedangkan makanan yang halal adalah ibarat ubat, yang akan memberi manfaat apabila dimakan menurut ketentuan yang telah ditetapkan serta tidak terlalu berlebihan. Sebab, diantara tujuan berpuasa itu adalah untuk mendorong lahinya sikap pertengahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sangatlah banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperoleh dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan hausnya sahaja.” (HR : An-Nasa’I dan Ibn Majah)
         
Ada pula yang berpendapat bahawa penafsiran dari hadis tersebut adalah berkenaan dengan orang yang berpuasa tetapi berbuka dengan makan yang haram. Akan tetapi ada pula yang menafsirkannya dengan orang yang berpuasa menahan diri dari makanan yang halal, tetapi berbuka dengan daging dan darah manusia, kerana mereka merosakkan puasanya dengan mencaci orang lain. Tetapi ada pula menafsirkannya dengan orang yang tidak menjaga anggota badannya dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa.

5.   Menghindar Diri Dari Terlalu Banyak Makan

Jangan terlalu banyak makan pada waktu berbuaka puasa, walaupun makanan yang halal dan diperolehi memalui jalan yang halal., sehingga sangat padat di dalam perut dan menimbulkan sesak di dada. Sesungguhnya tidak ada tempat yang kurang disukai oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla melainkan perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cuba kita renungkan, bagaimana pula akan dapat bermanfaat sebagai cara untuk mengalahkan musuh ALLAH dan untuk mengendalikan hawa nafsu, jika pada waktu berbuka, ia menghabiskan apa sahaja yang dapat dimakannya pada waktu siang hari. Apa lagi adap bulan buasa biasanya disediakan tambahan, yang pada hari-hari biasa tidak ada. Bahkan sudah menjadi adat yang buruk, iaitu kebiasaan menyimpan makanan yang bermacam ragam untuk persediaan bulan Ramadhan. Maka untuk di bulan puasa itu dimakanlah makanan yang tidak dimakan pada bulan-bulan lain.

Padahal sudah disedari bahawa tujuan dari berpuasa adalah untuk mengosongkan perut serta menahan hawa nafsu, supaya jiwa tetap bertakwa.Oleh sebab itu, kalau perut itu hanya ditahan pada waktu siang hari dan dilepaskan pada waktu malam hari hingga nafsu syahwatpun akan tetap tinggi. Jika demikian halnya puasa itu, maka roh dan rahsia puasa tidak akan pernah dapat dirasakan, bahkan sebaliknya, memberikan tambahan kekuatan nafsu syahwat berlipat ganda semuanya ini akan lebih membuka jalan kepada seseorang untuk terus berbuat keburukan dan kejahatan.

Justeru itu, untuk melemahkan semangat syaitan, hendaklah makanan itu dikurangkan, kerana tidak akan memperolehi manfaat, apabila ketika berpuasa tetap makan dengan jumlah yang biasa dimakan pada hari-hari biasa. Bahkan sangat dianjurkan untuk sedikit tidur pada waktu siang hari, sehingga rasa haus dan lapar dapat dirasakan. Dengan demikian, orang yang berpuasa akan dapat merasakan samakin lemahnya kekuatan badan, yang akan membawanya kepada kesucian jiwa.

Apabila rasa lemah itu masih dirasakan pada malam hari, akan mudahlah orang tersebut untuk mengerjakan solat malam (tahajjud) serta wiridnya. Dengan demikian, syaitan tidak akan mengelilingi hatinya, sehingga ia akan mendapatkan kurnia syurga. Apa lagi malam lailatul qadar adalah merupakan malam yang penuh dengan keberkatan, sebagaimana firman Allah swt “Kami turunkan Al-Quran pada malam lailatul qadar.” (Al-Qadar:1)

6.  Takut Disertai Dengan Penuh Harapan  Kepada Allah swt

Setelah selesai berbuka, hendaklah hati mempunyai perasaan takut dan penuh pengharapan kepada Allah swt. Perasaan takut yang dimaksudkan adalah, hati berasa bimbang dan malu kepada ALLAH tentang ibadah puasa yang dilakukan serba kekurangan dan tidak diterima oleh ALLAH.

Sebab kita kita sendiri tidah mengetahuinya, apakah puasa kita itu diterima. (Perbanyakkanlah istigfar memohan keampunan ALLAH). Sedangkan yang dimaksudkan dengan perasaan harap ialah, di dalam hati kita harus penuh pengharapan, semoga usaha kita diterima dan menjadi orang yang selalu dekat dengan-Nya. Perasaan seperti inilah harus ada pada setiap selesai mengerjakan ibadah puasa.

Al-Hassa bin Abu Hassan Basri meriwayatkan, bahawa pada suatu hari lalu sekumpulan orang yang sedang tertawa terbahak-bahak. Maka mereka berkata :

“ALLAH Azza Wa Jalla telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk berlumba-lumba. Di mana hamba-hambaNya berlumba-lumba dalam beribadah. Beberapa orang diantara mereka berhasil sampai terlebih dahulu dan menang, sedangkan yang lain tertinggal di belakang dan kalah. Adalah sangat menghairankan jika mereka yang kalah, masih dapat tertawa. Demi Allah swt apabila tabir telah tertutup, maka mereka yang berbuat baik akan penuh dengan pahala, sedangkan mereka yang berbuat kejahatan akan penuh dengan dosa”

Maksudnya, bagi mereka yang puasanya diterima, tentu akan bersuka-ria. Sedangkan bagi mereka yang berpuasanya ditolak, akan tertutuplah pintu tertawa baginya.

