Showing posts with label 16 Mei. Show all posts
Showing posts with label 16 Mei. Show all posts

01 June 2014

Jamuan Pelancaran Hari Guru

Jamuan makan selepas Majlis Pelancaran Hari Guru 2014. Semeja bersama rakan-rakan sejabatan

Tema warna purple ....

Jom jemput makan semua


22 May 2014

Pelancaran Hari Guru .. Terima Kasih Cikgu

16 Mei adalah hari yang ditunjukkan oleh negara ini kepada guru-guru bahawa khidmat dan jasa mereka sangat dihargai oleh semua. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Dewan penuh dengan warna warni yang menarik

Selfie dengan berlatarbelakangkan dewan

Ucapan alu-aluan pelancaran hari bersejarah yang disampaikan oleh YBhg. Dato' KPPA

19 May 2014

Sepetang Bersama KSU dan KPPM

Hari Guru tahun ini memperlihatkan kehebatan dan kometmen Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi tuan ruamh bagi perayaan yang bertaraf Kebangsaan. 

Kali ini saya dilantik untuk menjadi Jawatankuasa kepada JK Kecil Pengangkutan di bawah Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa bagi pementasan dan logistik bagi acara Sepetang bersama KSU dan KPPM. Nasib saya sangat baik apabila Cif Sazali, Ketua Kerani di Unit Pentadbiran Am melaksanakan hampir 100% di dalam JK Pengangkutan, jika tidak teruk lah saya.

KSU KPM sedang menyampaikan ucapannya semasa majlis iaitu pada 15 Mei sebelah petang. Walaupun jemputan tidak ramai, iaitu lebih kurang 300 orang tetapi, konsep santai memberi manfaat kepada sesiapa yang pandai mengambil peluang ini untuk memperluaskan networking.

Tapi sayangnya tak ramai yang sedia untuk memperluaskan networking masing-masing kerana kegemaran duduk bersama kelompok sendiri. Mungkin ianya disebabkan rasa lebih selamat dan selesa.

Sepanjang program, kami dihiburkan oleh pancaragam dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak (sekolah bagi cacat penglihatan). Dalam kekurangan Allah mengurniakan mereka kelebihan yang tidak ada pada insan lain. Di sinilah konsep adil/ Anak-anak ini seakan pasrah dengan takdir tetapi tidak pasrah dalam mengemudikan kehidupan mereka.

Alhamdulillah negara ini sedar dan mengorak langkah untuk membela nasib mereka yang kurang bernasib baik, sampai bila mereka dipandang sebagai kurang bernasib baik. Pada saya mereka sangat bernasib baik sebab tidak terlibat dengan dosa mata. Dunia ini apalah sangat !!!!

Manakala di atas ni, lukisan seorang murid sekolah rendah. Macam saya katakan bukan mudah untuk meluki, jika saya tak tahu apa yang terhasuls, Ada beberapa foto dan video yang saya nak kongsikan kemudian.

Akhirnya saya nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru saya.

17 May 2013

Tema Hari Guru Sejak 1972

1972 - Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

1973 - Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1974 - Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1975 - Guru dan Pembangunan Negara

1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1978 - Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya

1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1982 - Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme

1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca

1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu

1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1992 - Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari

1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2004 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2005 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2006 - Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2007 - Guru Penjana Modal Insan Cemerlang

2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang

2009 - Guru Pembina Negara Bangsa

2010 - Guru Pembina Negara Bangsa

2011 - Guru penjana transformasi pendidikan negara

2012 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

2013 - Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda

16 May 2013

SEJARAH HARI GURU


Pada tahun 1956 Kerajaan telah memilih tarikh 16 Mei sebagai Hari Guru. Pada tarikh tersebut juga Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee) untuk penetapan Dasar Pelajaran Negara ini. Kemudian cadangan tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, dan mulai dari tarikh itu iatelah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Antara kandungan dasar tersebut adalah seperti berikut:

1.   Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2.   Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3.   Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4.   Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5.   Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6.   Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Sajak: Guru O Guru - Usman Awang

Semoga semua guru-guru saya di rahmati Allah.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

1979

Selamat Menyambut Hari Guru 2013

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada bekas guru-guru saya semasa saya di bangku sekolah dan di menara gading, kepada semua adik-adik saya yang bertugas sebagai guru, juga kepada sahabat handai terutamanya sahabat-sahabat di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selamat maju jaya kepada anda semua.

16 May 2012

Selamat Hari Guru


Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu di tanah air