Showing posts with label Masjid Negara. Show all posts
Showing posts with label Masjid Negara. Show all posts

30 September 2014

Miz Si Bulus Dari Masjid Negara



Si anak kucing yang saya temui semasa dia memasuki kelas kami di Masjid Negara pada tahun 2012. Dia jinak dan membuatkan ramai antara kami yang jatuh hati padanya. Dia berlegar-legar di dalam kelas dan saya katakan padanya jika dia ingin bersama saya dia kena tunggu sehingga kelas habis lebih kurang jam 10 malam. Dia tunggu dan balik bersama saya.

Saya namakan dia Miz. Usia Miz pada ketika itu lebih kurang 2 bulan, masih kecil lagi tetapi saya jangkakan dia telah berpisah susu dengan ibunya. Miz adalah kucing betina yang coamel dan manja. Badannya pada masa itu tidak terlalu kurus tetapi rasanya dia kurang makan. Jadi Miz akhirnya menjadi keluarga saya. Kerana Miz sudah biasa dengan kebebasan maka saya biarkan dia lepas bebas. Miz sangat kenal dengan warna kereta saya, kerana setiap kali saya balik kerja dia akan berada di pintu pagar dan tidak sabar-sabar melintas menghampiri kereta saya yang berwarna hitam.

Suatu pagi lebih kurang selepas 3 minggu Miz bersama saya, dia dilanggar oleh sebuah kereta hitam yang mungkin dia sangkakan saya, malangnya kereta itu terus melanggar dia. Ketika Abang Jaafar jiran saya menalipon mengatakan Miz terlah tiada hancur hati saya. Abang Jaafar telah mengebumikan Miz... selamat jalan sayang...

Kini selepas dia tiada dan melihat gambar-gambarnya saya rasa rindu pada dia.

10 November 2012

Ujian Syafawi/ Hafazan Al Quran Asas Masjid Negara 2010/2012

Borang pemarkahan Ujian Syafawi/ Hafazan Al Quran Asas Masjid Negara yang dihadiri oleh saya pada 6 November 2012 yang lalu. Format ujian kali ini adalah 2 kali beberapa keratan ayat syafawi, 2 surah hafazan dan 5 soalan tajwid secara oral. Saya telah siap sedia untuk diuji... tetapi hati tetap berdebar-debar.

Di sinilah kami semua diuji, berhadapan dengan ustaz yang bertanggungjawab menguji ilmu kami. Saat-saat awal memang berdebar tetapi selepas ini dah ok. Dan bacaan mula lancar walaupun ada tersekat sedikit-sedikit.

Melihat sahaja Al Quran yang disediakan di atas meja besar, saya rasa senang hati kerana sudah tentu tulisannya juga besar... jadi mudahlah saya nak baca... maklumlah mata pun dah kurang nampak tambahan pula mata saya yang sakit.

Hanya kami berempat sahaja peserta wanita berbanding teman lelaki seramai 9 orang. Saya sedang menunggu sementara Rashid sedang diuji di dalam. Selepas saya giliran Kak Anita pula... selamat berjaya.

09 November 2012

Selepas Peperiksaan Bertulis Al Quran Asas Masjid Negara

Foto-foto ini diambil selepas tamatnya peperiksaan bertulis Al Quran Asas Masjid Negara yang telah diadakan pada 3 November 2012 yang lalu. Walaupun hati masing-masing risau dan bimbang tetapi peperiksaan ini juga petunjuk bahawa kelas kami sudah tamat dan kata guru-guru Al Quran zaman kanak-kanak saya sudah khatam. Saya bersama dengan Kak Anita.

Sya, kak Anita dan saya sambil kami menunggu rakan-rakan lain yang masih lagi berada di dalam dewan peperiksaan. Saya keluar 15 minit lebih awal kerana terdapat beberapa soalan yang memang saya tidak dapat jawab langsung. Soalan yang diberikan hanya 40 sahaja dengan masa selama 1 jam.

Dari kanan kak Anita, Sya, Timah, Zura, Razi, Lina, Kay dan saya

Foto kami beramai-ramai di tangga ... sedihnya nak berpisah...

Kami semua bersama dengan Ustaz yang banyak berkongsi ilmu dengan kami bukan sahaja ilmu tajwid malahan ilmu-ilmu yang lain. Terima kasih Ustaz hanya Allah sahaja yang membalas budi baik Ustaz.

