Showing posts with label Amirul. Show all posts
Showing posts with label Amirul. Show all posts

12 August 2012

Kad Raya Anak Saudara - Amirul 2009


Yang ini satu lagi kad raya yang dihantarkan oleh Amirul Azmee, kad raya ini adalah Aidil Fitri pada tahun 2009. Apa yang dicatat oleh Amirul (abang):
"Selamat Hari raya Mak Long, Abang kat MRSM nie, boring la.... Berat Mak Long dah turun sikit ke? Tahun nie abang raya kat umah we. Hari Isnin nie abang ada exam selaras 4. -- nie saja setakat nie. Bye"

Apalah abang dalam kad raya tanya berat badan mak long, macam bagi isyarat masaraya tidak boleh makan lebih.....

* Rumah we itu adalah rumah ibu bapa saya di Jasin.

09 August 2012

Kad Raya Anak Saudara - Amirul 2001

Yang ini adalah Kad Raya dari Amirul Azmee. Tak berapa jelas tulisan Amirul - tapi agak kreatif sebab dia buat sendiri kat ini, kad ini memenangi kad yang paling kreatif

Masa Amirul mereka kad ini, umur dia lebih kurang 4 atau 5 tahun kot. Kini dia dalam tingkat 4 di MRSM dan tentu sibuk dengan pelajaran atau sahabat-sahabatnya dan hilang daya kreatif dia. Biasalah budak-budak cepat hilang tumpuan. * kelakarnya ketupat warna kuning

Terima kasih abang..... Mak Long pun sayang abang.