Showing posts with label Melaka Cruise. Show all posts
Showing posts with label Melaka Cruise. Show all posts

28 May 2013

Malacca River at Night

Permandangan di suatu malam hari yang penuh dengan cahaya gilang gemilang.

Jika anda menyusuri Sungai Melaka semasa pesta cahaya, ianya kelihatan sangat menarik

Jomlah menyunjungi Melaka Bandar Bersejarah





31 July 2012

Sungai Melaka Dari Jaya 99

Cantiknya permandangan Sungai Melaka yang saya ambil dari Tingkat 15 Bangunan Jaya 99 di Jalan Tun Sri Lanang Melaka. Sungai yang telah dibaik pulih kelihatan bersih walaupun airnya tidaklah jernih hingga menampakkan dasarnya.

Slogan Melaka Indah Melaka Bersih memang kena dengan tempatnya... kepada semua rakyat Melaka, usah biarkan hanya Kerajaan sahaja yang berhempas pulas memelihara kebersihan dan keceriaan bansar ini, tuan puan juga harus memainkan peranan masing-masing....

Bersih dan cantik.... yang kelihatan ini adalah sedikit dari rumah di perkampungan Morten... kampung yang telah dijadikan persinggahan para pelancung baik dari dalam maupun dari luar negara.

Boy yang digunakan untuk membuat pemantauan di sepanjang sungai ini, saya rasa bot ini menyusuri sungai untuk memeriksa dan mengambil smpah sarap yang ada terapung di sungai ini. Saya sangat memuji usaha pemeliharaan sungai ini. Syabas Kerajaan Neger Melaka. I like....

14 February 2012

Melaka Day Cruise - Part X Video

Melaka Day Cruise - Part IX - Hospital Pakar Putra Melaka

Semasa menyusuri Sungai Melaka dengan bot, kami melimpasi Hospital Pakar Putra Melaka, di mana ayah saya dirawat di hospital ini selama sebulan sebelum ayah yang kami cintai menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital ini pada 18 Disember 2008.

Dulu semasa kami menemani ayah, kami sendiri sentiasa melihat/ menyengok ke jendela melihat keindahan sungai ini dan Kampong Morter.

Ayah sendiri selalu menceritakan akan keindahan dan keseronokan pelayaran menyusuri sungai ini.

Kalau tak silap saya 2 kali ayah dan emak menikmati keindahan Melaka dari dalam bot dan ayah juga melihat keindahan malam di sungai ini dan Kampong Morter dari hospital ini.

13 February 2012

Melaka Day Cruise - Part VIII - Sambungan Pemandangan Sepanjang Sungai Melaka

Hari hampir senja, kami dah balik semula ke jeti tempat kami mula-mula naik bot, iaitu di Taman Rempah. Cuba lihat replika tanjak (head gear) orang dulu-dulu.

Air sungai belum bersih sangat, warnanya hijau dan berlumpur, walaupun begitu sampah sangat kurang dan tidak seperti di sungai-sungai lain Malaysia.

Masih ada peluang lagi untuk merawat air sungai supaya lebih bersih lagi. Kerjasama semua pengunjung dan rakyat diperlukan

Malangnya saya masih lagi berjumpa dengan pemuda-pemuda yang bersikap membuang sampah di khalayak ramai atau di tempat umum.



















Melaka Day Cruise - Part VII - Pokok Bakau

Di pertengahan pelayaran yang singkat ini, kami melalui kawasan habitat yang dilihat sesuai untuk pertumbuhan pokok dari jenis spesies bakau. Walaupun tidak banyak tetapi pokok ini dilihat subur hidup di gigi air.

Dicelah-celah pokok bakau ini diletakkan beberapa buah lampu yang berwarna warni, saya rasa di waktu malam kawasan ini akan menjadi sangat cantik dengan kilauan mentol lampu dan bayangannya di permukaan air.

Pokok bakau merupakan jenis pokok yang dapat menahan pukulan ombak dan kerana faktor ini, Kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengekalkan pokok berkenaan di samping berguna untuk menghalang hakisan di tebing sungai.

12 February 2012

Melaka Day Cruise - Part VI - Pemandangan Sepanjang Sungai Melaka

Selama 40 hingga 45 minit pelayaran ini, saya dapat merakamkan pelbagai rupa budaya dan tinggalan penjajah serta Kerajaan Melaka lama.

Sungai ini dan Kampong Morter juga telah berpuluh tahun malahan mungkin beratus tahun menyaksikan pelbagai aktiviti dan peristewa yang berlaku di Melaka.

Hospital yang penuh makna bagi kami sekeluarga.

Di sinilah jejak-jejak pendakwah Islam memasuki Melaka untuk menyampaikan agama Islam yang mulia kepada Sultan Melaka dan seterusnya kepada rakyatnya.

Lihatlah pemandangan indah di gigi air sungai.





















Ada lagi foto-foto menarik............