08 November 2012

Peperiksaan Kelas Al Quran Masjid Negera

Ini dia Kertas Soalan Tajwid Kelas Al Quran Asas yang saya tenung, belek dan ulang membaca selama 45 minit. Soalannya boleh tahan susah dan saya macam kurang yakin untuk dapat cemerlang dalam paper ini. Markah bagi paper ini hanyalah 40% dari markah keseluruhan tetap jika banyak salah dari betul markahnya nanti boleh menyumbang kepada kegagalan. Semoga dijauhkan.

Sementara menunggu kertas soalan diedar dan taklimat disampaikan, saya sempat minta seorang teman sekuliah mengambil gambar saya dalam keadaan berdebar-debar. Memanglah kawan-kawan melihat saya tersenyum tetapi yang sebenarnya saya bimbang dan risau.

Doakan saya berjaya dengan cemerlang, kerana Allah sahaja yang dapat mengubah sesuatu "kun faya kun" 

07 November 2012

Kelas AL Quran: Jamuan Akhir 2012

Pada 1 November 2012, adalah hari terakhir kami menimba ilmu dari Ustaz kami Ustaz Mohd Ramli bin Mohd Amin. Rupanya dah 2 tahun kami semua berkenalan, namun saya belum betul-betul kenal semua orang. Semasa pendaftaran 2 tahun yang lalu kelas kami seramai 35 orang tetapi di akhirnya yang tinggal hanya 26 orang sahaja dan merupakan kelas yang teramai.

Untuk meraikan ahli kelas yang berjaya menamatkan pengajian, kami mengadakan jamuan - kali ini terasa sayu pula pada jamuan ini maklumlah hari akhir. 

Di atas antara juadah yang dihidangkan... kami juga menjemput rakan kelas lain untuk meraikan kami sama.

Encik Hasan Ketu Kelas kami sedang memberikan ucapan sepatah dua - tentunya ucapan ribuan terima kasih kepada guru kami Ustaz Mohd Ramli yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Ramli.

Antara rakan-rakan yang saya akan rindui...

Saya dan Sya.....

Inilah rakan wanita sekelas saya, masing-masing dengan gaya tersendiri.... kalau rindu nanti call la atau jumpa dalam fb...

04 November 2012

Kelas Al Quran: Hari Kelas Minggu Akhir

 30 Oktober 2012 merupakan hari ke2 akhir kelas kami sebelum kami menghadapi peperiksaan pada 3 November. Tak sangka begitu cepat berlalunya 2 tahun.. tiba-tiba dah nak berakhir.
Saya merakamkan foto pada hari ini, kerana selepas ini susah untuk kami bertemu/ berkumpul semula. Timah, Sya dan Nita.

 Ju dan beberapa rakan-rakan yang lain


Zura leka denga hp dia

Jamaliah dan Juwariah dua orang kawan baik

03 November 2012

Hari Ini Saya Suspen dan Berdebar

Nanti pada jam 2.30 petang saya dijadualkan menduduki peperiksaan Bahagian Pertama bagi Kelas Al Quran Masjid Negara 2010/ 2012. Memang suspen dan mendebarkan.... apa agaknya soalan yang akan keluar dan adakah saya dapat mengingati semua yang telah diajar oleh Ustaz Ramli.

Sejak malam tadi dan hingga sekarang ini saya sedang giat untuk mengulang kaji.... walaupun dah agak terlewat tetapi lebih baik daripada tidak membuka buku kan?????

Kepada semua kenalan yang mengenali saya... minta tolong supaya mendoakan saya untuk dapat menjawab semua soalan yang diberikan, supaya saya mendapat keputusan yang cemerlang... Amin

23 September 2012

Dah Hampir Tiba Masa Ujian/ Peperiksaan !!!!

Dah hampir tiba masa yang kami semua tunggu-tunggukan di mana selepas 2 tahun kami semua belajar di kelas mengaji Al Quran di Masjid Negara, maka pada awal bulan November 2012 ini, kami semua akan berhadapan dengan peperiksaan untuk menguji sama ada apa yang kami belajar diingat dan difahami dan dengan itu kami akan dapat mengunakannya dalam bacaan dan mengajar orang lain. Insyallah....

