Showing posts with label Memeluk Islam. Show all posts
Showing posts with label Memeluk Islam. Show all posts

07 June 2015

Buku: Akhirnya Ku Temui Cinta Mu . . lalu aku pun memeluk Islam

Dalam kesibukan dan keletihan kerana berpindah tempat kerja dan berpindah rumah, saya masih lagi meluangkan sedikit masa untuk menghabiskan buku ini. Akhirnya Ku Temui Cinta Mu . .  lalu aku pun memeluk Islam, itulah tajuk buku yang saya baca kali ini. Tajuknya sahaja sudah tentu dapat diteka oleh anda semua akan kisah yang dipenuhi di dada-dada muka surat yang berjumlah 206. Ya memang betul ianya adalah tentang perkongsian beberapa insan yang Allah swt berikan hidayah. Ada hidayah yang Allah berikan kepada insan yang kita sendiri rasa tidak mungkin mereka menjadi saudara kita, tetapi kuasa Allah siapa yang tahu.

Buku ini selesai saya baca pada 24 Mei 2015 jam 8.13 malam di kampong saya Felda Bukit Senggeh, Melaka.

Belilah buku ini dan bacalah kisah mereka yang mudah-mudahan memberikan keinsafan kepada kita terutamanya manusia yang sejak lahir telah muslim. 'Dengar'lah kisah mereka betapa sukarnya mereka mencari kebenaran tentang tuhan dalam hidup mereka, betapa sukarnya mereka melaksanakan hukum dalam Islam sebagai muslim, bagaimana Allah membolak-balikkan hati mereka, menduga mereka dan akhirnya menyanyangi mereka dan terus memberikan hidayah yang tidak dapat digoyahkan lagi.

Sesungguhnya ya Allah bimbinglah aku dan curahkanlah hidayahmu kepadaku seperti mana hidayah yang Kau berikan kepada mereka.

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

17 November 2014

Pendeta Katolik Masuk Islam Setelah 17 Bulan Koma

Ini 1 lagi kisah insan yang Allah swt berikan hidayah. Bertahundia hidup di jalan lain yang dia sendiri tidak sedar akan kebenaran, tetapi mungkin kerana keikhlasan dia, Allah berikan dia petunjuk yang tidak disangka-sangka. Mari kita ikuti kisah beliau.

Seorang paderi Katolik yang telah koma selama 17 bulan dan apabila dia sedar dia menyatakan dirinya adalah seorang Islam. Ia memaklumkan bahawa pada saat dia sedang koma dia mendengar Allah swt berkata-kata kepadanya serta menunjukkan akan keindahan langit. Paderi yang berusia 87 tahun dari Sepanyol telah menghambakan dirinya kepada agama keristian dengan memberikan ceramah agama dan khutbah mengikut ajaran kristian di pulau Jawa selama lebih dari 43 tahun. Makanya tak heranlah jika masyarakat menjadikan beliau sebagai tokoh yang cukup dihormati.

Namun begitu sungguh hairan apabila beliau memaklumkan bahawa beliau tidak tahu apa-apa tentang Islam. Namun beliau pernah sekali membaca Quran tetapi katanya "Tuhan berbicara kepada saya dan meminta saya untuk mengikutinya ke langit dan cahaya suci bersinar melalui seluruh diri saya dan melihat gerbang emas syurga muncul di hadapan saya dan Tuhan menyebutkan namanya ialah Allah,” itulah cerita Eduardo semasa beliau ditanya oleh wartawan dari Kalimantan Press.

Sungguh beruntung kerana beliau tidak mengalami cedera tulang belakang dan dapat berjalan secara
normal dengan segera. Doktar yang merawatnya di Metropolitan Medical Centre Jakarta Selatan sendiri menjadi hairan dengan perkara ini kerana bekas paderi ini terjatuh dari tingkat 2 pasaraya.

Sebagian besar pengikutnya terkejut ketika mengetahui keislaman Eduardo. Dan tak sedikit pula dari pengikutnya yang mulai tertarik untuk memeluk Islam. “Jika Allah adalah Allah yang benar, saya
tidak ingin disesatkan pada hari penghisaban nanti. Saya percaya Bapak Eduardo. Kita semua percaya padanya,” jelas salah satu pengikutnya.

Subhanallah, tiba-tiba saya rasa bertuah kerana saya terpilih lahir dalam keluarga Islam...

Sumber: rakan fb

29 August 2014

India film actress Monica converts to Islam

India film actress Monica, who has been queen of Tamil film industry for many years converted to Islam, The Times of India reported on May 31, 2014. Earlier, Bollywood’s internationally famous music directors A.R. Rahman and Yuvan Shankar Raja had converted to Islam. However, while Rahman and Shankar have continued to work in the film industry, Monica has decided to quit the film industry to get married and raise a family.

“I embraced Islam because I was attracted to Islamic rules especially the women’s rights in Islam. I started reading about Islam in 2010 with the misconception that it promotes extremism. However, during my research I found out that Islam is indeed a religion of peace,” she said.

“I have been practicing Islam for almost four years now. My father is a Christian and my mother is a Hindu and they support my decision fully. My last film ‘Nadhigal Nanaivathillai’ would be releasing soon and I won’t be acting in films henceforth,” Monica said during a press conference (video below) at RKV Studios on May 30, 2014.

Monica, 26, has changed her name to MG Rahima where ‘M’ has been extracted from her father’s name Marothi Raj while ‘G’ represents her mother’s name Gracy.

Born as Rekha Maruthiraj, she took the name Monica for her acting career in Tamil and Telugu films. Later, she changed her name to Parvana for Malayalam films

Monica has acted in nearly 70 Tamil, Telugu and Malayalam films like Inidhu Inidhu Kadhal Inidhu, Isai Arasan 23m Pulikesi, Varnam and the 2013 film Jannal Oram.

Monica won Tamil Nadu State Award as the best child actor for her performance in En Aasai Machan.
http://thedeenshow.com/watch/3177/indias-top-actress-monica-converts-to-islam

____________________________________________
Watch This weeks new show of TheDeenShow
https://www.youtube.com/watch?v=dsv5ouE91Uw

Please subscribe to my youtube channel
https://www.youtube.com/user/TheDeenShowTV?sub_confirmation=1

21 February 2014

SI PENENTANG ISLAM AKHIRNYA MEMELUK ISLAM

Namanya ialah Daniel Streich. Beliau adalah seorang tokoh terkenal daripada 'the Swiss's People Party (SVP)'. Pada awalnya beliau sangat lantang menentang pembangunan Masjid di negaranya Swizeland. Namun beliau berubah fikiran dan berubah halua apabila beliau memeluk Islam dan keislaman nya itu telah mengejutkan masyarakat di negaranya.

