Showing posts with label Pokok. Show all posts
Showing posts with label Pokok. Show all posts

10 November 2013

Sifat Pokok Gharqad

Pada post yang terdahulu saya ada ceritakan sedikit tentang pokok yang disebut oleh Rasulallah saw. Sabda baginda nanti pada akhir zaman orang Islam akan memerangi Yahudi dan orang-orang Yahudi akan bersembunyi di belakang batu dan pokok-pokok.

Batu dan pokok akan bersuara dan menunjukkan di mana orang Yahudi tersebut bersembunyi melainkan pokok gharqad. Saya sangat yakin bahawa orang Yahudi mengetahui akan hadis ini dan mereka kita telah bersedia dengan menanam sebanyak mungkin pokok gharqad yang juga dipanggil sebagai pokok yahudi.

Cuba kita lihat kawasan penanaman pokok yahudi di wilayah Palestine:

1.   Hutan laut tengah dan hutan semak belukar (2209 spesies).
2.   Padang rumput dan hutan semak belukar (1434 spesies).
3.   Semak belukar yang berumput (1062 spesies).
4.   Padang pasir (1058 spesies).
5.   Tumbuh-tumbuhan hijau di Gunung Hermon (991 spesies).

Al-'Ausaj atau Gharqad, si pohon Yahudi

Nama Latin: Lycium shawii roem, nama lain Lycium arabicum schwiein fex, dan Boiss lycium persicum miers.

Nama pohon yang dikenali: Ausaj, Gharqad Sahnun, dan pohon Yahudi. dinamakan demikian (Gharqad), kerana sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yang mulia, Rasulullaah saw bersabda tentang peperangan majdaliun (Armageddon), Yahudi akan bersembunyi di balik pohon apa saja, dan pohon-pohon tersebut akan menyingkap kewujudan mereka dengan mengatakan, "Ada Yahudi sedang bersembunyi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia! "Kecuali pohon Gharqad ia tidak mahu menunjukkan kalau ada Yahudi di balik mereka. Wallaahu a'lam.

Sifat pokok Gharqad

Pohon yang berduri keras dan durinya beracun, tingginya biasanya mencapai 1-2 meter, tetapi saya dengan mata kepala sendiri melihat sebahagian pokok ini di Bukit Saina tingginya mencapai 5 meter.

Akarnya mengeluarkan duri dan zaghab (bulu), khususnya pada bahagian hujung. Daunnya berbentuk seperti sudu kecil, berwarna hijau segar, biasanya sekumpulan 3 daun dilengkapi dengan duri-duri di sampingnya. Sedangkan bunganya berwarna putih kebiru-biruan, dan buahnya berwarna merah bersaiz dengan biji buah Himsh, lebih kurang seperti itu.

Masa bunga dan berbuah: pada musim bunga dan musim panas.

Manfaat perubatan: untuk merawat penyakit tidak boleh buang air, dan buahnya bermanfaat untuk merawat penyakit usus besar dan untuk merawat penyakit kuning.

Pokok ini selalu berdaun di sepanjang musim, sedangkan pertumbuhannya mengalami pembaharuan pada selang antara bulan Mac-April, bunganya berbentuk buqiyyah (seperti terompet), dengan warna merah lembayung (violet) cerah, atau putih dengan lima daun, buahnya bulat dengan warna oren atau merah , lebih kecil daripada biji Himsh (dalam bahas Inggeris: chick-pea), buahnya boleh dimakan, tetapi rasanya masam seperti tomato. Seekor unta jika sakit akan mencari dan datang pada pokok ini untuk dimakan.

Pada musim bunga, pokok ini dipenuhi oleh burung, dan burung pemangsa kecil seperti shurad menggunakannya untuk menyimpan mangsa di duri-durinya.

Pohon yang hidup untuk masa yang lama, tingginya kira-kira 2 meter, daun-daunnya seperti lingkaran, diselingi oleh duri-duri tajam, bunganya putih pucat dengan saiz kecil, buahnya merah dan kecil seperti tomato. Disebut dengan al-Misha', ia adalah makanan kesukaan burung hubara (jenis burung berbadan besar dan berkaki panjang).

