Showing posts with label Kiamat. Show all posts
Showing posts with label Kiamat. Show all posts

12 February 2016

Rasulallah saw Pesan Mengenai Tanda-Tanda AKhir Zaman

Kalau dulu sahabat-sahabat baginda Rasulallah saw pernah bertanya kepada baginda mengenai ketibaan hari akhirat dan baginda menjawab sudah hampir ketibaannya akhirat itu. Kini selepas 1,400 tahun kewafatan baginda Rasul

Siapakah agaknya kaum yang benar di akhir zaman nanti? Adakah mereka yang ramai atau mereka yang sedikit. Hadis daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut.” Hadis ini memperlihatkan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah,

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing" Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)

Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba’ (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Antara sifat ghuraba’ ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadithnya yang bermaksud: “Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu.” Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah (golongan yang satu)? Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku.”Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja.

Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan. Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120: “Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.”Apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis sedikit demi sedikit, dosa-dosa besar dianggap biasa, kefasadan dan kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan, orang-orang jahil bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma’ruf wan nahy ‘anil-munkar.

Asingnya Islam juga ialah apabila umat Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada Allah s.w.t, mengabaikan perkara fardu, jahil mengenai hukum halal dan haram, mendekati perkara syubhat, riba’ dianggap halal. Yakin bahawa tanpa riba’ ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

Perkara ma’ruf dianggap munkar dan munkar dianggap ma’ruf. Kebenaran dan kebatilan dicampuradukkan. Apa yang paling menakutkan ialah manusia lebih mempercayai hukum ciptaan manusia daripada hukum ciptaan Allah. Mereka yakin bahawa dengan melaksanakan hukum Allah akan menyebabkan Negara berada dalam keadaan kucar kacir dan kacau bilau.

Antara bukti asingnya Islam ialah apabila umat Islam dihina, dibunuh dan disembelih tetapi umat Islam lain hanya memerhatikannya sahaja. Lebih mengaibkan lagi apabila umat Islam bergantung penuh kepada negara luar dengan anggapan tanpa kuasa luar kita tidak mampu melakukan apa-apa.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri, melihat sumbangan masing-masing terhadap agama yang kita cintai ini. Berapa ramaikah di kalangan kita yang mempunyai sifat ghuraba’ (asing) sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w? Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menegur dan mencegah kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat? Berapa ramai di kalangan kita yang berani untuk mempertahankan Islam, memperjuangkannya dan menegakkannya. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menahan celaan dan tohmahan kerana mempertahankan Islam?

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud: “Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi dia tidak bingkas menolongnya, pada hal dia berkeupayaan membelanya, nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak”. (H.R. Ahmad) Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Moga-moga dengan kembalinya kita kepada ajaran Islam yang sebenar akan menjadikan kita umat yang bermotivasi, berinovasi dan memiliki keazaman yang tinggi untuk kembali semula menjadi umat yang cemerlang. “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Hud:112)

05 February 2016

Kita Berada di Akhir Zaman ke????: Tazkirah Pagi Jumaat

Gambar hiasan sahaja. Hanya Allah swt saja yang
mengetahui bagaimana keadaan akhir zaman. 
Rasanya ramai umat Islam yang percaya akan kedatangan akhir zaman atau kiamat. Kiamat boleh diterangkan sebagai berakhirnya kehidupan dunia yang Allah swt Sang Pencipta meminjamkan alam semesta ini untuk manusia dan semua ciptaannya tinggal, namun ianya bukannya kekal abadi. 

Bila akhir zaman itu akan tiba atau ada tanda-tandanya. Kita tak perlu gusar kerana junjungan kita Nabi Muhammad saw ada menitipkan pesan mengenai perkara ini.

Tentu ramai yang ingin tahu adakah kita sedang berada di akhir zaman?. Apakah tanda-tandanya? bagaimana kita perlu hadapi situasi ini jika benar-benar kita berada di akhir zaman. Sungguh sayang Allah swt dan Rasulallah saw kepada kita kerana meninggalkan pesanan dan tanda-tanda untuk kita hadapi zaman tersebut. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini melihat semula firmanNya dan ambil tahu akan sabdanya, semoga kita tidak sesat.

Berpegang kepada kedua-dua wasiat di atas, saya sangat yakin bahawa kita berada di akhir zaman. Terlalu banyak tanda-tanda akhirat kecil dan besar yang kita temui, namun ianya terletak ke atas diri kita sendiri untuk melihatnya secara total. Tetapi bukan semua antara kita yang sedar akan ketibaan akhir zaman beserta dengan tanda-tandanya, ini mungkin disebabkan oleh kejahilan, kedegilan, rayuan syaitan, kealpaan dan keseronokan hidup dan cintakan dunia yang menyebabkan lupa akan kedatangannya. Semoga kita tidak menjadi kaum yang rugi dan kesuntukan masa.

Saya juga manusia biasa, ada kalanya terabai dan alpa kerana keindahan kehidupan dunia. Saya sendiri pun sangat bimbang untuk meninggalkan dunia ini tak tahu bila dan dalam keadaan bagaimana. Sekiranya saya bertemu juga dengan hari terakhir dunia ini, bagaimana pula keadaan diri saya? dalam barisan apakah saya nanti apabila dibangunkan semula? dapatkan saya akan syafaat Rasulallah saw? adakah Rasulallah akan tunggu saya hi hujung jambatan sirat? dan pelbagai persoalan yang timbul.

Aduhai sahabat-sahabatku, sama-samalah kita doakan agar kita dan keluarga serta orang dan haiwan kesayangan kita dipermudahkan sekiranya bertemu dengan hari itu.

Jumpa saya lagi nanti dalam tazkirah akan datang mengenai pesanan Rasulallah saw dan firman Allah swt mengenai tanda-tanda akhir zaman.

Walallah hualam dan Wasallam


11 March 2015

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA!

Tak dapat dinafikan memang ramai yang sudah memaklumi akan ketibaan hari kiamat. Tapi ramai juga yang memandang ketibaan hari penghabisan ini remeh. Jom kita kongsi artikel ini yang saya baca dari www.islamituindah.my. 

