Showing posts with label Ammar. Show all posts
Showing posts with label Ammar. Show all posts

24 July 2015

Kesempatan Bergambar Raya 2015

Saya bersama dengan adik saya Ain dan Shima. Masa ini kami baru sahaja selesai menunaikan solat sunat di Masjid FBS.

Ain bersama dengan anak bungsunya Amir. Dah besar panjang Amir

Saya bersama dengan anak saudara saya Amir, semoga Allah swt merahmati dia, memberkati dia, memberikan hidayah yang lebih kepada dia, selamatkan dia dalam kehidupan, capaikan cita-cita dia dan yang paling utama capaikan juga cita-cita saya dan mamanya supaya Amir menjadi ustaz hafiz terbilang nanti.

Yang ini Shimah bersama anak bujangnya Ammar, tingginya Ammar dari ibunya. Kalo dulu masa bayi dan masa dia masih kecil, tak renggang dari pingggan ibunya dan duduk dalam pangkuan je.... Ammar tak suka dengan orang lain jadi ibunya jadi kenderaan dia selalu. Semoga Ammar sentiasa ingat jasa ayah dan ibu dia sentiasa.

31 October 2012

Selamat Hari Ulang tahun kelahiran 3A

Pada 26 Oktober 2012, di sebelah malam Shima, Ain dan saya berpakat untuk membuat jamuan meraikan harijadi bagi 3 orang ahli keluarga kami di mana tarikh lahir mereka berdekatan antara satu dengan lainnya. Ammar menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober, ayahnya Adnan menyambut pada 27 Okober dan Amir (anak Ain) pula menyambut hari ulang tahunnya pada 4 November.

Ketiga-tiga birthday boys sedang berkongsi pisau untuk memotong kek harijadi mereka. 

kai tidak berhasrat untuk masak banyak kerana hari dah malam.... rasanya cukup dengan goreng-gorengan sahaja

Hidang yang ringkas antaranya salad, wedges, chicken pop-corn, goreng puyuh, burger rusa, chicken chop dan nugget ikan.

Pelbagai jenis dressing dan sauce

Fruit cocktail antara campuran buah-buah dan nata de coco

08 August 2012

Koleksi Kad Raya Anak Saudara - Ammar



Kad ini dari Ammar Adnan dan saya dah tidak ingat pulak pada tahun bila dia hantarkan kad ini.
Sebagai menghargai usaha mereka saya memang ada menyimpan beberapa kad raya yang dihantarkan oleh anak-anak saudara saya terutamanya yang saya terima sebelum saya balik ke kampong untuk beraya. Biasanya kalau selepas hari raya kebanyakan kad-kad mereka sama ada hilang atau rosak kerana hujan, kad-kad yang dah rosak saya terpaksa buang. Itu yang menjadikan beberapa kad mereka yang tidak saya simpan.... Terima kasih Ammar... Mak Long sayang pada Ammar..

01 March 2011

Kini Mereka Dah Besar


Kak Ngah (Siti Nur Afifa) banyak berubah, kalau dulu masa kecil montel dan kini bila menjelang remaja makin kurus.


Ammar tetap macam masa kecil-kecil, tak besar cuma makin tinggi.


Abang (Adi Nur Rashid) masa kecil dia seorang kanak-kanak yang comel, dah besar ......

Apa pun aku doakan mereka semua akan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negaranya.