Showing posts with label PD. Show all posts
Showing posts with label PD. Show all posts

26 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race - Rahmat

Kumpulan saya dalam permainan kami yang terakhir semasa Kursus SMART Integriti yang dianjurkan oleh Bahagian Integriti KPDNKK. Walaupun ramai yang dah dewasa tapi kerana permainan ini rasa macam kembali jadi kanak-kanak.

Giliran saya untuk membuang dadu. Syarat permainan ditentukan oleh kumpulan. Untuk permulaan angka ganjil akan bergerak ke hadapan manakala angka genap bergerak ke belakang. Titik juara adalah di hadapan.

Doakan supaya kami dapat angkat genap yang banyak supaya langkah kami menpercepatkan kami menuju ke kemenangan. Tapi semuanya dah tersurat .. kami kalah juga.

Menang kalah bukan keutamanya, apa yang penting adalah pemuafakatan dalam mencapai persetujuan.. Kumpulan Al Amin ini memang boleh dibanggakan kerana kami memangnya bersatu dalam semua kerja dan keputusan. Kepada semua ahli kumpulan Al-Amin terima kasih kerana bersama-sama dan kepada semua peserta kursus selamat maju jaya.

21 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race: Rahmat (Main Pasir)

Teringat masa saya kanak-kanak dulu, apabila cuti sekolah ayah akan bawa kami sekeluarga ke pantai sama ada di Melaka atau PD. Kanak-kanak memang suka bermain pasir dan pasir menjadikan mereka sangat kreatif. Tapi dalam kursus ini juga kami didedahkan dengan pasir.

Kami disuruh mencari barang yang disembunyikan dalam pasir. Bertungkus lumus kami mengali, menyepak dan meraba-raba pasir yang panas dan hangat. Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai objektif tersebut. 

Ada kumpulan yang berjaya menjumpai semua barangan yang disembunyikan dan ada yang tidak. Di sinilah letaknya pengajaran buat kami. Permainan ini bukannya untuk mencari siapa yang menang tetapi melihat kepada kumpulan yang bekerjasama dalam kumpulan dan antara kumpulan.

Biasanya dalam explore race kemenangan menjadi hambatan semua peserta, jadi ramai yang terlupa akan sifat kemanusiaan. 

17 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race

Antara perkara yang terkandung dalam Kursus SMART Integriti yang saya hadiri pada bulan Mei 2015 yang lalu ialah Explore Rase yang dikendalikan oleh ustaz-ustaz. Tercabar juga acara-acara yang diadakan seperti melesaikan puzzle di atas. Ianya menguji cara kita berfikir dan bertindak.

Acara tutup mata dan shli kumpulan lain memberikan arahan untuk mencari sesuatu. Yang tutup mata hanya perlu menggunakan kepakaran mengecam suara sahabatnya kerana pada masa yang sama ahli kumpulan lain juga memberikan arahan kepada peserta mereka. Lawak tapi mesejnya sangat jelas.

Saya terlibat dalam acara ini dan tanpa kita sedari rupanya kita boleh bertindak di luar kebiasaan hanya untuk memastikan kumpulan ita menang.

Satu lagi acara seakan puzzle yang memerlukan pemerhatian dan pemikirn yang tidak jumut. Apa agaknya arahanya???

26 June 2015

PD Laluan Kapal Terbang


Semasa saya menghadiri kursus di PD pada bulan lepas, saya dapati kapal- terbang sering melintasi kawasan ini dan ianya telah menjadi laluan rasmi. Pelbagai jenis kapal terbang dari syarikat penerbangan yang berbeza menggunakan laluan yang sama. Ada kalanya kapal terbang-kapal terbang ini terbang rendah sehinggakan nampak logo syarikat.

Rasanya dulu kekerapan laluan tidak seperti sekarang ini, ini mungkin juga disebabkan peningkatan perkhidmatan oleh syarikat penerbangan atau pertambahan penerbangan dari luar negara.

