Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

04 August 2017

Doa Hari Jumaat

         
سۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ  
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Ya الله, 👏 janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya الله.

Ya الله, 👏berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.

Ya الله, 👏terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini. 

Ya الله, 👏jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya الله, 👏ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya الله, 👏kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya الله, 👏permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia. 

Ya الله, 👏tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senantiasa teguh.

Ya الله, 👏kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya الله, 👏kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya الله, 👏terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya الله, 👏perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya الله, 👏tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut. 

Ya الله, 👏peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa di padang mashyar.

Ya الله,  👏sesungguhnya Engkalulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah, 👏 janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah, Ya Rahman, 👏berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya الله, Ya Rahman, 👏tunjukkan kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan rezkikan kepada kami untuk kami melakukannya dan Ya الله, Ya Azizz..👏 Tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezkikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya..

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا.
“Alloohummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”.

Artinya :  “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan Ibu Bapa kami, sayangilah mereka seperti mereka telah menyayangi kami di waktu kecil dahulu”  

Ya الله, 👏kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya الله,  Ya Ghaffar 👏 ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yang masih ada hidup atau telah meninggal dunia.  

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya الله,                                                   
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً و َقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَ

21 February 2017

Apa valet Doa?

Baru-baru ni sibuk dengan isu valet doa, saya suka nak berkongsi dengan pandangan S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai perkara ini.

Alhamdulillah, kami merafa’kan setinggi kesyukuran kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW begitu juga kepada keluarga, Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami menerima persoalan berhubung Valet Doa yang sedang tular di media sosial beberapa hari ini. Justeru, kami merasakan isu ini perlu dijawab dengan segera agar ia tidak membarah dan menjadi perkara yang boleh mengundang pelbagai persoalan dan kekeliruan kepada masyarakat. Maka, atas dasar inilah kami namakan Bayan Linnas Siri Ke-85 ini dengan tajuk “Valet Doa: Penjelasannya”. Semoga penjelasan ini memberi kefahaman yang baik kepada kita semua, Amin.

Definisi Valet

Parkir valet adalah khidmat untuk meletakkan kenderaan oleh petugas valet. Pemandu tidak mencari tempat parkir yang kerana ia dilakukan oleh petugas valet parkir. Pemandu kendaraan hanya perlu turun dari mobil di depan lobi sesebuah hotel, pusat beli belah atau sebagainya, dan menyerahkan kenderaan kepada petugas valet.


Definisi Doa


Kami tertarik dengan definisi doa yang dikemukakan oleh Imam al-Khattabi. Antara lain beliau mendefinisikan dengan:

“Doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Hakikat doa itu adalah menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya terpateri pengagungan terhadap Allah SWT dan mengiktiraf sifat kemuliaan dan pemurah-Nya.” (Lihay Sya’n al-Dua’, hal. 4)


Beberapa Isu Yang Timbul Dalam Perniagaan Valet Doa


Sebelum menyatakan pandangan kami berhubung isu ini, kami sempat meneliti copywriting yang diletakkan di Facebook Valet_Doa. Kami dapat mengesan beberapa masalah yang timbul pada bentuk perniagaan Valet Doa ini.

Pertama: Etika Pengiklanan Dalam Islam

Kami melihat, individu berkenaan kurang memerhatikan aspek etika pengiklanan dalam Islam. Antaranya:
Seni pengiklanan yang berlebih-lebihan.
Terdapat beberapa keraguan di dalam perniagaannya iaitu
Memberikan jaminan 100% pemakbulan doa, sedangkan ianya tidaklah sesuatu yang pasti dan pemakbulan Allah adalah hak mutlak Allah. 
Berhubung ‘servis doa’, barang yang diniagakan dan diupahkan adalah kemakbulan doasedangkan makbul atau tidaknya doa itu adalah hak Allah secara mutlak serta ianya bersifat tidak jelas kerana kemakbulan adalah mutlak bergantung kepada-Nya. Ia tetap tidak boleh dilakukan sekalipun ada jaminan wang dikembalikan. Ia juga tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah.
Servis berkaitan dengan ibadah amat perlu kepada nas kerana asal ibadah itu adalah tawaqquf dan ta’abbudi. Kaedah menyebut الأصل في العبادة التوقف (Asal bagi ibadah adalah terhenti kepada al-Qur'an dan al-Sunnah.)
Mengkomersialkan doa dibimbangi termasuk dalam firman Allah SWT:

وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ

Maksudnya: Jangan kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga benda yang murah
(Surah al-Baqarah: 41)


Imam Ibn Jarir al-Tabari berkata: “Jangan kamu ambil secara tamak untuk sedikit harta benda sehingga kamu menyembunyikan nama Allah. Maka yang termasuk dalam harga itu adalah ketamakan.” Lihat Tafsir al-Tabari, 1/565.

Al-Alusi berkata: “Jangan kamu tukar iman dengan ayat-ayat-Ku atau ikut untuk mendapatkan habuan dunia yang sedikit lagi binasa dengan ganjaran akhirat.” Lihat Ruh al-Ma’ani, 1/389.

Dr. Wahbah al-Zuhaily: “Jangan kamu jual ayat-ayat Allah yang menunjukkan atas kebenaran Muhammad pada kenabiannya dan dakwahnya dengan sedikit harta benda dunia.” Lihat Tafsir al-Munir 1/150.

Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Kedua: Hak Mutlak Allah Sebagai al-Mujib

Kami tidak menafikan, terdapat pelbagai hadis berkenaan tempat-tempat makbul di Tanah Haram seperti doa di Multazam dan Hajar al-Aswad. Antara hadis berkenaan kemustajaban doa di Multazam. Daripada ‘Amru bin Syu’aib daripada bapanya, berkata:

طُفْتُ مَعَ عَبْدِ اللَّهِ فَلَمَّا جِئْنَا دُبُرَ الْكَعْبَةِ قُلْتُ: أَلَا تَتَعَوَّذُ؟ قَالَ: «نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ النَّارِ»، ثُمَّ مَضَى حَتَّى اسْتَلَمَ الْحَجَرَ وَأَقَامَ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْبَابِ، فَوَضَعَ صَدْرَهُ وَوَجْهَهُ وَذِرَاعَيْهِ وَكَفَّيْهِ هَكَذَا وَبَسَطَهُمَا بَسْطًا، ثُمَّ قَالَ: «هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُهُ»

Maksudnya: “Aku sedang bertawaf bersama Abdullah (Abdullah bin Umar). Ketika kami berada dibelakang Baitullah, aku bertanya, “Tidakah kamu memohon perlindungan?”Abdullah pun berkata: ‘Kami berlindung kepada Allah dari panasnya siksaan api neraka.” Setelah selesai, Abdullah menyentuh Hajar al-Aswad dan berdiri antaranya dan pintu Ka’bah, lalu merapatkan dada, muka, kedua siku, dan kedua telapak tangan nya dan berkata: “Seperti inilah aku melihat Rasulullah SAW melakukannya.” 
(Riwayat Abu Daud, no. 1899)


Kata Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

مَا بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْبَابِ يُدْعَى الْمُلْتَزَمَ لَا يَلْزَمُ مَا بَيْنَهُمَا أَحَدٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

Maksudnya: “Antara rukun Hajar Aswad dan pintu Ka’bah terdapat Multazam. Tidak seorang pun hamba Allah SWT yang berdoa di tempat ini, kecuali dikabulkan doanya.”
(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, no. 3769)

Kami tidak nafikan betapa mulianya Mekah terutamanya Masjidil Haram yang terdapat banyak-banyak mulia seperti hadith di atas. Justeru, Rasulullah SAW pernah mengirim doa melalui Saidina Umar ketika beliau mahu menuju ke Mekah. Antaranya sabda Nabi SAW:

أَيْ أُخَيَّ أَشْرِكْنَا فِي دُعَائِكَ وَلَا تَنْسَنَا

Maksudnya: “Hai saudara yang kukasihi, sertakan kami dalam doa kamu dan jangan lupa kami.”
(Riwayat al-Turmuzi, no. 3562) dan beliau berkata, hadis ini hasan sahih.

