Showing posts with label Kota Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Kota Tinggi. Show all posts

24 March 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Dihantar oleh Hj Adnan dan Hjh Norshimah

Saya bersama dengan mak saya berpeluang dijemput oleh Allah Taalah untuk menjadi tetamunya lagi. Alhamdulillah kali ini saya bersama mak ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

Memandangkan emak mengikut adik bungsu saya yang telah ditugaskan mengajar di Johor Bharu (Institut Perguruan Temenggung Ibrahim) saya mengambil keputusan untuk berangkat dari Johor. Keputusan ini disebabkan oleh 2 perkara utama iaitu: supaya emak tidak perlu bergerak jauh untuk menaiki pesawat dari KLIA - memadai saya sahaja yang memandu ke JB dan alasan kedua kereta saya boleh ditumpangkan ke rumah adik saya Adnan dan bolehlah dia melihat dan menjaga kereta tersebut.

Foto di atas emak bersama adik saya Shimah (isteri kepada Adnan) yang mengantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai JB. Foto di atas saya dan emak selepas mendaftarkan diri di Kaunter Tiram Travel di Airport Senai.

Emak bersama dengan Adnan dan Shimah. Terima kasih kepada kalian berdua kerana menghantarkan kami dan menumpangkan kami di rumah kalian, semoga dibalaskan oleh Allah segala kebaikan dimurahkan rezeki hendaknya.

22 March 2013

Dari Jendela: Rumah Adnan/ Shima

Beberapa foto yang saya ambil semasa saya menginap di rumah adik saya, Haji Adnan bin Haji Ahmad dan adik ipar saya Hjh Norshemah binti Haji Haron.

Sebenarnya foto ini saya ambil hampir waktu maghrib tetapi nampak macam siang lagi, hanya ada beberapa lampu yang telah dipasang.

Di depan tu lebih kurang setengah kilometer adalah sungai yang sangat besar yang menyumbang berlakunya banjir di Kota Tinggi.


07 December 2012

Makam Kucing Bertanduk

Betul ke ini kubur Si Comel
Ingat tak mengenai kesah Sultan Mahmud Shah II, iaitu Sultan Melaka terakhir yang terpaksa berundur sehingga ke hujung empayarnya di Kota Tinggi Johor. Memang ada macam-macam cerita dan ada juga lagenda yang menjadi cerita yang meniti bibir orang tua kepada keturunan masing-masing.
Macam ni ke tanduk Si Comel???

Kesah kali ini adalah mengenai Sultan dengan seekor kucing yang dipeliharanya dan baginda amat menyayangi kucing tersebut dengan sepenuh hatinya. Baginda menamakan kucing itu sebagai Si Comel. Mengikut catatan dan cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut bahawa kucing ini adalah biasa namun begitu kucing ini mempunyai sepasang tanduk kecil di atas kepalanya.

Ada yang berpendapat bahawa tanduk tersebut hanyalah benjolan yang tumbuh di atas kepala Si Comel, tetapi disebalik kisah tanduk ini, rupanya Si Comel memiliki keistimewaan yang lain iaitu kegemarannya memakan sayur-sayuran dan bukannya memakan daging atau pun ikan. Si Comel juga tidak akan berjalan (berpijak) di atas tanah, sebaliknya dia berjalan di atas bumbung-bumbung rumah. Satu lagi keistimewaan Si Comel yang amat dikagumi oleh seisi Istana dan penduduk setempat adalah di mana ia mampu mengesan musuh-musuh yang ingin menyerang Kota Tinggi.

Si Comel ini akan membuat kecoh dengan membuat bising untuk memberitahu penduduk setempat tentang hal kedatangan musuh. Si Comel telah mati secara tiba-tiba kira-kira seminggu sebelum Sultan Mahmud Shah II mangkat. Baginda amat dukacita atas kematian Si Comel lalu menitahkan supaya 'mengebumikan'nya dan meletakkan dua biji batu bulat sebagai tanda kubur Si Conmel.

Kubur Si Comel terletak di sebelahan makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan dipelihara kubur ini juga melambangkan satu tinggalan sejarah.

Pernahkah anda mendengar pepatah Melayu yang berbunyi "Tunggulah sehingga kucing bertanduk" - agak-agaknya apa yang dimaksudkan?.