Laman sesawang islamicbulettin.com pernah melaporkan bahawa Daniel Streich adalah seorang penganut kristian yang taat. Dia dibesarkan dengan ajaran Kristian malah beliau bercita-cita menjadi seorang paderi di zaman remajanya.

Ketika zaman remaja, dia mulai gemar berpolitik dan terus terjun menjadi salah seorang anggota parti ternama di Swizerland iaitu The Swiss People's Party (Schweizerische Volkspartei, SVP).

SVP adalah merupakan parti utama di Swizerland yang turut dianggota oleh para cendekiawan, para mahasiswa, ilmuwan dan aktivis politik dari pelbagai latar belakang dan semestinya yang menyertai nya adalah Non Muslim. Parti ini menjadi penentang utama terhadap penyebaran Islam dan Daniel Streich merupakan salah seorang aktivisnya yang paling lantang berkempen menyeru penutupan semua masjid di Swizerland.

Dia telah mengadakan kempen anti-Islam ke seluruh negaranya. Bahkan dia telah menabur benih-benih kemarahan dan cemuhan di kalangan umat Islam di Swizerland. Daniel Streich berkata bahawa mimbar dan kubah masjid tidak sesuai dengan budaya negara itu. Dia juga menuding jari bahawa Islam adalah agama bagi pengganas, agama pembuat kerosakan dan memicu kekerasan.

Dalam usahanya untuk melenyapkan syiar Islam dari muka bumi Swiserland, dia berusaha bersungguh-sungguh sehingga sanggup mempelajari al Quran dan mendalami Islam. Dia berharap dengan memahami ajaran Nabi Muhammad itu, dia mampu meruntuhkan iman kaum Muslim. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, dia semakin terpesona dengan agama Allah ini. Dan sesungguhnya Allah itu maha berkehendak dan Maha memberi hidayah kepada sesiapa yang di kehendakiNya.

"Banyak jawapan dan perbezaan yang saya perolehi ketika mempelajari Islam. Agama Islam memberikan saya jawapan yang cukup bernas dan logik di atas persoalan-persoalan penting hidup yang saya tidak temui di dalam agama saya sebelum ini," katanya.

Kalau dulu Daniel Streich sering meluangkan waktu membaca Bible dan sering ke gereja tanpa gagal tetapi kini dia istiqamah membaca al Quran dan menyempurnakan solat lima waktu pada setiap hari dan rajin pula ke Masjid.. Subhanallah..

Dia mengambil keputusan untuk keluar daripada SVP dan mengumumkan status ke'Islaman'nya secara terbuka malah beliau berazam untuk membina masjid utama yang ke 5 di Swizerland yang dikatakan sebagai masjid yang tercantik di Eropah.

24 January 2014

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM...?

Saya meminjam artikel ini dari kawan fb saya. Pandangan ini patut kita kongsi bersama dan bertindaklah apa yang perlu. Jom baca:

TOLONG BACA !!! 'Pernah dengar tak cerita tentang Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau.

Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend. Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Atau pun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini iaitu Encik Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad di kalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4,776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuhnya adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Encik Zulkifli Nordin.

Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri. Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.   Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.   Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan di rumah. Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ...

Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, 'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.' Bayangkan hati seorang bapa.

Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. .... Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul.

Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.' Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal.

Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk. Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'. Contoh kes Hartina Haji Kamarudin. Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab repot anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan. Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan - hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya. Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu.

Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari. Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah. Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Di bawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.'

Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.'

Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar-tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, 'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita  Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? 'Rasullullah SAW menjawab,' Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya). Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.' Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati,

Pada tahun 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. Sayangnya pada tahun 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih? Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai, maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi .

Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu. Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.

Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik. Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. Sebenarnya dia ingin akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak...

Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, kongsikan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua. Akhir sekali, artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

‪Kawan‬-kawan yang dikasihi, tolong kongsikan artikel ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul. Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

Sumber: Rakan fb

18 November 2013

Paderi Di Rusia Memeluk Islam

SubhanaAllah, Alhamdulillah.. berita gembira untuk kita semua. Semoga kita semua terus diberi hidayah oleh Yang Maha Esa.

ISLAM di benua sebesar Rusia masih diselubungi misteri bak kabus yang sangat tebal. Ini apabila jumlah sebenar mereka yang menganut Islam di benua itu tidak ada dalam data yang tepat dan terkini.

Pakar mengenai agama itu, The Russian Islamogist, Roman Silantvev berkata, terdapat khabar angin yang tersebar luas mengatakan sehingga kini terdapat hampir 20 juta penduduk Rusia merupakan penganut Islam.

“Ternyata khabar angin itu tidak realistik,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Rusia, Interfax dua tahun lalu.

Menurutnya, jumlah penduduk Islam mengikut etnik-etnik yang ada di benua itu dikatakan seramai 14.5 juta sahaja. Namun jumlah sebenar dikatakan kurang iaitu terdapat 7 hingga 9 juta orang sahaja yang beragama Islam.

“Satu lagi khabar angin popular yang juga tidak benar, yang mengatakan etnik Rusia terutamanya yang menganut Yahudi dan Kristian semakin ramai yang memeluk Islam pada hari ini.

“Sedangkan yang berlaku sejak 15 tahun lalu sehingga kini, dilaporkan hanya seramai 3,000 orang sahaja yang memeluk Islam, iaitu satu jumlah tidak memberikan makna dan signifikan yang besar,” jelasnya.

Namun selepas dirujuk pada lama web ensiklopedia percuma di Internet Wikipedia, Islam dikatakan agama kedua yang paling ramai dianuti di Persekutuan Rusia. Dianggarkan kini terdapat seramai 20 juta penduduknya merupakan penganut Islam. Ia adalah pertambahan hampir 40 peratus sejak 15 tahun lalu dengan 6 juta dari mereka terdiri daripada penduduk asal yang beragama Islam.

Namun Silantvev perlu menerima hakikat sekalipun jumlah tidak menjanjikan signifikan tetapi bagaimana seorang yang bertaraf paderi besar dari gereja utama di negara itu akhirnya memeluk Islam?

Pada tahun 1999, berita pengislaman bekas Paderi Gereja Ortodoks Rusia, Viacheslav Sergeevich Polosin, 53, yang juga pengerusi jawatankuasa Committee of the Supreme Soviet on Freedom of Conscience bagaikan satu sinar yang memecahkan kabus itu.

Namun Polosin dituduh mengalami masalah psikologi akibat tekanan politik apabila dikatakan meninggalkan agama Kristian itu.