Dialah pokok Yahudi yang sekarang ini Bangsa Yahudi beramai-ramai menanamnya, kerana disebutkan kelak di akhir zaman, batu dan pokok-pokok boleh bercakap, mereka berkata, "Wahai muslim, ini ada Yahudi sedang bersembunyi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia!" Kecuali pokok Gharqad

wallaahu a'lam.

Sumber: Detik Islam
Keluaran 14 April 2013

25 September 2013

DIY: Tanaman Gantung

Projek Botol PET Gantung.

Bahan-bahan:

1. Botol minuman (guna semula)
2. Media tanah
3. Tanaman
4. Tali

Cara:

1. Tebuk 4 lubang keliling muncung botol menggunakan paku.

2. Tebuk satu lubang di setiap hujung bontot botol sebagai lubang pengairan.

3. Potong tepi kiri dan kanan botol (seperti dalam gambar rajah).

4. Masukkan media tanah.

5. Masukkan tanaman.

Nota: Tanaman juga boleh diganti dengan benih sayuran yang ingin ditanam seperti kangkung, bayam, selasih, kemangi, dan lain-lain. Selamat mencuba!

16 July 2013

Pokok Mangga Ku Berbuah Lagi

Kali ini pokok mangga ku berbuah lebat... sayangnya banyak kumbang kecil yang mengganggu buah-buah tersebut. Setiap hari Sabtu dan Ahad saya akan menyemburkan cecair serai kepada buah-buah tersebut. Buat seketika serangga-serangga tersebut hilang tetapi mereka datang kembali.

Kalau saya sarungkan buah-buah tersebut nanti saya pula susah untuk memerhatikan serangga yang merosakkan buah.

Kelihatan buah-buah mangga yang rendang hampir mencecah bumi.

26 March 2013

6 Air Purifying House Plants

1.   Bamboo Palm: It removes formaldehyde and is also said to act as a natural humidifier.

2.   Snake Plant: It absorb nitrogen oxides and formaldehyde.

3.   Areca Palm: One of the best air purifying plants for general air cleanliness.

4.   Spider Plant: Great indoor plant for removing carbon monoxide and other toxins or impurities. Spider plants are one of three plants NASA deems best at removing formaldehyde from the air.

5.   Peace Lily: Peace lilies could be called the “clean-all.” They’re often placed in bathrooms or laundry rooms because they’re known for removing mold spores. Also know to remove formaldehyde and trichloroethylene.

6.   Gerbera Daisy: Not only do these gorgeous flowers remove benzene from the air, they’re known to improve sleep by absorbing carbon dioxide and giving off more oxygen over night.

02 February 2013

Pohon Apakah Itu?

Artikel ini saya ambil dari Koleksi Ustaz Azhar Idrus: Ceritanya kali ini adalah mengenai sepohon pokok yang masih lagi hidup yang ada kena mengena dengan Rasulallah saw.

✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".

Sedikit sejarah mengenainya...

✔ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم  pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

✔ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah; menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra. Pertama ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun; bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. Kali kedua ketika Rasulullah saw ke Bosra membawa barang dagangan Saidatina Khadijah. apa yang menarik.. selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.

✔ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

SubhanAllah, Indahnya Ciptaan الله

05 January 2013

Pokok Mangga Yang Terbiar

Kalau anda semua nak tahu, ini adalah pokok mangga yang ditanam ayah di hadapan rumah kami. Pokok ini sangat rendang ada kalanya semasa ianya berbuah, buahnya sangat rendah dan boleh dicapai oleh anak-anak kecil.

Selepas ayah meninggal dunia, kami dan Emak tidak menetap di sini, kami balik hanya di hujung minggu atau semasa cuti panjang. Baru-baru ini semasa kami balik ke kampong, pokok ini juga kelihatan sangat terbiar. Dahannya semakin rendang dan rimbun, daun-daun yang gugur menyebabkan halaman rumah nampak tidak terjaga dan tidak kemas langsung. Melihat halaman yang tidak terurus sayunya hati saya kerana selama ayah ada, tidak pernah halaman rumah kami seperti ini.

7 biji buah mangga yang masih muda dan sangat rendah hampir mencecah bumi. Masa ayah ada dulu ayah juga rajin membalut buah mangga ini supaya tidak rosak. Terdapat beberapa biji buah mangga yang telah rosak, sayangnya tapi apa nak dibuat.