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
– Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
– Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Sumber: Islamic Eschatology

15 August 2014

Kehancuran Israel Pertanda Dunia Kiamat


Saya nak berkongsi dengan berita yang disairkan melalui beritaharian.net. Jom . . ..

Adakah Israel berhenti menyeksa saudara kita di sana? Berapa ramai lagi nyawa mangsa akan yang melayang dan cerdera akibat serangan peluru berpandu yahudi laknatullah?

Allah Ta’ala berfirman: “Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu:” Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar “. (Surah Al-Isra: 4)

Ayat di atas cukup jelas bagi kita kekejaman zionis yahudi laknatullah terhadap rakyat Palestin adalah bukti nyata dari ayat di atas, kekejaman dan sikap angkuh yang dimiliki Israel sudah Allah gambarkan dalam firman tersebut.

Yahudi zionis laknatullah…pekat hitam dan gelap, itulah gambaran dari negera haram zionis yang tidak mempunyai hati perut, tidak mempunyai hati nurani dan pengecut. Bangsa yang hanya diliputi kebencian, ketamakan dan kekufuran. Bangsa yang hanya boleh mencintai bangsanya sendiri, bangsa yang ego yang sudah tertutup oleh kain kafan duniawi, bangsa yang sudah mati rasa dari rasa menghargai dan mencintai sebuah nyawa. Kebencian mereka kepada rakyat Gaza Palestin telah membuka kunci pintu neraka yang seluas-luasnya, keangkuhan dan kemajuan yang dinikmati sekarang ini adalah racun dan virus yang merebak dalam setiap urat ditubuh mereka. Melenakan mereka akan kenikmatan duniawi yang tidak hakiki.


Al-Qur’an menceritakan kehancuran Yahudi, seperti firman-Nya: “Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan Israel) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam Masjid (Al-Aqsa), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa yang mereka kuasai “. (Surah Al-Isra ‘: 7)

Tidak ada kekuatan di dunia ini yang mampu menghentikan kebiadaban yahudi zionis. Pengepungan dan pemenjaraan besar-besaran oleh penjajah yahudi zionis dengan pembangunan tembok pemisah bermula 16 Jun 2002 di Tebing Barat dengan alasan keselamatan.

Panjang tembok tersebut mencapai 721 km sepanjang Tebing Barat dengan ketinggian mencapai 8 meter sehingga mengasingkan tanah pertanian milik penduduk Palestin yang ditanam pelbagai buah seperti anggur dan zaitun. Hal ini menyebabkan ekonomi Palestin runtuh. Pengepungan ini sudah jelaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Iraq meski hanya satu qafiz makanan dan satu dirham,” Kami bertanya dari mana larangan itu?

Rasulullah menjawab: “Dari orang-orang asing yang melarangnya.” Kemudian berkata lagi: “Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Syam (Palestin) walaupun hanya satu dinar dan satu mud makanan.” Kami bertanya: “Dari mana larangan itu? Beliau menjawab: Dari orang-orang Rom.“ (HR. Muslim)

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan yahudi laknatullah? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan: “Akan muncul dari Khurasan (Afghanistan) bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipasang di Eliya (al-Quds)”. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad)

Semoga Allah selalu melindungi saudara-saudara kita di Gaza-Palestin, yakinlah Allah memberikan setiap ujian dengan hikmah yang besar.

Kehancuran Israel bererti kiamat telah dekat sehingga ramai orang mempertahankan kewujudan Negara haram yahudi tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sehingga orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan bercakap; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi “. (HR. Ahmad)

Sumber: Beritaharian.net

06 January 2014

Banyaknya Petir & Hujan; Tanda Akhir Dunia

SEKARANG ini, di mana pun kita berada, agaknya petir dan hujan sering sekali mewarnai hari-hari kita. Dalam suasana hari yang cerah pada pagi siang hari, sore dan malam hari berganti begitu mendung dan hujan pun turun dengan deras. Diselingi pula dengan petir membahana.

Imam Ahmad berkata, “Muhammad bin Mush’ab meriwayatkan kepada kami dari Imarah dari Abu Nadhrah dari Abu Sa’id al Khudri bahwa Rasulullah SAW bersabda, ‘Akan ada banyak petir ketika mendekati kiamat. Sehingga seorang laki laki dan suatu kaum berkata, ‘Siapakah yang tersambar petir dari kalian pagi ini?’ Mereka berkata, ‘Telah tersambar petir si fulan dan si fulan.”

Al Hafizh Abu Bakar al Bazzar mengatakan dalam musnadnya, “Ishaq meriwayatkan kepada kami dari Khalid dari Suhail dari ayahnya Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda, ‘Tidak akan terjadi kiamat hingga langit menurunkan hujan sampai tidak ada lagi rumah rumah orang orang kota dan tidak ada pula rumah rumah orang desa’.”

Imam Ahmad berkata, “Mu’amal meriwayatkan kepada kami dari Himad dari Ali bin Zaid dari Khalid ibnul Huwairits dari Abdullah bin Amru bahwa Rasulullah SAW bersabda, ‘Ayat-ayat teruntai dalam sebuah tali, kemudian tali itu putus maka sebagian yang satu mengikuti sebagian yang lain.”

Bahkan sekarang ini, Saudi Arabia yang notabene gersang dan jarang hujan pun telah mengalami hujan lebat. Dan pula beberapa kali terjadi banjir di negeri itu. Ditambah salju pun mulai turun di sana. Adakah ini salah satu pertanda akhir zaman? Allahu alam bi shawwab. [An Nihayatu fi al Fitani wa al Malahimi – Ibnu Katsir]

Sumber: http://www.islampos.com

19 December 2013

Dabatul Ard

Rasulullah saw telah bersabda : “Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman, maka ia akan membuat kekang di hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat wajah orang mu’min terang dengan cincin itu, sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang yang makan di suatu meja hidangan, maka salah seorang dari mereka akan berkata “makanlah wahai orang mu’min dan makanlah wahai orang kafir.”

Ciri-ciri Dabatul Ard

1. Seekor haiwan yang mempunyai bulu panjang dan sekaligus juga bulu yang pendek.

2. Seekor binatang yang sangat besar dikatakan semasa ia keluar dari sarangnya dengan kecepatan seperti seekor kuda yang berlari setelah 3 hari dan Dabatul Ard bisa mengeluarkan 1/3 badannya.

