Showing posts with label Nini. Show all posts
Showing posts with label Nini. Show all posts

22 July 2016

Kucing dan Kotak

Kucing memangnya tidak boleh dipisahkan dengan kotak kertas. Kotak-kotak ini umpamakan ruang permainan, tempat bersembunyi dan yang paling popular adalah tempat mereka mengasah kuku. Photo di atas dan di bawah adalah Oky yang memuatkan dirinya dalam kotak kertas A4.

Masa ni Oky masih anak kucing lagi dan dia akan rasa sangat selamat bila berada dalam kotak tersebut.

Yang ini adalah Jiji, kotak ini saya bawa dari pejabat untuk dijadikan tempat bermain mereka. Kotak ini diterbalikkan dan dia berdiri dengan megah di atasnya.

Saya lebih suka membuka kotak supaya mereka boleh bermain di dalamnya. Selalu juga ada di antara mereka yang menjadikan kotak tempat tidur. Jiji dalam kotak, Manakala Nini, Kiki dan Bujang mengintai dari luar.

Abnag dan Hero juga suka bermain dengan kotak, agaknya Hero harap Abnag keluar dari dalam kotak untuk dia masuk, tapi si Abang terus menerus duduk dalam kotak.

Abang masih menguasai kotak dan akhirnya Hero putus asa.

04 December 2015

Gelagat Nini Dan Ibunya Oky

Kucing pun macam manusia walaupun sudah besar tetapi masih memerlukan kasih sayang dari ibu dan keluarga mereka, begitu juga dengan Nini dan Kiki, kucing betina anak kepada Oky. Nini dan 4 lagi adik beradiknya dilahirkan oleh Oky pada bulan Mac tahun lepas.

Walaupun dah hampir 2 tahun dia tetap bersifat keanak-anakan, selalu minta ibu atau abang-abang dan adik beradik yang lain menjilat dia. Dan kadang-kadang dia juga akan menjilat ibu dan adik-adiknya yang lain.

Kata orang Melayu kasih ibu sepanjang hayat, agaknya begitu juga dengan haiwan. Walaupun kadang-kadang saya nampak Oky macam rimas dan marah pada anak-anaknya yang suka 'meleseh' (bergesel) dengan dia, tapi akhirnya Oky akan jilat juga anak-anaknya.

Memelihara haiwan seperti kucing bukan untuk suka-suka je tapi memerhatikan sikap dan fitrah hidup mereka ada kalanya menjadikan pelajaran yang sangat bernilai bagi kita. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, dan kita yang memerhatikan mendapat hikmah dan hidayah dari sesuatu kejadian Allah swt.

Saya terfikir jika anak-anak kucing yang masih kecil dibuang, sedangkan mereka masih memerlukan kasih sayang, bagaimanakah pengakhiran hidup makhlok kecil tersebut. Mungkin disebabkan manusia tidak memikirkan haiwan ini juga punya nyawa dan hak untuk hidup makanya ada manusia yang dengan senang dan tanpa rasa bersalah membuang mereka di merata-rata termasuk di tepi jalan raya. Bagaimana rasanya hati manusia yang melihat anak-anak haiwan kecil yang dibuang menemui kematian? bersalah? menyesal? menangis? tepuk dada tanya iman.

13 June 2015

Apa Mereka Buat Kat Atas Tu???

Inilah gaya mereka pada minggu pertama mereka berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung saya. Mungkin disebabkan keluasan rumah kampung yang 3 kali ganda membuatkan mereka sentiasa explore rumah ni. Ada kalanya saya puas mencari-cari mereka merata tempat, rupa-rupanya mereka menemui tempat yang tersembunyi.

Tengok saja si Mimi dan Nini, mereka menjumpai tempat yang sangat strategik dia nampak kita tapi kita tak perasan mereka. Tempat pilihan itu ialah di atas almari di depan pintu bilik saya manakala Nini pula berada dalam bakul besar yang kosong.

Terjerit-jerit saya panggil mereka tetapi mereka tak berbunyi langsung. Puas cari bawah katil, almari kerusi dan peti sejuk, apabila mendongak saya ternampak kelibat Mimi dan selepas tu baru ternampak Nini dalam bakul. Kesian betul dengan mereka, saya tak dapat nak selami apa yang mereka rasa.