Saya amat berharap agar saya ditakdirkan bertukar ke Melaka dalam masa terdekat ini, supaya saya dapat menetap di rumah ini bersama dengan emak. Sekarang ini saya seperti kehilangan akar umbi keluarga, sudah tidak tahu hendak ke mana setelah rumah ini terbiar tanpa penghuni.

11 December 2012

Pokok Makan Ke????

Pokok makan ke bangku ni???
Kenapa terjadi begini? kelihatan macam bibir pokok cuba menelan bangku tu...

Pokok makan ke motosikal ni??
Yang ini macam mana boleh terjadi, nampak motosikal ni tak lah mana sangat sebab karatnya hanya di beberapa tempat sahaja, atau mungkin kah pokok ni cepat tumbuh...

Rumah bertandukrusa?
Permandangan sebegini banyak juga terdapat di negara ini, di mana pada awalnya ada kemungkinan manusia membina tempat berteduh di bawah pokok dan menambah mendjadikan kediaman, sementara pokok juga semakin membesar. Hasilnya itulah....

18 September 2012

Perihal Pokok Hempedu Bumi

Nama saintifik : Andrographis paniculata
Nama biasa : Raja Pahit
Nama tempatan : Hempedu bumi
Famili : Acanthaceae

Pendahuluan:Herba ini merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai jangkahayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun. Ia berasal dari Asia Tenggara, China dan India. Disebabkan oleh keupayaan pembiakan yang tinggi ia dikatakan sebagai tumbuhan musuh di beberapa tempat. Tumbuhan ini digunakan sejak berabad yang lalu sebagai perawatan khususnya di China, India dan Jawa. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini tumbuhan ini mempunyai keupayaan sebagai tumbuhan herba dan telah memasuki pasaran farmasi. Kini tumbuhan ini menjadi herba perawatan yang boleh mengubati sakit-sakit yang ringan dan telahpun terbukti ke atas banyak gejala penyakit yang berkaitan dengan masalah kesan daripada antibodi yang telah dikeluarkan untuk melawan bahan yang sedia ada dalam badan (autoimmune)

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh tegak dengan jangka hayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60-70 cm. Mempunyai batang yang berbentuk segi empat dan mempunyai dahan yang yang banyak. Daunnya berwarna hijau, susunan daun ringkas, licin. Susunan daunnya adalah secara 'decussate' iaitu daun yang berpasangan secara bertentangan.

Tabiat Tumbuhan:

Hempedu bumi umumnya dijumpai secara liar di kawasan tanah terbuka dan kawasan yang ditumbuhi rumput. Di Malaysia hempedu bumi biasanya ditanam di kawasan belakang rumah atau di dalam pasu untuk tujuan herba perubatan. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang lasak dan boleh hidup dengan baik dalam berbagai jenis tanah.

Bahagian Yang Digunakan: Daun dan keseluruhan bahagian pokok.

Amalan Tradisi Perawatan:Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang boleh memberikan analgesik iaitu dapat mengurangkan rasa kesakitan, boleh dijadikan sebagai julap (ubat pencuci perut), ubat pengeluar kahak, penghadaman dan juga digunakan sebagai rawatan penyakit kencing manis, demam, jangkitan cacing, bronkitis yang kronik ( bengkak pada tiub udara di kerongkong), kusta,senak atau kembung perut, sakit perut, disentri (cirit birit) dan penyakit kulit (terbakar, luka dan ulser). Tumbuhan ini juga boleh merawat gigitan ular dan juga kitaran haid yang tidak teratur.

Sumber: http://www.forestry.gov.my/johor

14 May 2012

Pokok Aneh (Pokok Darah Naga)


Uniknya pokok ini, orang tempatan memanggil pokok ini sebagai Pokok Darah Naga (Dragon Blood Trees), foto pokok ini diambil di Pulau Socotra Yemen. Maha besarnya Allah kerana mencipta pelbagai rupa dan bentuk kejadian yang diingini oleh Nya. Rupanya banyak betul benda-benda dan lokasi yang tidak pernah tebanyang oleh kita. Sebaik-baik insan apabila melihat sesuati kejadian dia memuji dan kembalikan pujian kepada Penciptanya.... Masallah... Allahuakbar.





Socotra Island, Yemen,