Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

04 August 2017

Bahasa - Bahasa Jawa kat Sekolah ????

Malaysia memang negara yang terkenal dengan penduduk yang berbilang bangsa dan kaum. Kemasukan bangsa Melayu berketurunan Jawa di negara kita ni bukan isu baru, kerana mereka ini telah ada di negara ini sekian lamanya rasanya lebih lama daripada kaum Cina dan India, oleh itu mereka memang telah terlalu ramai apabila ditambah dengan kemasukkan rakyat Indonesia yang rata-ratanya dari keturunan Jawa.

Pada saya tak perlulah bahasa ini diajar di sekolah-sekolah di Malaysia macam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil??? sebab bahasa ini lebih kepada longhat seperti bahasa Melayu Negeri Sembilan dan Kelantan. Apa pun cubalah jawab sendiri....

23 July 2015

Malaysia Tanahair Ku - Tun Mahathir

Saya dapat rasakan kasihnya Tun kepada tanah merdeka ini. Begitu juglah dengan kasihnya saya pada bumi bertuah ini walaupun saya tidak dilahirkan di tanah ini. Seperti yang saya selalu bayangkan, tanah ini masih bertuah walaupun ianya diragut rakus oleh 'rakyat'nya, atau dijadai/ dijual demi kebahagian sementara yang tidak berpanjangan, atau mungkin oleh mereka yang hidup mencungap dalam lumpur mencari setitik air jernih untuk diteguk, atau mungkin si kaya penghisap darah yang perlu ditumbangkan dulu.

Tapi itulah nasibnya tanah ini!!!

16 July 2015

DR MAHATHIR: AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

10 April 2015

Pencerahan Keturunan Tun M


Dalam celahan pembentukan Negeri Kedah Darulaman pada 1881, Lahirlah Mohamad Bin Iskandar di Pulau Pinang. Mohamad, Bapa kepada Tun M bukanlah lahir di Kerala India, jauh sekali seorang Mu'alaf apatah lagi dari Kasta itu dan ini.

Ibu Mohamad, isteri kepada Iskandar, seorang Melayu tulin bernama Siti Hawa dan berasal dari Johor.

Ibu Tun M pula bernama Wan Tempawan Bt Wan Hanafi, seorang Melayu tulin yang merupakan keturunan Anak tunggal Mahsuri bernama Wan Hakim.

Ayahanda Tun M merupakan seorang tokoh masyarakat di Malaysia dan merupakan Pengasas Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1908 dan merupakan Pengetua yang Pertama di Maktab berkenaan.

Wan Tempawan berasal dari Kampong Kulut (Kolot), Bukit Lada Kubor Panjang Kedah. Ibu Tun M, Wan Tempawan berasal dari keturunam Wan Mohamad Saman, Menteri Besar Kedah yang pertama.

Nenek Tun M bernama Wan Nek memang berasal dari Bukit Lada Kbr Pjg. Dari sinilah asal Wan Tempawan.

Ayah kepada Tun M yang tersiratnya juga seorang Agamawan Arifbillah.

"ORANG YANG KATA SAYA. NYANYUK SEBENARNYA DIA MENIPU DIRI" -Tun M

Di sini juga merupakan Kampong kelahiran Syed Syeikh Abdullah Fahim Bin Syed Ibrahim (Nenda Pak Lah). Letih membaca tohmahan dan tuduhan salasilah keturunan Tun M. Ada muzium tak mahu lawat, dok kata Tun M mamak India. Ramai dah lama tahu tentang ini. Dan kita patut respek akan ayahandanya.

Ada yang menganggap Perdana Menteri Malaysia hanya dipilih sekadar suka-suka atau sekadar memiliki ringgit yang banyak tanpa meneliti salasilah dan jurai Keturunan.

Onn Jaafar, Almarhum Tunku, Tun Abdul Razak dan Pak Lah adalah dari jurai-jurai Melayu lama yang penuh rahsia.

Mereka menyangka pemilihan ini hanya datang dari jawatan Presiden UMNO yang dipilih secara suka-suka. Tidak pernah ambil tahu,kenapa ada yang menjadi arang, berusaha sehabisnya memburu cita-cita sebagai PM tetapi penghijungnya hanya sia-sia

Nota penting: Satu lagi perlu tahu. Tun M bukan pemimpin yang suka-suka bagi projek pada saudara mara dan rakan taulan. Salah satu punca Kedah tumbang ketangan PAS pada PRU 12 ialah peranan saudara mara dan rakan taulan selain melihat seorang Anak Kedah yang berjasa dihina dan diperlekehkan

Terima masih pada: Key Marzuki & para sahabat yang lain

Sumber: rakan fb

18 February 2015

Melayu Keunikan Dunia Perlu Dipelihara

Tentunya anda kenal dengan empunya foto sebelah ini. Beliau adalah bekas kolumnis Utusan Malaysia, iaitu Encik Svet Zakharov, seorang warganegara Rusia yang fasih berbahasa Melayu. Kefasihan beliau dalam Bahasa Melayu bermula semasa beliau bertugas di Syarikat AKhbar Utusan Melayu/ Malaysia satu masa dahulu.

Saya sangat berminat dengan beberapa kenyataannya tentang budaya dan bahasa Melayu. Jika orang luar boleh menghargai budaya, bahasa dan sekali gus bangsa Melayu, kenapa bangsa kita tidak hargainya, sebaliknya cuba menjatuhkannya.

Saya pinjam laporan dari akhbar Utusan seperti berikut "Menurut beliau, budaya Melayu yang ada di Indonesia dan Malaysia merupakan budaya yang cukup unik dan tidak mampu ditemukan di mana-mana pelosok dunia. Katanya, budaya Melayu seharusnya dikekalkan dan dipelihara oleh orang Melayu itu sendiri dan juga bangsa-bangsa lain agar keunikan yang ada mampu dilihat dan dipelajari oleh generasi baharu. “Saya cukup kagum dengan jiwa pemimpin Malaysia yang berjaya membawa negara ini mencapai kemerdekaan dan terus maju. Apa yang dilakukan oleh pemimpin Malaysia selama ini terutamanya Tun Dr. Mahathir Mohamad, membuktikan bahawa orang Melayu yang berkulit sawo matang mampu berada sama tahap, bahkan dapat menyaingi orang kulit putih,” jelasnya.

Katanya, bangsa Melayu merupakan bangsa yang celik pemikiran dan ternyata setanding dengan cerdik pandai bangsa-bangsa lain. Jelas beliau, buktinya bangsa Melayu mampu untuk mencipta pelbagai produk bagi kegunaan masyarakat dunia ketika ini. Beliau juga menyatakan slogan Malaysia Boleh sangat bagus kerana mampu memberikan suntikan semangat yang tinggi kepada rakyat negara ini. Katanya, antara cabaran besar yang berjaya dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah ekspedisi ke Kutub Utara.

Di samping itu, Zakharov menghargai usaha yang dibawa oleh kerajaan negara ini dalam memelihara tamadun Melayu termasuk menggabungkan seni bina Melayu dalam pembinaan bangunan-bangunan moden. "Ini secara langsung membawa keindahan yang unik dan pemandangan yang cukup sihat di Kuala Lumpur yang merupakan antara bandar dalam taman di dunia," ujar beliau."

Jadi sampai bila kita nak sedar akan kemampuan bangsa dan bahasa kita. Tahukah anda bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa yang digunakan di seantero nusantara. Tidak mustahir sekiranya sejarah berulang semula dan ianya menjadi tanggungjawab kita untuk memertabatkan semula bahasa dan bangsa Melayu.

APA DITUNGGU LAGI JOM KITA BERTINDAJ BERSAMA. MERTABATKAN BAHASA MELAYU.

Sumber: Oleh RASDAN AHMAD (rasdan_utusan@yahoo.com

08 February 2015

Kata-Kata Dato' Ustaz Kazim Elias (DUKE)

Santai petang minggu ni saya menyusuri beberapa blog dan gb sahabat serta keluarga dan saya terjumpa dengan kata-kata yang sungguh membuka mata saya. Saya nak berkongsi dengan anda semua. Bagi orang Melayu cuba baca dan fahamkan apa yang dikatakan oleh DUKE di bawah.

“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina, rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa?. Minum arak slamber rock aja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba?" 

“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat
Hindu yang jadi askar".
“Rompakan banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok, mewah tak mewah  Cina? Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis? “Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido
malam, sapa dia? Bukan orang Melayu? Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang?"
 
"Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita?"

“Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?"

“Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?"

“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….”

Saya bukan nak sokong DUKE, tapi itulah kenyataannya. Kita syok sendiri dan terlupa bahawa mereka dah permainkan kita, kita dah jadi hamba mereka. Isu pertuanan melayu hanya untuk membesarkan perkara yang tidak ada. Mereka tahu bahawa kita orang Melayau memang cepat melatah, malahan kita cepat angkat tangan dan cepat minta maaf. Dengan cara ini mereka akan melaung-laungkan bahawa kita mengaku salah.

Jadi demi Islam, bangsa dan negara ini, jangan terlalu mudah untuk meminta maaf, kerana mereka tidak jujur hasrat mereka untuk gunakan kita terus jadi hamba mereka.

Ayoh jangan berbelah bagi lagi kita bangun bersama, bersatu demi agama Islam yang mulia, demi bangsa dan tanah air ini.

Lihat apa dah jadi dengan Pulau Pinang!!!!!

19 January 2015

Jangan Cabar Daulat Melayu

Saya terjumpa sajak ini dan tertarik dengan bait-baitnya. Sejak akhir-akhir ini semakin banyak fitnah dan hinaan yang dilakukan oleh banyak kaum terhadap Islam dan Melayu semakin kuat sifat kemelayuan saya. Setiap kali membaca komen-komen yang menghina bangsa ini, semakin saya sayang akan bangsa Melayu ini. Kalau dulu saya tak perasan langsung sama ada saya sukakan bangsa ini, atau hanya kerana saya dilahirkan dalam bangsa ini walaupun tidak sepenuhnya.

Kini jika ada yang menghinanya, saya akan terasa sangat dan secara perlahan-lahan jati diri bangsa yang satu lagi dalam diri saya seakan-akan menghilang, mungkinkah ianya disebabkan oleh pelaku/ penfitnah yang rata-ratanya dari bangsi itu? walallahualam... 

07 January 2015

Pulau Nangka Wasiat Raja Kepada Rakyat

Cerita Pulau Nangka dah senyap sekarang. Perkembangan terakhir yang saya ikuti, Kerajaan Negeri Melaka dikatakan telah melantik kontraktor baharu untuk menguruskan tentang penggalian di pulau tersebut. Dan selepas itu diam... senyap... sepi.. mungkin belum ketemu apa-apa.

Yang sebenarnya apa yang ada di pulau ini sehinggakan beritanya menyebar ke seluruh dunia? Adakah cerita tentang harta kesultanan Melayu Melaka baru muncul atau sekian lama disembunyikan oleh alam?. Dari bacaan saya saya percaya bahawa kisah ini telah dimaklumi oleh penjajah terdahulu baik oleh Belanda, Inggeris mau pun Jepun. Mereka memang telah berusaha untuk cuba mengambil harta tersebut yang dikatakan makan beberapa generasi pun tak habis, tetapi tidak mampu mengalahkan pembinaan yang dilakukan oleh Sultan Melaka itu.

Melihat kepada struktur tembok batu yang dibina ini sememangnya sangat kukuh dan tidak terbanding dengan pembinaan sekarang ini, begitulah Almarhum Sultan Melaka menyembunyikan hartanya yang ada kemungkinan untuk diwariskan kepada rakyatnya terkemudian. Tidak terfikirkah oleh kita kenapa dan bagaimana orang dahulu bersusah payah untuk mempertahankan rakyat dan tanah airnya. Tidak terfikirkah oleh kita bagaimana mereka menghalau penjajah dari bumi Melaka.

Dalam kerja-kerja penggalian beberapa simbol unik turut ditemui seperti ukiran bulan sabit yang tertera kalimah “Muhammad Bin Abdullah” serta “Al-Mahdi serta peta Pulau Nangka dan yang uniknya adalah batu berbentuk piramid yang sama seperti terdapat di Pulau Serimbun yang terletak bersebelahan dengan Pulau Besar. Simbol lain yang ditemui adalah ukiran batu seperti orang Islam sedang solat iaitu melakukan duduk antara dua sujud, batu berbentuk ulas nangka.

Apa akan terjadi jika ada pihak-pihak yang cuba mengeluarkan khazanah Pulau Nangka yang dikatakan diwariskan kepada rakyat Melaka? adakah harta tersebut akan terus terbenam dan terus terbenam selain niat yang mengambilnya terpesung. Walallahualam..

28 October 2014

APA PROF KHOO KAY KIM KATA PADA 1971?

Saya nak berkongsi dengan anda penulisan ringkas oleh rakan fb Akula Roy Wailons mengenai isu pendatang di negara ini.

Isu pendatang sengaja dibangkitkan oleh perwakilan Gerakan dalam perhimpunan parti itu baru-baru ini. Meskipun dia sudah digantung oleh partinya, namun luka dalam hati orang Melayu masih berdarah. Masakan tidak, sensitiviti disentuh seolah-olah tiada masalah jika ia diganggu gugat.

Cukuplah selama ini satu demi satu perkara yang melibatkan sensitiviti Melayu dan Islam diusik, hak keistimewaan Melayu yang dijamin perlembagaan mahu dihapuskan, hukum hudud dipermainkan, kedaulatan Islam dipertikai, kini asal usul orang Melayu pula mahu diseleweng?

Ingatlah hakikat sejarah kedatangan nenek moyang orang Cina dan India ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Mereka datang berhijrah ke Tanah Melayu dari tanah asal mereka. Mereka bukan penduduk asal negara ini.

Kedatangan kaum India ke Tanah Melayu

Pada 1971, tokoh sejarahwan negara Khoo Kay Kim menulis bahawa kedatangan orang India ke sini berlaku secara berperingkat. Pada peringkat paling awal, ‘mungkin’ telah berlaku hubungan antara Kedah dan India pada awal-awal tahun Masihi. Kebanyakan orang India yang datang pada masa itu di kalangan pedagang dan tukang yang beragama Hindu dan Jain. Pelabuhan-pelabuhan di mana mereka bertapak ialah Sungai Bujang, Sungai Merbok dan Kuala Muda.

Pada abad ke-13 dan ke-14, dengan beransur-ansur kegiatan-kegiatan pedagang India yang awal itu telah merosot dan peranan mereka telah diambil alih oleh pedagang-pedagang yang beragama Islam dari Bengal, Golconda, Coromandel dan Gujerat. Proses itu berlaku semasa agama Islam tersebar dengan kadar yang pesat di Nusantara. Tidak kecil bilangan mereka yang menduduki tempat yang tinggi di dalam kerajaan Melaka.

Asimilasi dengan anak bumiputera turut berlaku. Perniagaan orang India itu tidak terhad kepada pelabuhan Melaka sahaja, mereka juga sentiasa singgah di Kedah, Ujong Salang dan Perak untuk membeli gajah, timah dan lada. Di Melaka sendiri telah didirikan sebuah kampung yang diberi nama Kampung Kling.

Mulai abad yang ke-19, muncul satu lagi peringkat dalam proses imigran orang India ke Tanah Melayu. Pada 1820an, ramai tawanan berbangsa India telah dipindah ke Negeri-negeri Selat setelah perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Selepas itu, lebih ramai orang India dibawa masuk untuk dijadikan pekerja di ladang-ladang termasuk ladang tebu dan getah.
Kalau di antara tahun 1880 dengan 1900 bilangan orang India yang datang pada setiap tahun berjumlah lebih kurang 20 ribu orang, di antara tahun 1910 dan 1921 bilangan buruh yang direkrut pada setiap tahun berjumlah kira-kira 100 ribu orang.

Kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu

Kaum Cina mula datang ke Tanah Melayu bermula pada zaman Kesultanan Melaka. Bilangan mereka tidak ramai dan mereka datang sebagai pedagang. Pada abad ke-18, pelombong-pelombong Cina telah dibawa masuk oleh kuasa Belanda untuk mengerjakan lombong di negeri-negeri Melayu barat. Akan tetapi pelombong-pelombong itu tidak bermastautin lama di Tanah Melayu.

Peringkat seterusnya berlaku pada pertengahan abad ke-19 semasa pembukaan lombong-lombong di kawasan Larut, Klang dan Sungai Ujung. Pembukaan Pulau Pinang dan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa juga menarik minat kedatangan orang Cina.