14 May 2015

Baby dan Nini

Kenangan Si baby dan Nina tidur bersama di atas rak baju saya. Tempat yang kecil tetapi mereka dua beradik berebut untuk tidur, tidak siapa pun yang mengalah, makanya terpaksalah tidur berhimpit-himpit.

Si baby terpaksa memberikan adiknya ruang yang besar untuk berlingkar. Baik betul si abang ni. Nini memang macam tu, dia sangat suka tidur berhimpit dengan abang-abangnya.

18 April 2015

Anak-Anakku Dengan Port Masing-Masing

Ini adalah bilik tidur saya. Kalau dilihatkan bilik ini penuh dengan tempat tidur kucing-kucing saya yang 11 ekor tu. Setiap kali saya masuk ke bilik, mereka semua akan mencari port masing-masing untuk beradu atau setidak-tidaknya bergoleh dan bergurau. Saya terpaksa menyediakan beberapa tempat untuk mereka jika tidak mereka akan berebut-rebut dan bergumpal serta tolak menolak. Kelakuan mereka ni sebiji macam kelakuan anak kecil. Sebab sayang saya sanggup berkongsi dengan mereka.

18 February 2015

Gaya Tidur Mereka

Oky sebelum tidur akan berangan dulu.

Baby akan tidur nyenyak di atas katil di sebalik selimut.

Adik suka tidur tinggi di tepi jendela.

Itam MB juga suka tidur atas tilam

Mimi gemar tidur atas meja tulis saya berhampiran tempat kerja saya di komputer.

Kiki tidur atas kerusi

Zizi juga suka tidur dalam bilik saya atas beg.

Nini suka tidur atas kotak besar yang di alas dengan tilam nipis.

Jiji manja dan suka tidur bersama dengan adik-adiknya yang lain.

Acik suka tidur di semua tempat.

31 December 2014

Salam Pengenalan Dari Abang dan Kakak

Si Kecik mulai minum dari bekas yang sama, ini adalah permulaan yang baik. Tiada mana-mana kucing saya yang cuba memarahi dia. Selamat datang Sayang... jadi 'anak' mummy yang baik ya...

Hanya beberapa jam saja Si Kecik menjadi ahli keluarga saya, dia disambut dengan baik oleh kucing-kucing saya yang lain. Nini dan Baby berikan ciuman perkenalan kepada Si Kecik, agaknya itu tandanya dia diterima dalam keluarga ini.

Manakala Oky memerhatikan Kecik hingga membuatkan Si Kecik takut dan cuba bersembunyi di bawah kerusi.

Apa agaknya dikatakan oleh mereka kepada Si Kecik? 

15 November 2014

Nini Anak Dara Bungsu

Anak dara bungsu saya yang diberi nama Nini. Suka tidur atas katil dan atas tilam dia. Kalau dia tidur tak de apa yang boleh buat diterkejut melainkan ciuman di kepala dia. Dia cukup rimas kalau saya nak cium dia. Tengok tu elok sangat mata dia terpejam dan foto bawah...

Besar mata dia bila saya nak cium dia... tapi dia masih tidak berganjak dari tilam dia...

11 October 2014

Nini Dah hampir Sembuh

Alhamdulillah, luka pembedahan Nini di perut dia dah hampir sembuh. Nini pun dah mula lasak, berlari, melompat dan bergurau dengan adik-adik dan ibunya. Tapi Nini selalu kesejukan terutamanya apabila tidur di dalam bilik hawa dingin.

Perut Nini yang dioperasi dicukur dan itu yang menyebabkan dia kesejukan. Nini kerap tidur atas tilam dan jarang saya lihat dia tidur di atas lantai simen, mungkin kerana sejuk.

Itu dia nyenyaknya dia tidur di atas katil, tetapi d atas tilam dia. Semoga Allah memelihara Nini dan semua kucing-kucing saya suoaya sihat sejahtera sentiasa. Ameen . . .