Jika Polosin menukar mazhab dari Ortodoks kepada Prostestan, mungkin masih boleh dimaafkan tetapi kini dengan nama baru iaitu Ali, bagaimana ini dapat diterima oleh masyarakat Kristian?

“Sedari kecil saya percaya mengenai kewujudan tuhan sehinggalah melanjutkan pelajaran ke universiti. Barulah saya mengenali mengenai agama iaitu Kristian diikuti mengunjungi gereja bagi saya mengenali lebih lanjut mengenai Kristian, sesuatu yang tidak saya temui ketika menghadiri kelas pengajian falsafah di universiti,” katanya.

Perkara ini bukan sesuatu yang pelik apabila Rusia berkiblatkan komunisme sebagai dasar pemerintahan dan peraturan kehidupan. Perkara mengenai agama tentunya sesuatu yang sangat asing.

Walaupun segala ajaran mengenai Kristian boleh dipetik bagaikan di hujung jarinya, namun bekas paderi itu mengakui Islam merupakan jalan yang paling lurus (the straight path) menuju kebenaran.

“Dalam Kristian ‘jalan lurus’ itu juga disebut beberapa kali dalam Kitab Perjanjian Lama.

“Dalam kitab itu diceritakan apabila Raja (King David) yang melalui jalan yang permukaannya berbatu-batu di daerah berbukit Palestin, maka pembantu baginda bertindak membersihkan jalan itu dan turut memastikan bahawa ‘jalan itu lurus’.

“Ini diikuti nabi John the Forerunner yang mengajak semua supaya mengakui ketuhanan Jesus sebagai ‘jalan yang lurus’ dengan meninggalkan kepercayaan karut yang dianuti sebelum ini,” katanya.

‘Jalan lurus’

Namun kata Polosin, ‘jalan lurus’ menurut al-Quran adalah yang paling benar. Kehidupan manusia merupakan satu perjalanan lurus menuju kepada Allah tanpa perlu melalui mana-mana orang tengah atau wakil mahupun sebarang objek penyembahan.

“Nabi Isa sendiri dalam ajaran baginda yang sebenar mahukan manusia memalingkan muka mereka kepada satu-satunya Tuhan (to ‘thou’, ‘Abba, Father’) bukannya diri baginda sebagai tuhan seperti mana yang berlaku dalam ajaran itu kini,” katanya.

Polosin mengakui bahawa memeluk Islam di sebuah negara seperti Rusia tidak dilihat sebagai satu perbuatan yang dapat diterima.

“Tetapi isunya kini, bukan sangat kerana memeluk satu ajaran baru tetapi satu pengakuan kepada satu ajaran kepada percaya tuhan yang satu secara lebih tegas. Kepercayaan saya kepada Tuhan tidak pernah berubah cuma menjadi lebih kuat, itu sahaja,” ujarnya.

Untuk Polosin mengakui keesaan Allah merupakan hasil dari satu perjalanan yang cukup panjang beliau berusaha sedapat boleh untuk mengenali Islam dari apa juga aspek. Sedari soal ketuhanan sehinggalah kepada sosial, politik dan hari pembalasan.

“Saya mengkaji hampir kesemua penulisan buku terutama sejarah Kristian dan Islam dari ramai penulis termasuk ahli falsafah terkenal Perancis, Rene Genon yang turut memeluk Islam.

“Prosesnya cukup panjang kerana Islam bagi saya merupakan satu transisi atau peningkatan kepercayaan yang lebih berkualiti dan menjadi satu peringkat baru yang perlu saya lalui,” kata Polosin yang turut menganggap perbincangan bersama seorang tokoh Islam Rusia, Murad Zargishiev memberikan pengaruh besar dalam hidupnya.

Ditanya sama ada bekas paderi itu kini sudah tidak mempercayai Nabi Isa sebagai Al Masih (penyelamat), Polosin menjelaskan bahawa beliau tetap mempercayai baginda.

“Nabi Isa sebagaimana yang dikisahkan dalam Perjanjian Lama (Injil) diterima sebagaimana diceritakan sedangkan ketepatan atau kebenaran mengenai teks Kitab itu sendiri tidak dapat ditentukan kesahihannya.

“Berbanding dengan al-Quran disebutkan baginda merupakan seorang nabi. Seorang yang benar dengan dikurniakan Allah dengan kebolehan yang ajaib dan adalah benar baginda seorang Penyelamat kerana itu baginda digelar Al Masih (Messiah),” katanya.

Nabi Isa

Polosin menjelaskan doktrin mengenai ketuhanan Nabi Isa hanya muncul pada abad ke-4 selepas Masihi (kelahiran Nabi Isa) dan dijadikan satu dogma agama yang rasmi pada abad ke 5 (SM). Namun, untuk beberapa abad sebelum itu penganut Kristian tidak pula mengakui bahawa Nabi Isa itu tuhan.

Hasil kajian mendalam, Polosin menyedari Islam bukanlah tunas baru yang lahir dari Kristian tetapi satu reformasi kedua yang paling hebat berlaku selepas agama nabi Ibrahim, Hanif.

“Nabi Isa pula membawa misi kebenaran bagi membersihkan amalan-amalan pagan yang dilakukan oleh kaumnya. Namun sesetengah pengikut tidak mahu mengikut baginda malah merancang untuk membunuhnya pula.

“Mereka ini yang kemudiannya melahirkan agama Yahudi menyebabkan Islam lahir bagi membawa seluruh manusia ke jalan yang benar dengan cara hidup berlandaskan al-Quran dan Sunnah Nabi,” katanya.

Mengenai peralihan dari kepercayaan Trinity yang menjadi asas kuat kepada dogma ajaran Kristian Ortodoks, Polosin berkata, pengikut ajaran itu sebenarnya tidak mengetahui hakikat kewujudan Allah yang mereka sangkakan mesti dalam ‘bentuk’ sesuatu.

“Mereka tidak mengetahui mengenai bentuk tuhan itu tetapi pengikut Kristian tanpa dapat membezakan antara yang benar dan salah, lalu mengambil seseorang sebagai bukti bahawa tuhan itu benar-benar ‘wujud.’

“Sedangkan manusia tidak akan mampu menerima ‘penjelmaan’ itu menyebabkan tuhan tidak lagi satu malah dua atau lebih yang tentunya bukan satu lambang kekuasaan dan keesaan-Nya,” ujarnya yang mengkaji dari zaman Greek Lama mengenai penciptaan Kitab Perjanjian Lama dan langsung dibandingkan dengan isi kandungan al-Quran.

