Showing posts with label Ayah Death Day. Show all posts
Showing posts with label Ayah Death Day. Show all posts

18 December 2015

7 Tahun Dah Ayah Tinggalkan Kami

Hari ini dan disaat ini genaplah 7 tahun ayahanda kami meninggalkan kami. Ya Allah rasanya macam baru semalam kami bercakap dan bergurau dengan ayah, tetapi rupanya dan 7 tahun dia pergi mengadap Sang Penciptanya yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani. Ya Allah kasihanilah ayahanda kami, tempatkanlah rohnya di kalangan orang yang bertakwa, bersama-sama dengan kekasihmu, junjungan kami Nabi Muhamad saw.

Ya Allah Ya Rabb, ampunkanlah segala dosa-dosa ayahanda kami, berikanlah kesejahteraan kepada dia dan jadikanlah pusaranya salah 1 taman-taman syurga sementara dia menunggu kami untuk bersama-samanya nanti. Ameen Ya Rabb.

18 December 2014

6 Tahun Ayah Dah Tinggalkan Kami

Ayah di driving range - percubaan menebas
Hari ini dan masa ini tepat ayah tinggalkan kami. Pada masa dan hari yang sama 6 tahun dahulu ayah telah meninggalkan keluarga kami. Kami doakan agar ayah sentiasa berada di dalam keredaan Allah swt, di tempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati dan berada bersama dengan Rasulallah saw. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa ayah sama ada yang sengaja atau tidak, yang besar atau kecil.

Kami sangat berharap agar kita akan bersama nanti di akhir zaman dan di syurga

18 December 2013

Hari Ini Genap 5 Tahun Ayah Pergi

Rasanya macam baru semalam ayah ada di kalangan kami. Namun begitu hari-hari yang kami lalui tanpa ayah sejak 5 tahun lalu sering kali membuatkan kami sayu, rindu dan teringat pada ayah, terutamanya apabila menyambut hari raya.

Bagi saya, saya selalu bercakap dengan ayah dalam telepon dan apabila ayah dah tiada memang terasa kekosongan saat-saat begitu. Alhamdulillah kami ada mak lagi dan pada dialah tempat kami melepaskan rindu pada ayah.

Ayah bersemadilah dengan aman, kami doakan agar ayah sentiasa di dalam kerahmatan Allah swt dan ditempatkan roh ayah di kalangan kekasih Allah dan semoga ayah sekarang ini bersama dengan Rasulallah saw.

Lambat laun kita akan bertemu juga, ayah nantikan kami.

18 December 2012

The Death Day of My Dear Father


Lebih kurang waktu begini (8.30 malam) dan hari ini (18 Disember 2008) tetapi harinya adalah hari Khamis ayah pergi meninggalkan kami. Hari ini genaplah 4 tahun ayahanda tercinta mengadap ke hadrat Illahi. Walaupun mungkin pada sesetengah orang 4 tahun itu masa yang sudah lama, tetapi bagi emak, saya dan adik-adik rasanya seperti baru semalam ayah pergi, kehilangannya masih terasa dan sehingga kini kehidupan saya terutamanya sudah berubah 360 darjah, semuanya sudah tidak sama seperti dulu lagi baik hidup di kampong atau kehidupan di sini.

Apa yang boleh kami lakukan adalah cuba meneruskan hidup tanpa ayah dengan sebaik-baiknya di samping mendoakan untuk ayah di sana lebih aman dan tenang di kalangan orang-orang beriman dan yang dicintai Allah Taalah. 

18 December 2011

Tarikh Masihi dan Waktu Pemergiaan Ayah Pulang Kepada Penciptanya

Tarikh hari ini (18 Disember)dan lebih kurang masa ini (jam 8.30 malam), pada tahun 2008 yang lalu, ayah yang sangat kami cintai telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Nafas terakhirnya adalah semasa azan isyak dari Masjid Al Azim Melaka masih berkumandang. Telah dituliskan di dalam Loh Mahfuz bahawa ayah hanya akan menumpang di dunia ini selama 71 tahun sahaja. Tetapi bagi kami rasanya masa itu terlalu singkat dan rasanya ayah patut bersama kami hingga kini. Tetapi siapa kita untuk tentukan sesuatu.

Perginya ayah telah membawa semangat kami sama kerana kami tidak pernah berpisah dengannya sejak kami dilahirkan, hanya perpisahan sementara kerana tugas masing-masing. Kini yang tinggal pada kami hanya kenangan dan gambar-gambar lama untuk kami menghilangkan rasa rindu sementara menunggu masa dijemput Allah untuk bersama dengan ayah. Kami percaya ayah juga tertunggu-tunggu kami ahli keluarganya untuk bersama berjumpa dan hidup dalam satu keluarga di tempat yang paling indah dan sempurna di sana.

Khas untuk ayah, setiap hari, setiap kali selepas solat dan sebelum masuk tidur doa dipanjatkan ke hadrat Illahi supaya disampaikan kepada ayah. Tidak lupa juga kami mensedekahkan sesuatu untuknya. Semoga ayah aman, tenteram, nyaman di sana, itu sahaja yang boleh kami berikan untuk ayah. Kami mohon kepada Allah dikurniakan tempat rehat ayah yang terbaik kerana ayah seorang insan yang sangat baik di dunia ini. Bila tiba masanya kita akan berjumpa lagi...... insyallah

18 December 2010

The Death Day of My Dear Father



Dulu 18th Disember 2008, semasa azan solat Isyak, ayahanda yang sangat saya kasihi telah menyahut panggilan Illahi. Hari ini genap 2 tahun Masihi ayahanda saya telah meninggalkan kami. Tapi kami sekeluarga masih lagi merasa amat rindukan dia.

Semoga Allah sentiasa mengampunkan segala dosanya, peliharalah rohnya ya Allah seperti mana dia memelihara kami dari kecil hingga kami dewasa, tempatkan ayahandaku di sisi Mu ya Allah bersama para Rasul, Nabi dan kekasih Mu, lapangkan dan menerangkanlah pusaranya - jadikan pusaranya tempat rehatnya sehingga Kau menghidupkan kami semula di akhir zaman ya Allah, jauhkanlah ayahandaku dari segala siksa kubur ya Allah, siksa di padang masyar dan siksa neraka serta kurniakanlah kepadanya darjat tertinggi ya Allah kerana dialah ayah terbaik yang sentiasa mengajar kami solat, mengenal huruf, berpuasa, membimbing aku semasa mengerjakan fardhu haji. Segala tanggungjawabnya selesai di bumi ini, tiada apa yang tidak selesai dan tiada apa yang kami kesalkan. Aku dan keluargaku menyerahkan ayahanda kami kepada Mu ya Allah, lindungi dia sesungguhnya Kau maha pemberi ampun, pelindung, pengasih dan maha lembut. Amin

Al- Fatihah untuk ayah.............


Foto kenang-kenangan ayah dan emak