09 October 2014

Operasi OHE Nini - Saat Menunggu

Ini adalah anak dara saya yang paling bungsu. Sekarang ni kami sedang menunggu nombor giliran dipanggil di Bilik No. 7. Ini adalah bilik pembedahan, dan kali ini giliran Nini telah tiba. Sepatutnya kakaknya Kiki yang patut menjalanan operasi ini tetapi kerana kakaknya tidak sehat, Kiki telah miss beberapa giliran untuk vaksin.

Untuk menjalani OHE semua haiwan dan kucing mesti telah diberikan vaksin yang penuh. Namun pada 3 Oktober 2014, Kiki akan menjalani vaksin ketiganya dan setelah itu jadual Kiki ditentukan.


Budak nakal tetapi manja ni tak suka pintu carrier dia ditutup. Tiap kali tertutup dia akan bising dan mengganggu ketenteraman haiwan lain yang juga sedang berdebar-bedar (saya agak je).

Manja kat mummy dan meletakkan kepala dia atas tangan saya... masa ni rasa sangat kasihan pada Nini, tetapi terpaksa takut populasi kucing bertambah. Cukuplah 10 ekor sekarang ni.

02 October 2014

Jadual Vaksin Mimi, Kiki dan Nini

Veksin yang lepas dalam bulan September 2014, budak 3 beradik ni berkelakuan baik... tidak seperti sebelumnya bising dan stress.

Kali ini seperti biasa Kiki akan minta dikeluarkan sebab dia memang berjiwa bebas dan tidak suka dikurung. Manakal Nini dan Mimi tenang dalam carrier.

Wajah Mimi yang nampak relax...

Manakala wajah Kiki nampak stress dengan mata dia yang besar. Syukur alhamdulillah Mimi dan Nini dah sempurna veksinnya dan tinggal Kiki sahaja sekali lagi pada bulan ini.

24 August 2014

Kiki dan Nini

Kiki dan adiknya Nini selalu berebut tempat di tepi tingkap bilik tidur saya. Ada kalanya mereka berdua berebut-rebut dan menunjukkan kepakaran masing-masing memanjat grill tingkap tersebut, sehinggakan ada kalanya mereka tersepit antara besi grill dengan cermin tingkap. Kini tubuh badan mereka dah besar sedikit dan jika tersepit akan lebih merimaskan mereka dan makanya terjerit-jerit mereka minta pertolongan.

Apa nak kata mereka memangnya sangat nakal, tetapi saya terhibur. Kedua-dua mereka ni kucing betina dan corak bulu mereka tortoise shell. Warna mereka semakin besar semakin jelas berwarna merah dan mereka sangat manja dengan abang-abang mereka Baby dan Adik. Pada saya mereka memang cantik, nakal dan manja.

Tu dia Nini heroin saya dah sampai ke atas.

08 August 2014

Wawa Dan Si Manja

Balik beraya di kampong baru-baru ni saya ditemani oleh 9 ekor kucing yang saya pelihara di Kuala Lumpur. Kali ini balik kampung kereta saya penuh dengan penumpang-penumpang kecil ini di samping mak. Selepas ambil mak di Yayasan Al Jenderami, saya ambil keputusan untuk keluarkan semua kucing-kucing dari carrier mereka dan supaya mereka bebas bergerak di dalam kereta saya yang kecil.

Apabila tiba di rumah Adik, anak kucing Shima dah ada di rumah dan dia dah menguasai rumah. Takut mereka bergaduh saya mengambil keputusan untuk mengurung kucing-kucing saya di dalam bilik tidur saya sahaja. Makanya bilik air saya jadi bilik tandas mereka.

Wawa adalah anak saudara saya yang juga sangat sukakan kucing. Setiap hari dia akan berada di bilik saya untuk bermain dengan kucing-kucing tersebut. Sayangnya kebanyakan kucing-kucing saya sangat takutkan orang lain, jadi hanya 2 ekor tu sahaja (Mimi dan Nini) yang berani bermain dengan Wawa, manakala yang lainmenyorok di bawah katil.

Bergolek-golek si Mimi dan Si Nini bermain dengan Wawa. Sekejap melompat, sekejap mengeleng dan sekejap berpusing-pusing. Terkekeh-kekeh pula Wawa ketawa melihat gelagat Mimi dan Nini. Kucing sememangnya haiwan yang menenagkan perasaan manusia.