Showing posts with label Si Adik. Show all posts
Showing posts with label Si Adik. Show all posts

25 July 2016

Rewang Si Meow

Macam ni mereka bila saya pindahkan kibbles mereka ke dalam botol-botol dari plastik makanan yang besar. Mereka ramai-ramai berlonggok dan sama-sama menyebuk macam nak tolong.

Adik, Hero dan Tuah mengadap bekas makanan yang kosong tunggu untuk diisi.

Botol-botol yang dah sedia untuk diisi dengan makanan kering mereka.

Si Baby aka Abang memerhatikan mommy yang sibuk alihkan biskut., sementara tu Hero dan Zizi dah cuba biskut.

Mimi pula ambil tempat selepas Zizi dan Hero masih lagi makan

Keletah di meow saya yang ada kalanya rasa macam menyebuk dan ada kalanya macam menghiburkan.

Last Si Adik yang makan dan mungkin habiskan biskut yang ada.

06 April 2016

Rehat Selepas Lunch

Disuatu waktu, masa tu adalah tengahari dan mereka dijamukan dengan makanan yang istemewa sedikit sempena menyambut ulang tahun hari lahir Mimi, Zizi, Jiji, Kiki dan Nini yang ke2 pada 12 Mac 2016 yang lalu.

Mereka sangat sukakan udang yang digoreng dengan sedikit minyak, tapi tak boleh kerap sangat sebabnya takut mereka dapat penyakit gout pulak.

Selepas semua dah kenyang maka bertaburan mencari tempat tidur menunggu dinner pulak.

17 December 2015

Sibuk Nak Tolong Mommy Pendekkan Langsir

Gelagat yang memang tak berpisang dari mereka. Pantang dibentangkan apa sahaja maka mereka beramai-ramai akan duduk membersihkan diri masing-masing. Ada yang siap berguling-guling dan menutupkan muka dengan kain.

Langsir bilik tidur saya yang saya pinjam dari adik saya kenalah dipulangkan. Makanya saya pun belilah langsir yang siap dari pasar raya. Sayangnya langsir ni panjang dan saya bercadang untuk potong pendek sedikit. Bila bentang je langsir di lantai Acik dan Bujang terus membaringkan diri. 

Susah betul nak gunting dan jahitkan semula. Tak sampai hati nak halau mereka saya terpaksalah gunting dan jahit semasa mereka masih berada di atas langsir.

Selepas tu datang pulak si Tuah Fitri, tengok tu dia dah siap-siap nak bersihkan bulu dia. 

Macam puteri gelap yang cantik menawan.

Kemudian Si Adik pula menggantikan Tuah. Agaknya semua kucing memang suka kalau ada hamparan di atas lantai kot????

21 October 2015

Selamat Ulang tahun Kelahiran Sayang

Selamat Ulang Tahun ke2 untuk Si Baby aka Abnag dan Si Adik. Alhamdulillah kedua-dua mereka membesar dengan sihat dan walafiat. Pada tanggal 18 Oktober 2015 yang lalu genaplah umur mereka 2 tahun. Nyenyaknya mereka tidur di hari ulang tahun mereka. Kucing apalah tahun betul tak? Tapi saya rasa gembira melihat mereka membesar tanpa masalah.

Hanya Adik yang semakin menunjukkan dia dah besar dan bujang serta rumah ini di bawah kekuasaan dia. Puas memujuk Adik supaya lebih bersabar dab bertimbang rasa, tapai apakan daya dia hanya seekor kucing yang tak mungkin faham abhasa manusia. Tapi saya doakan agar ALlah swt menyampaikan rasa hati saya kepada dia.

Maaf ya sayang, mommy tak sempat belikan hadiah hari jadi....

15 July 2015

Budak 4 Beradik

Dah sebulan saya dan kucing-kucing saya berpindah dari Kuala Lumpur ke Melaka. Rasanya semua kucing-kucing saya dah boleh menyesuaikan diri mereka dengan keadaan rumah yang baru. Namun saya lihat budak 7 beradik ini, anak-anak Oky masih takut-takut, mereka kerap ada bersama seakan-akan memerlukan sokongan antara mereka.

Setiap kali ada yang menjerit si Adik (abang mereka) akan berlari mencari punca suara adiknya. Macam hero nak selamatkan mangsa, dia akan berada dekat dengan adiknya seakan menyelamatkan mereka. Tengoklah berlonggok Mimi, Zizi dan Kiki di hadapan abangnya Si Adik.

Saya risau dengan sikap Si Adik, sebab dia akan menyerang atau mengusik 4 ekor lagi kucing yang saya pungut terutamanya Acik dan Miss Lulu, tanpa usul periksa (ya tak ya juga sebab dia haiwan yang tiada fikiran, tapi dia ada perasaan untuk selamatkan adik dia). Itu sebabnya adik-adik dia rasa selamat bersama Si Baby (Abang) dan Si Adik dari ibu mereka Oky.

24 June 2015

Kasih Si Abang

Dalam banyak-banyak anak Oky, Kikilah yang paling manja. Manja dia melampau kerana setiap kali nampak abang-abang dia (Si Baby dan Si Adik) dia akan melesehkan diri (jatuhkan diri di depan atau di badan abang-abang dia) dengan harapan abang-abang dia akan jilat dan bersihkan bulu dia.

Tengok tu, kerana sayangkan adik abang dia akan terus melayan adiknya itu. Kadang-kadang saya naik geram melihatkan gelagat Kiki pantang abang dia nak rehat dia akan datang.

