Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

13 August 2015

Persidangan Tahunan PERPUN Kali 4 2015

Saya bersama dengan Yaya menghadiri persidangan di atas yang diadakan di Avillion Hotel Melaka. Persidangan kali ke4 ini diterajui oleh UTeM Melaka.

Bertemu dengan kawan baru dari Open Uni. Persidangan ini menjemput ketua-ketua jabatan dan para peserta persidangan yang terdiri daripada perpustakawan dan guru-guru yang terlibat dengan perpustakaan. Tiba-tiba teringatkan Perpustakaan Negara di KL di mana satu-satunya perpustakaan yang saya kunjungi. Adakah perpuskaan ini telah mulakan sistem pinjaman buku melalui on-line?

Jamuan selepas perasmian kami bersama dengan guru-guru dari sekolah di Melaka yang juga dijemput hadir.

30 May 2015

Kursus SMART Integriti: Kumpulan Al Amin

Saya menghadiri Kursus SMART Integriti anjuran bersama Bahagian Integriti KPDNKK dengan JAKIM. Kursus yang sangat bagus dan kursus ini lebih santai. Kursus bermula pada 26 hingga 28 Mei 2015. Seperti juga kursus yang lain kursus ini juga membentuk beberapa kumpulan. Kumpulan kami adalah kumpulan Al Amin.

Al Amin semasa menhadiri sama senaman lagi yang seterusnya meneruskan kepada Explore Race. Sungguh mencabar Explore Race ini apa lagi umur saya yang dah hampir menjelangnya masa bersara.

Namun alhamdulillah kami dapat menghabiskan semua cabaran dengan baik dan jayanya. Terima kasih semua sahabat-sahabatku...

28 March 2015

Dari Jendela Mahkota Hotel Melaka

Inilah antara kegemaran saya. Mengambail foto-foto dari mana-mana jendela sama ada dari hotel, dewan, bilik mesyuarat, atau mana-mana bangunan tinggi. Tujuannya adalah untuk berkongsi dengan anda permandangan yang dijadikan Allah swt.

Selain dari menikmati keindahan alam dan membesarkan keagungan Allah, kita juga dapat melihat permandangan sesuatu tempat itu dengan lebih jelas seperti dari mata seekor burung helang yang sedang terbang tinggi.

Foto-foto kali ini saya rakamkan dari Blok 1 Mahkota Hotel di Melaka. Tingkat tidak tinggi sangat iaitu dari tingkat 8 yang mengadap ke selat dan Pulau Melaka. Melaka adalah negeri kelahiran ayahanda dan bondaku yang seterusnya menjadi negariku juga.

Terbayang dalam minda ku, apa yang terjadi apabila alam menunjukkan kemarahannya? 

22 February 2015

Last Breakfast At Avilion PD

Saya bersama dengan sakan-rakan yang sama menghadiri Bengkel Penyediaan ABM 2016/ 2017 di Avalion Hotel PD.

Biasanya kami bersarapan di dalam Cafe tetapi di hari akhir ini kami merakamkan kenangan bersarapan di tepi pantai yang dipenuhi dengan kapal-kapal layar.

Puan Azah dan Puan Rohana yang sama bersarapan bersama saya.

31 January 2015

Bengkel ABM 2016-2017

Pada 19 hingga 22 Januari 2015 yang lalu kami berkampung di Avillion Hotel Admiral Cove PD menghadiri Bengkel Penyediaan ABM 2016/ 2017. Kebanyakan yang hadir adalah Ketua Unit dan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam penyediaan bajet di JPWPKL.

Dah lama betul saya tinggalkan bidang ini, yang terakhir saya terlibat dalam bajet semasa saya di Kementerian Pertahanan pada tahun 2000 hingga 2004. Walau bagaimanapun kaedah dan format keseluruhan masih tidak berubah hanya di KPM ni terdapat sedikit kawalan secara dalaman. Di akhir bengkel saya dapat menimba banyak ilmu maklumlah apa yang saya ada dulu perlu dipolish.

Kami dari UPT

29 January 2015

Dari Jendela : Avilion Hotel PD (Bilik Ceramah)

Permandangan di Avilion Hotel ni memang cantik dan saya teringat semasa saya mengunjungi Monaco lama dulu. Monaco merupakan bandar yang mempunyai teluk yang cantik dan besar, jadinya parkir kapal layar dan bot-bot dari bersaiz kecil hingga yang besar sangat. Memanglah boleh kerana teluk mereka lebih luas dari yang ada di Avilion Hotel ini.

Suasana yang damai setiap pagi dan kelihatan macam dalam lukisan membuatkan hati lapang dan tenang sangat. Selama berada di sini setiap pagi saya akan berada beberapa ketika di anjung dewan taklimat hanya untuk menikmati keindahan alam ciptaan Illahi.

Tenang dan damai, apa agaknya berlaku bila ianya dalam keadaan sebaliknya... semoga dijauhkan Allah.

21 December 2014

Berkenalan dengan Si Oren 2 Beradik

Saya berkenalan budak 2 beradik ni semasa saya menghadiri retreat Jabatan di Ipoh Perak. Setiap kali bersarapan pagi, budak 2 beradik ini akan berada dekat dengan meja kami. Kawasan ini adalah di koridor Coffee House Hotel dan ianya merupakan kawasan yang terbuka.