Selepas pentadbiran British diperkenalkan, kadar kemasukan orang Cina bertambah pesat. Mulai tahun 1911, hampir setiap tahun lebih daripada satu juta orang Cina datang ke negara ini, di samping beratus-ratus ribu yang kembali ke China. 

Hakikat yang tidak boleh diubah. Demikian fakta sejarah yang dikemukakan oleh Khoo Kay Kim sejak tahun 1971 lagi. Sebarang usaha mengubah fakta sejarah ini merupakan satu pengkhianatan

Sumber: fb Akula Roy Wailons

07 August 2014

The Origin of Malay : 60,000 years ago

Alhamdulillah ada bangsa Melayu yang sedar untuk mencari kebenaran akan kewujudan bangsa Melayu di Tanah Melayu. Sebelum ini ada kaum yang terjerit-jerit menghalau bangsa asal negara ini (orang Melayu)  keluar dari negara ini. Hairan dan nak tergelak juga dibuatkan melihat akan kecetekan ilmu sejarah mereka. 

Apa pun saya menyalahkan pemimpin awal negara ini kerana menukar nama negara ini dari Tanah Melayu (Land of Malay) kepada Malaysia. Walaupun perkataan Malaysia jelas sekali menggunakan perkataan Malay (Melayu) dan ditambah dengan - sia - Lainlah dengan kaum Cina yang ada Negara China dan mereka berasal dari sana begitu juga dengan kaum India yang ada negara India. Jadi terimalah kenyataan bahawa negara ini adalah milik orang Melayu dan sejarah dah menunjukkan bahawa Raja-Raja Melayu dan orang Melayu menerima nenek moyang kaum-kaum ini untuk berkongsi tanah air. Jadi kita hiduplah dalam negara ini dengan aman damai dan usah cari persengketaan. 

Ingat peribahasa ini dah bagi betis nak peha, kacang lupakan kulit dan bagai melepaskan angin tersepit.

22 May 2014

Ketahuilah asal usul kita.... BANGSA MELAYU

1- Kita tidak akan tahu sejarah kedatangan Islam di Tanah Melayu kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri Bangsa Melayu sendiri

2- Kita tidak akan tahu salasilah / sanad penerimaan agama / ilmu agama Islam yang haq dan terawal di tanah Melayu kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri Bangsa Melayu sendiri

3- Kita tidak akan tahu kaitan Keturunan Melayu dengan Sultan Auliya Sayyidi Syed Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Q.S dan Ahlul Bait Rasulullah SAW kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri Bangsa Melayu Sendiri

4- Kita tidak akan tahu kenapa bangsa kita dimuliakan oleh bangsa Arab Qadim hingga perihal bangsa kita menjadi simpanan ilmiah hingga ke Universiti Al-Azhar kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri Bangsa Melayu Sendiri

5- Kita akan masih memanggil golongan kufur murtad dari keturunan Melayu sebagai orang Melayu kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri Bangsa Melayu Sendiri

6- Kita akan masih mengaitkan tabiat buruk seperti dengki, rasicts, pemalas etc dengan bangsa Melayu kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri Bangsa Melayu Sendiri

7- Kita akan masih memisahkan Bangsa Melayu dan Agama Islam kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri bangsa Melayu Sendiri

8- Kita akan masih mengenal melayu berdasarkan kulit kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri bangsa Melayu Sendiri

9- Kita akan masih mengaitkan Melayu dengan adat-adat syirik dan jahiliyyiah kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri bangsa Melayu Sendiri

10- Kita tidak akan tahu akan kaitan ulama-ulama dengan terbitnya dan berkembannya bangsa Melayu kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri bangsa Melayu Sendiri

11- Kita masih tidak akan faham kenapa Mati mempertahankan bangsa Melayu itu mendapat syahid disisi fatwa para Ulama Arifbillah kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri bangsa Melayu Sendiri

12- Kita masih tidak akan nampak kaitan bangsa Melayu dengan hadis berkaitan kebangkitan Islam dari timur kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri bangsa Melayu Sendiri

13- Kita masih tidak akan nampak khafiat kenapa Melayu digelar Bangsa Jawi Jadid, Arab Jadid kalau tidak tahu asal usul dan kenal akan ciri-ciri bangsa Melayu Sendiri

Sabda Rasulullah SAW (terjemahan) :-
“Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan
(Imam Al-Hakim R.A berkata Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

BUKAN RACIST JAHILIYYAH KALAU MEMPERJUANGKAN BANGSA MELAYU KALAU DAH FAHAM ASAL USUL DAN CIRI BANGSA MELAYU. KALAU TIDAK, RAMAI ULAMA ARIFBILLAH AKAN DIHUKUM "RACIST" SEPERTI SHEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHONI R.A, SHEIKAH DAUD AL-FATHONI R.A, SHEIKH TOK KENALI R.A, SHEIKH UMAR ZUHDI R.A, SHEIKH TOK JANGGUT R.A, SHEIKH DATO' BAHAMAN R.A DAN RAMAI LAGI. JAGA-JAGA APA YANG DIHUKUMI/DIFATWAKAN.

Sumber: Kelab Che Det

21 May 2014

Ketahuilah asal usul kita.... BANGSA MELAYU

(Sejarah sebenar Melayu seperti yang Disampaikan Ulama Muktabar tanpa bercampur dengan sejarah rekaan atau hasil kajian Penjajah, bukti Melayu-Islam Islam-Melayu, Makna Melayu, Syarat bergelar Bangsa Melayu)

Satu-satunya bangsa di dunia yang apabila dinamakan oleh ulama' (Sheikh Abdullah Al-Qumairy, anak Murid Sultanul Auliya Ghaus ul Azam Syed Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Q.S), Ketika menamakan bangsa ini, Beliau menyatakan syarat seseorang menjadi bangsa Melayu adalah WAJIB BERAGAMA ISLAM (AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH), DAN HIDUP CARA ISLAM. Jika tidak, GUGUR KALMAH MELAYU ke atas Mereka.

Petikan Ucapan Mufti pertama Tanah Melayu Syed Sheikh Abdullah Al Qumairi R.A:

"Kepada mana-mana orang dari keturunan ini yg meninggalkan Agama Islam atau menerima Agama yg lain atau berpaling tadah kpd kefahaman nenek moyang yg dahulu (Dubar/Derdar) atau tidak lagi menerima pakai cara hidup Islam, di kala itu dengan sendirinya gugurlah kalimah melayu pd diri mereka itu."

(kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)

Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه

“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.

والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain.”  Imam Abu Manzur.

والملأ: الجماعة أشراف القوم

... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.

والملأ : الأشراف من الناس

“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtubi.

Bangsa ini dikenali sebagai “Islam Melayu, Melayu Islam” yang tidak boleh dipisahkan sama sekali iaitu mereka yang beragama Islam dan bermastautin disini atau orang-orang Islam dari rata-rata yang berhijrah dan bermastautin disini rata-rata dipanggil Melayu.

Sedemikian sejarah ini telah direalisasikan dan termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 160(2), syarat untuk menjadi melayu wajiblah seseorang itu:-

1 Beragama Islam.
2 Bertutur di dalam bahasa melayu.
3 Berbudaya dengan budaya melayu.

Sejarah Melayu seperti yang dipegang dan sampaikan oleh Ulama Muktabar sepeti Almarhum Al Alim Allamah Asy Sheikh Muhammad Yusof Al-Kenali (Tok Kenali), Almarhum Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al-Fathani R.A (Mufti berbangsa Melayu di Makkah Al Mukarramah) dan lain-lain Ulama Warisatul Anbiya yang Muktabar lagi :-

Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari kalangan suku kaum Kurdis (Kalahar) (1)

(Nota 1) Dipercayai gelaran Kalahar kepada Kedah Tua telah diletakkan bersempena kedatangan kaum Kurdis ke sini.

Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa berhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh dan New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga telah tiba di Nusantara dan membuka penempatan baru di Kedah yang juga dinamakan mereka sebagai Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum Kurdis Sunni) yang pada masa itu baru sahaja menerima kesan serangan Raja Rajendra Chola (2).

(Nota 2) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan Hindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri Vijaya di Nusantara. Baginda telah menghantar ratusan kapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram (Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M Rajendra Chola 1 [1018-1044M] melancarkan serangan ke atas Sriwijaya dan Sampugita dengan membawa balik harta rampasan Raja Kadaram [Kedah], Sangrama Vijayattung –varman tanpa membangunkan pemerentahan di Negara-negara yang diserangnya. Walau bagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan yang teruk ke atas Sriwijaya dan Sampugita.

