Showing posts with label Awal tahun. Show all posts
Showing posts with label Awal tahun. Show all posts

24 October 2014

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

 
Sejak betul rasanya kita dah tiba di hujung tahun hijrah 1435, hari ini adalah hari terakhir dalam tahun itu dan rasa-rasanya baru semalam kita menyambut Maal Hijrah 1435 itu. Dan selepas waktu magrib ni maka jika kita panjang umur maka kita dah berada di tahun 1436H.

Jadi jangan lupa ya untuk membacakan doa akhir tahun selepas waktu solat asar nanti dan selepas solat magrib bacakan doa awal tahun pula. Semoga sama-sama kita diampunkan Allah swt segala dosa kita tahun lepas dan diberikan rahmat, iman dan keberkatan pada unur dan kehidupan kita di tahun mendatang. Ameen.



06 December 2010

Tahun Baru Hijrah 1432


Hari ini merupakan hari terakhir dalam kelander Islam, iaitu 30 Zul-hijjah 1431. Kepada semua kawan-kawan, ingin saya menyeru (termasuk diri saya sendiri) supaya jangan lupa untuk memanjatkan doa penutup tahun sebelum solat magrib dan memanjatkan pula doa awal tahun selepas solat magrib. Semoga dengan doa tersebut, Allah akan menjadikan perlakuan dan amalan kita pada tahun baru nanti menjadi lebih sempurna dan bermakna bagi agama Islam, diri kita, keluarga, sahabat handai, bangsa, negara dan dunia.


Jika diizinkan Allah, semoga saya menjadi insan muslim yang lebih baik lagi dan berupaya untuk mengislamkan sekurang-kurangnya seorang saudara baru. Insyallah.....