Showing posts with label Ustaz Don. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Don. Show all posts

23 July 2012

Belajar Baca Al Fatihah - Ustaz Don

Bagusnya usaha Ustaz Don ini, ianya memudahkan kita untuk belajar dan faham akan keluarnya mahraj huruf Arab, kerana kesilapan membaca surah ini membawa kepada maksudkan menakutkan.
Terima kasih Ustaz Don semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia Ustaz bagi membolehkan ia bermanafaat kepada umat Islam di bahagian sini.

08 June 2012

Pesanan Ustaz Don

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
(Surah Ali Imran 3:185)



Tetapi tidak ramai manusia yang sedar bahawa setiap hari kita melangkah menuju ke kubur, selepas itu kita akan dibaringkan ke dalam liang lahat milik kita seperti yang digambarkan di atas. Hanya kain putih yang murah sahaja yang kita bawa bersama pahala-pahala dan dosa-dosa, semoga kita hanya membawa pahala-pahala sahaja dan mudah-mudahan kubur kita menjadi antara taman-taman syurga sementara menunggu masa utuk dibangkitkan semula.

23 May 2012

Ustaz Don Penceramah Berhikmah


Allah telah mengurniakan kepada Ustaz Don pandai berkata-kata dan kata-katanya memang mudah difahami oleh banyak golongan. Walau pun isu yang disampaikan isu harian tetapi setelah mendengar ceramah dan kuliahnya, kita menjadi lebih faham. Banyak pahala dia.


Kepada kawan-kawan yang belum pernah mendengar ceramahnya, ikuti rancangan TV Al Hijrah, 30 minit bersama Ustaz Don - banyak perkara dibincangkan dan banyak ilmu yang dapat kita ceduk. Semoga amal ibadat kita menjadi lebih cantik dan tersusun.


Terima kasihlah Ustaz.....