Dalam riwayat yang lain, pernah orang berkata kepada Al-Ahnaf bin Qais, orang tersebut berkata, “Tuan sudah tuan, apabila tuan berpuasa tentu akan melemahkan badan tuan.” Maka Al-Ahnaf menjawab,: Dengan mengerjakan ibadah puasa, bererti aku sedang menyiapkan diri untuk perjalan yang sangat jauh. Justeru itu bersabar dalam mentaati Allah tentu akan lebih mudah, daripada menahan siksaNya.

Dari Ibnu Omar r.a bahawa Nabi SAW pernah ditanya ,: ”siapakah orang yang bijak wahai Nabi?” Nabi SAW menjawad : “Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapinya.” (HR : Ibnu Majah)

20 July 2012

Ibadah Puasa

Puasa adalah ibadat yang menjadi amalan wajib bagi semua muslim. Ibadat puasa adalah terus kepada Allah Swt apa lagi apabila Allah Swt mengurniakan pahala dan balasannya nanti terutamanya di kemudian hari.  Rasulullah saw bersabda iaitu “Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaanNya, sesungguhnya bau busuk pada mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah adalah lebih harum dari minyak kasturi. Allah berfirman bahawasanya orang itu suka meninggalkan syawatnya, makanan serta minumannya untuk beribadah kepadaKu. Maka puasanya itu adalah kerana Aku dan Aku sendiri yang akan memberikan balasanya.” (Bukhari; Muslim )  

Walaupun begitu Allah Swt mengurniakan juga kenikmatan yang sangat besar kepada seluruh hambanya terutamanya dalam mematahkan usaha dan tipu daya syaitan. Iblis dan syaitan sangat bencikan muslim yang berpuasa samada puasa di bulan Ramadan ataupun berpuasa sunat. Kerana dengan puasalah kita dapat menghampakan dan membuatkan iblis dan syaitan sakit hati. 

Puasa juga merupakan amalan yang menjadi benteng bagi muslim.  Orang yang berpuasa adalah orang yang sabar, jadi peliharalah diri semasa melaksanakan ibadat ini di mana Allah berfirman yang bermaksud: “ Bahawasanya orang-orang yang sabar itulah yang mendapat pahala tanpa ada hitunganya.” (Az-Zumar : 10)  begitu juga dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Puasa adalah separuh kesabaran.” - HR. Tarmizi; Ibn Majah

Allah juga menjanjikan kepada orang yang berpuasa, bahawa mereka akan dapat bertemu dengan Allah, sebagai balasan dari puasa yang dikerjakanya itu, sebagaimana sabda Rasulullah saw “Ada 2 macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya.” (HR. Bukhari; Muslim) Firman Allah juga yang maksudnya: “Seorangpun tidak dapat mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajadah : 17)

Keistimewaan adalah seperti berikut:

1.   Ibadah puasa adalah merupakan ibadah pengekangan diri dari melakukan dosa, nikmat dan rahsia puasa itu hanya boleh dirasi dan dinikmati oleh diri sendiri. Ia bukanlah suatu ibadah yang boleh dinilai dan lihat dengan mata kasar sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Di samping diri sendiri, hanya Allah sahaja yang mengetahui keikhlasan ibadah puasa itu, kerana puasa itu adalah amalan batin yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.

2.   Ibadah puasa juga merupakan senjata untuk melawan atau menahan diri dari musuh Allah Azzawa jalla. Perlu diketahui oleh kawan-kawan bahawa banyak dosa adalah berpunca dari nafsu syahwat di mana nafsu syawat itu pula berpunca dari makanan dan minuman. Jadi puasa adalah usaha dan senjata untuk melawan musuh Allah, dan percayalah bahawa  pertolongan Allah itu akan datang dariNya sebagaimana firman Allah maksudnya : “Apabila kamu menolong Allah ( menolong memajukan agama Allah), maka Allah juga akan menolong kamu dan mengukuhkan kakimu (kedudukanmu).” (Muhammad : 7)

Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa puasa itu adalah pintu ibadah serta dapat dijadikan benteng serta senjata. Sangat besar keistimewaan dan keutamaan puasa ini, dan ianya mudah dicapi sehingga ke tingkat tertinggi, dengan itu jangan buang masa - ikhlaskan puasa kita yang akan datang nanti. Ameen

14 December 2010

Puasa Sunat 9 dan 10 Muharam

Baru saja tadi, saya mendengar ceramah dari Ustaz Wan Sohor Bani Leman mengenai puasa sunat 9 dan 10 Muharam. Riwayat dari Muawiyah: "Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. Mengikut Rasulallah, kepada sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka Allah akan mengampunkan dosanya setahun. Oleh itu jom ramai-ramai kita berpuasa esok dan/ atau lusa (9 dan 10 Muharam) semoga kita semua akan diampuni oleh Allah.

Mengikut cerdik pandai Islam, terdapat 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram) ialah:

1. Melapangkan masa untuk bersama suami & isteri, anak-anak dan ahli keluarga. Fadhilat -: Allah akan melapangkan hidup kita pada tahun tersebut.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat -: Allah akan melapangkan kita dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadhilat -: Di akhirat nanti Allah akan memasukkan kita ke dalam golongan yang reda'.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat -: Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati kita.

5. Menyapu/ mengusap kepala anak yatim. Fadhilat -: Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut anak yatim yang diusap.

6. Bersedekah. Fadhilat -: Allah akan menjauhkan kita daripada neraka seumpama jauhnya seekor gagak yang terbang tanpa henti dari kecil sehingga ia mati. Diberikan juga pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat -: Allah akan mengurniakan kita kehidupan yang sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadhilat -: Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat mandi sunat: 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat -: Allah akan memandang kita dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat -: Allah akan mengampunkan dosa kita walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat solat sunat: 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
Ffadhilat -: Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat -: Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam yang berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
Fadhilat -: Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Wallahualam - Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.