Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

13 November 2015

Keindahan dan Kemakmuran Sebuah Mosalah/ Masjid

Agak-agak di manakah tempat ini? Kali pertama menjejakkan kaki di tempat ini saya terkejut dengan keadaan sekeliling, kebersihan, kemudahan dan keindahannya. Ini adalah mosalah atau surau yang terdapat di salah sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Banyak tempat yang saya pergi dan banyak juga mosalah/ surau yang saya tumpang tetapi belum pernah saya jumpa mosalah/ surau seindah dan penuh dengan kemudahan seperti ini.

Untuk makluman kekawan semua. Mosalah/ surau ini teletak di Tingkat 4 Bangunan Bank Rakyat di Jalan Rakyat Kuala Lumpur. Saya menumpang solat sementara menunggu mesyuarat yang diadakan di sebelah petang. Ruang ini adalah ruang solat muslimah, lihat sahaja sekelilingnya tidak terdapat longgokan beg-beg pelbagai warna dan saiz yang bertabur di sudut dan tepi dinding. Semua beg muslimah diletakkan di dalam ruang (pegion hole) tertutup masing-masing. Rasanya hampir 100 pegion hole disediakan.

Begitu juga dengan ruang solat lelaki yang sangat kemas dan selesa. Mosalah/ surau ini juga menyediakan ceramah agama pada waktu tengahari. Saya bertuah kerana berkesempatan mendengar ceramah yang diadakan. Rasanya banyak perkara/ aktiviti/ program yang boleh dilakukan di sini.

Saya juga dimaklumkan bahawa mosalah/ surau ini juga telah mendapat kebenaran untuk mengendalikan solat jumaat pada setiap hari Jumaat, mungkin bagi menampung kebanjiran di masjid-masjid berhempiran. Tahniah kepada Bank Rakyat dan juga kepada jurutera dan akitik yang membina bangunan ini. Alangkah bagusnya jika semua bangunan besar di Kuala Lumpur tanpa mengira agama empunyanya dapat menyediakan kemudahan seperti ini.

22 July 2015

Solat Hari Raya Di FBS

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kami dapat menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Masjid Felda Bukit Senggeh. Selesai sahaja solat saya mengambil peluang untuk merakamkan beberapa foto sebagai kemnang-kenangan


Ini mewakili ahli wanita keluarga saya. Tak nampak mak pun, mungkin mak bersolat bersama-sama dengan sahabat-handai kerana mak baru je balik menetap di FBS. Semua wajah nampak ceria dan gembira.

Tu pun mak di kelilingi sahabat-sahabatnya, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Masjid ini memang penuh dengan pengunjungnya al-maklumlah masjid ni bukannya luas sangat berbanding dengan kehadiran anak-anak rantau yang pulang beraya.

Lama tak jumpa berpeluk-pelukan melahirkan perasaan rindu dan syukur.
Selamat Hari Raya semua!!!

25 May 2013

Masjid Yang Dibina Oleh Makhluk Ghaib

Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.

Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.

Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.

Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.

Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan untuk membina masjid, serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.