Beliau tidak menafikan sewaktu bergelar paderi besar itu berlaku pembersihan rohani yang menimbulkan terlalu banyak keraguan di dalam hati sehingga menyebabkan beliau memikirkan semula apa yang telah beliau ketahui dan lalui.

Pengakuan keislaman beliau diakui tidak dapat diterima oleh pelbagai pihak malah sebagai yang begitu ‘alim’ dalam ajaran Kristian. Mungkinkah terdapat motif lain yang terselindung?

Sumber: Utusan Malaysia

06 November 2013

Dinyatakan Hilang Selama 33 Tahun Di Afghanistan, Tentara Soviet Ini Masuk Islam

BAKHRETDIN Khakimov, seorang tentara Soviet yang dilaporkan hilang selama perang Soviet di Afghanistan dilaporkan masih hidup sebagai petugas lokal di provinsi Heart, Afghanistan. Bukan itu saja, tentara Soviet itu dilaporkan telah memeluk Islam. Namanya sekarang adalah Syeikh Abdullah.

Pada tahun 1979, ia ikut invasi Soviet ke Afghanistan. Namun di bulan-bulan pertamanya, ia diserang . Setelah itu, ia dinyatakan hilang dan mungkin dilaporkan mati.

Abdullah, berasal dari negara bekas Soviet di Asia Tengah Uzbekistan.

Wakil kepala komite veteran perang Afghanistan mengatakan bahwa Abdullah sudah lupa akan negara dan bahasa asalnya. Ia juga tidak pernah mencoba untuk menghubungi keluarganya setelah menderita trauma dalam pertempuran itu. Sheikh Abdullah menikah, namun istrinya sudah meninggal dan ia tidak memiliki anak.

Komite veteran perang mengatakan telah menemukan 29 orang dari 264 tentara yang masih terdaftar hilang selama perang Afghanistan satu dekade.

Diberikan pilihan untuk kembali ke rumah, tujuh di antaranya memilih untuk tinggal di Afghanistan. Sekitar 15.000 tentara Soviet tewas dalam pertempuran Soviet dan dan kaum Mujahidin di Afghanistan.

Sumber: Islampos

21 October 2013

PENGUSAHA PUB MENEMUI HIDAYAH MELALUI PUISI

Pedro di hadapan Masjid Kg Pandan,
tempat di mana beliau melafazkan syahadah
buat pertama kalinya
Pedro dilahirkan berbangsa Portugis di Melaka 56 tahun yang lalu. Beliau seorang penganut agama Kristian. Sumber pendapatannya ialah melalui sebuah restoran dan pub yang diusahakannya sekian lama.

Perniagaan PUBnya sungguh laris dan dipenuhi pelanggan setiap malam. Dia seorang yang mudah mesra dan bijak melayan para pelanggannya. Setiap malam dia akan minum arak bersama mereka. Berpuluh tahun lamanya, itulah cara hidup yang diketahuinya. Ramai pelanggan menjadi sahabat karibnya, bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga di kalangan golongan ekspatriat yang ramai terdapat di sekitar Ampang yang terkenal dengan kawasan pejabat Kedutaan. Perniagaannya berkembang maju dan hidupnya mewah hasil dari penjualan arak.

Beberapa bulan sebelum Ramadhan 1432, hidupnya berubah secara drastik. Tidak tahu dimana dan bagaimana untuk memulakan cerita…secara tiba-tiba berbagai persoalan tentang Tuhan dan kehidupan masuk ke dalam fikirannya. Persoalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Hidupnya menjadi tidak keruan, jiwanya kacau, benaknya diasak persoalan.

Tidak mampu membendung perasaan ketika menceritakan
bagaimana hidayah Allah datang kepadanya.
Tiba-tiba bagai ada satu kuasa menyuruhnya untuk menulis bait-bait puisi yang ada di dalam kepalanya. Dia tidak faham apa yang ditulisnya lalu Pedro merujuk kepada seorang sahabatnya seorang penulis. Menurut sahabatnya apa yang digambarkan di dalam puisinya itu berbicara tentang Allah yang satu. Pedro menjadi bertambah bingung.

Suatu malam dia tersentak dari tidurnya dan serta-merta mulutnya menyebut “Allahuakbar”….. ungkapan yang tidak pernah disebutnya selama ini. Pedro tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Bagaikan ada suatu desakan di dalam nalurinya untuk segera beriman kepada Allah.

Keesokannya hari Sabtu dia memohon bantuan seorang rakan untuk membawanya ke PERKIM. 2 jam menunggu rakan itu tidak kunjung tiba. Pedro terus memandu ke PERKIM sendirian. Tiba di PERKIM, Pengawal Keselamatan di situ enggan membenarkan dia masuk dengan alasan pejabat tutup, meskipun terdapat beberapa orang ustaz yang sedang mengajar kelas agama di tingkat atas.

Pedro terus memandu dan tidak tahu ke mana arah untuk dituju dan kepada siapa untuk mengadu. Dia tidak lagi dapat menanggung desakan di dalam jiwanya yang tidak akan tenteram selagi dia tidak menemukan jawapannya hari itu juga. Lalu dia terpandang sebuah masjid berhampiran dan mengambil keputusan untuk berhenti dan masuk memohon bantuan. Dia terserempak dengan beberapa orang jemaah yang baru habis menunaikan solat dan meminta mereka membawanya bertemu dengan orang yang dapat membantunya. Mereka seakan tidak acuh dengan permintaannya dan menyuruh dia masuk ke dalam mencari sendiri. Akhirnya beberapa orang pengikut tabligh yang berada di dalam masjid menawarkan diri untuk membawa dia ke rumah Imam yang terletak di belakang masjid.

Malangnya Imam sudah keluar. Lalu mereka mengambil keputusan untuk memohon bantuan pembantu Imam. Sampai di rumahnya, isteri pembantu imam tidak membenarkan mereka mengganggu suaminya yang sedang tidur. Walaupun dipujuk berkali-kali dia tetap enggan mengejutkan Imam. Dengan kuasa Allah tiba-tba Imam pun tiba dengan motorsikalnya di rumah bersebelahan. Lalu mereka menemui beliau dan memohon bantuannya. Hari itu juga Pedro memeluk islam dan memilih “Abdul Aziz” sebagai nama baru.

Meskipun berbagai rintangan yang dihadapi dengan kerenah beberapa orang yang enggan membantunya, Pedro sedikit pun tidak berasa hati malah menganggap itu semua sebagai dugaan dari Yang Maha Kuasa untuk menguji samada dia benar-benar yakin dengan keputusannya untuk beriman kepada Allah Yang Satu.