Untuk mendapat kepastian dan lebih luas lagi pengetahuan berkenaan dengan isu ini, maka sewajarnya kita melihat kitab-kitab berkaitan adab doa dan juga kitab khusus seperti al-Azkar oleh Imam al-Nawawi dan juga al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-'Umrah oleh Imam al-Nawawi juga yang menyebut tempat-tempat yang mustajab doa. Tetapi, semuanya didoakan dengan penuh keikhlasan daripada seseorang tanpa sebarang bentuk perniagaan doa. Ini kerana, Allah sahaja yang bersifat penerima doa yang yang memakbulkannya.

Benarlah firman Allah SWT:

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ

Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.”
(Surah al-A'raf: 73)

Maka, jelas di sini bahawa hak memakbulkan doa itu hanya milik mutlak Allah SWT. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT dalam keadaan hak tersebut bukan hak dirinya. Apatah lagi jika menetapkan tempoh masa tertentu untuk kemakbulan doa, seolah-olah individu terbabit memaksa Allah SWT untuk mengabulkan doa pada tempoh yang ditetapkan. Sedangkan, tempoh untuk memakbulkan doa terpulang mutlak kepada-Nya tanpa boleh dipaksa mana-mana hamba-Nya.

Perlu kami nyatakan di sini beberapa adab doa untuk panduan bersama. Antaranya:
Seseorang yang berdoa itu perlu mentauhidkan Allah dan tidak mempersekutukan-Nya.
Ikhlas kepada-Nya dalam doa.
Memohon kepada-Nya dengan nama-nama Allah yang mulia.
Memuji Allah sebelum berdoa
Berselawat ke atas Nabi SAW.
Mengadap kiblat.
Mengangkat kedua tangan.
Yakin kepada Allah akan kemakbulannya.
Memperbanyakkan memohon kepada-Nya.
Khusyuk dalam berdoa.
Mengulang-ulangi permohonan doa.
Mengelokkan makanan dan minuman.
Merendahkan suara ketika berdoa.

Ketiga: Akhlak Dengan Allah SWT

Oleh kerana acara doa merupakan ibadah yang sewajarnya dilakukan dengan syarat yang benar lagi tepat, maka sewajarnya kita mempunyai akhlak kepada Allah. Antara bentuk akhlak yang sesuai adalah, selayak dan seafdhalnya orang yang mempunyai hajat itu sendiri yang berdoa. Ini berdasarkan kepada perintah Allah dan suruhan-Nya kepada kita. Mohon pertolongan kepada Allah dapat difahami dengan konsep:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Maksudnya: “Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan.”
(Surah al-Fatihah: 5)

Ibn Kathir berkata: “Allah memerintahkan kamu supaya mengikhlaskan dalam ibadah dan hanya meminta tolong kepada-Nya dalam urusan kamu.” Lihat Tafsir Ibn Kathir, 1/39.

Dalam kisah Nabi Zakaria yang melihat karamah dan kemuliaan Maryam dengan rezeki yang luarbiasa, maka Allah rakamkan kisah yang menarik ini:

كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ. هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya: “Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
(Surah Ali Imran: 37-38)

Ayat ini menunjukkan adab yang diajar kepada kita iaitu apabila berhajatkan sesuatu, masing-masing bertawajjuh, munajat dan berdoa kepada Allah SWT. Itulah petunjuk Ilahi dan itu lebih menampakkan kesungguhan seseorang yang berhajat.