3. Mampu berkata-kata dengan manusia dengan pelbagai bahasa manusia di dunia ini.

4. Sebelah tangan kirinya memegang tongkat Nabi Musa dan di sebelah tangan kanannya pula memakai cincin Nabi Sulaiman.

5.Keluar dari kawasan di antara bukit Sofa dan Marwa

Misi dan tujuan Dabatul Ard

- Berbicara kepada manusia bahawa ”sesungguhnya manusia sudah tidak yakin dengan ayat-ayat Allah.”

- Membuat tanda di wajah orang Mu’min menjadi cerah dan wajah orang kafir menjadi gelap.

- Tidak menakutkan manusia tetapi ia akan menjerit / memekik di kawasan Makam Ibrahim dan Hajaratul Aswad sambil menebar-nebarkan tanah di atas kepalanya kemudian ia menghadap timur dan memekik kemudian menghadap ke barat dan memekik. Suaranya melampaui segala penjuru yang menyebabkan manusia berlarian karena takut. Dalam keadaan yang sama orang mu’min sudah mengetahui bahawa yang bersuara keras itu adalah Dabatul Ard bintang Allah dan mereka tetap di tempat mereka dan tidak mengalami ketakutan apapun.

- Dabatul Ard akan keluar selepas Ya’juj dan Ma’juj mati akibat virus yang diturunkan oleh Allah kepada mereka. Dabatul Ard akan keluar selepas terbitnya matahari seperti biasa yaitu pada waktu dhuha setelah matahari itu terbit sebelah barat . Dabatul Ard akan keluar jika bumi pulih setelah bencana Ya’juj dan Ma’juj.

Sumber: fb Islampos

23 November 2013

Al Mahdi dan ISON

PETANDA MUTAKHIR KEDATANGAN IMAM MAHADI?

Beberapa bulan yang lalu seluruh dunia menanti dengan penuh debaran kehadiran tarikh 21.12.2012 sempena kehadiran planet Nibiru yang dijangka oleh saintis bakal mendatangkan porak poranda kepada bumi. Malah ada yang lebih jauh meramalkan ianya akhir hayat dunia.

Alhamdulillah Nibiru berlalu tanpa insiden.

Namun dalam kesibukan para astrologer memberi tumpuan kepada Nibiru tanpa di sedari dengan kudrat Allah satu lagi ciptaanNya muncul. Komet yang dinamakan ISON!!

ASTRONOMER SELURUH DUNIA MENANTI KEHADIRAN KOMET ISON

Komet ISON mula dikesan pada bulan September 2012 oleh dua orang saintis Rusia. Penemuan tersebut menggemparkan dunia astrologi. NASA telah menubuhkan pasukan khas mengikuti pergerakan ISON. Antara fakta yang dikeluarkan tentang ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”

2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.

3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013

4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.

5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.

6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.

7. ISON adalah komet yang paling dilihat oleh ramai orang.

8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.

9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.

10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

11. Saintis TIDAK menjangkakan sebarang bencana berlaku di bumi.

PANDANGAN ISLAM TENTANG KOMET ISON?

Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah SAW “..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan meyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”

Kata Saidina Ali RA Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Fakta dari Hadis di atas ialah:

1. Bintang terdiri dari api,salji,udara dan tanah

2. Bintang berkelajuan tinggi

3. Bintang amat jarang kelihatan(berabad2)

4. Kepala dan ekor hampir bertemu

5. Bintang beredar ke orbitnya semula

6. Malapetaka dahsyat bakal berlaku

7. Keuntungan bagi orang-orang yang baik

8. Kerugian bagi orang-orang kafir

9. Kematian besar-besaran bakal terjadi.

10. Tanda kedatangan Imam Al-Mahdi Muntazar.

Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi. Bintang itu berekor". Dalam tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam purnama".

Dengan ciri-ciri komet ISON di atas kemungkinan besar sabdaan Rasulullah saw dan kata-kata Saidina Ali serta Kaab r.a merujuk kepada ISON. Uniknya kehadiran ISON muncul tiba-tiba tanpa dapat dikesan sebelum ini oleh NASA. Ternyata andaian kehadiran NIBIRU yang dijangka membawa bala bencana kepada dunia adalah meleset.

Adakah kehadiran ISON bukan sahaja membawa petanda sahaja atau ada bersamanya perintah malapetaka oleh Allah SWT? Saintis menafikan ISON akan membawa kemusnahan kepada bumi melainkan hanya sedikit kekucarkaciran dijangka berlaku di bumi akibat medan magnet yang terganggu kerana berlakunya ribut suria di matahari.

Sila baca artikel ini seterusnya sambil merenung dan berfikir…

Petikan KITAB bertajuk " HURU HARA AKHIR ZAMAN – Penjelasan Terakhir untuk Umat Islam" karangan Amin Muhammad Jamaludin Universiti Al-Azhar Kairo.

BAB TANDA-TANDA DI BULAN RAMADHAN

Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan. Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat.

Adapun peristiwa tersebut ialah:

1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.

2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.

3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan ( rujuk muka surat 38) . Semua orang akan mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat

4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan. (muka surat 119) Nu'aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin Murrah, ia berkata: Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu.

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi'dan: Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.

Adakah bintang berekor itu merujuk kepada komet ISON? Wallahualam.

Nota : SEBELUM kedatangan komet ISON para astronomer mencatatkan telah berlaku 2 gerhana bulan dan 2 gerhana matahari ( gerhana-gerhana tersebut dapat dilihat disesetengah Negara sahaja namun keseluruhannya berlaku 4 gerhana bulan dan matahari).

DISKUSI UMUM

1.. ADAKAH ERA IMAM MAHADI AKAN BERMULA?

Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan dengan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil.

Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang menyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam.

Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.

Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.

Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semakin berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang di sekelilingnya : "Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

2. AMBILLAH TAHU

Antara pesan Islami yang mesti kita ambil tahu ialah:

I.   Hadis Abu Hurairah yang menyatakan pada tahun 1430++ hijrah akan zahir Imam Mahadi dan bencana dari “langit”ke atas penentang Imam Mahadi. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas ianya tahunnya tetapi tahun ini ialah tahun 1434 ( 4 tahun extra dari 1430H) adalah bersamaan dengan 2013.Bulan November 2013 ini kita akan masuk tahun hijrah 1435 ( 5 tahun extra)

II.  Sabdaan Rasulullah yang menyatakan akan tenggelam kawasan pantai SEBELUM kedatangan Imam Mahadi.

III. Kata-kata tidak semena-mena ustaz saya untuk kami mencari kawasan tinggi.

IV. Cerita Ustaz Tamar mengenai firasat seorang syeikh suluk bahawa akan berlaku Tsunami berganda-ganda lebih besar dari Tsunami 2004 pada tahun 2012-2013.

3. PERINGATAN, PETUNJUK DAN PETANDA

1. Antara tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi adalah mengikut hadis Rasullulah ialah.. Zahirnya bintang berekor ( komet) melalui bumi menerangi langit dan menyebabkankawasan pantai tenggelam.

2. Dalam kitab Nabi Daniel a.s iaitu Nabi Babylon di Baghdad….diceritakan di akhir zaman nanti akan berlaku Ombak Besar di Lautan Hindi dan akan berlaku di Timur Ombak Besar. Maka Nabi Daniel berkata apabila datang petanda ini maka Iman Mahdi sudah ujud….

3. Nu'aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin Murrah, ia berkata: Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia*, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu. *Adakah perselisihan antara manusia ini adalah perang dunia ke 3?

4. Dan dengan sanad dari Khalid bin Ma'dan: Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.

AKHIRUL QALAM

Yang ditetapkan Allah untuk terjadi pasti terjadi. Semuanya adalah perencanaan Ilahi. Tulisan ini bukan bermaksud menakut-nakutkan atau sebagai ramalan sensasi. Ianya lebih kepada peringatan supaya Umat Islam terjaga dari sebarang kealpaan. Bangun mengukuhkan amalan memperkuatkan iman.

Sumber: http://keturunanketurah.blogspot.com

20 October 2013

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat

Seperti mana yang kita tahu dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi. Di mana yang paling terkini apabila kejadian yang menggemparkan di Yaman apabila munculnya bara api dari tanah, iaitu tanda Kiamat Fenomena Api Hijaz. Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham.

Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat mazmumah yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa.

Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba. Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat

1.    Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan

       1.1 – Islam ditegakkan semula

       1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah

       1.3 – Dakwah Rasullulah

       1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir

2.     Kebangkitan Khalifah

        2.1 – Wafatnya Rasullullah

        2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah,
                Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)

3.     Kejatuhan Khalifah

        3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia

        3.2 – Perang Dunia 1 dan 2

        3.3 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal

        3.4 – Umat Islam berpecah-belah.

        3.5 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus
               melalui pelbagai fahaman.

        3.6 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.

        3.7 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke
                lubang biawak

         3.8 – Penzinaan berleluasa

         3.9 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa

         3.10 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan

4.      Perang Dunia Ketiga

        4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan

        4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat
               (roh Islam)

        4.3 – Kemarau panjang

        4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang
                kafir/ munafik

        4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan
               bergunung ganang

Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka di dalam semua peperangan. Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

5.     Bala Bencana

        5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana

        5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.

        5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000
                wanita

        5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah

        5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.

        5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3
               penduduk dunia mati.

6.     Khalifah Islam Dilantik

        6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika
               musim haji

        6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah

        6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb
                (Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)
                Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

7.     Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)

        7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. – Pakatan Islam + Kristian
                menang

8.     Peperangan Islam Dan Kristian

        8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan
                kristian di dalam peperangan armegeddon dan mereka
                berhak memerintah bumi

        8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam

9.    Di saat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya. Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)

       9.1 – Rezeki melimpah ruah

       9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat

       9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat

       9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

10.  Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 orang dari Isfahan/ Iran)

       10.1 – Turunnya Nabi Isa

       10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa

       10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa

       10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa

       10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi

       10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung

       10.7 – Kemenangan untuk Islam

11.  Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)

       11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.

       11.2 Pembunuhan babi di muka bumi

       11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami
               maksudnya. *Kewujudan Yakjuj dan Ma’juj ini juga
               telah dibongkarkan oleh NASA

        11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan
               berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud

        11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit.
               Bumi menjadi busuk

       11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut
             membersihkan bumi.

12.   Wafatnya Nabi Isa

        12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Kiamat Bermula

* Al Quran diangkat

* Nama Allah tidak disebutkan lagi

* Gempa Bumi Tiga penjuru

* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata

* Penzinaan di tepi tepi jalan/ pasaraya

* Asap dari bumi — Sepertiman Yang berlaku Di Yaman sekarang ??

* Musnahnya Makkah dan Baitullah

* Semua Umat Islam dimatikan

* Matahari Naik di sebelah Barat — Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Terbit Dari Barat

* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk

* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet

* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan

* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail

* Mahsyar

SUMBER ARTIKEL : zaag2010
SUMBER GAMBAR : Terowong Informasi
Melalui fuh.my

Wallahualam

Di manakah kita sekarang? Apakah kita sudah dekat dengan KIAMAT? Harap dengan perkongsian ini kita mendapat sedikit banyak manfaat dan dapat memberikan kesedaran bagi mencapai redha Allah S.W.T sentiasa mengingati sesama ummat.

13 August 2013

Ciri-Ciri Imam Mahadi

Ramai muslimin yang tertanya-tanya bagaimana agaknya 'rupa' Imam Mahdi? Cerita mengenai imam ini saya dah dengar sejak saya kecil lagi, walaupun pada masa itu saya kurang faham, tetapi yang saya sangat yakin dan percaya sehingga kini ialah apabila imam ini berada di kalangan kita bermakna alam ini hampir sampai ke hujungnya.

Sebenarnya ketibaan Imam Mahdi telah pun diceritakan oleh Rasulullah saw melalui hadis baginda saw dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku, nama bapanya seperti nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kebajikan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud (9435) dan Turmizi.

