Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

03 September 2015

Keselamatan Penghuni Baru

Risau dengan keselamatan ikan-ikan tu makanya saya terpaksa letakkan akurium di bawah kerusi supaya tiada kucing yang memanjat di atas akurium macam yang dibuat oleh Bujang dan Tuah.

Tapi lain pulak jadinya, akurium tu dihurung oleh mereka dan ada yang tidak berganjak dan merenung ikan-ikan tu macam Adik.

makin lama makin ramai mereka dan saya dapat rasakan betapa stressnya ikan-akan tu.

Bujanglah yang paling tak senang duduk kejap-kejap dia datang balik dan cuba memanjat tapi dah ada kerusi.

02 September 2015

Salam Pengenalan Dari Bujang dan Tuah

Bujang dah dapat rasakan bahawa penghuni baru yang saya bawa balik tu yang sebenarnya adalah lauk dia. Macam kata peribahasa Melayu yang bermakna - tak kan kucing tolak ikan paling tidak menghidu. Itulah yang dilakukan oleh Bujang sekarang.

Sikap Bujang ni sedikit sebanyak mempengaruhi adiknya Tuah Fitri, apa saja yang dilakukan oleh Bujang akan ditiru oleh Tuah. Bujang mengais akurium mkanya Tuah pun mengais akurium juga.

Bujang naik akurium dan terhidu-hidu, Tuah pun buat yang sama tapi sebab akurium kecik Tuah tak ada tempat nak naik.

Akhirnya berjaya juga dia naik bila abangnya Bujang turun. Semoga Allah selamatkan penghuni baru rumah saya ni.

01 September 2015

Bila Mommy Bawa Balik Penghuni Baru

Rakan sepejabat saya, En Noorzlan beri saya 3 ekor ikan betuk atau ikan puyu untuk dipelihara. Tiba je di rumah saya pun letakkan ikan-ikan tersebut dalam akurium Amir (dulu Amir pelihara kura-kura). Itam MB dan Mimi tekun melihat pergerakan ikan tu. 

Saya letakkan akurium tu atas meja di tepi dinding, ikan-ikan tu berenang dan pergerakan itu menarik perhatian hampir kesemua kucing-kucing saya. Pada mulanya semua perhatikan je ikan-ikan dalam akurium tu dari jauh. Rasa takut dan hairan  menyelinap dalam diri mereka agaknya. 

Mereka perhatikan dulu tanpa usik kejap di atas kejap di bawah. Oky siap memanjat untuk perhatikan ikan-ikan tu dengan lebih dekat.

Manakala Tuah dan Bujang lebih berani dan lihat dengan lebih dekat, tapi Acik hanya puas hati lihat dari jauh je. Itulah gelagat 'anak-anak' saya apabila ada penghuni baru di rumah kami.

05 March 2015

Todak Avilion Hotel

Nampak tak ikan todak, agak panjang juga iaitu lebih sekaki. Ikan ini tidak aktif sebaliknya di bergerak dengan lambat dan perlahan sehingga kami tiada masalah untuk ambil fotonya. Agaknya mungkin ada banyak lagi ikan todak di perairan ini, tetapi yang kami nampak hanya ini seekor di samping beberapa jenis ikan yang lain.

16 July 2012

Fenomena Ikan Aneh Sebelum Tsunami

Subhanallah! Fenomena Ikan Aneh Sebelum Tsunami. Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar Pantai Sendai di Jepun 11hb Mac 2011 lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah ‘dihadiri’ jutaan sekumpulan besar ikan pelik berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.

Bagi nelayan di kawasan Pantai Acapulco, Mexico, ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.

“Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini”, ujarCarlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena ikan pelik tersebut.

Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun.

“Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)”, kataRich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey.

Sumber: http://melayukini.net

18 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 14 - Kehidupan Laut Yang Unik - Box Fish

Ini sejenis ikan laut, yang menyerupai ikan buntal rasanya... yang sebenarnya saya sendiri pun tidak pernah melihat ikan buntal tetapi mengikut kata orang ikan buntal rupanya seperti juga ikan biasa tetapi apabila mempertahankan diri dia membuatkan badannya bulat.

Rasanya ikan ini sejenis dengan ikan buntal kot.... ikan ini serupa dengan kotak... jadi nama dia ikan kotaklah (box fish) ikan ini tidak besar sangat dan dia comel sekali terutamanya apabila dia bergerak. 

Kan rupa dia macam kotak... betul kan? Kalau nak tengok dia bergerak... tengoklah video di bawah ini, tetapi kena tolong perlahankan suaranya kerana terlalu bising. Selamat menonton



13 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 9 - Ikan

Ikan termahal di dunia, besar ini boleh mencapai harga ribuan ringgit

Ikan Arowana Silver... tengok hidup-hidup, memang cantik - pergerakannya yang lemah gemalai... buat kita yang melihat pun terpesona.

Ini pun arowana silver, tetapi selepas di hasilkan dalam kamera saya, serupa ikan arowana emas pulak... namapk sempurna ikan ini...

Ini pun yang sebenarnya ikan arowana, tetapi ekornya meruncing dan tidak mempunyai ekor kembang, bukan ikan cacat sebaliknya memang jenisnya begitu.

Tahukah kawan-kawan apa nama ikan ini, nampak serupa dengan shark... tetapi saiznya jauh lebih kecil, dan ikan ini mempunyai calit putih di setiap hujung sirip ikan ini oleh itu ianya dinamakan white tip shark.

Saya dan emak saya, tengok belakang tu ada seekor ikan serupa iakan selar kuning yang sangat besar.

Shima dengan ikan-ikan giant

Sting ray ini agak besar, bila dia lalu di atas kita macam terlindung cahaya oleh badannya. Semua ikan di dalam akurium ini besar-besar belakang....

Shima asyik memerhatikan seekor sting ray kelabu di belakangnya

Yang ini sting ray bintik-bintik... saya beri nama sendiri, tolong jangan gunakan untuk akademik... 

Selepas ini ada lagi catatan percutian saya... nak tahu tunggulah