Keempat: Salahfaham Konsep Doa

Dalam al-Qur’an bagaimana Allah mengajar Rasul-Nya SAW yang beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah SWT.

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: “Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.”
(Surah al-A’raf: 188)

Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW dan sangat bertepatan dan kekeliruan yang timbul di sebabkan isu Valet Doa ini. Sekiranya Rasulullah SAW sendiri menafikan dirinya berkuasa untuk mendatangkan mudarat dan manfaat kecuali Allah SWT, bagaimana pula seorang individu lain mampu menjamin kemakbulan doa secara yakin, dengan bersandarkan beberapa buah hadis yang disalahfahami? Justeru, semua doa yang kita pohon kepada-Nya yang memakbulkan hanyalah Dia yakni Allah SWT. Kerana itulah berkali-kali Allah menamakan diri-Nya dengan sami' al-dua' (yang mendengar doa).

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah kami meneliti isu Valet Doa yang disertakan pula dengan pakej-pakej dengan harga yang berbeza seolah-olah mengikut tahap kemustajaban doa, dengan ini kami berpendapat, ia adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat. Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian. Hatta bila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar RA dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar RA. 

Kami juga melihat, penamaan pakej-pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Sementelahan lagi, ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa.

Berkenaan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said RA, sabda Rasulullah SAW:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ : إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا ، قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ؟ قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ

Maksudnya: “Tiada seorang Islam berdoa dengan satu doa yang tiada padanya unsur dosa dan putus silaturrahim kecuali Allah kurniakan kepadanya salah satu daripada tiga iaitu samada disegerakan doanya, ditangguhkannya untuk hari akhirat atau dihilangkan daripadanya kejahatan seumpamanya. Kemudian sahabat berkata: ‘Kalau begitu, kami akan membanyakkannya. Sabda Baginda: ‘(Maka balasan) Allah lebih banyak.” 
(Riwayat Ahmad, no. 10749)

Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang dipohon oleh seseorang akan diterima, tetapi bentuk penerimaannya itu pelbagai berdasarkan nas di atas. Samada dimakbulkan segera, ditangguhkan ke hari Akhirat atau dihilangkan keburukan seumpamanya. Inilah yang ditafsirkan oleh Ibn Hajar dalamFath al-Bari (11/95). Justeru, penggunaan kalimah mustajab atau jaminan makbul yang difahami itu akan mengelirukan lebih-lebih lagi jaminan dan had masa tertentu untuk mendapatkannya. Ini menyalahi nas yang sahih lagi jelas.

Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah DIBATALKAN agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah-fitnah dan eksploitasi ibadah. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita golongan yang benar-benar mengikut syariat-Nya, Amin. 

Akhukum fillah, 

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
15 Februari bersamaan 18 Jamadil Awal 1438

24 October 2014

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

 
Sejak betul rasanya kita dah tiba di hujung tahun hijrah 1435, hari ini adalah hari terakhir dalam tahun itu dan rasa-rasanya baru semalam kita menyambut Maal Hijrah 1435 itu. Dan selepas waktu magrib ni maka jika kita panjang umur maka kita dah berada di tahun 1436H.

Jadi jangan lupa ya untuk membacakan doa akhir tahun selepas waktu solat asar nanti dan selepas solat magrib bacakan doa awal tahun pula. Semoga sama-sama kita diampunkan Allah swt segala dosa kita tahun lepas dan diberikan rahmat, iman dan keberkatan pada unur dan kehidupan kita di tahun mendatang. Ameen.