Namun dugaannya tidak terhenti di situ sahaja malah menjadi tambah hebat lagi. Penghijrahan Pedro telah menyebabkan dia kehilangan isteri dan anak-anaknya. Isterinya yang juga merupakan rakan kongsi mengambil keputusan untuk pulang ke Ipoh. Kesemua pekerjanya juga bertindak berhenti kerja termasuk mereka yang beragama islam. Ada yang berkata “This business will not survive if you stop selling drinks (Beer), you will be a bankrupt! Mark my Word!”. Para pelanggan juga menjauhkan diri. Malah ada yang marah dan menganggapnya gila kerana menutup pub.

Fauzi, Pengurus Restoran milik Pedro yang telah bekerja dengannya lebih dari 15 tahun. 
Perubahan Pedro telah mendorong kakitangannya untuk 
turut berubah menjadi insan yang lebih baik.
4 hari selepas berakhirnya Ramadhan, Pedro membuka restorannya semula dan menukar ia dari sebuah pub kepada sebuah Restoran Portugis Islam. Pekerjanya yang beragama Islam juga kembali bekerja malah telah menjadikan Pedro sebagai inspirasi dan contoh untuk mereka bertaubat dan mendekati Allah. Mereka mula berusaha untuk tidak meninggalkan solat.

Isterinya masih lagi seorang Kristian…seperti kata Pedro; “berikan dia masa…hidayah itu harus datang dari dalam dirinya dan bukan dipaksa”. Anak-anaknya secara perlahan-lahan sudah mula dapat menerima Pedro sebagai seorang Islam.

Pedro harus bangkit semula membina hidupnya di hujung usia setelah kehilangan semua pelanggannya. Jika dahulu dia boleh memperolehi pendapatan sehingga 5 ribu ringgit sehari, sekarang 500 ringgit pun agak payah. Namun keyakinannya terhadap agama yang dipilihnya menjadikan dia lebih tabah dan pasti bahawa hidupnya kini lebih baik dari hari-hari semalam.

Inilah kisah beliau. Kisah sebuah penghijrahan dari kejahilan ke jalan Allah SWT dan bagaimana ia merubah 360darjah hidupnya.

Ketika saya meminta untuk menulis kisah beliau, Pedro sangat keberatan. Beliau tidak mahu menggunakan Islam sebagai landasan untuk menarik pelanggan ke restorannya. Tetapi setelah dipujuk dan saya menyatakan niat saya supaya ceritanya ini untuk tujuan berdakwah dan sebagai inspirasi kepada orang lain barulah beliau bersetuju.

Dr. SAM, salah seorang sahabat Pedro sejak zaman
sebelum dia memeluk islam lagi.
*Jika anda berada di sekitar Ampang saya sarankan untuk menyokong saudara baru kita ini dengan mengunjungi Restoran beliau Alamat: Restoran Pedro Portugis Muslim, C-G, Dataran Palma, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor. Restoran ini juga menyediakan hidangan buffet setiap Sabtu dari 7pm -10pm. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. Amin.

**Kisah Pedro ini akan dijadikan sebuah dokumentari untuk tayangan sempena Maal Hijrah (27 November 2011) di TVAlhijrah (ASTRO114). Untuk maklumat lanjut sila ke link berikuthttp://www.facebook.com/pages/4-Hidayah-4-Hijrah/205165492889000

Updated 12/11/2011

Assalammualaikum, Alhamdulillah…Restoran Portugis Muslim Abdul Pedro di Dataran Palma Ampang telah dibeli oleh pihak lain mulai 16 Nov 2011. Tarikh dan tempat bagi restoran beliau yang baru akan diumumkan kemudian. Saudara Abdul Aziz Pedro mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah datang berkunjung dan memberikan sokongan setelah membaca kisah beliau - ERA RAMLY

08 October 2013

Pierre Vogel adalah Abu Hamza

Salah seorang wartawan bertanya kepada pendakwah terkemuka German iaitu Pierre Vogel atau nama islamnya Abu Hamza tentang kaitan antara keganasan dan Islam, beliau dengan lantang dan berani menjawab:

"Siapa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama? adakah orang Islam?

Siapa yang mencetuskan Perang Dunia kedua? Adakah orang Islam ?

Siapa pula yang telah membunuh 20 juta nyawa suku kaum Aborigine Australia? Adakah orang Islam?

Siapakah yang menghantar bom untuk menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki? Adakah orang Islam?.

Siapa pula yang membunuh lebih 100 juta orang Indian Amerika Utara? adakah orang Islam?

Dan siapa yang membunuh 50 juta orang Indian di Selatan Amerika? Adakah orang Islam?

Siapa pula yang menjadikan seramai 180 juta orang-orang Afrika sebagai hamba dan 88% dari hamba-hamba itu mati dibuang di lautan Atlantik!! adakah orang Islam yang melakukannya??

TIDAK ADA DI ANTARA KALANGAN PELAKU-PELAKU ITU ADALAH ORANG-ORANG ISLAM !!

Sebelum itu, hendaklah anda ketahui maksud ''terrorisme'' dengan baik. Kalau non-muslim lakukan apa-apa kesalahan seperti di atas mereka akan disebut sebagai penjenayah, tetapi jika orang muslim yang melakkukan kesalahan seumpamanya, dia disifatkan sebagai pengamal terrorisme, pengganas, pemberontak! oleh itu anda hendaklah membuat 2 kali timbangan, anda akan tahu dan mengerti siapakah yang sebenarnya PENGGANAS/ TERRORIST''

- Pierre Vogel-

SEDIKIT INFO MENGENAI PIERRE VOGEL.

Pierre Vogel di lahirkan pada 20 Julai 1978 di Frechen. Merupakan seorang ustaz, penceramah bebas, pendakwah dan merupakan bekas peninju professional.

Pierre Vogel yang lantang bersuara ini memeluk Islam pada tahun 2001 dan menukar namanya kepada Abu Hamza dan setelah memeluk islam, beliau mempelajari agama Islam, ilmu Al Quran dan kemahiran bertutur bahasa Arab di sebuah Intitusi Pengajian Islam Swasta terkemuka di Mekah iaitu di Om Al Quran.

Sekembalinya beliau ke Berlin, Jerman pada tahun 2006, beliau mengajar dan menjadi seorang guru agama di masjid Al-Nur-Moschee (mosque) Neukölln, dijemput berceramah di kuliah-kuliah Universiti bahkan berdakwah kepada penganut agama lain juga.