Nampak cantik di tengah-tengah pucuk pokok kelapa ada sebuah kapal terbang sedang melintas dan kelihatan terlalu kecil seperti kapal terbang mainan.

12 June 2015

Kursus SMART Integriti: Senaman Pagi

Dah lama saya tak bersenam, kali terakhir adalah semasa saya di JPWPKL dan bertugas di program team building yang diadakan pada akhir tahun 2014.

Kali ini senaman pagi kami dibawa oleh ustaz-ustaz dari JAKIM. Dah lama tak bersenam rasanya banyak urat-urat yang dah keras. Diajak melompat . ..  saya dah tak boleh . .. tapi nasib baik masih boleh berlari.

Diajak merengankan badan alhamdulillah masih boleh lagi. Saya perhatikan ramai juga kawan-kawan yang lebih muda yang tak larat juga. Apa pun secara peribadi saya setuju dengan silibus kursus ini, setidak-tidaknya dapat juga saya meregangkan urat dan oto yang dah lama berehat dan keras. Terima kasih kepada bos saya yang arahkan saya hadiri kursus ini. Pergi dulu kemudian baru tau . . . .

01 June 2015

Indahnya Bumi Ciptaan Allah Taalah

Saya tak ingat bila agaknya kali terakhir saya ke pantai, menjejakkan kali di atas pasir halus yang putih kekuningan. Tahun ni ada 2 kali saya berkursus di tepi pantai, iaitu di Avilion PD dan Mahkota Heotel Melaka, tetapi kaki saya tak dapat memijak pasir halus dengan air laut yang masin.

Indah betul ciptaan Allah saw ini. Syukur ke hadrat Illahi kerana saya masih lagi mampu untuk menikmati keindahannya. Masih mampu menghirup udara pantai yang berat dan menghidu bau garam laut yang kelak.

Syukur juga kerana Allah saw memberikan saya peluang untuk berkenalan dengan ramai lagi hamba-hambanya yang sama-sama diberi peluang untuk berada di bumi ini.

Maha suci Allah yang menjadikan segala apa yang ada di bumi dan di langit apa tah lagi yang ada di seluruh cakrawala yang tak akan terjangkau oleh akal. Syukur pada mu ya Allah kerana memberikan nikmat ini kepada aku.

23 February 2015

Kenangan di Monte Carlo

Semasa bersarapan pagi di Avilion Hotel PD, saya teringat semasa dan dan rakan-rakan TLDM minum pagi di Monaco. Suasana yang hampir sama tetapi lokasi yang sangat berbeza. Di PD kapal layar tidak begitu banyak berbanding di Monaco.

Cuba perhatikan di belakang saya, kelihatan banyak kapal-kapal layar yang pelbagai saiz. Rasanya di sini memangnya parkir kapal layar negeri ini. Monaco merupakan salah sebuah negeri di dalam Negara Peranchis. Yang bezanya Monaco masih ada raja dan saya berkesempatan melawat ke istana Monaco.

22 February 2015

Last Breakfast At Avilion PD

Saya bersama dengan sakan-rakan yang sama menghadiri Bengkel Penyediaan ABM 2016/ 2017 di Avalion Hotel PD.

Biasanya kami bersarapan di dalam Cafe tetapi di hari akhir ini kami merakamkan kenangan bersarapan di tepi pantai yang dipenuhi dengan kapal-kapal layar.

Puan Azah dan Puan Rohana yang sama bersarapan bersama saya.

29 January 2015

Dari Jendela : Avilion Hotel PD (Bilik Ceramah)

Permandangan di Avilion Hotel ni memang cantik dan saya teringat semasa saya mengunjungi Monaco lama dulu. Monaco merupakan bandar yang mempunyai teluk yang cantik dan besar, jadinya parkir kapal layar dan bot-bot dari bersaiz kecil hingga yang besar sangat. Memanglah boleh kerana teluk mereka lebih luas dari yang ada di Avilion Hotel ini.

