Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

27 February 2013

Menutup Aurat Itu Wajib

Cerita mengenai aurat dalam Islam adalah ditujukan kepada wanita Islam, kerana dengan mengenakan pakaian yang menutup aurat maka seseorang wanita itu mudah dikenali dan lebih dihormati. Saya teringat akan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi yang bermaksud "perempuan itu adalah aurat. Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia". Wah jika begitu bagaimana wanita Islam zaman ini melakukan aktiviti mereka terutamanya aktiviti yang wajib dilaksanakan seperti mencari rezeki dan sebagainya. Adakah hadis ini menyekat pergerakan wanita Islam?.

Sudah tentu tidak!!! sekiranya wanita itu memelihara auratnya dengan sempurna maka dia menyekat daripada syaitan mendongak semasa dia keluar rumah. Syaitan akan mendongak apabila keadaan seorang wanita yang keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat. Disebabkan aurat tidak dijaga dengan sempurna itulah penyebabnya wanita dikejami dengan pelbagai perlakuan seperti dicabuli, dirogol dan akhirnya dibunuh. Jika pun wanita terselamat dari perlakuan yang saya nyatakan di atas ada musibah lain yang tidak terjangkau oleh pengetahuan kita sebagai manusia apabila semasa wanita berada di luar rumah  berlakunya kemalangan atau apa sahaja yang menyebabkan kematian, maka kematian wanita itu berlaku semasa dia berada di dalam keadaan menderhaka kepada Allah.

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah menunjukkan kepada Rasulallah saw pelbagai seksaan yang dikenakan kepada wanita, semua ini adalah sebagai amaran dan pengajaran. Malahan seksaan itu bukan sahaja diterima oleh wanita berkenaan tetapi juga oleh suami atau bapa mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim).

Apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini? kita dapati ramai wanita yang menutup aurat tetapi masih tidak menjaga perlakuan dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Di Malaysia kini seperti satu fenomena di mana kebanyakan wanita Islam mengenakan tudung dan kelihatan seperti fesyen sahaja tanpa mengetahui sebab memakainya. Silap-silap hari bulan mereka boleh digolongkan sebagai manusia yang mempersenda-sendakan syariat Allah. Bagi wanita yang ikhlas, dan benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi redha melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas. Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman. Sama-samalah kita insaf bagi mencapai keredhaan Allah.

Walallahualam.....

26 January 2013

Tiga Belas Aurat Wanita

1.  Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.  Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah

3.  Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.  Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5.  Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.  Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.  Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.  Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9.  Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10.  Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11.  Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wasallam.

08 May 2012

Aurat Muslimah


Saya tidak menafikan saya sendiri tidak menutup aurat 100% mengikut lunas-lunas Islam yang sebenar, namun saya sentiasa berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada saya untuk mempraktikkan kehendak Islam ini. Semoga dengan sedikit kebaikan ini (berkongsi maklumat) saya diberikan kekuatan itu. Amin

15 February 2012

Pakaian/ Aurat Wanita Islam

Saya tidak pernah menafikan betapa sukarnya untuk menjaga aurat wanita Islam. Saya sendiri telah berulang-ulang kali mencuba untuk menjaga aurat sebagai wanita Islam, tetapi memangnya sukar terutamanya semasa di rumah. Namun begitu sebagai hambaNya saya sentiasa memohon keampunaNya dan agar saya diberikan kekuatan untuk terus berjaya berpakaian secara yang dikehendaki oleh Islam. Masih lemah lagi iman saya rupanya, kerana untuk berpakaian secara muslimah sepenuhnya pun masih tidak mampu dilaksanakan. Ampuni aku ya Allah.