Showing posts with label IDBKL. Show all posts
Showing posts with label IDBKL. Show all posts

04 July 2014

KL Dari Jendela IDBKL

Antara kegemaran saya merakamkan permandangan dari bangunan sama ada tinggi atau rendah. Apa yang penting permandangan dari jendela-jendela dapat mentafsirkan akan sesuatu keadaan lokasi dan populasi.

Ada juga permandangan dari jendela yang menyerlahkan akan kepincangan sesuatu daerah maupun negeri. Walau apa pun ianya mungkin boleh dijadikan cetusan idea untuk meangkah ke tapak baru yang lebih baik.

Bangunan IDBKL yang cantik dan selesa ini rupanya dapat memberikan saya 1 gambaran kepadatan populasi di kawasan ini. Patutlah kesesakan jalanraya yang tidak kunjung reda rupanya ramai penghuninya.

Pun begitu masih ada beberapa kawasan hijau yang menenangkan mata dan perasaan seperti ini....







30 June 2014

Lunch Di IDBKL

Lawatan tapak merupakan mekanisme penting dalam menentukan sesuatu lokasi itu sesuai untuk sesuatu majlis. Majlis APC 2013 JPWPKL dipilih untuk diadakan di IDBKL yang letaknya di Cheras. Dewan Mestika, itulah namanya.

Pada 20 Jun 2014 yang lepas saya dan AJK Persiapan Dewan, Pentas, Siaraya dan Logistik telah mengadakan lawatan tatak ke IDBKL untuk perbincangan dengan staf di sini. Banyak perkara perlu diselesaikan dan difahami supaya tiada masalah yang timbul di pertengahan majlis nanti.

Hari itu adalah hai Jumaat, di mana hari yang paling singkat kerana semua hero-hero bersama saya melainkan Pemandu Mohan perlu menunakan fardu Jumaat mereka.

Selesai perbincangan dan melihat lokasi, kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di Kafeteria IDBKL sahaja. makanan sedap tetapi suasana sedikit panas kerana ruang berhawa dingin digunakan oleh peserta kursus.