Showing posts with label Selamat Tinggal. Show all posts
Showing posts with label Selamat Tinggal. Show all posts

08 May 2015

Selamat Tinggal Sayang

Selamat tinggal sayang itu ucapan saya kepada semua sahabat saya di JPWPKL kerana hari ini adalah hari akhir saya. Dengan perasaan bercampur suka dan duka mengakhiri perkhidmatan saya di sini. Walaupun begitu saya teruja untuk berpindah ke negeri tanah tumpah darah ayahanda dan bonda dan menyerahkan diri untuk berkhidmat di sini kelak. Semoga hajat untuk bersara di Melaka menjadi kenyataan.

Kepada rakan sejawat saya di JPWPKL, saya dengan penuh takzim menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf serta mohon dihalalkan makan dan minum. Saya juga telah memafkan dan menghalalkan segalanya.

Jika ke melaka dan ada masa terluang hubungilah saya nanti. Jika ada umur kita akan berjumpa lagi.
SELAMAT TINGGAL SAYANG.

31 December 2012

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013

Rasanya baru semalam saya mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2011 dan meraikan kedatangan tahun 2012. Pelbagai peristewa suka duka yang telah berlaku dalam tahun 2012, kesemuanya menjadikan seseorang itu lebih kuat dan tabah mengharungi segalanya.

Apalah agaknya yang akan berlaku tahun ini? adakah beberapa ramalan orang-orang tertentu akan berlaku... mengingatkan ini rasa macam kelakar pula kerana ada manusia yang teringin menjadi tuhan atau pembantu tuhan. Segala apa yang berlaku telah dirancang oleh Allah tak perlulah kita memeningkan kepala meramalkan apa yang akan terjadi... apa yang perlu adalah kita berusaha untuk menambah baik keadaan kehidupan dan keimanan kita.

Apakah azam anda semua? bagi saya azam hanya saya lakukan semasa menyambut tahun baru hijrah... Saya mengambil kesempatan mengucapkan kepada anda semua Selamat Datang 2013.

31 December 2011

Selamat Tinggal 2011

Hari ini 31 Disember 2011 hari Sabtu terakhir - selama 1 tahun kita diberi Allah umur untuk hidup dan insyallah menjengah pula tahun 2012. Dengan penuh syukur saya panjangkan ke hadrat Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk melengkapi tahun ini.

Sedih juga untuk meninggalkan Tahun 2011, ada kegembiraan dan ada kesedihan untuk meninggalkannya. Seperti juga azam tahun lepas saya gagal untuk kali ke3 menunaikan azam saya iaitu untuk mengislamkan sekurang-kurangnya seorang. Walau bagaimanapun strategi saya tahun 2011 berubah di mana, kebanyakan ilmu bagi dan pedoman serta pesanan tentang Islam saya muatkan daam blog ini.

Untuk tahun hadapan saya berharap agar Allah memberikan saya bimbingan untuk mencapai azam yang sama.

Untuk saudara mara. sahabat handai dan pembaca maaf pada segala kesilapan dan insyallah jumpa lagi tahun 2011 yang tinggal 10 minit sahaja lagi menjelang.