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan hasil dan darinya bumi dipenuhi dengan kedurjanaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di Baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.

Wahai rakan-rakanku sekelian, sekarang ini pun penginayaan, kezaliman dan kekacauan terhadap ramai umat Islam sedang berlaku secara berleluasa di seluruh dunia, lihat sahaja apa yang berlaku di Pelastine sejak 60 tahun lepas, kini lihat sahaja apa yang dilakukan terhadap umat Islam di Mymar. Tidak urang juga yang terjadi di Syria.... adakah Imam Mahadi sudah berada di kalangan kita?. Bagaimana untuk kita mengenali baginda? bagaimana rupa, peribadi dan kepimpinannya. Apa yang pasti, imam ini adalah dari susur galur darah baginda Rasulallah saw. Oleh karena itu sebaik-baik tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah melalui hadis-hadis hasan dan saheh baginda Rasulullah saw.

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kekejaman, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun. (HR. Abu Dawud dan al-Hakim) ”

Rasulullah SAW juga bersabda:“ Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim) ”

TANDA-TANDA AL MAHDI

Antara Ciri-ciri Imam Al-Mahdi adalah beliau seorang yang gagap tetapi dia tidak pernah gagap ketika membaca Al Quran bahkan dia telah katam Al Quran seawal umur 5 tahun. Walaupun baginda gagap ketika menyampaikan khutbah namun baginda akan megetuk lututnya. Imam Mahdi juga seperti manusia akhir zaman maka hayatnya tidaklah panjang seperti Nabi Isa as.

Nabi SAW bersabda: “Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)

Hadit berikut memberi gambaran bahawa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting.

Pertama, perselisihan berpanjangan sesudah kematian seorang pemimpin.

Kedua, dibai’atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Ka’bah.

Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai’at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

Bila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, maka Umat Islam di seluruh dunia mengetahui bahawa Imam Mahdi telah diutus oleh Allah ke muka bumi. Dan apabila ini telah menjadi maka kita mengikuti pesan Nabi saw seperti yang dihadiskan seperti berikut: “Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)

Riwayat lain mengisahkan bahawa terdapat beberapa tanda pada tubuh (wajah, badan, dan lain-lain) yang menjadi pertanda, iaitu Imam Mahdi memiliki wajah yang bercahaya, perawakan yang sejuk. Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa salah satu tanda yang ada pada tubuh Imam Mahdi adalah tahi lalat di pipinya.

Usia Imam Mahdi tidaklah panjang, selepas kematian baginda maka Nabi Isa as akan memimpin umat Islam yang masih terpelihara akhlaknya.

02 July 2013

Kiamat menurut Agama Islam

Sejak akhir-akhir ini rasanya banyak sudah Allah menurunkan tanda-tanda alam ini akan mengalami akhir hayatnya. Kejadian akhir zaman ini yang digelar juga sebagai kiamat telah dijanjikan Allah dengan seksaan yang sangat pedih. Oleh itu sebelum tibanya saat itu Allah akan mematikan para ulama terlebih dahulu. 

Mari kita lihat tanda-tanda akhir menjelang kiamat kerana tanda-tanda kecil semuanya sudah ditunjukkan. Tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut:

*   Kemunculan Imam Mahdi
*   Kemunculan Dajjal
*   Turunnya Nabi Isa (AS)
*   Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
*   Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
*   Pintu pengampunan akan ditutup
*   Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar
*   Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya
*   Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
*   Pemusnahan/runtuhnya Kabah
*   Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
*   Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
*   Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yang ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: "Barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Maka kirimlah dan berpesanlah sesutau yang baik kerana kiriman dan pesanan yang terpenting adalah kiriman yang berkaitan dengan ibadah..... maka fikir-fikirkanlah.

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Bekunkah itu yang pernah dijanjikan oleh iblis semasa dia dihalau dari syurga... apabila iblis bergabung dengan dajjal yang bermata satu:itu... makin sukarlah manusia untuk melupakan akhirat malahan hidup hanya untuk duniawi sahaja. Kita lihat kepada ibadat solat sahaja... apakah kerugian jika meninggalkannya:

Subuh: Cahaya wajah akan pudar.

Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.

Asar: Kesihatan mulai terganggu.

Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.

Isya': Kedamaian dalam tidur sukar didapatkan.

:: Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama ::

20 June 2013

7 Keajaiban Yang Lebih Ajaib Dari 7 Keajaiban Dunia

Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di Mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita tahu.Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi.

7 keajaiban dunia itu adalah:

Haiwan Berbicara di Akhir Zaman
Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercatat dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,

“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy memberi ulasan tentang ayat di atas: “Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi.Konon khabarnya, dari Mekah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu”.[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)].

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat,sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di Barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah Barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia”. [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunannya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunannya (4041)]

Pohon Kurma yang Menangis
Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam, mengapa sampai pohon ini menangis?

Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- bertutur,“Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu-berkata: “Adalah dahulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut” .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata: “Dulu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya)”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

Untaian Salam Batu Aneh
Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya, Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)].

Pengaduan Seekor Unta
Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya.

Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya. Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata,

“Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. Lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Anshar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke punuknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu.

Kemudian beliau bersabda: “Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?” Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “Unta itu milikku, wahai Rasulullah”. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

Kesaksian Kambing Panggang
Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi benar. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut: Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata,

“Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tidak mahu makan sedekah. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan.

Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengabarkan kepadaku bahawa dia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin MA’rur Al-Anshoriy. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan membawa surat),

“Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab: “Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu”. Kemudian Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh.

Batu yang Berbicara
Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak.

Kerana Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib. Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,

“Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, “Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat”.[Lihat Fathul Bari (6/610)]

Semut Memberi Arahan
Mungkin kita pernah mendengar cerita fiksen tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiksen belaka dan tentunya omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi komando tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,

“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: “Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”.

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut:

Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.

Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Kerana (mendengar) perkataan semut itu dan dia berdoa:

“Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhoi; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang menghebohkan, dan menghairankan seluruh manusia.

Orang-orang beriman telah lama menyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai sekarang.

Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat perkara itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati umat Islam.