Antara negeri yang turut dimusnah akibat serangan itu ialah Gangga Negara [Perak] dan Medang Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat di Palembang pada masa itu bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang balas Negara Pandya di India Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya dibunuh [1044] oleh tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu. Pada 1068-1069M Vira Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaram yang dibawah jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali lepada rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yang menuntut takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan Sampugita jatuh ke tangan Chola.

Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi duta Maharaja Rom (Keturunan Iskandar Zulkarnain - Macedonia) (3) untuk membawa Putera Raja Rom bagi mengahwini Puteri Maharaja China. Baginda berasal dari Gumarun (3), Parsi dan pernah ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat.

(Nota 3) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang pada suatu masa adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang telah lama menerima agama Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.

Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu angkatan perang Hindu yang mempunyai kapal berlambangkan burung garuda (lambang kenderaan Dewa Wisnu). (4)

(Nota 4) Sumber yang menyatakan bahawa "Kedah dilanggar Garuda" bukanlah bermaksud sejenis burung yang besar tetapi lambang kapal perang Hindu yang menyerang Seri Vijaya ketika itu. Ilmuwan agama dan sejahrawan yakin bahawa kenyataan yang dimaksudkan sejenis burung "dewa" adalah bercampurbaur dengan elemen mistik yang datang dari pengaruh kepercayaan Hindu)

Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian baginda telah diangkat menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai Raja (Kedah) Kalahar 1.

Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku gergasi kerana ingin menggalakkan perkahwinan campuran di samping memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.

Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda (5) mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun Ar-Rashid di Baghdad.

(Nota 5) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kalaha dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan mendirikan sebuah lagi istana di timur Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke Langkasuka dan Pantai Timur.

Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairy

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (6) telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.

(Nota 6) Kisah ini diambil oleh Syeikh Mahmud Nasri Othmani daripada Ulama terkenal Kelantan Tuan Guru Waliyulllah Maulana Syeikh Yusof Kenali (Tok Kenali) yang diterima dari gurunya, ulama nusantara,Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain Mustaffa Al-Fathani sebagaimana isi kandungan beberapa buah kitab seperti Hadiqatul Al-Azhar yang menceritakan kembali kisah sebenar Melayu-Islam, Islam-Melayu.

Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.

Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu

i)    Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii)   Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)  Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv)  Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v)   Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi)  Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kalaha (7) dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.

(Nota 7) – Sumber Hikayat Merong Mahawangsa versi yang ada kini yang mengaitkan kisah Syeikh Abdullah Al-Qumairy menggunakan atau merampas tongkat Azazil untuk atau setelah tiba di Kalaha. Beberapa ilmuwan agama dan pengkaji sejarah setelah membaca kitab-kitab karangan Ulama Nusantara menyatakan bahawa tidak mungkin seorang ulama besar lagi ahlul bayt akan bersekutu dengan syaitan, ramai yang berpendapat bahawa versi Hikayat ini juga telah dicampurbaur dengan elemen mistik atau mungkin telah dipinda oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merendah-rendahkan maruah ulama muktabar ini.

Walaubagaimanapun ada satu versi lagi menyatakan bahawa tongkat berkenaan adalah sebenarnya milik Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir JIlani yang menganugerahkannya kepada Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy yang kemudiannya dihadiahkan pula kepada DYMM Sultan Muzaffar 1. Dipercayai tongkat berkenaan (kini digelar cokmar) adalah tongkat yang sama yang berada di Muzium Kedah masakini

Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah.

Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X (ada versi yang menyatakan 9X) di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.

Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (8) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu Abu.

(Nota 8) – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.

Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China. Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.

Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara) (9)

Nota 9 : Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

(Nota 9)

Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69

مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ

Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.

Hadis Nabi S.A.W :

ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”.

Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)

(Nota 10) – Ada pendapat yang menyatakan bahawa perkataan "Melayu" itu adalah perkataan "Sanskrit" dan "bangsa atau keturunan Melayu" itu adalah dari India, China, Kemboja dsb. Dari segi keturunan pertalian darah dan sejarah asal-usul, kenyataan ini mungkin ada kebenarannya tetapi penamaan bangsa "Melayu" pada SEBELUM zaman Phra Ong Mahawanser telah dinafikan oleh ulama-ulama Nusantara serta menegaskan bahawa "Al-Mala-u" itu adalah dari kalam Lughatul Qur'an dan digunakan hanya semasa pemasyhuran nama bangsa yang baru di Nusantara setelah Phra Ong Mahawanser memeluk Islam dan ditukar gelaran kepada Sultan Muzaffar 1.

Ilmuwan Melayu Islam juga menyatakan gelaran "Al-Mala-u" diberikan kerana untuk memberikan peringatan kepada seluruh manusia adalah :

a. dari keturunan Nabi Allah Adam a.s. yang dijadikan Allah SWT di syurga Jannah drpd 14 (ada yang menyatakan 13) jenis tanah & telah dilantik menjadi Khalifatullah*

(di syurga atau di langit ketika itu dan akhirnya di bumi setelah Nabi Allah Adam a.s. bertaubat dengan mengucapkan dua kalimah syahadah) sehinggakan

b. malaikat juga diperintahkan sujud kpd. Nabi Allah Adam a.s. yang juga "Al-Mala-ul a'la" (penduduk langit) kerana semasa itu baginda berada di Syurga (di langit)

Ianya juga untuk mengingatkan umat Islam betapa mulianya makhluk yang bernama manusia bukan sahaja turun dari sulbi Adam a.s. yang berasal dari syurga malah

c. Seorang lagi bangsa manusia teragung di langit dan di bumi iaitu Nabi Muhammad S.A.W. telah diisrak-mikrajkan pula sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah Azzawajalla (laitsakamithlihi syai-un)

d. Kerana zaman khalaf ini adalah zaman khalifah manhaj nubuwwah iaitu zaman yang terakhir sebelum kiamat dan umat Islam Melayu perlu diingatkan bahawa orang-orang beriman akan pulang ke tempat asalnya Adam a.s. dijadikan dan diberikan balasan syurga selepas Hari Qiamat dan Hari Pembalasan.

Hadis Qudsi di atas juga jelas bahawa Al-Mala-ul-a'la yang dimaksudkan adalah MANUSIA "yang diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam* dan solat malam saat manusia tidur”

*salam di sini bermaksud "Islam" (agama) - agama yang selamat (salam)

Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Akhirnya Negeri yang bernama Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran. Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)

Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh (mengambil sempena nama Syeikh Abdullah Al-Qumairy)

Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy. (11)
--------------------
(Nota 11) : Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (12) bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :

"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."

Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.

(Nota 12 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)
--------------------

Kemakmuran Melayu Islam di bawah kepimpiman Kedah Darulaman (Nusantara) termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat.

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. (13)

Nota 13 : Faham Sekular ini bermaksud ialah "perungkaian kesyumulan agama atau pemisahan agama dengan perkara-perkara lain seperti sains dan teknologi dsb. dengan hati, lidah dan perbuatan yang menyatakan contohnya "Sains tidak ada dalam Al-Qur'an" atau "Sains itu tidak ada dalam Agama" dengan sendirinya merendahkan taraf Al-Qur'anul Karim. Perbuatan yang sama telah berlaku antara para Paderi Kristian dan kaum saintis (Illuminati) yang saling bermusuhan antara satu sama lain sehingga terpisah agama dan sains.

Sekular dalam konteks artikel ini ialah "pemisahan agama dan bangsa" (memisahkan Islam dan Melayu) dengan mendakwa bahawa "bangsa itu tidak disebut dalam Al-Qur'an" dengan sendirinya menggambarkan agama itu tidak syumul dan pastinya akan gugur akidah seorang Islam apabila menolak apa yang ada dalam Al-Qur'an.

KEBANGKITAN ISLAM, MELAYU DAN MUJADDID

Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang memimpin ulama dan ahlul bait (mentajdid kembali Dua Kalimah Syahadah*) telah dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu :

a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas Banggol - Kota Bharu Kelantan iaitu :

Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fathani),

telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu) dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini (juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali) juga telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,

(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan Ahmad Fathani telah berdoa - maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah negeri-negeri kami kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal 'Aalamiin

b) Syeikh Abdul Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di Masjidil Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim

Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali) kemudiannya muridnya Syeikh Mahmud Nasri Osmani dan akhirnya kini Tuan Guru Haji Ahmad Che Din (Junaiddin).