31 October 2012

Selamat Hari Ulang tahun kelahiran 3A

Pada 26 Oktober 2012, di sebelah malam Shima, Ain dan saya berpakat untuk membuat jamuan meraikan harijadi bagi 3 orang ahli keluarga kami di mana tarikh lahir mereka berdekatan antara satu dengan lainnya. Ammar menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober, ayahnya Adnan menyambut pada 27 Okober dan Amir (anak Ain) pula menyambut hari ulang tahunnya pada 4 November.

Ketiga-tiga birthday boys sedang berkongsi pisau untuk memotong kek harijadi mereka. 

kai tidak berhasrat untuk masak banyak kerana hari dah malam.... rasanya cukup dengan goreng-gorengan sahaja

Hidang yang ringkas antaranya salad, wedges, chicken pop-corn, goreng puyuh, burger rusa, chicken chop dan nugget ikan.

Pelbagai jenis dressing dan sauce

Fruit cocktail antara campuran buah-buah dan nata de coco

29 October 2012

Tahlil Aidil Adha 1434H/ 2012M

Alhamdulillah tahun ini kami sekeluarga beraya Aidil Adha di rumah adik saya Adnan di Kota Tinggi. Raya Adha kali ini juga tidak sepenuhnya ahli keluarga kerana adik saya Azmee sedang menunaikan fardu hajinya bersama isterinya, manakala adik saya Azman beraya di Kuantan sahaja kerana anak bungsunya menghadiri kelas tuition kerana pada hujung tahun ini Amir akan menghadapi peperiksaan SPMnya. Semoga Amir dipermudahkan oleh Allah semasa menjawab soalan serta diberikan ketenangan dan kesihatan yang baik.

Jadi, yang tinggal dan dapat beraya bersama tahun ini adalah emak, Adnan dan keluarganya (isterinya Shima dan anaknya Ammar), Ain bersama anaknya Amir dan saya sendiri. 

Cerita perjalanan kami berlaku pada hari rabu, selepas pejabat saya bertolak ke rumah Ain di Sekolah Menengah Arab Al Asyraf, Alor Gajah untuk ambil Ain dan Amir kemudian terus ke rumah Mak Cik Kiah di Bandar melaka untuk ambil emak. Selepas itu lebih kurang jam 5 petang kami bertolak ke Kota Tinggi dan kami tiba di rumah adik saya lebih kurang jam 9.00 malam.

Memandangkan kami masing-masing menyertai korban di tempat-tempat lain, maka tidaklah dapat kami menghadirinya. Pun begitu tiada acara khusus yang dilakukan selain dari solat Aidil Adha di pagi hari dan malamnya adik saya Adnan memimpin bacaan Yassin dan tahlil untuk disedekahkan pahalanya untuk insan tercinta yang sudah tiada. Kelihatan Adnan sedang membacakan doa tahlil dan diaminkan oleh Ammar, Ain dan kami yang lain yang tidak kelihatan di dalam foto di atas.

Emak, saya dan Ain di baris belakang di akhir acara........

02 September 2012

Tunggu Adikku Adnan Balik Dari Umrah

Pada 22 Ogos 2012, kami sekeluarga bergerak menujuk ke Kota Tinggi dengan 2 tujuan. Tujuan utama kami untuk menunggu kepulangan ahli keluarga kami, iaitu adik saya Adnan pulang dari mengerjakan Umrah.    Kelihatan abang (Adi), Ammar - anak Adnan dan Amirul.

Pada lebih kurang jam 10.30 malam, kami bertolak ke Masjid Larkin kerana kapal terbang yang dinaiki oleh adik saya akan mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura, dan daripada Singapura mereka akan menaiki bas yang telah siap menunggu ke masjid ini.

Itu dia orang yang ditunggu dah tiba, kelihatan adik saya Azman dan isterinya Azie menyambut Adnan. Alhamdulillah selamat segalanya.

Adnan diiringi oleh kaum keluarganya termasuk anaknya Ammar.

Antara barangan para jemaah umrah.

Azmee berbual dengan abangnya.

Adnan memeluk emak yang selalu sedih bila berhadapan acara sebegini.

Apa lagi jom lah balik....