25 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Ribut Pasir

Pada hari kami semua akan berangkat kembali ke tanah air - maka berlakulah ribut pasir di ertengahan jalan. Kami bertolak dari Mekah menuju ke Jeddah pada sebelah tengahari.... selepas menyempurnakan tawaf wida' (tawaf selamat tinggal) dengan hati yang sapu kami meninggalkan kota Mekah.

Setelah memasuki daerah Jeddah, kami lihat kereta bergerak perlahan, rupa-rupanya ribut pasair sederhana sedang berlaku. Permandangan menjadi berkabur dan kurang jelas kerana jarak penglihatan menjadi terhad. Di atas jalan raya terutamanya di tepi-tepi/ bahu jalan pasir-pasir halus berkumpul, manakala di tengah jalan kelihatan pergerakan pasir halus.... bahaya juga rasanya kerana pasir bertiup sehingga ke cermin kenderan.

Melihatkan keadaan ini, saya teringat akan hadis Rasulallah saw bahawa nanti apabila menjelas hari kiamat amat berlaku asap yang tebal menyelubungi tanah Arab.... 

Sebaliknya melihat keadaan semasa ribut pasir seperti juga asap hitam yang menutupi matahari.... adakah ini petunjuk atau permulaan asap hitam yang dimaksudkan????

Jarak penglihatan yang semakin krurang...

Pancaran matahari di awal petang kelihatan seakan-akan menjelas waktu maghrib...

Pancaran matahari yang seakan ditutupi oleh asap hitam...

Semasa merentasi perjalanan ini membuatkan hati saya juga bimbang takut jika berlaku perkara yang tidak diingini. Alhamdulillah semuanya (7 buah bas kami) selamat akhirnya...
Terima kasih ya Rabbi...

16 April 2013

Huraisy Keluar Pada Hari Kiamat

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "HURAISY" berasal dari anak kala jengking.. besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat dan panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi..

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari 5 jenis manusia:

• Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
• Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
• Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
• Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
• Kelima, orang yang suka minum arak."

p/s : Semoga kita tidak termasuk dalam mana-mana golongan di atas..
ALLAH ALLAH ALLAH..

from : Mujahed Kamal

13 March 2013

Munculnya Ad - Dabbah Tanda Besar Kiamat



Salah satu di antara tanda-tanda besar Qiamat besar ialah binatang yang keluar dari bumi (Dabbah). Apakah binatang itu besar atau kecil? Apakah ia dilahirkan oleh bumi atau lahir dari binatang tertentu?

"...dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami " - Surah An-Naml : 82

Huraian Ayat di atas :

"Apabila sudah dekat apa yang Kami (Allah) katakan kepada orang-orang kafir itu, yakni tentang adanya hari Qiamat dan menyeksa mereka disebabkan kekufuran mereka, maka Kami keluarkan kepada mereka binatang besar. Binatang itu akan mencakapi mereka dengan kata-kata yang jelas mereka fahami. Binatang itu akan mengejek mereka atau mengatakan malangnya nasib mereka. Binatang itu berkata : "Sebelum aku datang dan kamu tidak percaya bahawa aku akan datang, dan kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah dan hujahNya. Sekarang sudah dekat masanya kehancuran kamu, sudah dekat masanya hari Qiamat dan hari kebangkitan supaya kamu semua menghadap Allah dan Dia akan menyeksa kamu"

Dalam Hadith yang mulia, yang diterima dari Abdullah Bin Amr' bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sesunguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yang satu lagi akan segera menyusul"

Al-Qurthubi berkata : "Binatang itu akan mencakapi manusia dengan kata-kata yang jelas difahami oleh semua manusia. Suaranya kuat sehingga dapat di dengar oleh semua manusia yang ada di dunia ketika itu, sama ada yang dekat ataupun yang jauh daripadanya". Binatang itu berkata : "Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami.

" Apa yang dikatakan oleh binatang itu nanti? Al-Suddi berkata: "Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama lain selain Islam tidak benar dan diterima oleh Allah SWT"

PERIHAL DABBAH

Pelbagai cerita mengenai binatang yang keluar dari bumi itu. Ada yang mengatakan binatang itu panjangnya 60 hasta. Orang yang mencarinya tidak akan menjumpainya manakala orang yang lari daripadanya tidak akan dapat lari daripadanya.

Ibnu Juraij berkata : "Binatang itu kepalanya seperti banteng, matanya seperti mata babi, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warnanya seperti warna harimau, rusuknya seperti rusuk kucing, ekornya seperti ekor kibas, tingginya seperti unta"

Namun cerita-cerita ini tidak mudah diterima akal apatah lagi memang tidak terdapat dalam Al-Quran mahupun Hadith RAsulullah SAW. Menurut Imam Al-Razi "Tidak ada dalil dalam Al-Quran mahupun Hadith yang menyebut tentang mereka (Dabbah). Kalau ada disebut dalam Al-Quran atau jelas keterangan dari Rasulullah SAW maka ia boleh diterima pakai. Jika sebaliknya, sumber itu tidak boleh diterima"

Justeru, orang-orang beriman hanya perlu menyakini bahawa binatang itu sememangnya diutuskan ke dunia untuk menunjukkan bukti kepada orang-orang kafir berkenaan kebenaran agama yang diturunkan Allah. Ertinya apa yang telah dijanjikan Allah SWT dan para RasulNya itu benar adanya. Orang mukmin harus menyakini janji Allah itu kerana kedatangannya itu juga menandakan bahawa pintu taubat sudah pasti tertutup.

sumber: http://www.lamankongsi.com

02 January 2013

Matahari Terbit Di Sebelah Barat

Menurut Hadis Nabi saw. Rasullullah saw bersabda: "Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit di sebelah barat. Pada masa ini, Taubat sudah tiada "hadis Muslim. Menurut Syariah Muhammadiah: "Terbitnya matahari di sebelah Barat hanya akan berlaku sekali pada masa dan ketika itu, matahari terus berada di sebelah barat. Dan seterusnya, matahari akan kembali terbit di sebelah timur dan seterusnya pada hari yang berikut sehingga Allah menghendaki dan menetapkannya."

