Showing posts with label 31 Ogos. Show all posts
Showing posts with label 31 Ogos. Show all posts

31 August 2015

Sehati Sejiwa

Syukur alhamdulillah, negara yang kita cintai sekali lagi menyambut hari kebangsaan pada tahun ini. Tak sangkakan negara kita semakin dewasa dan menuju ke usia emas. Bagi Semenanjung Malaysia tahun ini adalah tahun ke 58 kita merdeka.

Ramai pemimpin yang bertukar ganti dalam membawa hala tuju negara merdeka ini. Apa pun kita perlu mengucapkan terima kasih kepada mereka atas usaha tersebut.

Seperti juga tahun-tahun terdahulu, kali ini juga tema, slogan dan lagu kemerdekaan dicipta dan diwarwarkan bagi menjadi ikutan dan inspirasi rakyat jelata. Apa yang kita buat sebagai rakyat????

Jadi kita hayatilah tema, lagu dan slogan dengan hati-hati dan diteliti, Semoga ianya membawa mesej yang penting bagi kita memahami dan mengerti akan erti kemerdekaan, pengobanan dan hidup aman dan damai walau apa pun bangsa, agama, warna kulit dan kepercayaan kita.

Percayalah dan telah lama terbukti bahawa perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat merupakan senjata ampuh dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan bagi mengwujudkan kesejahteraan serta
kemakmuran negara. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah lama
diperoleh akan lenyap dalam sekelip mata.

Namun sayangnya masih ada rakyat negara ini yang sanggup mencetuskan provokasi kaum. Mereka menyalahgunakan hak kebebasan bersuara, dengan mengambil kesempatan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan. Sayangilah diri anda dan keluarga anda yang menumpang teduh di bawah payung negara Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA. SEHATI SEJIWA MENUJU KESEJAHTERAAN

31 August 2013

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke56


Tahniah saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana berjaya menjaga keharmonian negara ini, walaupun telah dicemarkan oleh beberapa insiden yang menganggu gugat ketenteraman rakyat. Sebagai rakyat kita patut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan agensi-agensinya dalam memastikan rakyat dapat hidup dalam aman bahagia.

Secara peribadi saya sangat suka dengan slogan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Walaupun secara fizikalnya darah saya tidak tumpah di negara ini semasa di lahirkan (kerana saya dilahirkan di Singapura) tetapi saya masih dapat berbangga menjadi rakyat negara ini. Bagaimana anda adakah anda juga merasakan kebanggaan itu seperti saya. Dan sekiranya tidak suka selam dalam hati dan bacalah sejarah negara untuk mencari puncanya ketidakbanggaan itu. Semoga anda dapat mencarinya......

31 August 2012

Kecewa Bila Tiada Bunga Api Kemerdekaan 2012

 Kerana ingin melihat bunga api yang biasa dimainkan pada setiap menjelangnya hari ulang tahun kemerdekaan atau menjelangnya thun baru, Amir anak saudara saya di Tampin bersama ibunya dan emak saya datang ke rumah saya.

 Apabila hampir  jam 11 malam jalan di depan rumah saya telah penuh dengan kenderaan dan orang ramai menunggu bunga api dilancarkan. Sedangkan Amir setia menunggu dengan berehat-rehat di halaman rumah.

 Kenderaan dan orang ramai berbibis di tepi bukit menunggu bunga api menerangi langit KL. Malangnya sehingga jam 12.20 malam tiada apa yang menerangi langit KL kerana tiada pancaran bunga api. Kenapa tiada bunga api malam tadi???? Menjadi tanda tanya dalam hati saya kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Yang paling saya kasihankan adalah anak saudara saya yang seorang ini. Hasratnya tidak tercapai, dia hanya dapat melihat bunga api kecil sahaja yang dilancarkan tetapi tidak semeriah yang sepatutnya. Tak apalah Amir, kalau ada umur, insyallah lain kali Amir ada peluang untuk menyaksikannya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke55 tahun kepada semua warga Malaysia. Terima kasih kepada semua pemimpin yang telah membangun dan mempermodenkan negara ini sehingga kita dikenali di mata dunia. Apa sekali pun jangan lupa kepada semua perwira kita yang telah banyak berjasa demi mempertahankan negara ini dari diterus dibelenggu dan kini kita bebas dan MERDEKA.

Tahun ini saya beruntung kerana saya menyambut kemerdekaan tahun ini bersama emak dan adik saya yang bungsu Ain dan anak bungsunya Amir. Kami sama-sama akan menyaksikan bunga api yang akan ditembak ke udara KL tepat jam 12.00 pagi 31 Ogos.