KEBANGKITAN SEJURUS SELEPAS ZAMAN KEMERDEKAAN

Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang

(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER - (15)

Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dan tajdid (memperbaharui) dua kalimah syahadah bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan aqidah umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.

Sumber: facebook

24 February 2014

SEJARAH HUBUNGAN KERAJAAN ISMAHAYANA LANDAK, KALIMANTAN BARAT DENGAN MASYARAKAT MELAYU SARAWAK YANG DIGELAR MELAYU LANDAK

Melayu Landak Sarawak…mungkin ramai Bangsa Sarawak sendiri tidak mengenal adanya kewujudan satu kumpulan etnik Melayu Sarawak yang dinamakan Melayu Landak.

Melayu Landak ini sekarang ada di mana-mana sahaja di seluruh bahagian di Sarawak. Kelompok Melayu ini tidak besar namun seperti etnik Melayu yang lain di Sarawak mereka juga mempunyai sejarahnya tersendiri.

Inilah artikel daripada Borneo Oracle tentang satu etnik Melayu Sarawak yang sebenarnya tidak ada perbezaan pun dengan Melayu Sarawak yang lain cuma kewujudan mereka di Sarawak mempunyai sejarah yang unik yang wajar dikongsi untuk pengetahuan kita bersama. Artikel kali ini bertajuk Sejarah Hubungan Kerajaan Ismahayana Landak, Kalimantan Barat dengan Masyarakat Melayu Sarawak yang digelar Melayu Landak.

Kerajaan Ismahayana Landak, Kalimantan itulah nama satu kerajaan yang pernah wujud di bumi Kalimantan, Indonesia suatu waktu dahulu. Kerajaan-kerajaan yang disebutkan di dalam sebuah buku yang bernama Negara Kertagama yang ditulis pada tahun 1365 oleh Empu Prapanca iaitu seorang penyair dan penulis sewaktu wujudnya Kerajaan Majapahit dibawah pemerintahan Raja Hayam Wuruk Rajasenegara ada menceritakan 21 Kerajaan yang menjadi tanah jajahan Kerajaan Majapahit waktu itu dan salah satu daripadanya adalah Kerajaan Landak atau pada waktu itu dikenali sebagai Nigrat Batur atau Angrat Batur.

Inilah permulaannya sejarah berdirinya Kerajaan Ismahayana Landak yang mempunyai era-eranya tersendiri iaitu sewaktu Hindu menjadi agama rasminya dan seterusnya Islam. Nigrat Batur pada asalnya diperintah secara turun temurun oleh bangsawan dari Singhasari dengan raja pertamanya adalah Ratu Sang Nata Pali 1 yang memerintah Nigrat Batur sehingga Ratu Sang Nata Pulang Pali VII. Perkahwinan antara Ratu Sang Nata Pulang Pali VII yang berketurunan Orang Laut (Melayu) dengan Ratu Permaisuri Dara Hitam, iaitu seorang puteri dari kalangan Dayak Kendayan Kalimantan telah mengurniakan seorang putera yang bernama Raden Ismahayana.

Pada ketika ini Kerajaan Landak masih lagi di bawah pengaruh Hindu. Setelah kemangkatan ayahandanya iaitu Ratu Sang Nata Pulang Pali VII maka naik takhtalah Raden Ismahayana menjadi raja pemerintah Kerajaan Landak. Bermula di sini, Raden Ismahayana telah memindahkan lokasi Kerajaan Landak ke lokasi yang baru iaitu di kaki bukit berhadapan dengan Sungai Menyuke, cabang Sungai Landak dan mengembangkan kuasa Kerajaan Landak ketika itu dengan ibukotanya yang dikenali sebagai Kota Ayu atau Munggu.

Pada ketika itu perpindahan lokasi Kerajaan Landak banyak didorong oleh hasil buminya iaitu intan yang banyak terdapat di Sungai Landak ketika itu. Raden Ismahayana naik takhta dengan menggelar dirinya sebagai Raja Adipati Karang Tanjung Tua Raden Iswaramahayana yang memerintah Kerajaan Landak dari 1472 hingga 1542. Kerana minatnya yang mendalam atas sahsiah rakyatnya yang telah memeluk Islam akhirnya Raden Ismahayana telah memeluk agama Islam berserta seluruh keluarganya dan ini diikuti oleh keseluruhan pembesar negeri serta rakyat jelatanya sekali. Dikala ini dia telah menggelar dirinya dengan nama Islam iaitu Raden Abdul Kahar.

Kerajaan Landak mencapai zaman kegemilangannya pada abad 1600M di bawah pemerintahan Anam Jaya Kesuma. Di kala itu Kerajaan Landak mendapat tempias kegemilangan daripada satu lagi kerajaan iaitu Kerajaan Tanjungpura yang juga gah pada masa itu. Kerajaan Tanjungpura pula mempunyai hubungan keluarga dengan Kerajaan Landak melalui perkahwinan adinda Anam Jaya Kesuma iaitu Ratu Mas Djaintan diperisterikan oleh Sultan Muhammad, raja Kerajaan Sukadana yang sememangnya antara pelopor kerajaan Islam di Kalimantan pada masa itu.

Namun begitu terdapat perselisihan berlaku ketika Ratu Mas Djaintan tidak lagi menjadi isteri kepada Sultan Muhammad sehingga Kerajaan Landak telah meminta dipulangkan kembali Intan Kobi yang merupakan Intan leluhur Kerajaan Landak. Atas perkara ini telah berlaku peperangan antara 2 kerajaan ini dan pada perang pertama Kerajaan Sukadana yang mendapat bantuan Inggeris telah berjaya mengalahkan Kerajaan Landak. Namun begitu pada peperangan kedua, Kerajaan Landak yang mendapat bantuan daripada Kerajaan Banten yang disokong penuh oleh Belanda telah dapat mengalahkan Kerajaan Sukadana. Diceritakan bahawa Kerajaan Banten melalui sokongan Belanda telah dapat membunuh beratus-ratus tentera Inggeris sehingga ke Sukadana yang membenarkan Kerajaan Landak memenangi perang ke-2 tersebut. Saat inilah kerana terhutang budi, Kerajaan Landak telah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada negeri naungan kepada Kerajaan Banten.

Sekitar tahun 1779M, seorang residen Belanda telah ditempatkan di Kerajaan Landak iaitu Residen Willem Andrian Palm. Hal ini tidak disenangi oleh raja dan rakyat Kerajaan Landak pada ketika itu sehinggalah berlakunya pemberontakan tempatan menentang penjajahan oleh Belanda. Menurut Belanda, Kerajaan Landak adalah di bawah campurtangan mereka memandangkan terhadapat satu perjanjian bertulis antara Kerajaan Banten dengan Belanda yang menyatakan bahawa Kerajaan Banten telah memberikan haknya kepada Belanda atas keseluruhan jajahannya.

Pada ketika ini raja dan seluruh rakyat jelata Kerajaan Landak tidak menyenangi atas apa yang berlaku ke atas Kerajaan Landak kerana dikatakan ianya diluar persetujuan Kerajaan Landak itu sendiri. Akibat daripada desakan dan kepungan daripada askar-askar Kerajaan Belanda pada ketika itu telah melemahkan Kerajaan Landak dan akhirnya ada di kalangan keluarga kerabat diraja serta rakyatnya melarikan diri ke Sarawak dan seterusnya meresapi penghidupan masyarakat Melayu Sarawak sekarang. Generasi yang dihasilkan oleh masyarakat Kerajaan Landak inilah yang digelar Melayu Landak Sarawak sekarang yang mungkin masih lagi mengekalkan budaya warisan daripada Kerajaan Landak.

Antara adat istiadat yang masih lagi digunapakai oleh mereka adalah di dalam adat perkahwinan Melayu Landak yang tidak ada pada masyarakat Melayu Sarawak yang lain contohnya apabila sewaktu upacara persandingan mempelai Melayu Landak akan ada 2 pahlawan lelaki memegang tombak bersalut kain kuning dan kedua-dua tombak ini diikatkan kain halus atau riben. Pada ketika pengantin lelaki hendak naik atas pelamin bagi disandingkan dengan pengantin perempuan adalah perlu untuk pengantin lelaki memotong riben tersebut dengan kapak yang tajam yang juga disalut dengan kain kuning. Inilah antara adat resam budaya masyarakat Melayu Landak yang agak berbeza dengan adat Melayu Sarawak yang lain.