Suasana yang damai setiap pagi dan kelihatan macam dalam lukisan membuatkan hati lapang dan tenang sangat. Selama berada di sini setiap pagi saya akan berada beberapa ketika di anjung dewan taklimat hanya untuk menikmati keindahan alam ciptaan Illahi.

Tenang dan damai, apa agaknya berlaku bila ianya dalam keadaan sebaliknya... semoga dijauhkan Allah.

23 September 2014

Matahari Terbit di Ancasa PD

Tak sangka rupanya matahari terbit di luar tingkap bilik hotel saya di PD. Masa tu saya sedang menghadiri Kursus Perolehan anjuran LKS JPWPKL.

Selepas subuh cahaya kemerahan menerjah dari balik-balik hujung pokok. Saya perhatikan matahari seperti malu-malu untuk menunjukkan wayahnya. Sekeliling bulatannya kelihatan merah kekuningan akibat dari pancarannya yang masih lemah.


Kecilnya matahari pagi muat-muat dalam lengkongan jari saya. Indahnya waktu pagi, inilah keadaan yang tidak didapati di KL.


16 July 2012

Ayah Dengan Sukan Golf

Ayah melangkah ke driving range untuk lathan memukul bola dengan diiringi oleh pembantu setianya Adik. Ayah paling suka jika anak-anaknya bermain golf... tak tahu kenapa tetapi dalam keluarga saya 3 dari 5 beradik bermain golf dan antaranya saya sendiri tetapi kini dah lama tinggalkan golf kerana tidak tahan dengan cuaca yang panas. 


29 December 2011

Percutian PD : Tidak Jadi!!!

Dari pejabat jam 4.45 petang, lebuhraya dah mula banyak kereta tetapi belum jem lagi, sebaik tibanya di selekoh turun ke lebuhraya KL - Seremban kenderaan dah mula merangkak-rangkak.


Dah memasuki Lebuhraya KL - Seremban, subhanallah banyaknya kenderaan. Pergerakan kurang lancar tapi tidaklah berhenti lama sangat.
Dah hampir tiba di PD adik saya maklumkan bahawa appaertment yang disewa tidak mempunyai lif dan bilik yang mereka dapati di tingkat 4. Saya terpaksa membatalkan niat untuk menginap di situ kerana saya tidak berhasrat untuk membebankan kecederaan lutut kanan saya yang saya jaga sebaik mungkin kerana pada 10 Januari 2012 saya mempunyai temujanji dengan Pakar Otopedik dan bimbang kalau pada hari itu saya akan diwarded untuk rawatan intensif atau dicadangkan untuk dibedah. Masyallah tak sanggup lagi. Nanti kena cuti panjang selama 3 bulan...

Saya minta adik saya menemui saya di Marina Resort untuk mengambil makanan yang saya dah beli, selepas menyerahkan makanan tersebut dan menyampaikan salam kepada emak saya bertolak balik ke KL dalam keadaan yang penat.


Saya berhenti untuk solat Asar di Hentian Highway PD tak jauh dari Mambau. Hentian ini sunyi sahaja hanya sebuah gerai sahaja yang dibuka. Suraunya bersih dan tiada pengguna.
Selepas Solat Asar Qasar saya meneruskan perjalanan balik ke KL.


Hari makin gelap dan saya makin bimbang kerana saya kurang cekap memandu di waktu malam kerana kesilauan (estikmatizem) yang sangat tinggi.


Tiba di Bukit Cheras selepas Cheras Baru, hari dah gelap jam lebih kurang pukul 7.45 malam, dah tidak jauh dari rumah saya. Alhamdulillah saya dan kereta saya selamat tiba di rumah. Jauh juga perjalan saya hari ini, saya bertolak dari pejabat jam 4.45 petang menuju ke PD dan memandu balik ke KL, keseluruhan perjalanan adalah 209km, jauh juga.