18 July 2014

Maknanya Doa Qunut Nazilah

Sekarang ni saudara-saudara kita di banyak negara sedang dianiaya, diserang dan diseksa oleh manusia-manusia yang kejam, zalim dan tidak bertamadun. Apa yang mampu kita lakukan dan tanpa dikenakan bayaran adalah membisikkan doa qunut nazilah ini dengan hati yang penuh insaf dan mohon Allah mempercepatkan hukuman kepada mereka tersebut. Jika kita tak faham dalam bahasa Aran makanya bacalah maknanya di bawah:

Ya Allah kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Cengkamkan anjing-anjing Mu kepada mereka

Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas

Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab

Kalahkan mereka..!! Kalahkan mereka..!! Kalahkan mereka..!!
Dan kurniakan kemenangan untuk kami.

Whai saudara-saudaraku mohon diteruskan berdoa untuk saudara seislam kita di seluruh dunia ... dan percayalah bahawa kemenangan akan berpuhak kepada kita sekiranya kita ikhlas dan menyerah diri kepada Allah swt. Mohon agar kita bersama akan menjadi para mujahideen.

Hasbunallah wani'mal wakiill La Hawla Wa La Quwwata illa Billah

07 November 2013

Tasbih Nabi Yunus as


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Nama Tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun. Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan, Kalimah tersebut adalah tasbih Saudaraku Nabi Yunus a.s"

04 November 2013

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah 1434

Assalamualaikum kepada semua sahabat seagama. Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun Hijrah. Jadi jangan lupa nanti selepas solat asar bacalah doa di atas. Doa untuk menutup tahun hijrah yang lepas semoga Allah swt memelihara kita dari hasutan syaitan durjana. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa kita dalam tahun itu.


Selepas itu nanti sebaik sahaja selesai solat magrib, maka kita telah pun memasuki tahun baru Hijrah 1435. Mohon perlindungan dari Allah swt untuk memelihara kita daripada godaan dan pujukan syaitan yang dilaknat dalam tempoh setahun yang akan datang. Sebaik-baiknya berdoalah bersama-sama dengan ahli keluarga.

14 October 2013

Doa Hari Arafah


Dari ‘Aisyah ra berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
yang bermaksud: “di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim no. 1348).

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

yang bermaksud: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (HR. Tirmidzi no. 3585. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan). Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau terkabulkan (Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 10: 33).

Dikesempatan hari ini juga saya berdoa ke hadrat Illahi supaya menyelamatkan diri saya, ibubapa, adik beradik, sanak saudara dan seluruh umat Muhammad saw dari seksa kubur dan api neraka, dikuatkan iman dan dijauhkan dari fitnah Dajjal. Semoga Allah swt menyelamatkan saudara-saudara kita di Syria, Mesir, Pelastine, Mynmar, Thailand, Afganistan, Pakistan, Filippina dan juga di Malaysia.

27 September 2013

12 golongan yang termasuk didoakan oleh para Malaikat

Insya Allah berikut inilah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci". (Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu shalat. Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)

3. Orang-orang yang berada di shaf barisan depan di dalam shalat berjamaah. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf -shaf terdepan" (Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang-orang yang menyambung shaf pada sholat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang-orang yang menyambung shaf-shaf" (Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu". (Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat ( berdoa ) kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini) 

7. Orang-orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah. Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang-orang yang berinfak. Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat (berdoa ) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" Insya Allah termasuk disaat sahur untuk puasa "sunnah" (Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit. Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" 

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343) Sumber Tulisan Oleh : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005

Sumber: fb Ustadz-Jefry-Al-Bukhori

17 August 2013

Doa Qunut Nazilah - Senjata Umat Islam

Doa Qunut Nazilah merupakan doa yang dibaca ketika umat Islam ditimpa ancaman, bencana, penganiayaan dan penindasan yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah dan Islam.

Kini ramai umat Islam yang dianiaya seperti di Mesir, Pelastine, Syria, Myanmar, Thailand dan Filipina.

