Showing posts with label Selawat Rasul. Show all posts
Showing posts with label Selawat Rasul. Show all posts

01 July 2013

Video: Selawat Atas Rasulallah saw

Selawat umpama zikir yang mampu melembutkan hati seseorang manusia dan haiwan, hanya yang perlu kita yakininya sahaja. Jom kita amalkan...

31 March 2013

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S.: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah- mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

28 January 2013

7 Kalimah Mulia

Kita masih lagi dalam suasana menyambul Maulidul Rasul saw. Jadi saya cuma nak berkongsi dengan anda semua mengenai amalan yang sangat mudah, boleh dilakukan di mana sahaj, secara diam atau berlaku. Namun fadilatnya sangat berguna di dunia dan di akhirat.

Sabda Rasulullah saw "barang siapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan".

1.    Bismillahhirrahmann irrahim: bacalah pada setiap perkara yang  hendak dilakukan walaupun untuk mengubah sehelai daun dari halaman rumah.

2.    Alhamdulillah: jangan lupa membacanya pada setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3.    Astagfirrullah: amalkannya setiap kali anda tersilap melakukan, memikirkan dan/ atau mengatakan sesuatu yang buruk.

4.   Insyaallah: amalkannya setiap kali anda berjanji dan/ atau ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.   Iahaulawalaquwataillahbillah:  Dianjurkan anda membacanya jika anda  tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.   Innalillahwainnalillahirojiun: ucapkannya apabila anda mendengar berita kematian sesiapa sahaja dan apabila anda menghadapi musibah atau sesutau maupun sebatang pencil. 

7.   Laailaahaillallah : ucapkanlah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Digalakkan untuk diamalkan selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Selain daripada 7 kalimah di atas, jom kita sama-sama selawat ke atas nama sebanyak yang mungkin, semoga Rasul saw akan mengenali kita apabila bertemu di Padang Masyar nanti.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/ cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'

Insyaallah......

25 January 2013

Video: Salam Maulidul Rasul saw

Sama-sama kita berselawat ke atas Rasulallah saw, kalau kita nak berselawat sendiri mungkin susah dan malas bukan, jadi kalau ada media ini mungkin lebih menyeronokkan dan mudah untuk kita buat.
Jom jangan dipersiakan...

24 January 2013

Video: Selamat Menyambut Maulidul Rasul


 Selawat Atas Rasulallah saw semoga baginda dapat memberikan syafaatnya untuk kita di Padang Masyhar nanti.

26 April 2012

I Love U Rasulallah saw


Kota Rasul di siang hari Tahun 2006
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah" itulah shahadah yang Muslimin ucapkan sekurang-kurang 9 kali sehari, itupun kalau solat fardu ditunaikan.

Baginda Rasulullah S.A.W merupakan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk membimbing manusia sejagat dan baginda adalah insan orang yang paling dikasihi dan sangat hampir dengan Allah. Justeru itu, sebagai pemimpin agung yang dikasihi Allah, kita umat baginda wajib mencintai Rasulullah S.A.W sebagai cinta kedua selepas mencintai Allah seperti mana yang disebut dalam Al Quran yang bermaksud:

Kota Rasul di malam hari, 2006
Katakanlah: “Jika kamu [benar-benar] mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang". (Ali-’Imran:31).

Maksud Cinta Kepada Rasulullah S.A.W 

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat di atas menyatakan bahawa: “Ayat ini merupakan kayu ukur kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah S.W.T tetapi tidak pula berada di atas jalan Nabi Muhammad, bahawa sesungguhnya dia berdusta dalam dakwaannya, sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad di dalam keseluruhan percakapan dan amalannya.”


Ya Habibi
Para sahabat baginda S.A.W merupakan generasi manusia terbaik yang paling mencintai Rasulullah S.A.W perkara ini dibuktikan dengan banyaknya ayat Al Qur’an dan hadis yang menceritakan akan keredaan Allah S.W.T terhadap para sahabat serta keutamaan mereka di sisi Allah S.W.T dan Rasulnya. Namun bagi kita yang berada jauh dari baginda (selepas kira-kira 1,400 tahun baginda meninggalkan kita) ada kewajaranya umat Islam mencintai baginda S.A.W saling tidak tumpah atau kurang sedikit pun sebagaimana para sahabat mencintai baginda S.A.W. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:


“Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Nabi), memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya [Al-Qur'an], mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raaf: 157)


Bagaimana Caranya Sewajarnya Mencintai rasulallah SAW


1.   Bagi saya untuk menjelaskan cara mencintainya Rasul adalah dengan menyebut namanya selalu dalam erti kata yang kain, perbanyakkanlah selawat ke atas namanya, doakan kesejahteraannya walaupun kita tahu bahawa Allah telah menyediakan tempat rehat bagainda yang paling baik dan sempurna. 


2.   Lakukan/ amalkan/ ikut/ tiru apa sahaja yang dilakukan oleh bagainda tanpa mengambil setengah-setengah yang selesa dengan kita. Memang ini adalah perkara yang paling sukar untuk dilaksanakan, walau bagaimanapun cubalah... Mencintai apa-apa yang dicintai Rasulullah S.A.W dan membenci apa-apa yang dibenci Rasulullah S.A.W.


3.   Baginda Rasul meninggalkan kita yang tidak pernah dikenalinya dengan rasa sedih dan bimbang akan keteguhan iman kita, jadi berjanjilah pada diri kita dan kepada baginda bahawa kita akan mengikut laluan yang telah disediakan, di samping kita meneruskan perjuangannya dengan menyampaikan ajarannya kepada sesiapa sahaja.


4.   Jika kita diberikan Allah rezeki dan masa, kunjungilah baginda di kotanya. Pasti apabila berada di sana dan merenung kubahnya membuatkan hati kita menjadi sangat dekat dengan baginda, berbuallah dengan baginda pasti baginda mendengarnya. Saya menceritakan pengalaman saya semasa mengunjungi baginda.


5.   Mengenali keperibadian Rasulullah S.A.W dan menghayati sejarah hidupnya, sekarang ini buku-buku menceritakan sirah Rasul terlalu banyak untuk kita pilih.  


6.   Yang paling utama pertahankan Rasulullah S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan ajaran islam daripada dihina dan diperlekehkan musuh-musuh Islam.


Syafaat Rasulullah S.A.W


Sekiranya kita banyak menyebut nama baginda (berselawat) baginda akan mengenal kita nanti terutamanya semasa semua umat manusia berada di Padang Masyhar. Dalam kepanasan dan tidak keselesaan Allah S.W.T mengurniakan kepada kita syafaat baginda Rasul di mana ketika itu semua manusia hanya memikirkan akan diri sendiri. Dengan adalah Syafaat Agung baginda S.A.W akan membebaskan manusia terpilih daripada ketidakselesaan dan kegelisahan di mahsyar. (Riwayat Bukhari)


Apakah perjuangan kita di dunia ini... untuk kepentingan diri sendiri, negara atau agama? Fikirlah sendiri....


Walallahualam.....