Pierre Vogel berkahwin dengan seorang wanita dari Maghribi dan memiliki tiga orang cahaya mata. Sepanjang perjalanan beliau berdakwah, terlalu banyak kecaman, ancaman, fitnah, kritika dan yang keterlaluan, sabotaj, dan pelbagai hinaan di terima oleh beliau kerana kelantangan bersuara membela umat Islam dan Islam dan juga kerana dakwah beliau, namun Pierre Vogel masih bergerak aktif berdakwah dan tidak pernah berputus asa.

Sumber: fb Ustadz Jefry Al-Bukhori

28 September 2013

Dubes Paraguay untuk ASEAN Putuskan Masuk Islam

Oleh Pizaro — Sabtu 23 Zulkaedah 1434 / 28 September 2013 08:50

DUTA Besar Paraguay untuk Indonesia dan ASEAN, His Excellenty Caesar Esteban Grillon Conigliaro, menyatakan diri berhijrah menjadi mualaf, setelah mengucapkan dua kalimat syahadat di hadapan ribuan umat Islam di Masjid Istiqlal, Jakarta, selepas Shalat Jum’at (29/9).

Prosesi pengucapan syahadat dibimbing langsung oleh Imam Besar Masjid Istiqlal, KH. Aly Mustafa Ya’qub, dan disaksikan oleh Menteri Agama Republik Indonesia Suryadharma Ali.

Caesar Grillon Mengatakan hijrahnya ke agama Islam bukanlah karena paksaan, atau karena alasan menikah dengan wanita muslimah, tapi memang karena hidayah dari Allah dan didorong oleh kesadaran dari dirinya sendiri setelah meyaksikan kehidupan umat Islam di Indonesia.

Hidayah itu, katanya, ditunjukkan Allah melalui jodoh yang dia dapatkan, yakni seorang muslimah Indonesia bernama Yuli Setyohadi.

Caesar mengucapkan syahadat dalam bahasa Arab, “Asyhadu anla Ilaha illa Allah, Wa asyhadu anna Muhammad ar Rasulullah,” katanya dengan terbata.

Selepas mengucapkan syahadat, Ali Mustafa Ya’qub memberikan nasihat dan beberapa buku panduan agama Islam. Prosesi pengucapan syahadat pria kelahiran Asuncion, Paraguay pada 1957 ini segera disambut pekikan takbir dari ribuan hadirin yang menyemut di depan mihrab Masjid Istiqlal. 

20 September 2013

Jururawat Amerika Memeluk Agama Islam

Seorang jururawat dari Amerika Syarikat bercerita mengenai perjalanannya sehingga beliau terbuka pintu hati untuk peluk agama suci kita, Islam. Pertama kali aku mendengar bicara mengenai Islam ialah ketika sedang menonton satu program di TV. Aku ketawa mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka.

Setahun selepas itu, sekali lagi aku mendengar tentang ajaran Islam. Kamu tahu di mana? Di hospital tempat aku bekerja.

Hari itu sepasang suami isteri datang membawa seorang wanita tua yang sakit tenat. Si isteri duduk di hadapan tempat dudukku memerhatikan aku menjalankan tugasku. Aku perhatikan dia benar-benar dalam keadaan resah. Sekali sekala dia mengesat air matanya yang tak henti-henti mengalir.

Acuh tak acuh aku bertanya kenapa dia begitu sedih dan menangis tak henti-henti? Katanya, dia dan suami datang dari jauh, mencari tempat untuk merawat ibu mertuanya. Sambil bercakap dia tidak reda menangis dan berdoa agar ibu mertuanya sembuh dan kembali pulih.

Aku tergamam. Kagum dan kaget. Dia datang dari jauh bersama suami semata-mata bertujuan untuk merawat ibunya. Tiba-tiba aku teringatkan ibuku. Aku bertanya kepada diri sendiri, di mana ibuku? Sudah empat bulan aku tidak bertemu dengannya dan sampai saat ini aku tidak terfikir untuk menziarahinya. Itu ibuku sendiri, bagaimana pula kalau ibu mertuaku?

Sungguh. Aku benar-benar kagum melihat suami isteri ini, lebih-lebih lagi keadaan ibu sangat tenat, harapan untuk hidup dan sembuh terlalu tipis. Dan yang lebih mengkagumkan aku ialah si isteri. Apa masalah dia, walhal yang sakit ibu suaminya. Buat apa dia menyusahkan diri memberi perhatian kepada wanita tua yang bukan ibunya, pada hal dia seorang perempuan muda dan cantik? Kenapa?

Itulah persoalan yang berlegar di dalam benakku. Segenap ruang dalam fikiranku seoalah-olah dipenuhi persoalan itu sahaja! Aku bayangkan diriku berada di tempat wanita tua yang sedang bertarung dengan kematian itu. Alangkah bahagianya ku rasa! Alangkah beruntungnya wanita tua itu! Sungguh aku cemburu akan keberuntungannya! Suami isteri yang baik itu berada di sisinya sepanjang waktu. Panggilan telefon dari luar pula hampir tidak putus bertanyakan hal keadaan ibu tua yang sedang sakit tenat.

Suatu hari ketika aku masuk ke ruang menunggu, aku dapati si isteri sedang bersendirian di situ. Aku menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa soalan yang aku inginkan jawapannya. Aku begitu terpukau mendengar penjelasannya tentang hak ibu bapa di dalam Islam dan betapa Islam mengangkat darjat kedua-duanya serta bagaimana sepatutnya kita berinteraksi dan melayani kedua-dua ibu bapa.

Beberapa hari kemudian ibu tua pun meninggal dunia. Wanita muda dan suaminya menangis sekuat-kuatnya seperti kanak-kanak yang masih kecil.

Selepas itu keadaan suami isteri muda dan hak ibu bapa dalam Islam terus menghantui fikiranku. Aku menulis surat kepada sebuah pusat Islam meminta buku-buku mengenai hak ibu bapa dalam Islam. Setelah membacanya, aku hidup dalam mimpi indah yang tidak pernah pergi dari sisiku.

Aku bayangkan aku seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang sangat menyayangiku, sentiasa mengambil berat tentang diriku dan berbakti kepadaku sehingga ke penghujung usiaku tanpa mengharap apa-apa balasan daripadaku. Dengan mimpi yang indah itu membuatkan aku terus mengisytiharkan keislamanku walaupun aku belum mengetahui apa-apa tentang Islam kecuali hak ibu dan bapa. Alhamdulillah aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga baru memeluk Islam dan kini telah dikurniakan beberapa orang anak yang aku sentiasa doakan kesihatan.

- See more at: http://fuh.my/kisah-menarik-jururawat-amerika-memeluk-agama-islam/#sthash.l4xaee0e.dpuf

18 September 2013

Mengapa Seorang Yahudi Peluk Islam?