Nu’man bin Bashir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Kamu akan melihat orang beriman saling berkasih sayang satu sama lain, mencintai satu sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh, Ketika satu bahagian tangan (dari tubuh) merasakan sakit maka menyebabkan keseluruhan tubuh akan menjadi lemah dan merasa sakit “ (Misykat: 422)

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).” (ibid)

Diriwayatkan dalam seperti di dalam hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

1. Mazhab Hanafiah: Tidak disyariatkan bacaan qunut pada Solat Fajar dan solat lima waktu, melainkan pada solat witir.

2. Mazhab Hanabilah (hambali): Bacaan doa qunut nazilah pada Solat Fajar sahaja.

3. Mazhab Syafie, Maliki dan sebahagian ulama’ lain: Disunatkan membaca qunut nazilah pada solat lima waktu dan juga pada solat subuh.

Doa Qunut Nazilah ini juga boleh dibaca pada rakaat terakhir Solat Witir bermula 15 Ramadhan.

Dikisahkan Amir bin Malik, ketua Bani Sulaym meminta bantuan kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh kaumnya. Rasulullah SAW menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat yang mereka terdiri dari para Quraa (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani Sulaym kemudian menawan para sahabat di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’una dan kemudian membunuh mereka.

Jibril AS memberitahu peristiwa ini kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan mesej terkini dari para Quraaa tersebut, “Khabarkan kepada orang-orang bahawa kami telah berjumpa Tuhan kami. Dia (Allah) redha kepada kami dan kami redha kepada-Nya”. Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah SAW mengalami kesedihan yang mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah membaca Qunut Nazilah selama satu bulan “mengutuk” Bani Sulaym. (Bukhari 2:586)

Berdasarkan riwaayat-riwayat di atas, para Fuqaha telah menggariskan bahawa apabila ummt ini dalam krisis mereka harus mengikuti Sunnah untuk mengamalkan Qunut Nazila dan berdoa untuk Ummat.

Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan tiap batanya).” (ibid)

Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita di mana saja berada, khususnya yang sedang berhadapan dengan ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.

Di bawah adalah Doa Qunut Nazilah dalam rumi (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab):

Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina wa nauzubillahi min syuruurihim, Allahumma badid syamlahum, wa farriq jam’ahum, wa syattits kalimatahum, wa zalzil aqdaamahum, wa sallidt alaihim kalban min kilabik Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab, wa Ya mujriassahaab, wa Ya hazimal Ahzab ihzimhum, wansurna alaihim. Ameen.

Ertinya:

"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin untuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,

Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa. Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"

Ingatlah bahawa senjata orang mukmin itu adalah DOA yang sememangnya lebih tajam daripada mata pedang.

Wallahualam

27 May 2013

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah di bawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/ mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra\'d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa\' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu\'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

26 April 2013

Doa Rasulallah saw

Dari riwayat Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di Masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1.   Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2.   Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh as). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3.   Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (Allah telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya?

08 April 2013

Video: Doa Rabitah - Kekuatan Ummah - UNIC


Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah berjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya."

03 April 2013

Video: Doa Qunut Nazilah

Wahai semua muslim, lihatlah sekeliling anda terutamanya di beberapa buah negara yang sedang bergejolak di mana rakyat muslim yang menjadi mangsa seperti di Mynmar dan Plastine. Apa yang kita boleh buat? apa yang kita boleh bantu? Memang tak sanggup kita melihat mereka dianiaya, dizalimi, disembelih, dibakar, dibom dan pelbagai seksaan mereka terima. Kita jauh dari ereka untuk membantu, jadi hanya doa sahaja yang boleh kita panjatkan ke hadrat Illahi supaya mereka ini dibantu oleh Allah swt. Supaya Allah menghantar malaikat-malaikatnya untuk melindungi saudara-saudara kita ini, atau Allah menghantar ssuatu/ seseorang bagi membantu mereka yang teraniaya itu.

Apa kata kita panjatkan doa qunut nazilah ini setiap pagi dan petang supaya saudara-saudara kita dimenangkan perjuangan mereka dan menhancurkan musuh-musuh itu dengan apa cara sekali pun. Bukankah kita yakin bahawa doa ini adalah senjata umat Islam yang paling ampuh. Jom jangan berlengah lagi...

