Showing posts with label Hari Ulang Tahun. Show all posts
Showing posts with label Hari Ulang Tahun. Show all posts

21 October 2015

Selamat Ulang tahun Kelahiran Sayang

Selamat Ulang Tahun ke2 untuk Si Baby aka Abnag dan Si Adik. Alhamdulillah kedua-dua mereka membesar dengan sihat dan walafiat. Pada tanggal 18 Oktober 2015 yang lalu genaplah umur mereka 2 tahun. Nyenyaknya mereka tidur di hari ulang tahun mereka. Kucing apalah tahun betul tak? Tapi saya rasa gembira melihat mereka membesar tanpa masalah.

Hanya Adik yang semakin menunjukkan dia dah besar dan bujang serta rumah ini di bawah kekuasaan dia. Puas memujuk Adik supaya lebih bersabar dab bertimbang rasa, tapai apakan daya dia hanya seekor kucing yang tak mungkin faham abhasa manusia. Tapi saya doakan agar ALlah swt menyampaikan rasa hati saya kepada dia.

Maaf ya sayang, mommy tak sempat belikan hadiah hari jadi....

28 May 2015

28 Mei Tarikh Keramat


Alhamdulillah, lagi sekali saya menyambut hari ulang tahun kelahiran saya. Terima kasih kepada emak dan ayah kerana mereka saya lahir ke dunia ini, mengenali matahari, bumi dan bulan. mempunyai ayah ibu keluarga yang terhebat, adik-adik yang dicintai dan mempunyai kucing-kucing yang saya sayangi. Kerana kelahiran ini juga menjadi alasan saya mengenali sahabat handai yang dikasihi di semerata dunia.

Buat kali kedua saya menyambut ulang tahun kelahiran dalam perjalanan setelah tamat kursus. Masa ini saya menghadiri Kursus SMART Integriti anjuran bersama KPDNKK dengan JAKIM. ALhamdulillah lagi sekali saya mengenai ramai sahabat handai.

27 October 2014

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Adikku Haji Adnan

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran adik saya Haji Adnan. Saya doakan agar dia bersama isteri dan anak mereka sentiasa di bawah lindungan Allah dan keredaanNya. Semoga dimurahkan rezeki, ditingkatkan iman, diberikan kebahagiaan rumah tangga.

27 October 2013

Hari Ulang Tahun Haji Adnan Haji Ahmad

Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk adik saya Haji Adnan. Didoakan ke hadrat Illahi semoga kehidupan beliau dan keluarganya sentiasa di dalam keredaan Illahi, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dimajukan perniagaannya dan ditingkatkan iman dan kesabaran. Ameen.

22 September 2013

Selamat Hari Ulangan Tahun Kelahiran Emak

Saya dah telepon emak saya dan mengucapkan 

"Selamat Menyambut Ulang Tahun kelahiran Emak.... ani doakan emak sentiasa di bawah lindungan Allah, sentiasa dikasihiNya, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberkati, diberikan kesihatan yang terbaik, jauh dari segala penyakit, sembuhkan juga penyakit yang ada, ditingkatkan kesabaran, ditingkatkan keredhaan dan ditambah ilmu yang berguna. Kami anak-anak emak sangat sayang pada mak".

16 September 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Adikku Ainee


Selamat menyambut Ulang tahun Kelahiran Ain, akak doakan agar Ain sentiasa di dalam keredaan Allah, di bawah lindungannya. Dimurahkan rezeki, diampunkan dosa, diberikan kesihatan yang cemerlang, didorongkan kerjaya yag terbaik dan paling utama semoga ditingkatkan iman.

Selamat maju jaya.

02 July 2013

Happy Birthday Mohamad Firdaus (Adik)

Adik, selamay menyambut hari ulang tahun kelahiran semoga adik dirahmati, ditingkatkan iman dan sentiasa berada di dalam keredhaan Allah selalu.
Dah fikir ke apa yang mak long cakapkan dulu?

18 June 2013

Hadiah Harijadiku Dari Jabatan

Ini adalah tanda ingatan daripada Jabatan saya sempena hari ulang tahun kelahiran saya yang secara kebetulan bersama dengan Hari Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Mei 2013 yang diadakan pada 28 Mei 2013. Sayangnya saya tidak dapat hadir kerana sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Nilai RM tidak penting dalam sesebuah pemberian, apa yang paling utama adalah tanda ingatan itu.... Terima kasihlah kepada semua warga JPWPKL...

15 June 2013

Happy Birthday Azmee

Selamat Menyambut Hari ulang TAHUN Kelahiran pada 15 Jun ini kepada adik saya Azmee.

Semoga diberkati dan dirahmati sentiasa.

06 April 2013

Happy Birthday Azman

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran adik saya Azman - yang keberapa itu kena tanya pada orangnya.
Saya nak ucapkan selamat menyambut hari lahir yang paling utama jangan sekali-kali dilupakan bahawa hari ini pada beberapa puluh tahun yang lepas emak sedang dalam kesakitan untuk melahirkan dia. Dalam kegembiraan menyambut hari kelahiran bersama keluarga tercinta, tidak patut kalau terlupa pada orang yang bertanggungjawab membawa kita ke dunia betul tak.

Semoga Allah sentiasa melindungi dia dan keluarganya, diberikan rezeki halal yang melimpah ruah dan ditingkatkan iman.

23 March 2013

Selamat Hari Ulang Tahun Abang (Adi)

Assalamualaikum Abang (Adi Nur Rasyid) selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran abang hari ini. Mak Long mendoakan agar Allah merahmati kehidupan abang sentiasa, namun begitu abang hendaklah sentiasa hidup dalam keadaan di bawah lindungan Allah.

Hiduplah dengan bahagia dan tingkatkanlah iman abang kerana kehidupan bukan sahaja di dunia ini tetapi juga adalah di akhirat.

Allah sentiasa menduga kita sebelum memberi kita kebahagiaan dan setiap kali abang diduga Allah, ingatlah bahawa itu adalah untuk peningkatan iman.

09 November 2012

Hari Ulang tahun Kelahiran Ayah. Kalau Ayah Masih Ada

Kalau ayah saya masih ada hingga sekarang, maka hari ini umur ayah adalah 76 tahun, tetapi Allah lebih menyayangi ayah di mana ayah telah dijemput kembali kepadaNya hampir 4 tahun lepas. Walaupun ayah dah tiada tetapi setiap masa kami sentiasa mengingati ayah. Kini hanya doa kami sahaja yang menemani ayah setiap hari. Semoga ayah sentiasa di dalam lindungan Allah dan ditempatkan di dalam kalangan orang soleh dan dikasihi Allah. Ayah berehatlah di sana dan kami akan hantarkan hadiah setiap hari kepada ayah.

Foto ini diambil semasa kami sekeluarga mengadakan Hari Keluarga di PD Golf and Country Club. Ayah dan kami semua sudah siap sedia untuk menikmati sarapan pagi di mana kami sempat ambil gambar ayah. Kini semua gambar ayah menjadi harta yang tidak ternilai untuk kami semua.

29 October 2010

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Adikku Adnan

Pada hari lahirnya, iaitu 27hb Oktober yang lepas, aku dah smskan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat adikku Haji Adnan bin Haji Ahmad, dengan diiringi doa semoga ditingkatkan iman dan kesabaran, dimurahkan rezkinya dan keluarga. Walaupun agak lewat - aku saja nak postkan ucapan yang sama ini kepada beliau. Doa aku mengiringinya selalu. Moga dimakbulkan oleh Allah hendaknya.

Birthday boy tengah potong kek, diperhatikan oleh anak saudaraku Amirul Rashid.