Showing posts with label Amir Ain. Show all posts
Showing posts with label Amir Ain. Show all posts

24 July 2015

Kesempatan Bergambar Raya 2015

Saya bersama dengan adik saya Ain dan Shima. Masa ini kami baru sahaja selesai menunaikan solat sunat di Masjid FBS.

Ain bersama dengan anak bungsunya Amir. Dah besar panjang Amir

Saya bersama dengan anak saudara saya Amir, semoga Allah swt merahmati dia, memberkati dia, memberikan hidayah yang lebih kepada dia, selamatkan dia dalam kehidupan, capaikan cita-cita dia dan yang paling utama capaikan juga cita-cita saya dan mamanya supaya Amir menjadi ustaz hafiz terbilang nanti.

Yang ini Shimah bersama anak bujangnya Ammar, tingginya Ammar dari ibunya. Kalo dulu masa bayi dan masa dia masih kecil, tak renggang dari pingggan ibunya dan duduk dalam pangkuan je.... Ammar tak suka dengan orang lain jadi ibunya jadi kenderaan dia selalu. Semoga Ammar sentiasa ingat jasa ayah dan ibu dia sentiasa.

15 January 2014

Amir dan Si Adik

Masa di kampong baru-baru ini (iaitu semasa tamat cuti sekolah yang panjang pada akhir tahun 2013 dan awal tahun 2014) emak, Ain, Amir dan saya balik kampong agak lama. Seperti biasa ahli keluarga saya iaitu Oky dan anaknya Si Baby dan Si Adik balik bersama. 

Sejak kelahiran 2 ahli baru ini, inilah pertama kali Si Baby dan Si Adik balik kampong. Amir yang juga sangat suka dan obses pada kucing tak lepaskan peluang untuk mengendong Oky, Si Baby dan Si Adik. Disebabkan SI Adik memang suka dikendong, makanya dia sangat serasi dengan Amir.

Bangusnya melihat mereka sangat serasi, Si Adik pun memperlihatkan kelakuan yang sangat supportive dan suka pada Amir. Lain pula dengan Si Baby yang memang liat bila dikendong orang.

Selain dari Si Adik, Amir juga suka mengendong Oky. Oky juga seperti Adik tetapi tidaklah selama Adik di atas tangan kami. Saya tahu Amir mesti rindukan Oky dan anak-anaknya... kalau ada umur insya Allah akan berjumpa lagi, kali ini mereka berdua mesti dah besar.

31 October 2012

Selamat Hari Ulang tahun kelahiran 3A

Pada 26 Oktober 2012, di sebelah malam Shima, Ain dan saya berpakat untuk membuat jamuan meraikan harijadi bagi 3 orang ahli keluarga kami di mana tarikh lahir mereka berdekatan antara satu dengan lainnya. Ammar menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober, ayahnya Adnan menyambut pada 27 Okober dan Amir (anak Ain) pula menyambut hari ulang tahunnya pada 4 November.

Ketiga-tiga birthday boys sedang berkongsi pisau untuk memotong kek harijadi mereka. 

kai tidak berhasrat untuk masak banyak kerana hari dah malam.... rasanya cukup dengan goreng-gorengan sahaja

Hidang yang ringkas antaranya salad, wedges, chicken pop-corn, goreng puyuh, burger rusa, chicken chop dan nugget ikan.

Pelbagai jenis dressing dan sauce

Fruit cocktail antara campuran buah-buah dan nata de coco

11 September 2012

Jadual Peperiksaan Sekolah Malaysia 2012

Hari ini anak saudara saya Amirudin (Amir Ain) sedang menduduki peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Sejak kelmarin lagi saya telah memohon doa ke hadrat Allah Taalah supaya Amir dikurniakan dengan rasa selesa dan mudah menghadapi peperiksaan ini. Semoga Allah swt memberikan dia kesihatan yang baik kefahaman dan ketenangan supaya hari-hari yang dilaluinya tidak terhalang.  

Jadual peperiksaan sekolah kerajaan di Malaysia adalah seperti berikut:

UPSR    - 11 hingga 13 September;
PMR      - 9 hingga 11 Oktober dan 15 hingga 16 Oktober;
STAM   - 16 hingga 18 Oktober dan 22 hingga 23 Oktober; dan
SPM      - 5 November hingga 6 Disember

06 September 2012

Gotong Royong Di Laman Saga

Amir sibuk membantu saya menanam pokok keladi perhiasan dan mencabut rumput.

Laman Saga yang memerlukan selenggaraan lantai... tak tahu bila nak buat.. banyak sangat lumut yang tumbuh.

Tekun betul dia...

Tiba giliran untuk menyiram pokok bunga