Showing posts with label Pakaian. Show all posts
Showing posts with label Pakaian. Show all posts

15 February 2012

Pakaian/ Aurat Wanita Islam

Saya tidak pernah menafikan betapa sukarnya untuk menjaga aurat wanita Islam. Saya sendiri telah berulang-ulang kali mencuba untuk menjaga aurat sebagai wanita Islam, tetapi memangnya sukar terutamanya semasa di rumah. Namun begitu sebagai hambaNya saya sentiasa memohon keampunaNya dan agar saya diberikan kekuatan untuk terus berjaya berpakaian secara yang dikehendaki oleh Islam. Masih lemah lagi iman saya rupanya, kerana untuk berpakaian secara muslimah sepenuhnya pun masih tidak mampu dilaksanakan. Ampuni aku ya Allah.

04 February 2012

Memakai Seluar Sunnah Rasulallah


Ramai antara kita yang tidak tahu bahawa memakai seluar sengket, rupanya adalah cara pemakaian seluar oleh Rasulallah SAW.
Jadi sekiranya kita meniatkan memakai seluar ini mengikut sunnah Rasul tentu sekali kita akan diberikan pahala kerana mengikut sunah.


03 February 2012

Etika Pakaian Muslimah


Untuk renungan kita bersama, saya sendiri kadang-kala terlepas pandang dan seakan mengambil mudah akan perkara ini. Semoga Allah mengampuni kita yang dah terlanjur walau bagaimanapun cubalah kita berubah kepada yang baik.