Inilah apa yang akan berlaku pada planet MARS. Bergerak dari timur ke barat. berhenti. bergerak ke barat dalam masa yang pendek. dan kemudian bergerak semula ke arah timur ke barat. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw pernah berkata : "Tidak berlaku dan tiba nya kemusnahan dunia (Kiamat) sehingga terbitnya matahari dari barat. Apabila tiba masanya ini, semua makhluk di dunia akan segera tersedar dan percaya akan kekuasaan Allah. Tetapi pada masa ini, semuanya sia-sia belaka. Tiada satu pun pintu taubat dibuka. Sesungguhnya pada masa dan tatkala ini, rugilah bagi mereka itu". Hadis Al-Bukhari, Muslim.

Matlamat utama, ingin saya menyeru pada rakan semua. Setiap planet di dunia akan mengalami fenomena yang sama. Tahun ini, planet Marikh akan berlaku matahari terbit di sebelah barat. Kita tak tahu, mungkin planet lain sudah pun mengalami fenomena ini, dan mungkin hanya bumi sahaja yang belum, kita tak tahu, hanya Allah yang tahu. Secara kebetulan, Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia sudah pun memberi tanda awal, walaupun melalui hambanya yang bukan Islam. Tetapi bagi kita yang sudah beriman ini, sedarlah selagi ianya tidak terlambat. Kerana sekiranya berlaku, taubat sudah tidak diterima. Dunia ini hanya sementara. Bertaubatlah dari segala dosa yang kita lakukan. Berzikirlah, walaupun hanya pada sisa masa yang terluang kerana zikir itu juga penghapus dosa kita. Waallahu alam.

Berita dari NASA tentang Planet MARS yang kini dalam ujian dan kajian mereka. MERM (MARS Exploration Rover Mission) – “24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction. Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!! This might occurs soon and we are aware of it”.

30 December 2012

Pesanan Rasulallah saw Mengenai Qiamat

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain (bukan arak) mereka meminumnya sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (hadis riwayat Ibnu Majjah)

Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (hadis riwayat Thabrani) daripada Abu Hurairah ra pula,Rasulullah saw bersabda: "tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (hadis riwayat Bukhari) Rasulullah saw bersabda: "sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (hadis riwayat Ahmad)

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah saw bersabda: "apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.  Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja;

2.  Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan;

3.  Zakat dijadikan hutang;

4.  Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan Syariat)

5.  Anak derhaka terhadap ibunya;

6.  Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya;

7.  Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya;

8.  Suara sudah ditinggikan di dalam masjid;

9.  Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka;

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya;

11. Arak sudah diminum secara berleluasa;

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki);

13. Para artis-artis disanjung-sanjung;

14. Muzik banyak dimainkan/ didendangkan; dan

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (hadis riwayat At-Tirmidzi)
Sudah tentu kawan-kawan mengakui bahawa hampir kesemua senarai di atas telah berlaku sekarang ini, silap-silap pelakunya adalah diri kita sendiri... astagfirullah. 

Oleh itu Wahai rakanku sekelian, (terutamanya saya menasihati diri sendiri).... Apa lagi yang ditunggu??!! Beringatlah!! Kembalilah kepada Allah....jangan lagi nak berdolak-dalih! Janganlah kalian sombong dan ego terhadap Allah!! Sedarlah akan diriku dan kalian semua!! Adakah kita ingin menunggu maut datang di hadapan kita baru hendak bertaubat?? Sampai bilakah kita hendak tunggu, nantii, dan bertangguh untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah kita tahu bila agaknya Allah memanggil kita semula?? Adakah kita boleh jamin bahawa kita akan hidup sehingga ke akhir hari ini?? Akhir kata sama-samalah kita menanamkan azam untuk menunaikanlah kewajipan kita sebagai muslim dan kalau boleh sebagai pendakwah.

Semoga Allah sentiasa bersama dengan kita dan memandu kita sentiasa berada di jalannya yang direda'i dan dirahmati. Ameen,

24 October 2012

4 Pertanyaan Di Padang Mahsyar

Kiamat lebih teruk dari ini sehinggakan kita tidak dapat membayangkannya
Sebelum teman-teman meneruskan bacaan ini suka saya menyampaikan rasa terima kasih kepada penulis asal artikel ini yang saya sendiri tidak mengenalnya. Saya mohon maaf kerana saya membuat sedikit penambahan kepada artikel ini.

Ambillah aktibar dari artikel ini kerana kiamat memang akan benar-benar terjadi... kiamat adalah persinggahan kita ke alam yang lebih kekal. Tetapi masa kita berada di Padang Masyar lebih lama sehinggakan kita akan menyesali segala apa yang kita lakukan di dunia ini nanti. Jadi jom kita lihat apakah 4 soalan yang akan ditanyakan di Padang Masyar tu nanti.

Setiap Muslim wajib mengetahui mengenai Hari Akhir Zaman atau Hari Kiamat. Bahkan hal itu merupakan rukun iman yang kelima. Di dalam hadis-hadis shahih diterangkan bahwa setelah dunia ini hancur binasa, semua manusia yang di dalam kubur dibangkitkan dan semua akan dikumpulkan oleh Allah di Padang Mashyar. Siapkah kita menghadapi peristiwa tersebut? Apa pula yang akan terjadi pada saat itu?

Ketahuilah teman-teman bahawa pada saat itu manusia akan diminta mempertanggungjawabkan oleh Allah Ta’ala tentang segala macam yang telah dilakukan selama hidup di dunia ini. Pada hari itu sudah tidak berguna lagi harta, anak, tidak bermanfaat apa yang dibanggakan selama di dunia ini. Pada hari itu hanya ada penguasa tunggal, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah memberikan berbagai macam nikmat kepada manusia, kemudian Dia menyuruh menggunakan nikmat tersebut sebaik-baiknya dalam rangka mengabdi kepada-Nya.

Kerana Allah telah menganugerahkan nikmat-nikmat itu kepada manusia, maka sangat wajar apabila Dia menanyakan kepada manusia untuk apa nikmat-nikmat itu digunakan. Dalam sebuah hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: ”Tidaklah bergeser kedua kaki seorang hamba (menuju batas shiratul mustaqim) sehingga ia ditanya tentang umurnya, untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan, hartanya darimana ia peroleh dan kemana ia habiskan, dan badannya untuk apa ia gunakan.” (HR Tirmidzi dan Ad-Darimi).