17 January 2013

Zikrullah Merangsang Kekuatan

Salah satu amalan yang dapat mengukuhkan 'muraqabah' ialah mengingati Allah atau zikrullah. Dalam Al-Quran antara golongan yang amat dipuji oleh Allah ialah golongan yang banyak berzikrullah. 

Dalam Surah Al-Ahzab ayat 35 Allah berfirman; "dan golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada allah, allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar." Golongan ini kadangkala digelar oleh Nabi sebagai Al-Mufarridun berpandukan sebuah hadis yang terdapat dalam sahih Muslim yang bermaksud, "Golongan Al-Mufarridun Akan Mendahului". Sahabat-sahabat bertanya, "Siapakah mereka yang mufarridun itu ya Rasulullah?" Bersabda Nabi, "lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah."

Apakah yang perlu kita lakukan untuk tergolong dalam golongan ini? Mengikut Imam Mujahid, "dengan sentiasa mengingati Allah ketika sedang berdiri, duduk dan berbaring." Kadar zikir yang paling minimum yang perlu kita lakukan ialah melaksanakan solat dengan penuh kusyuk dan rendah hati seperti yang disebutkan oleh Imam Atha, "sesiapa yang melaksanakan solat yang lima dengan melaksanakan segala hak-haknya, dia tergolong dalam golongan lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah."

Zikrullah yang terbaik ialah yang dilakukan dengan hati dan lidah. Namun jika hendak dipilih diantara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah pilihan yang lebih baik. Secara dasarnya zikrullah dengan hati dan lidah dapat dilakukan dalam hampir semua keadaan. Imam Nawawi dalam Al-Azhar berkata, "Telah ijmak ulama tentang keharusan berzikir dengan hati dan lidah bagi semua orang termasuk mereka yang berhadas, yang berjunub, yang haid dan yang mengalami nifas, tidak kira sama ada zikirnya berbentuk tahlil, tahmid, takbir, selawat, doa dan yang seumpamanya, kecuali membaca Al-Quran. Ia diharamkan ke atas mereka yang berjunub, mengalami haid dan nifas.

 Namun mereka masih boleh membaca Al-Quran dihati dan mereka juga boleh melihat mashaf ketika melakukannya. Walau bagaimanapun, kalimat-kalimat dari Al-Quran yang menjadi amalan harian boleh terus disebutkan ketika berjunub, mengalami haid dan nifas, sebagai contoh, Bismillah, kalimat syukur, doa-doa Al-Quran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun ketika melafazkannya, mereka yang berkenaan hendaklah berniat bahawa mereka melakukannya untuk berzikir dan berdoa."

Apabila zikrullah menyinari hati, 'muraqabah' akan hidup dan bergemerlapan dalam diri seseorang. Ia akan menjadikan seseorang itu jujur dan beramanah dimana saja dia berada walau pun ketika itu dia berpeluang untuk mengaut keuntungan secara yang salah tanpa dapat dikesan oleh sesiapa pun.

Pada tahun 1967 Profesor Dr. Herbert Benson dari Fakulti> Perubatan HARVARD, membuat kajian ke atas 36 orang yang bermeditasi. Beliau mendapati mereka menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang juga lebih rendah daripada biasa, dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Dalam buku beliau, The Relaxation Response, Dr. Herbert Benson menyatakan meditasi mampu mengawal tekanan dan menjadikan seseorang lebih tenang lagi ceria.

