Berita Minggu hari ini dah melaporkan tentang kegundahan para golongan pendidik kerana Kerajaan bercadang melaksanakan tempoh tugas sembilan jam sehari sepertimana perkhidmatan awam yang lain. Projek rintis dicadang untuk dilaksanakan mulai Januari 2012. NUTP dah menyuarakan pandangannya. Apa pula pandangan anda.
A'kum YBhg Tan Sri. Dalam keluarga saya ada 3 orang guru. Tugas ketiga-tiga mereka nampak berlainan sekali. Adik bungsu saya guru di Tampin saya lihat tugasnya terlalu banyak sehinggakan hari Sabtu dan Minggu juga dia bertugas. Seorang guru yang sangat aktif dan memegang tanggungjawab sebagai guru coco dan penyelia asrama. Kerana dia memang minat jadi guru sejak kecil maka pada dia tugas itu tidak jadi masalah dan saya lihat tugasnya untuk sekolah melebihi 45 jam seminggu. Manakala seorang lagi, guru BI lebih relax dan bertugas sekali sekala sahaja pada waktu cuti sekolah begitu juga dengan seorang lagi adik saya yang bertanggungjawab sebagai Guru Penyelia petang masih ada lagi masa untuk keluarga. Saya rasa kita kena mengkaji dengan lebih detail dan mendalam lagi tanggungjawab guru. Tanggungjawab utama mereka bukan sekadar mengajar sebaliknya banyak lagi tanggungjawab lain kerana untuk menghasilkan pemimpin yang berkualiti pada masa yang akan datang perlu dirancana dan dilaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat menjadikan mereka betul-betul pemimpin yang berkualiti serta mempunyai jati diri yang kukuh dan teguh, yang mempunyai kekuatan dari segi ilmu agama, kemanusiaan dan teknologi. Bagi mereka yang betul-betul menjalankan tugas - banyak betul tanggungjawab mereka.12 hours ago · Like · 4
Satu lagi saya nak tambah.... harap kawan-kawan guru jangan marah kalau membacanya. Saya lihat ramai betul rakan-rakan guru yang dah banyak pengalaman melakukan kerja selain dari mengajar. Apa yang saya maksudkan apabila mereka ditugaskan di Jabatan-jabatan Pelajaran, kebanyakan mereka adalah guru-guru yang cemerlang dan guru sebeginilah yang kita perlukan bagi memastikan hasrat untuk melahirkan peimpin-pemimpin negara. Kalau mereka berada di tempat yang bukan 'core business' mereka - sayang sangat. Sepatutnya mereka dijadikan mentor bagi guru-guru baru terutamanya yang hampir-hampir hilang semangat terutamanya yang ditugaskan di kawasan pendalaman. Kalau disebabkan oleh peluang kenaikan pangkat tiada di sekolah, maka JPA perlu mengkaji semula supaya kepakaran mereka tidak hilang begitu sahaja. Manakal tugas-tugas di jabatan yang lebih kepada tugas-tugas pentadbiran, perolehan, pembangunan, perjawatan dan sebagainya boleh diserahkan kepada yang pakar.
12 hours ago · Like · 2
Cadangan ini secara umumnya boleh diterima, tetapi Kerajaan perlu menkaji secara mendalam dan melihat isu ini secara holistik, maksudnya isu ini tidak boleh dilihat mengikut kawasan sahaja. Sebagai contoh di Kuala Lumpur, guru-guru sudah tidak mengadakan kelas tambahan secara percuma, tetapi kelas tambahan ini masih perlu diadakan di bandar-bandar atau kampog-kampong kecil kerana rata-rata ibu bapa tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tution.
Banyak lagi isu yang remeh temeh perlu juga dilihat. Saya serahkan kepada guru-guru yang lebih memahami akan tugas masing-masing.