“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah untuk menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha . . . sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam. Aku tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, dan siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.

Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebabaku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”

Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupunakhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebabkitatelah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya?Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jikamampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami. Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.

Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada namaseseorang.. Ok..kitatengokpulasiapakahJesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia. Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang adanama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.

Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..

Allahu Akbar…….

Oleh Michael David Shapiro Wallahualam..”

14 September 2013

Makin Ragu akan Agamanya, Malcolm Masuk Islam

By Saefullah on September 1, 2013

MENGAPA seorang anak muda berhaluan kiri dari salah satu negara di dunia yang paling sekuler dan liberal memilih untuk menjadi seorang Muslim yang shaleh?

Malcom adalah seorang guru musik di Stockholm, Swedia. Sepanjang hidupnya, ia selalu mencari kebenaran dari agama.

“Saya tidak pernah meragukan keyakinan saya,” katanya kepada saat kunjungannya ke Beirut suatu kali. “Rasanya saya seperti memiliki iman yang sama sepanjang waktu, tapi rasanya begitu rapi dirumuskan dalam Islam.”.

“Saya merasa sangat nyaman sebagai seorang Muslim …. Kita makhluk sosial dan kita ingin merasakan rasa memiliki,” katanya. “Jika tidak klan, mungkin sebagai suatu bangsa atau tim sepak bola. Bagi saya adalah baik untuk memiliki sesuatu yang dimiliki, tapi tidak dalam sebuah bangsa tertentu atau tim sepak bola.”

Tumbuh di tengah lingkungan mayoritas Protestan, Malcolm semakin hari semakin ragu tentang agama yang ia anut selama itu.

Ia mulai mempelajari agama-agama yang berbeda dan membaca teks filsafat. Dia merasa tertarik pada Islam dan terpesona oleh ajarannya, terutama ilmu pengetahuan yang ada dalam Islam.

Dia menggunakan internet untuk belajar tentang Islam dan Qur’an, menghabiskan waktu berjam-jam di depan komputer belajar bagaimana membaca Quran dan menghafal bagian-bagiannya.

Malcolm bukan satu-satunya anggota keluarganya yang memeluk Islam. Kakaknya juga, menjadi seorang Muslim.

Hari dimana ia “resmi” menjadi seorang Muslim terjadi sekitar tiga tahun yang lalu.

Dia menghadiri salat Jumat di masjid besar Stockholm. Ketika itu Imam meraih mikrofon dan mengatakan dengan lembut: “Sekarang, kita memiliki seorang saudara yang akan mengucapkan Syahadat.”

Ruangan itu menjadi tenang saat Malcom yang berambut pirang dan bermata biru, bangkit dari tempat duduknya dan mulai membaca Syahadah bersama imam dalam bahasa Arab. Berdiri di lantai atas, di bagian perempuan, istrinya yang sudah Muslim mengawasinya.

“Rasanya luar biasa. Ketika selesai, semua orang datang pada saya, memeluk dan memberi ucapan … satu orang dari Maroko memberi saya sebuah kaftan sebagai hadiah,” kata Malcolm.

Sejak itu, Malcolm hidup dalam aturan Islam. Tidak ada daging babi di piring makan malamnya. Tak ada lagi alkohol. Tidak ada judi di akhir pekan. Selama bulan suci Ramadhan, dia puasa. Ia juga selalu shalat berjamaah di masjid setiap kali ia bisa.

Kakaknya, katanya, bahkan mempelajari Islam Islam lebih dalam sebelum masuk Islam.

Mengapa memeluk Islam, Malcom? “Dalam hal ini, Islam benar-benar melawan kapitalisme.”

Sebagai seorang Muslim yang tinggal di Eropa, Malcolm selalu khawatir akan penghinaan terhadap Islam di wilayah tersebut seperti larangan burka di Prancis, atau larangan kubah masjid di Swiss.

Welcome, Brother! [sa/islampos/latimes]

01 September 2013

KISAH ADAM CORRIE LEE BIN ABDULLAH MEMELUK ISLAM

Inilah kisah bagaimana artis Saudara Adam Corrie Lee diberikan hidayah oleh Allah swt untuk kembali ke fitrah. Kita ikuti kisahnya:

"Assalamualaikum sahabat-sahabat. Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman. Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah. Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?

1. Kaabah. - saya suka tengok Kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.

2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. Suka akan akhlak dan cara hidup mereka.

3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya.

21 August 2013

Paderi tertinggi Kristian Katholik memeluk Islam!

Ini adalah kata-kata Paderi tertinggi Kristian Khatholik terhadap Islam "Saya percaya Allah itu satu. Dan saya juga percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya. Asyhadu Allaaa ilaaa ha illallaaah, wa asyhaduannaaa muhammadur rasulluallah

PAUS Yohanes II, atau lebih mesra dipanggil sebagai Sri Paus, seorang pimpinan umat katholik dunia dan bertanggungjawab memberikan pidato rasmi dari Vatican kepada dunia mengenai penderian rasminya terhadap konflik berdarah Israel-Palestin di Timur Tengah.

Namun apa yang dikatakannya di depan ribuan umat katholik kemudian daripada itu, ternyata benar-benar menjadikan peristiwa itu sangat mengejutkan. Bahkan boleh dikatakan ianya sebagai "berita hangat abad ini". Pada jam 5.00 petang waktu tempatan, Sri Paus mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa mulai saat itu, detik itu, beliau menyatakan dia adalah seorang penganut agama Islam.

Bayangkan betapa terkejutnya mereka di mana seramai 16 orang di antara ribuan umat yang mendengarkan pidato langsung Sri Paus, telah dibawa ke hospital kerana mendapat serangan jantung mendadak. Daripada 16 orang itu hanya 5 nyawa sahaja yang dapat diselamatkan. Ketika Sri Paus mengatakan sikapnya dalam pidato tanpa teksnya tersebut, semua umat nampak begitu serius mendengar.

Beberapa pimpinan Vatican nampak seperti tidak terlalu terkejut, bahkan beberapa di antara mereka yang mendengarkan pidato Sri Paus tersebut sedang memegang sesuatu. Mungkin ramai umat katholik di hadapan Sri Paus merasa hairan dan tertanya-tanya apakah benda yang dipegang oleh beberapa Kardinal dan pimpinan Vatican itu.

Rupa-rupanya mereka sedang memegang tasbih, sambil mulut mereka dilihat seperti sedang membacakan sesuatu ayat. Ternyata para pimpinan dan pengurus Vatican semuanya sudah tahu bahawa semenjak beberapa bulan terakhir ini, Sri Paus sudah mulai melakukan solat dan puasa secara Islam. Dan itu juga yang dilakukan oleh mereka semuanya.