Beberapa tahun selepas itu kajian susulan dibuat oleh pakar psikiatri, Dr. Gregg Jacobs, juga dari Fakulti Perubatan HARVARD. Beliau mendapati ketika bermeditasi aktiviti di loba otak bahagian frontal (iaitu bahagian yang berkaitan dengan perancangan, perasaan dan kesedaran) menjadi tidak aktif dan aktiviti di loba parietal (iaitu bahagian yang menerima maklumat dari luar disamping memberi kesedaran tentang masa dan ruang) berkurangan. Ketika itu otak menjadi pasif dan mereka yang bermeditasi berasa seolah-olahnya sedang bersatu dengan alam semesta. Majalah The Times bertarikh 4 Ogos, 2003 melaporkan beberapa kajian menunjukkan meditasi meningkatkan sistem pertahanan badan. Peningkatan ini mampu mencegah seseorang dari pelbagai serangan kuman. Malah salah satu kajian itu menunjukkan sel-sel anti-kanser payudara meningkat selepas bermeditasi.

Penemuan-penemuan ini merangsang ramai orang di Barat, termasuk para intelek dan ahli-ahli korporat, untuk melakukan meditasi dari masa ke semasa. Victor Davich dalam bukunya 'Eight Minutes That Will Change Your Life' mencadangkan agar setiap individu bermeditasi selama 8 minit setiap hari untuk mencapai kesejahteraan dalam hidupnya.

Solat serta zikir dan khusyuk boleh di ibaratkan seperti meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat dan zikir yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat dan zikir yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimat-kalimat zikir yang disebutkan adalah pilihan Allah dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang bakal diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah.

26 November 2012

Doa Ketika Hujan

Bacalah doa ini ketika hujan - pendek dan mudah diingat, semoga kita diberkati oleh Allah dan Allah menjadikan hujan yang diturunkan itu bermanafaat untuk kita dan bukannya musibah.

14 November 2012

Maal Hijrah: Doa Awal Tahun


Doa awal tahun ini dibaca selepas doa akhir tahun. Doa ini dibaca selepas solat sunat rawatib maghrib pada 1 Muharram (perlu diingat kedua-dua doa adalah berikutan dalam hari yang sama), seperti juga doa akhir tahun, doa ini juga dibacakan 3 kali. Fadilat doa ini di mana ianya dengan izin Allah ianya mampu membentengi kita dari gangguan syaitan. 


Sesiapa yang membaca doa ini maka Allah memerintahkan 2 malaikat untuk melindungi kita daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang akan datang. Marilah kita sama-sama amalkannya.... jangan lupa!!!

Maal Hijrah: Doa Akhir Tahun

Di atas adalah doa akhir tahun yang perlu di baca selepas solat Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun itu. Bacalah doa ini sebanyak 3 kali mudah-mudahan dengan izin Allah swt kita dikurniakan perlindungan olehNya dari fitnah dunia, kerosakan, tipu daya syaitan serta diampunkan oleh Allah akan segala dosa kita pada tahun itu. 

Sebaik-baiknya himpunkan semua ahli keluarga untuk solat berjemaah Asar bersama dan kepala keluarga boleh membacakan doa ini dan diameenkan oleh ahli keluarga yang lain.

Sempena Maal Hijrah tahun ini saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada semua kawan-kawan - dirikan semula azam yang perlu kita capai untuk tahun hadapan. Selepas ini ada doa awal tahun yang perlu di bacakan selepas solat rawatib maghrib atau solat maghrib pada 1 Muharram.

28 September 2012

Doa dan Menyembuhkan Rabun Mata


Peringatan : 
Lobak merah itu tidak disyaratkan untuk dihabiskan dalam masa sehari, 
sedikit demi sedikit habiskan 21 biji lobak merah itu.

Kredit: Terima kasih kepada sang pencipta artikel ini, semoga ianya memberikan munfaat kepada ramai orang. Ameen

08 August 2012

Nasyid: Zikir Astaghfirullah - Hadad Alwi


Astagfilrulallah ya Allah ampunkan dosaku, dosa ayahanda bonda, adik-adik, anak-anak saudara dan saudara-maraku.... dan bimbinglah kami ke jalanmu sentiasa.