Umur

Umur adalah sesuatu yang tidak pernah lepas dari manusia. Bila kita berbincang-bincang tentang umur, maka berarti kita berbicara tentang waktu. Allah dalam Al-Qur’an telah bersumpah dengan waktu: ”Demi masa”, maksudnya agar manusia lebih memperhatikan waktu. Waktu yang diberikan Allah adalah 24 jam dalam sehari-semalam. Untuk apa kitagunakan waktu itu? Apakah waktu itu untuk beribadah atau untuk yang lain, yang sia-sia?

Keadaan umat Islam saat ini sangat memprihatinkan. Ada di antara mereka yang tidak mengerti ajaran agamanya dan ada yang tidak mengerti ilmu pengetahuan umum. Bahkan ada di antara mereka yang buta huruf baca tulis Al-Qur’an. Bila kita mau meningkatkan iman dan amal, maka seharusnyalah kita bertanya kepada diri masing-masing. Sudah berapa umur kita hari ini dan apa yang sudah kita ketahui tentang Islam, apa pula yang sudah kita amalkan dari ajaran Islam ini? Janganlah kita termasuk orang-orang yang rugi.

Ilmu

Yang membedakan antara Muslim dan kafir adalah ilmu dan amal. Orang Muslim berbeza amalannya dengan orang kafir dalam segala hal, dari mulai kebersihan, berpakaian, berumah tangga, bermuamalah dan lain-lain. Seorang Muslim diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya agar menuntut ilmu. Allah berfirman: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (QS Az-Zumar [39] : 9)

Jika diamati ayat ini berbentuk pertanyaan namun ianya mengandung perintah untuk manusia menuntut ilmu. Menuntut ilmu agama hukumnya adalah wajib atas setiap individu Muslim, misalnya tentang membersihkan najis, berwudhu yang benar, cara shalat yang benar dan hal-hal yang dilaksanakan setiap hari. Karena bila ia tidak tahu, maka amalannya akan tertolak, dan Allah akan bertanya kenapa ia mengikuti apa yang tidak ia ketahui, seperti dalam firman-Nya: ”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (QS Al-Isra [17] : 36)

Ilmu yang sudah dipelajari oleh umat Islam harus digunakan untuk kepentingan Islam. Ilmu yang sudah dituntut dan dipelajari wajib diamalkan menurut syariat Islam. Ilmu tidak akan berarti apa-apa dalam hidup dan kehidupan manusia kecuali bila manusia mengamalkannya. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: ”Beramallah kamu (dengan ilmu yang ada) kerana tiap-tiap orang dimudahkan menurut apa-apa yang Allah ciptakan atasnya.” (HR Muslim)

Harta

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: ”Bagi tiap-tiap umat itu fitnah dan sesungguhnya fitnah umatku adalah harta.” (HR At-Tirmidzi dan Hakim)

Harta pada hakikatnya adalah milik Allah. Harta adalah amanat Allah yag dilimpahkan kepada umat manusia agar dia mencari harta itu dengan halal, menggunakan harta itu pada tempat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Bila kita amati keadaan umat Islam saat ini, banyak kita dapati di anara mereka yang tidak peduli lagi dengan cara mengumpulkan hartanya, apakah dari jalan yang halal atau jalan yang haram. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah meramalkan hal ini dengan sabdanya: ”Nanti akan datang suatu masa, di masa itu manusia tidak perduli dari mana harta itu ia peroleh, apakah dari yang halal atau dari yang haram.” (HR Al-Bukhari)

Setiap Muslim harus hati-hati dalam mencari mata pencarian hidupnya kerana banyak manusia yang terdesak masalah ekonomi lalu ia hingga tidak perduli lagi dari mana harta itu ia peroleh. Ada yang memperoleh harta dari usaha-usaha yang batil, misalnya hutang tidak dibayar, rasuah, riba, merompak, berjudi dan lain sebagainya. Orang yang mencari usaha dari yang haram akan mendapat siksa dari Allah, seperti disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam: ”Barangsiapa yang dagingnya tumbuh dari barang yang haram, maka Neraka itu lebih patut baginya (sebagai tempat).” (HR Al-Hakim).

Harta yang kita dapat dengan cara yang halal harus pula kita infaqkan pada jalan yang benar pula. Bila tadi disebutkan bahwa harta itu milik Allah, maka wajib pula kita gunakan harta itu untuk dalam rangka menegakkan kalimat Allah di muka bumi ini.

Badan

Manusia merupakan mahluk yang paling sempurna yang diciptakan Allah di muka bumi ini. Dengan kesempurnaan susuk tubuh serta akal fikiran yang diberikan Allah, manusia dijadikan sebagai khalifah di bumi, manusia dibebani taklif agar dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Jasmani manusia ini dituntut bekerja untuk melaksanakan fungsi khalifah dalam rangka mengabdi kepada Allah.

Letihnya manusia dalam melaksanakan ibadah kepada Allah mendapat ganjaran pahala. Tetapi bila letihnya dalam rangka bermain-main, mengerjakan maksiat, perbuatan sia-sia, beribadah dengan yang tidak dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, maka sia-sia letihnya itu, bahkan ada yang akan dibalas dengan api Neraka, kerana mereka termasuk orang-orang yang celaka, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam: ”Tiap-tiap amal (pekerjaan) ada masa-masa semangat dan tiap-tiap masa semangat ada masa lelahnya, maka barangsiapa lelah letihnya karena melaksanakan sunnahku, maka ia telah mendapatkan petunjuk, dan barangsiapa yang letihnya bukan kerana melaksanakan sunnahku, maka dia termasuk orang yang binasa.” (HRAl-Hakim dan Al-Baihaqi).

Demikianlah, pada hari mashyar masing-masing manusia akan diminta pertanggungjawabkan atas segala perbuatan yang telah dikerjakannya selama hidupnya di dunia. Sudah siapkan kita menjawab pertanyaan-pertanyaan itu? Kalau belum, bila lagi kita mempersiapkan diri kalau tidak sekarang?