Inilah sekelumit ruang informasi daripada Borneo Oracle untuk pembaca sekalian tentang Hubungan Kerajaan Ismahayana Landak dengan Melayu Sarawak yang digelar Melayu Landak. Sesungguhnya tidak dinafikan bahawa sentiasa ada hubungkaitnya antara masyarakat di Sarawak dengan masyarakat seBorneo yang lain memandangkan kita berada di satu pulau yang sama. Walau dimana jua asal-usul mereka namun sekarang mereka ini adalah salah satu masyarakat yang membentuk satu bangsa yang utuh dan hidup harmoni sebagai satu bangsa yang bergelar Bangsa Sarawak.

Sumber: Borneo Oracle Sarawakian

22 February 2014

Kenapa Cina Kaya Makin Kaya?

Kenapa orang Cina makin kaya dan makin kaya?Pelik kan? Memangla kita tahu diorang ni majoriti kaya sebab berniaga tapi kadang-kadang berniaga tu macam tak logik pula dengan kekayaan mereka.

Orang Islam kena belajar cari duit macam diorang sebab bila orang Islam kaya, kita boleh bayar zakat banyak-banyak dan tolong umat Islam. Kalau dah semua pakat-pakat jadi miskin, ape ke he nye?

Belajar kaya dari saluran yang halal tau jangan belajar macam mana nak menipu atau main judi pulak.Itupun antara elemen diorang jadi kaya tapi tak payah la belajar sebab semua tu ada 'side effect' pada kehidupan kita. Lagi pun kita ada agama, ada 'law'. Lekehla you all terpaksa menipu atau main toto semata-mata nak cari duit kan?

Salah satu rahsia diorang kaya ni, sebab diorang ni banyak 'kongsi gelap' dalam bisnes. Kongsi-kongsi gelap ni bukanlah samseng atau gengster sebenarnya tapi 'networking' dalam bisnes. Kadang-kadang budak-budak Cina nak berniaga topup tu takde modal, 'networking' ni le yang tolong. Strategi ni lebih kurang macam Yahudi juga. Phi Beta Kappa Society yang dianggotai oleh tauke Fesbuk yang saya dok pakai free ni banyak tolong dia masa dia tubuhkan Fesbuk dulu kat kampus.

Kita rasanye ade ke benda-benda ni? Dengki-mendengki banyaklah (ah, malaslah saya nak down kan kamu semua. Saya nak 'motivate' bukan nak 'down' kan sebenarnya)

Sekarang Srikandi nak bagitau salah satu rahsia diorang jadi kaya, lepas tu makin kaya pulak. Hampeh kan?Dah kaya makin kaya. Dengan benda ni,rupanya diorang kumpul aset dan ekuiti dalam negara kita ni banyak-banyak. Patutla apek-apek tu rilek je pakai singlet dan seluar pendek tapi jam tangan brand Seiko atau Casio.

Rahsia yang Srikandi nak kongsi ni bukanlah macam dapat BR1M tu. Sampai bila nak harapkan 'ikan'. Srikandi tak nak bagi kamu semua 'ikan'.Bila kita bagi satu orang ni ikan setiap hari,tiba-tiba kita tak bagi ikan satu hari, dia dah takde makanan hari tu. Sekarang Srikandi nak bagi kamu 'joran' atau 'pancing'. Nanti kamu semua boleh pakai 'pancing' yang Srikandi bagi ni untuk cari rezeki sampai mati dengan izin Allah swt. Best tak?

Ini benda yang Srikandi nak kongsikan.

===========
Pancing yang selalu Cina pakai tapi jarang kita tahu: http://goo.gl/ZnHe1R

===========

Bagus tau sebab orang Islam yang akan ajar benda ni.Masa dia mula-mula masuk benda ni pun, kawan-kawan dia semua apek-apek Cina sebab orang kita Melayu memang kurang pandai simpan duit dalam benda ni, nak sembang pun payah, last-last sembang dengan apek-apek je.

Dah kaya nanti jangan lupa bayar zakat & bersedekah ye.Tolong umat Islam.

~Sri Kandi

17 February 2014

Kenapa Melayu Terhegeh-Hegeh?

RIDHUAN TEE ABDULLAH
10 Februari 2014

http://www.sinarharian.com.my/

MENGIKUT sejarah, asal-usul nama Kajang, bermula dengan kisah dua sahabat, Orang Asli dan Melayu yang tinggal di kawasan bernama Reko. Suatu hari, dua sahabat ini menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk pulang ke rumah.

Tiba-tiba hujan lebat, lalu mereka pun berhenti berteduh. Sahabat Melayu mengajak rakannya untuk berkajang di situ. Pada orang Melayu, berkajang bermaksud berteduh.

Tetapi pada fahaman Orang Asli, berkajang bermaksud bertikam. Akibat salah faham ini, Orang Asli telah menikam rakan Melayunya itu. Tragedi ini telah menyebabkan Kajang diberikan nama sedemikian rupa.

Benar atau tidak, kisah asal-usul Kajang ini seolah-olah refleksi kepada PRK Dun Kajang yang ditetapkan pada 23 Mac depan.

Walaupun pertandingannya antara dua bangsa ultra kiasu yang berbeza, tetapi yang menjadi mangsa tikamannya adalah orang Melayu. Melayu juga yang rugi. Siapa untung? Fikirlah sendiri.

Musuh blog saya memberi komen betapa baiknya orang Cina ultra kiasu memberi laluan kepada Melayu untuk bertanding dalam PRK Dun Kajang. Perlepasan Dun Kajang adalah bukti Cina ultra kiasu bukan mahukan kuasa, tetapi mahukan keadilan.

Benarkah? Pada saya, perlepasan Dun Kajang adalah strategi ultra kiasu, melihat drama Melayu ‘berbunuhan’ sesama sendiri. Manakala mereka bertepuk tangan. Sebab itu, mereka sanggup lepaskan kuasa.

Musuh saya boleh menipu orang lain, tetapi bukan saya. Saya tidak akan tertipu dengan silap mata ini. PRK Dun Kajang adalah permainan politik. Bukan soal Cina mahu kuasa atau tidak. Ini soal strategi untuk berkuasa dan mendapat lebih kuasa.

Kesempatan ketika orang Melayu sedang bermusuhan sesama sendiri dihangatkan lagi. Malangnya, orang Melayu ultra kiasu melihat percaturan ini merupakan salah satu strategi untuk menguasai Putrajaya. Apakah mungkin ini berlaku?

Ramai tertanya-tanya, kenapa Dun Kajang yang dipilih bukan Dun majoriti Melayu. Untuk makluman semua, Dun Kajang adalah Dun majoriti Melayu, mewakili 48 peratus. Dun inilah paling strategik untuk membuktikan ultra kiasu Melayu mendapat sokongan Melayu. Sokongan Cina sudah tentulah tidak berbelah bahagi.

Jika Cina ultra kiasu benar-benar ikhlas, tawarkan Dun majoriti Cina yang dimenangi oleh ultra kiasu. Misalnya, Sekinchan, Teratai, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Damansara Utama, Bukit Lanjan, Pandamaran, dan Sungai Pinang.

Saya tidak nampak ultra kiasu akan melepas kerusi Dun (kuasa) kepada orang Melayu dan memaksa pengundinya mengundi Melayu. Lazimnya, politik di Malaysia ini, Melayu sanggup korbankan kerusinya untuk memberi laluan kepada Cina.

Kenapa sukar sangat untuk Cina berkorban kepada Melayu. Apakah benar Cina ultra kiasu tidak mahu kuasa? Siapa yang lebih bertoleransi?

Saudara pembaca perasan atau tidak, lazimnya apabila tiba musim perayaan setiap kaum di negara kita, pemimpin-pemimpin Melayu akan berpakaian tradisi bangsa yang menyambut perayaan tersebut.

Misalnya, ketika Deepavali atau Thaipusam atau Tahun Baru Cina, pemimpin Melayu akan memakai India (kurta) dan pakaian tradisi Cina. Semua ini dilakukan sebagai tanda toleransi dan mahu mengambil hati.