Di atas adalah surat dan borang mengenai Ujian/ Peperiksaan Persijilan Akhir Tahun Pengajian Dewasa 2012 - Bagi saya dan kawan-kawan peperiksaan yang akan kami hadapi adalah Peperiksaan Kelas Al Quran (Asas) Sessi 2011/ 2012.

Dan ini adalah borang mengesahkan bahawa saya akan menghadiri peperiksaan di atas. Peperiksaan ini akan dibahagikan kepada dua bahagian. Peperiksaan tulisan akan diadakan pada 3 November 2012 bersamaan dengan hari Sabtu, manakala peperiksaan lisan akan diadakan antara 3 hingga 8 November 2012.

Saya tak tahu bila agaknya jadual peperiksaan lisan saya nanti. Saya berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan saya lulus dengan cemerlang. Doakan saya ya.....

28 July 2012

Jamuan Cuti Puasa Kelas Masjid Negara

19hb Julai 2012 adalah kelas terakhir kami yang belajar di Masjid Negara (MN), MN telah mengeluarkan surat mengenai cuti di sepanjang bulan Ramadan.

Jamuan ini adalah gabungan dari 3 buah kelas.Bagus betul idea ini kerana ianya memberi ruang kepada kami untuk lebih mengenali rakan-rakan dari kelas yang lain.


Kebaikan kedua di mana kami dapat menikmati juadah-juadah dari kawan-kawan yang lain. Memang benar pada malam itu banyak betul  juadah yang dibawa oleh kawan-kawan.

Selamat bercuti kepada semua kawan-kawan, selamat berpuasa dan jangan lupa datang semula pada minggu kedua bulan Ogos nanti.

Kepada kawan-kawan sekelas saya, jangan lupa mengulang kaji kerana selepas raya nanti kita akan menghadapi peperiksaan.... suspen kan!!!!






29 May 2012

Jamuan Sambut Cuti Sekolah Mei/ Jun 2012

Pada 24hb Mei 2012 yang lalu adalah kelas terakhir bagi kami Kelas Mengaji Asas Al Quran Tahun 2 di Masjid Negara. Seperti kebiasaan kami, apabila menyambut cuti sekolah atau meraikan rakan-rakan menunaikan umrah/ haji, kami akan mengadakan makan-makan beramai-ramai sama ada di dalam kelas atau di restoran-restoran yang dipilih, jika kami lakukan di asjid Negara biasanya kami akan menjemput beberapa orang ustaz, pengawal dan sahabat-sahabat dari kelas yang berhampiran untuk sama-sama menikmati jamuan. 


Selepas habis mengaji lebih kurang jam 10.00 malam, kami sibuk menyusun meja dan kerusi untuk memulakan jamuan. Ustaz Ramli sudah pun membacakan doa menutup kelas dan membacakan doa untuk jamuan dan doa makan dengan diaminkan oleh kami ramai-ramai. Kali ini kami menempah juadah dari seseorang yang pandai memasang mee kari. Memang sedap mee kari dia.. yummy.. Foto atas kelihatan Siti Fatimah dengan telefonnya.... apa cerita agaknya.....


Tu dia pulut kuning dan rendang... sedap sehinggakan saya terlupa yang athma saya masih belum baik betul lagi .... tapi disebabkan oleh saya memang suka akan makanan ini, jadi saya rasalah sikit supaya jangan kempunan kata orang Melayu. Alhamdulillah selepas makan.. tak jadi apa pun. Sebelah adalah Kek Hari Jadi untuk Zura.... Selamat Menyambut Hari Lahir Zura, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.



Saya macam biasa dengan gaya tersendiri... peace no war

Peace yo....

Bersama dengan akan sekelas Syahwati. Insyallah nanti kita jumpa lagi pada 12 Jun 2012.

Jamaliah dan Jauhariah, rakan sekelas saya, dalam kelas mereka berdua  duduk di belakang saya.

Sahabat-sahabat kelas sibuk menikmati juadah..





Jemputan dari kelas sebelah... sila.. sila jangan malu-malu

Dah kenyang... apa nak buat kan... baliklah

Anita tak makan ke!!!! atau dah kenyang melihat kawan-kawan lain makan