Showing posts with label Stafku. Show all posts
Showing posts with label Stafku. Show all posts

11 March 2011

Kasih Nieza di Jom Bali

Kami berkumpul lagi untuk sekian kali di Jom Bali untuk sama-sama menjamu selera. Kali ini kami dibelanja oleh Nieza. Jadi tajuk di atas sebenarnya adalah Terima Kasih Nieza Kerana Belanja Kami di Jom Bali. Tapi kerana tajuk yang terlalu panjang, jadi bila disingkatkan subjek asal lari, tetapi tajuk jadi lebih komersial. Seramai 4 orang tak ada dalam gambar, walaupun begitu 3 orang yang tak dapat hadir dan Suhaimy jadi jurufoto.



Yang mana satu Nieza, sama cantik sama lawa, Nieza yang pakai baju purple dengan tudung kelabu. Di sebelah Nieza adalah Gee yang senyum dalam kelaparan menunggu tibanya makanan yang dipesan.



Itu dia berbagai jenis minuman yang dipesan, yang paling nampak menarik dan menyelerakan adalah minuman berwarna coklat pekakt dengan berlapiskan semacam kopi. Nor yang pesan minuman tersebut.





Ewah barisan ratu dai hadapan Nor, Vidia, Gee dan Nieza



Dari belakang Suria, Puan Hafisah dan saya. Setiap yang bermula ada akhirnya, begitu juga dengan pertemuan ini..... Alhamdulillah kami dah kenyang. Kami doakan Nieza dimurahkan rekzi yang halal oleh Allah taalah hendaknya.

Jamuan Birthday PPK Rahim

Pada 23 Februari 2011 yang lepas Unit Hasil dan Pendaftaran telah menyambut hari ulang tahun salah seorang ahli keluarga mereka iaitu PPK Rahim. Gambar di atas birthday boy sedang memotong kek harijadinya dengan diperhatikan oleh bosnya Cik Noor Nadiah dan Jasbil Kaur.

Bergambar beramai-ramai. Kami semua doakan agar PPK Rahim dipanjangkan umur dan dimurahkan rekzi yang berkah dari Allah Taalah.

Selamat Hari Jadi PPK Rahim

08 March 2011

Macam Berjanji - Pink Jadi Pilihan Hari Isnin 7 Mac 2011




Bila tiba sahaja di pejabat pagi tu, baru kami semua sedar rupa-rupanya 6 orang daripada kami memakai baju dengan warna yang sama, iaitu warna pink atau hampir-hampir pink.





Mie dan Nita tetap keluarga pejabat ini walaupun tak pakai baju warna pink. Kata Mie dia tak suka baju pink.