Abang-abang dia memang sayangkan adik-adik yang 5 ekor tu sejak dari lahir. Kalau Oky tak bersihkan anak-anak dia makanya Si Baby dan Si Adiklah yang memikul tanggungjawab tu. Sehinggakan bila Oky dah tak mau susukan mereka Si Baby dan Si Adik jugalah yang menyusukan adik-adiknya walaupun tak ada susu yang keluar sebab kedua-duanya kucing jantan. Itulah kisahnya kasih sayang abang kepada adiknya.

31 May 2015

Adik Yang Makin Comel

Aduhai sayangku, dia semakin comel dan hansem. Berat dia pun makin meningkat dan sifat penakutnya pun makin menjadi-jadi.

Namun itu semua bukannya alasan untuk saya kurangkan kasih sayang saya kepada dia. Dia tetap kesayangan saya bersama dengan semua adik-adik dan saudara-saudaranya.

Buat-buat alim - itu namanya alim-alim kucing.

18 May 2015

Adik Tinjau Sapa Tu!!!

Adik buat apa tu??? tengah mengintip awek ke? leka betul dia merenung sesuatu di luar tingkap. Saya panggil dia beberapa kali langsung tidak menoleh.

Khusyuk betul dia !! bila saya tinjau rupanya dia sedang memerhatikan Si Abu sedang menjamu selera. Abu adalah seekor kucing betina jiran saya, kucingnya kecil molek dan berbulu panjang serta berekor kontot.

baik-baik Adik jangan sampai jatuh.

05 May 2015

Adik Yang Hensem

Foto terbaharu buah hati pengarang jantung saya Si Adik. Dah makin besar dan makin berat, hampir 8 kg dah dia . . . . saya pun dah kurang dokong Adik sebab sesak nafas dibuatnya. Tetapi setiap kali saya dokong yang lain, saya rasa kasihan pula kepada dia, bimbang dia cemburu.

Adik mengulangi kegemaran dia untuk berehat di atas bantal saya. Rupanya dia memangnya selesa di atas bantal saya mungkin kerana bau saya yang ada di bantal tersebut. Saya perasan memang mereka semua suka pada bau saya yang ada pada baju, bantal dan selimut, kerana selepas mencium dan menghidu mereka akan terus tidur dengan lena.

Nampak macam sombong.. tapi memang dia sombong sedikit dan penakut yang amat sangat. Apa pun dia tetap buah hati saya. Semoga dia dan semua kucing saya yang lain sentiasa sihat walafiat hendaknya.

19 April 2015

Tempat Tidor Baru Adik

Inilah gaya tidur Si Adik yang terkini. DIa akan memasukkan diri dia ke ruang alat perakam TV yang tidak digunakan lagi. Ruang tu tidaklah besar sangat hanya cukup-cukup untuk diri dia yang semakin besar.

Itupun Adik tidak boleh mengeliat untuk panjangkan aki dan tangan seperti biasa. Agaknya di dalam tu sedikit hangat membuatkan Adik akan terkangkang walaupun bilik ini berhawa dingin.

Kesian apabila melihat ruang sempit tetapi Adik selesa dengannya.

18 April 2015

Anak-Anakku Dengan Port Masing-Masing

Ini adalah bilik tidur saya. Kalau dilihatkan bilik ini penuh dengan tempat tidur kucing-kucing saya yang 11 ekor tu. Setiap kali saya masuk ke bilik, mereka semua akan mencari port masing-masing untuk beradu atau setidak-tidaknya bergoleh dan bergurau. Saya terpaksa menyediakan beberapa tempat untuk mereka jika tidak mereka akan berebut-rebut dan bergumpal serta tolak menolak. Kelakuan mereka ni sebiji macam kelakuan anak kecil. Sebab sayang saya sanggup berkongsi dengan mereka.

06 April 2015

Adik Beradik Tidur Berdakapan

Kiki dan Jiji tidur berdakapan di atas kotak, daripada kecik hingga sekarang hubungan mereka masih baik antara mereka. Ada kalanya mereka membersihkan diri masing-masing di samping ibu mereka Oky juga kerap membersihkan mereka.

Adik dan Zizi kerap dilihat tidur bersama, Adik adalah abang kedua Zizi. Jarak umur mereka adalah 6 bulan. Adik sangat kasihkan kesemua adik-adiknya.

Pada hari yang lain, Baby (abang) juga kerap dihimpit oleh adik-adiknya untuk tidur bersama.

04 March 2015

Lenanya Adik Tidur

Si Adik dah semakin besar, kali akhir timbang pada awal bulan ini, berat Adik 7 kg, perawat kata Adik dah obes dan saya belikan makanan diet dia. Tapi Adik masih aktif dan kuat berlari dan memanjat. Saya rasa Adik memang spesis besar. Tidur Adik selalu lena tetapi mudah terganggu dengan bunyi yang kuat. Adik lebih lena jika tidur dalam bilek tidur saya.

Makan, tidur, bermain, buang air semua dalam rumah jadi Adik dan 9 lagi kucing saya memang dijaga rapi dan itu yang jadikan mereka besar dan gemuk. Semoga Allah swt memelihara mereka dari segala penyakit dan kesusahan.

18 February 2015

Gaya Tidur Mereka

Oky sebelum tidur akan berangan dulu.

Baby akan tidur nyenyak di atas katil di sebalik selimut.

Adik suka tidur tinggi di tepi jendela.

Itam MB juga suka tidur atas tilam

Mimi gemar tidur atas meja tulis saya berhampiran tempat kerja saya di komputer.

Kiki tidur atas kerusi

Zizi juga suka tidur dalam bilik saya atas beg.

Nini suka tidur atas kotak besar yang di alas dengan tilam nipis.

Jiji manja dan suka tidur bersama dengan adik-adiknya yang lain.

Acik suka tidur di semua tempat.