Tetapi teramat jarang kita lihat atau tidak pernah langsung, pemimpin bukan Melayu memakai baju Melayu ketika sambutan Hari Raya Puasa. Kenapa ya? Nampak isu ini kecil, tetapi ia penting dalam pembinaan negara bangsa.

Kita selalu mencanangkan, Malaysia adalah model terbaik dunia dalam kehidupan bermasyarakat majmuk. Kita tidak mempraktikkan asimilasi, tetapi lebih kepada integrasi dan akomodasi. Apakah itu benar? Sedangkan asimilasi adalah pendekatan terbaik untuk berintegrasi dan berakomodasi?

Sebenarnya integrasi dan akomodasi pun kita gagal. Begitu juga dengan akulturasi yakni peminjaman budaya orang lain. Pernah orang Cina meminjam budaya Melayu seperti memakai baju Melayu. Saya tidak nafikan ada, tetapi terlampau sedikit. Berbanding pemimpin Melayu yang kerap melakukannya.

Saya mengharapkan selepas ini pemimpin Melayu tidak perlulah terhegeh-hegeh memakai pakaian tradisi orang lain. Popularkanlah pakaian tradisi sendiri, walaupun berada dalam majlis keraian orang lain atau bangsa lain.

Melayu perlu ada jati diri, tidak perlu menjadi orang lain bagi menunjukkan mereka lebih bertoleransi. Cukuplah sekadar menghadiri majlis-majlis mereka.

02 February 2014

Misteri Keluarga Sriwijayamala

Sejarah tanah Melayu adalah sejarah yang sangat panjang, namun memang sangat sukar untuk mencari punca dan kesinambungan sejarah Melayu. Saya terjumpa dengan artikel dari Srikandi yang pada anggapan saya seorang yang pakar juga dalam sejarah. Jom kita baca.

Satu-satunya rekod yang ada tentang keluarga ini adalah dari catatan era Dinasti Sui. Namun pencatat imperial China itu bukan mencatat tentang Sriwijayamala, sebaliknya dia ingin mencatat tentang kerajaan Chih-tu.

Kerajaan Chih-tu (Tanah Merah) adalah kerajaan yang misteri di mana sejarahnya memang 'cross-reference' dengan sejarah Khmer dan Funan. Namanya kedengaran sejauh Chiang Mai di utara Thailand dan persisiran pantai Kedah.

Yang peliknya, tiada seorang pun pengamal sejarah terutamanya sejarah Melayu yang mengkaji dan mengumpul maklumat tentang kerajaan purba ini. Kita perlukan inisiatif dari pengamal sejarah Kelantan kerana setakat ini, teori yang paling terbaik menceritakan kedudukan kerajaan ini ialah terletak di Kelantan.

Sejarah negeri Kedah dan Kelantan amat penting kerana mereka dapat menghubungkan sejarah Melayu yang hilang di sebelah sana; yang telah menjadi sebahagian dari Thailand.Sejarah Melayu di Indochina amat tua, setua tamadun Dongson di Vietnam dan Ban Chiang di Thailand.

Jika orang Melayu di sebelah pantai barat dan Selat Tebrau bercampur dengan kaum-kaum seperti Jawa, Bugis, Minang dan sebagainya, orang Melayu di utara Semenanjung dan Segenting Kra bercampur dengan kaum-kaum seperti Mon, Khmer, Thai, Lao, Burma, Pyu, Dai-Viet dan Cham.Ini adalah keunikan kepada orang-orang Melayu di sana.

Raja-raja Melayu purba campak di mana-mana sahaja, mereka pasti akan 'survive' dengan membina pelabuhan dan perdagangan dan membina kekayaan melalui rangkaian maritim. Kita ambil contoh raja-raja Brunei yang 'survive' di tengah-tengah hutan rimba di Sarawak yang luas, raja Temasek yang membina pelabuhan di Singapura Lama dan raja Melaka yang membina pelabuhan dan berkembang maju dengan cepat.

Pemimpin-pemimpin Melayu sekarang perlu banyak belajar dari moyang mereka cara menguruskan bukan setakat negara, tetapi sebuah empayar yang mengandungi 15 koloni terkaya di Asia Tenggara menurut catatan Chao Ju Kua (Zhou Rugua) dari dinasti Song.

Sumber : ~Srikandi The Elve of History

28 January 2014

Jawapan yang Perlu Anak Melayu Tahu

Ada beberapa persoalan yang kadang-kadang sesetengah anak-anak Melayu kita tak tahu nak jawab, sebab pengetahuan sejarah yang cetek atau tak pernah tahu pun pasal sejarah sendiri. Menjawab beberapa persoalan yang kadangkala ditimbulkan untuk memperovokasi sebenarnya teramat mudah, hanya jika, anda semua membaca perihal sejarah anda sendiri.

#1-   Orang India yang buka Tanah Melayu, sebab Hindu mula bertapak sebelum Islam.

Jawapan: Jika orang India buka Tanah Melayu mengapa majoriti penduduk di sini bukan orang India? Pasal apa A dikatakan buka sesuatu tempat, sedangkan tempat tu telah ada B duduk lama di situ? Orang Melayu adalah salah satu dari keluarga besar rumpun Nusantara atau saintifiknya Austronesia yang memiliki hubungan terkait dari segi budaya dan linguistik dengan Maori, Samoa, Hawaii, Visaya, Sunda, Jawa, Banjar dan kaum-kaum pribumi Asia Tenggara dan Pasifik yang lainnya.

Mengambil falsafah agama tidak menukarkan orang Melayu kepada bangsa lain. Orang Bali sampai sekarang beragama Hindu, namun adakah mereka orang India? Bahasa apa yang mereka pertuturkan? Kini majoriti orang Melayu beragama Islam. Adakah mereka ini asalnya orang Arab yang membuka Tanah Melayu? Ini hanya logik akal sahaja dan orang yang menimbulkan soalan di atas, sebenarnya hanya membingungkan diri sendiri.

*   Kes ini sama seperti Stamford Raffles dikatakan membuka Singapura dan Francis Light membuka Pulau Pinang padahal kedua tempat itu telah lama berpenghuni.

#2-  Melayu berasal dari kata 'Malaya' iaitu 'bukit/ gunung' dari bahasa-bahasa India berdasarkan gunung-ganang yang banyak terdapat di Tanah Melayu atau berdasarkan Gunung Jerai.

Jawapan: Ini salah. Melayu dan Malaya dua perkataan yang berbeza, mengapa memandai-mandai buat hipotesis mengarut? Contoh, Canada dan Kannada. Adakah negara Canada dibuka oleh orang Kannada?Adakah orang Kannada berasal dari Canada? Atau adakah nama 'Kannada' berasal dari negara Canada?Lagi satu, Jawa dan Javan (anak keempat 'Noah' dalam Old Testament). Adakah orang Jawa berasal dari Javan? Kenapa bahasa Jawa beza dengan bahasa Hebrew (Ibrani/ Yahudi)? Jadi, semua hipotesis ini adalah 'rubbish'. Nama 'Melayu' bukan berasal dari kata 'Malaya'. Belum lagi membicarakan kata 'Melayu' yang kononnya dalam bahasa Jawa bermaksud 'lari', dalam bahasa Tagalog bermaksud 'bebas' dan dalam bahasa Khmer bermaksud 'bunga' (malai). Jadi yang mana satu nak ambil ni? Tak usah pening kepala. Melayu tetap Melayu, bukan berasal dari mana-mana bahasa.

*  Orang Khmer Purba merujuk Srivijaya dan bahasanya sebagai Malayu, iaitu orang Melayu.

#3-   British yang mencipta orang Melayu

Jawapan: Ini satu lagi hipotesis bingung. Sebelum British tiba, catatan-catatan Portugis dan Sepanyol memanggil kita dengan nama 'Malayo' iaitu slang Iberian/ Latin kepada perkataan 'Melayu'. Pernah dengar istilah Malayo-Polynesia? Sebelum British tiba, telah ada beratus-ratus manuskrip Melayu yang di dalamnya bersepah perkataan 'Melayu' merujuk kepada nama satu bangsa. Sebelum British tiba, Sulalatus Salatin yang dikarang ketika Kesultanan Johor-Riau menyebutkan nama 'Melayu'. Belum lagi karya-karya dari Riau, Acheh dan Jawa.Jadi kenyataan di atas adalah 'stupid' tahap berat.