Di bawah ini adalah pidato lengkap Sri Paus tersebut, yang setelah jadi mu'allaf, namanya telah berubah menjadi Ahmad Sri Paus (supaya umatnya tidak terlalu terkejut, maka Ahmad Sri Paus tidak mengucapkan salam sebelum memulai pidatonya):

"Yang terhormat umatku, yang berada dalam Kasih Tuhan. Hari ini adalah hari minggu yang cerah. Tujuan saya berdiri di podium ini tidak lain adalah untuk membuat pengumuman penting yang perlu saya umumkan ke seluruh penjuru dunia saat ini juga, yang mana menurut saya, semakin saya cuba metutupi apa yang ingin saya kemukakan itu, akan menjadi semakin tidak baik. Ini semua berkaitan dengan pilihan jiwa dan hati nurani saya. Sudah selama puluhan tahun kamu semua tahu bahawa saya adalah seorang pemeluk agama Katholik yang ta'at.

Bahkan saya adalah pemimpin umat katholik di seluruh dunia, sekaligus sebagai wakil Tuhan di dunia ini, atau Ficarius Filii Dei. Saya mewakili urusan Allah untuk dunia ini, memberikan amnesti, abolisi dan grasi atas ummat manusia yang berdosa dengan mandat sepenuhnya dari Allah.

Namun mulai saat ini saya tak mampu berdusta lagi. Sesungguhnya sejak puluhan tahun lalu, saya sudah tidak menyakini lagi kebenaran dari agama Katholik ini. Kerana semakin saya mendalami kitabnya, semakin jelas pula kesalahan-kesalahan yang saya temui dalam kitab itu. Maka itu, saya berusaha membandingkannya dengan kitab-kitab suci yang lain.

Perbandingan dengan kitab injil kristian protestant, ianya menjadi semakin rosak. Dengan kitab wedha umat hindu, tuhannya juga ada 3. Dan kemudian barulah saya mulai membaca Al'Qur'anul Karim, saya tahu apa yang selama ini yang saya cari-cari."

(Ribuan umat yang berada di hadapan Sri Paus nampak bingung dan saling bertanya-tanya). Kemudian Sri Paus melanjutkan ucapannya:

"Tapi ketika itu saya masih takut dengan ancaman yang mungkin saya terima jika saya nekad keluar dari agama Katholik. Namun kini saya berani mengambil keputusan penting ini. Saya tidak akan takut lagi pada ancaman pembunuhan yang mungkin akan segera saya hadapi.

Saya hanya ingin hidup tenang, terutama jiwa spiritual saya. Saya sangat berhadap agar umat agama kristain, kristain apapun sekali, tidak akan membunuh saya hanya kerana pilihan hidup peribadi saya ini. Saya sudah tua, sudah uzur. Bahkan tubuh saya pun sudah bongkok."

(Sampai di sini, beberapa umat nampak mulai menitikkan air mata kerana terharu).

"Saya percaya Allah itu satu. Dan saya juga percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya. Asyhadu Allaaa ilaaa ha illallaaah, wa asyhaduannaaa muhammadur rasulluallah" (Ahmad Sri Paus mengucapkannya dengan tersedu-sedu).

"Saya tahu konskwensi dan mungkin reaksi dari umat kristain di seluruh dunia kalau saya melakukan pengumuman ini. Tapi saya terpaksa melakukannya, minimal untuk diri saya sendiri. Saya khuatir akan kehidupan saya di akhirat nanti bila tetap berada dalam jeratan kekafiran."

Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Saudara-saudaraku, apabila Allah ingin menyampaikan hidayahnya, Allah akan berikannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya, tetapi sebelum hidayah itu disampaikan adalah menjadi kewajiban manusia untuk mencari hidayah itu. itulah yang dilakukan oleh Ahmad Sri Paus yang telah ditiupkan hidayah oleh Allah dan dia tidak mengabaikannya sebaliknya mencari hidayah itu. Bagaimanapun dengan kita adakah kita membuka hati kita untuk menerima hidayah Allah dan akhirnya percaya dengannya. Jika benar maka syurgalah ganjarannya.

Allahamulillah akhirnya bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad saw, semoga dengan pengislaman dia, akan bertambahlah umat dan makin aman dunia Islam.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

04 July 2013

Professor AS Masuk Islam Kerana Mengkaji Solat Berjemaah

SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran professor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Oleh: Wan Marzuki Wan Ramli

30 June 2013

Gary R. Miller Converted to Islam

Brother Gary R. Miller (ABDUL AHAD OMAR) was a Christian missionary who converted to Islam. He was a very active missionary and was very knowledgeable about the Bible. He likes mathematics so much, that's why he likes logic. In 1978 he decided to read the Qur'an to try to find any mistakes that he might take advantage of while inviting Muslims to convert to Christianity. He expected the Qur'an to be an old book written 14 centuries ago, a book that talks about the desert (since Islam started in a desert area) and so on.

However, he was amazed from what he found. He discovered that the Qur'an had what no other book in the world has. He expected to find some stories about the hard time that the Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) had, like the death of his wife Khadijah (may Allah be pleased with her) or the death of his sons and daughters. However, he did not find anything like that. And what made him even more confused is that he found a full "Surah" in the Qur'an named "Mary" (Maryam), which is not the case even in the books written by Christians nor in their Bibles. Mary was honored in Quran as the lady of all ladies of all worlds. She is the only woman mentioned by name in Quran. He did not find a Surah named after "Fatimah"(the prophet's daughter) nor "Aishah" (the Prophet's wife), may Allah be pleased with both of them. He also found that the name of Jesus; Isa (Peace Be Upon Him) was mentioned in the Qur'an 25 times while the name of "Muhammad" (Peace Be Upon Him) was mentioned only 4 times, so he became more confused and continued researching.

This is only a brief on how Brother Gary Miller came to Islam. Since his reversion he has given several public presentations and radio and television appearances on Islam. He has also authored several articles and publications on Islam.

SubhanAllah.. Surely Allah guides only whom He wills to the straight path.

May Allah reward Brother Abdul Ahad Omar. Aameen.

21 May 2013

Kembalinya Seorang Rahib

Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya,"Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)."

Bila dia melihat aku dia pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"

Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu."

Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu."

Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata,"Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru engkau ini."

Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali.

"Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu."

Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku."

Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifat (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."

"Maka sukacitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah."

Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persaudaraanku denganmu."

Sebaik saja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah."

Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?"

Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana aku bersangka baik (zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat."

Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan mengalami ajaran-ajarannya."