Sebaik sahaja kami tiba, kami terdengar suara anak kucing yang sangat nyaring, setelah mengintai mencari bunyi anak kucing tersebut kami jumpa seekor anak kucing yang baru dilahirkan dengan mata yang masih tertutup merayap-rayap mencari ibunya. Kesiannya......
Sehingga pagi keadaan anak-anak kucing itu masih lagi sama dan menjerit-jerit mencari ibunya. Selepas sarapan pagi, saya dan Ain menangkap seekor ibu kucing (Si Hitam) yang mempunyai 5 ekor anak yang sudah besar untuk untuk membantu menyusukan anak-anak kucing ini. Sedih kami lihat semasa kami membantu anak-anak kucing itu untuk menyusu kepada Si Hitam tetapi anak-anak kucing itu gagal menemui puting susu Si Hitam. Lama kelamaan Si Hitam menjadi gelisah dan kami terpaksa melepaskannya pergi.
Apa nak dibuat lagi anak-anak kucing ini terlalu kecil untuk diberikan susu anak manusia. Saya dan Ain merasakan mungkin umur anak-anak kucing ini tidak panjang kerana suhu badan anak-anak kucing kuning ini sudah sejuk dan saya berpendapat mereka sudah kehilangan tenaga. Saya jangkakan manusia yang tidak berperikemanusian itu telah membuang anak-anak kucing ini tanpa ibunya di asrama sekolah di mana adik saya mengajar dan jika itu benar dilakukan memanglah mereka cuba membunuh haiwan yang tidak bersalah ini. Hanya allah sahaja yang maha mengetahui semoga anak-anak kucing ini selamat hendaknya........
No comments:
Post a Comment