#4-   Orang Asli adalah penduduk asal sini (Malaysia)

Jawapan:Orang Asli di Malaysia terdiri dari dua kategori: Aslian, iaitu dari segi linguistik, cenderung kepada kelompok bahasa Mon-Khmer.Satu lagi ialah Aborigine Malay, yang bahasa mereka cenderung kepada Austronesia, dengan kata lain mempunyai hubungan linguistik dengan bahasa Melayu. Contoh Aborigine Malay ialah Jakun, Orang Sungai, Orang Kuala dan sebagainya. Salah satu Aborigine Malay yang agak antarabangsa ialah Orang Laut yang boleh ditemui di Burma sebagai Moken dan Thailand sebagai Urak Lawoi.

Orang Melayu berasal dari Aborigine Malay ini, kemudian, sebahagian mereka yang duduk di persisiran pantai, mula berinteraksi dengan dunia luar, malah mereka menyertai perdagangan antarabangsa dan berlayar ke luar negeri sehingga generasi kedua Melayu terbentuk dengan kriteria lebih maju (advance) dari generasi pertama mereka iaitu Aborigine Malay/ Proto Melayu.

Ini samalah seperti orang Norseman yang sesetengahnya masih tinggal di pedalaman Scandinavia manakala ada yang berlayar menjadi satu puak bernama Viking yang berdagang, berperang dan berkahwin dengan bangsa-bangsa Eropah yang lain mewujudkan generasi yang lebih maju selepas itu.

Kesimpulan: Semua persoalan di atas teramatlah mudah dijawab, HANYA JIKA, anda banyak membaca tentang sejarah terutama sejarah Melayu, ditambah dengan membaca sejarah-sejarah bangsa lain di dunia. Semua pattern lebih kurang sama, namun sesetengah orang memprovokasi sejarah Melayu seolah-olah eksklusif, bertujuan untuk mendapatkan tanahair dan keistimewaan orang Melayu, cemburu atau dengki dengan nikmat yang Tuhan kurniakan kepada orang Melayu atau saja berniat jahat kerana terlampau kiasu iaitu bimbang kalau-kalau dihalau dari negara ini atau dicop pendatang setaraf dengan imigran Bangladesh, Indonesia atau Myanmar.

Sumber: fb SriKandi

07 December 2013

16 Nasihat Tun Mahathir Kepada Peniaga Melayu

Tun Mahathir merupakan pemimpin Malaysia yang menjadi idola saya. Tak ramai pemimpin yang mempunyai pandangan yang jauh seperti beliau.

Di saat kegemilangannya Tun melepaskan kepimpinannya kerana pada pandangannya mungkin negara ini sudah sedia melahirkan ramai pemimpin. Tetapi pada saya, nampaknya anggapan ini tidak sepenuhnya tercapai. Tapi dengan adanya nasihat Tun rakyat ini masih lagi boleh mengambilnya sebagi panduan dalam hidup. Artikel ini saya ambil dari fb Boikot Barangan Cina DAP.

1.   Melayu perlu belajar dari bawah. Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes, namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.   Modal efektif. Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000.

3.   Berusaha bersungguh-sungguh. Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4.   Bersabar dalam tempoh lama. Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang. Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...". Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5.   Mengenai jenis perniagaan. Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.   Rajin meninjau bisnes. Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.   Manfaatkan teknologi. Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.   Sentiasa tambahkan aset. Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah, kedai, emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.   Belajar dengan bangsa lain. Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.   Ikhlas dalam perniagaan. Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.   Menolak mitos. Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos. Hakikatnya Cina berjaya kerana usaha keras dan gigih. Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu, buatlah!"

12.   Mengamalkan peribadi mulia. Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah, tidak menipu dan sebagainya. Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah, kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.   Menjauhkan sifat keji. Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.   Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan. Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerana kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.   Mempunyai network. Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa. Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya.

16.   Membayar hutang dengan baik. Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, namun menyusahkan pihak lain.

"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai" - Nasihat beliau amat mendalam.

17 November 2013

Siapa Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari?

1.  Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari telah membina Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkan pada Mac 1996 untuk membantu golongan miskin, khususnya dalam bidang pendidikan.

2.  AlBukhary International University adalah university bagi orang Islam sahaja yang berpusat dikedah iaitu 100% penajaan biasiswa kepada semua pelajar yang belajar disitu. Bermakna yuran belajar semua pelajar adalah dibawah tanggungan Tan Sri Syed Al Bukhary.

3.  Hingga kini, Yayasan al-Bukhary telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.

4.  Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada pendudud negara ini, malah juga negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

5.  Antara projek besar yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks itu memainkan peranan sebagai pusat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

6.  Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.

7.  Yayasan al-Bukhary juga membina 16 buah masjid di serata negara.

8.  Terdahulu pada tahun 2000, Yayasan Al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.

9.  Pada November 2007 pula, Yayasan Albukhary telah menaja lebih 30 pelajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

10.  Yayasan Al-Bukhary pernah terlibat dalam menyumbang RM3 juta kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon bagi membantu meringankan penderitaan rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

11.  Derma dan sumbangan sebenarnya tak boleh ditunjuk tunjuk dan wajib dilakukan secara rahsia? Jawapan anda salah. Kerana Nabi Muhammad anjur dan menyuruh kita untuk tunjuk kepada orang tentang kebaikkan yang kita lakukan kerana ini akan mendorong yang lain untuk turut sama melakukannya.

Bukti hadis keutamaan menunjuk kebaikkan: “Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.”(HR. Muslim)

Anda seorang Melayu yang miskin dan mempunyai kehidupan yang sangat susah serta daif tetapi ada semangat belajar yang tinggi? Sila apply di Universiti percuma sepenuhnya tajaan Syed Mokhtar Bukharu. Yuran percuma, makan percuma, buku percuma, hostel percuma, duit belanja percuma. Sila apply di:
http://www.albukharyfoundation.org/
http://www.aiu.edu.my/

p/s: ini baru sahaja jasanya yang kita ketahui, yang tidak diketahui pula bagaimana? Selama ini kita tidak kenal siapa dia ini kerana dia tidak suka setiap jasanya diwar-warkan di media. Hanya Allah tahu kenapa dia diberi rezeki yang besar lebih dari mana mana Muslim yang ada di Malaysia ini. Kita beriman terhadap ketetapan Qada dan QadarNya. Dengan 1 share di profile anda, anda telah berjaya membantu membersihkan segala tohaman, hinaan terhadap Syed Mokhtar Bukhari ini. Jasa anda click share itu amat bermakna bagi semua Muslim di Malaysia.

Sumber: fb Boikot Barangan Cina DAP

01 November 2013

Dah 10 tahun

Semalam gelap 10 tahun, mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan tapuk pimpinan negara kepada penggantinya yang juga Mantan Perdana Menteri ke 5. Alhamdulillah Tun masih sihat dan masih giat dalam memberikan pandangannya kepada rakyat dan pemimpin negara ini.

Sikap sayangkan negara dan rakyat jelas ada pada Tun, dengan inspirasi itu Tun telah membangunkan negara dengan begitu baik sekali walaupun semasa sesuatu projek yang hendak dilakukan mesti mendapat tentangan dari ramai pihak. Percaya kepada tindakannya projek-projek tersebut diteruskan dan kini semua rakyat merasai jasa beliau. Saya ingat lagi semasa beliau membentangkan hasratnya untuk membuat kereta pertama Malaysia, membuat jambatan Pulau Pinang, mendirikan Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, membina KLCC dan banyak lagi, pelbagai tohmahan dan cacian beliau terima. Tapi kini semua projeknya berjaya dan dinikmati. Yang lawaknya pihak yang mengtohmahnya yang menikmati sehabis-habisnya.

Tun saya mewakili ramai rakyat Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasamu kerana membangunkan negara tercinta kami ini. Semoga  Tun dan keluarga memperoleh kesihatan yang terbaik serta dipanjangkan umur dengan berkat. Kami sangat berharap agar adalah nanti waris Tun yang bakal menjadi seperti Tun, mohon tunjukkanlah dia jalan itu, jalan menjadi seorang yang berpandangan jauh, berbudi bahasa, mempunyai integriti yang tinggi dan yang paling penting ketaatannya kepada Iilahi tidak berbelah bagi. Insya Allah semoga dia juga nanti menjadi seorang yang hebat seperti Tun. Akhir kata dari saya negara ini belum dapat pemimpin yang boleh menandingi Tun.