Showing posts with label Corus Hotel. Show all posts
Showing posts with label Corus Hotel. Show all posts

26 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race - Rahmat

Kumpulan saya dalam permainan kami yang terakhir semasa Kursus SMART Integriti yang dianjurkan oleh Bahagian Integriti KPDNKK. Walaupun ramai yang dah dewasa tapi kerana permainan ini rasa macam kembali jadi kanak-kanak.

Giliran saya untuk membuang dadu. Syarat permainan ditentukan oleh kumpulan. Untuk permulaan angka ganjil akan bergerak ke hadapan manakala angka genap bergerak ke belakang. Titik juara adalah di hadapan.

Doakan supaya kami dapat angkat genap yang banyak supaya langkah kami menpercepatkan kami menuju ke kemenangan. Tapi semuanya dah tersurat .. kami kalah juga.

Menang kalah bukan keutamanya, apa yang penting adalah pemuafakatan dalam mencapai persetujuan.. Kumpulan Al Amin ini memang boleh dibanggakan kerana kami memangnya bersatu dalam semua kerja dan keputusan. Kepada semua ahli kumpulan Al-Amin terima kasih kerana bersama-sama dan kepada semua peserta kursus selamat maju jaya.

21 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race: Rahmat (Main Pasir)

Teringat masa saya kanak-kanak dulu, apabila cuti sekolah ayah akan bawa kami sekeluarga ke pantai sama ada di Melaka atau PD. Kanak-kanak memang suka bermain pasir dan pasir menjadikan mereka sangat kreatif. Tapi dalam kursus ini juga kami didedahkan dengan pasir.

Kami disuruh mencari barang yang disembunyikan dalam pasir. Bertungkus lumus kami mengali, menyepak dan meraba-raba pasir yang panas dan hangat. Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai objektif tersebut. 

Ada kumpulan yang berjaya menjumpai semua barangan yang disembunyikan dan ada yang tidak. Di sinilah letaknya pengajaran buat kami. Permainan ini bukannya untuk mencari siapa yang menang tetapi melihat kepada kumpulan yang bekerjasama dalam kumpulan dan antara kumpulan.

Biasanya dalam explore race kemenangan menjadi hambatan semua peserta, jadi ramai yang terlupa akan sifat kemanusiaan. 

17 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race

Antara perkara yang terkandung dalam Kursus SMART Integriti yang saya hadiri pada bulan Mei 2015 yang lalu ialah Explore Rase yang dikendalikan oleh ustaz-ustaz. Tercabar juga acara-acara yang diadakan seperti melesaikan puzzle di atas. Ianya menguji cara kita berfikir dan bertindak.

Acara tutup mata dan shli kumpulan lain memberikan arahan untuk mencari sesuatu. Yang tutup mata hanya perlu menggunakan kepakaran mengecam suara sahabatnya kerana pada masa yang sama ahli kumpulan lain juga memberikan arahan kepada peserta mereka. Lawak tapi mesejnya sangat jelas.

Saya terlibat dalam acara ini dan tanpa kita sedari rupanya kita boleh bertindak di luar kebiasaan hanya untuk memastikan kumpulan ita menang.

Satu lagi acara seakan puzzle yang memerlukan pemerhatian dan pemikirn yang tidak jumut. Apa agaknya arahanya???

12 June 2015

Kursus SMART Integriti: Senaman Pagi

Dah lama saya tak bersenam, kali terakhir adalah semasa saya di JPWPKL dan bertugas di program team building yang diadakan pada akhir tahun 2014.

Kali ini senaman pagi kami dibawa oleh ustaz-ustaz dari JAKIM. Dah lama tak bersenam rasanya banyak urat-urat yang dah keras. Diajak melompat . ..  saya dah tak boleh . .. tapi nasib baik masih boleh berlari.

Diajak merengankan badan alhamdulillah masih boleh lagi. Saya perhatikan ramai juga kawan-kawan yang lebih muda yang tak larat juga. Apa pun secara peribadi saya setuju dengan silibus kursus ini, setidak-tidaknya dapat juga saya meregangkan urat dan oto yang dah lama berehat dan keras. Terima kasih kepada bos saya yang arahkan saya hadiri kursus ini. Pergi dulu kemudian baru tau . . . .

01 June 2015

Indahnya Bumi Ciptaan Allah Taalah

Saya tak ingat bila agaknya kali terakhir saya ke pantai, menjejakkan kali di atas pasir halus yang putih kekuningan. Tahun ni ada 2 kali saya berkursus di tepi pantai, iaitu di Avilion PD dan Mahkota Heotel Melaka, tetapi kaki saya tak dapat memijak pasir halus dengan air laut yang masin.

Indah betul ciptaan Allah saw ini. Syukur ke hadrat Illahi kerana saya masih lagi mampu untuk menikmati keindahannya. Masih mampu menghirup udara pantai yang berat dan menghidu bau garam laut yang kelak.

Syukur juga kerana Allah saw memberikan saya peluang untuk berkenalan dengan ramai lagi hamba-hambanya yang sama-sama diberi peluang untuk berada di bumi ini.

Maha suci Allah yang menjadikan segala apa yang ada di bumi dan di langit apa tah lagi yang ada di seluruh cakrawala yang tak akan terjangkau oleh akal. Syukur pada mu ya Allah kerana memberikan nikmat ini kepada aku.

30 May 2015

Kursus SMART Integriti: Kumpulan Al Amin

Saya menghadiri Kursus SMART Integriti anjuran bersama Bahagian Integriti KPDNKK dengan JAKIM. Kursus yang sangat bagus dan kursus ini lebih santai. Kursus bermula pada 26 hingga 28 Mei 2015. Seperti juga kursus yang lain kursus ini juga membentuk beberapa kumpulan. Kumpulan kami adalah kumpulan Al Amin.

Al Amin semasa menhadiri sama senaman lagi yang seterusnya meneruskan kepada Explore Race. Sungguh mencabar Explore Race ini apa lagi umur saya yang dah hampir menjelangnya masa bersara.

Namun alhamdulillah kami dapat menghabiskan semua cabaran dengan baik dan jayanya. Terima kasih semua sahabat-sahabatku...