Si abang sedang berbaring dan melelapkan mata mungkin nak minta simpati, manakala si adik (kucing betina) masih dalam keadaan takut-takut. Saya amat terharu apabila melihat mereka berdua, mana saja abangnya bergerak, si adik akan ikut. Dapat saya bayang bagaimana mereka membesar dan si adik menjadi beg kepada si abang. Baiknya abang ni...

Setiap pagi saya akan sediakan makanan hotel untuk mereka sehingga mereka kenyang. Melihatkan kepada keadaan kucing ini saya rasa mereka ini bertuan kerana kucing ini bersih dan tidak terlalu liar hanya takut kepada orang asing.

Namun tak sampai setengah jam si abang dah jadi kawan saya. Dia dah menyambut salam perkenalan saya dan bergolek-golek di kaki saya sampail menghulurkan tangannya. Sementara itu si adik hanya memerhatikan dari jauh. Saya berdoa kepada Allah supaya kucing-kucing ini tidak dianiaya oleh manusia dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat mereka.

12 December 2014

Dari Jendela (Hadapan) : Impiana Hotel Ipoh

Yang ini adalah foto-foto yang saya ambil dari hadapan koridor bilik hotel di tingkat 5. Cuba perhatikan keunikan awan yang menyembungikan sedikit banjaran di hujung tu. Gumpulan awan yang sangat unit berbentuk lingkaran bulu kambing biri, memutih dan lembut.

Awan ini nampak tebal dan berkumpul memanjang tetapi tidak tinggi, menyebabkan badan gunung tidak kelihatan. Seakan-akan terciptanya satu halangan untuk melihat keseluruahn gunung. Besarnay ciptaan Allah swt ini.

Yang sebenatnya saya baru ini melihat kejadian awan yang tebal dan memanjang ini, sebelum ini saya banyak melihat bentuk awan seperti ini melalui foto-foto yang ada di dalam internet dan yang berlaku di luar negara.

10 December 2014

Dari Jendela (Belakang) - Impiana Hotel Ipoh Perak

Permandangan ini adalah daripada jendela Impiana Hotel, Ipoh, Perak. Saya menghadiri 1 lagi bengkel Jabatan seminggu selepas menghadiri bengkel sektor yang juga dilaksanakan di Ipoh Perak. Kalau semasa di Hiretage Hotel saya ditempatkan di tingkat 10, kali ini saya telah ditempatkan di tingkat 5 sahaja.

Cantik sungguh bumi yang dicipta oleh Allah swt, maha suci pencipta ini yang menjadikan bumi negara tanah airku ini dengan cantik dan indah. Apa tidaknya nun dikejauhan kelihatan banjaran yang menjadi pasak kepada bumi ini, yang menjadi tulang belakang yang memastikan kukuhnya tanah ini.

Dapatkah anda lihat di kaki bukit/ gunung terdapatnya pada kuda yang berbalam-balam.

06 December 2014

Tidak Sihat Di Ipoh

Selepas berjumpa doktor di salah sebuah klinik di Ipoh, nasib baik pihak Heritage Hotel baik hati nak hantar saya dan Puan Vino ke klinik, jika tidak mungkin sepanjang malam saya tidak dapat tidur. Kalau anda semua nak tahu, semasa saya menghadiri bengkel saya seperti tersilap makan. Perkara ni berlaku semasa saya dan rakan-rakan dalam bas untuk ke Sayong, saya dah berpenuh dingin dan rasa nak muntah tidak tertahan.

Nasib baik juga Cif Zali dan Maslinah mendesak saya ke klinik. Alhamdulillah ubat yang klinik ni bagi sesuai dengan saya dan kekerapan ke tandas dapat dikurangkan jika tidak terpaksa saya tidur dalam tandas je. menjadi pengajaran kepada saya supaya meemrhatikan apa yang patut saya ambil maklumlah engin dalam badan dah tua dan takut tidak berupaya berkerja keras. 

05 December 2014

Suatu Subuh di Ipoh

Awal subuh lebih tepak selepas saya selesai tunaikan solat subuh. Pagi ni awan dilangit macam jernih dan dikejauhan berbalam-balam saya dapat lihat deretan banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara kita ini. Rumah-rumah bertingkat dan salah sebuah istana masih belum terjaga lagi, tetapi bangunan tinggi di hujung tu dah kelihatan lampu menerangi bangunan masing-masing.

Solat subuh adalah diwajibkan kepada semua muslim, jadi kerana solat subuh jugalah semua muslim terpaksa bangun untuk menunaikannya. Kelebihan berada di tingkat lebih tinggi dalam membuatkan kita lebih mensyukuri akan nikmat yang Allah swt berikan. Nikmat mata yang dapat melihat kejadiannya sejak awal pagi, nikmat telingan mendengan deruan angin sepoi bahasa dan nikmat merasai perasaan yang nyaman dan tenteram. Teringat akan 'anak-anak' (kucing-kucing) sayang yang suka mengejutkan saya setelah azan subuh berkumandang di taman saya.

30 November 2014

Ruang Makan Yang Indah

Saya bersama Maslina semasa kami di Heritage Hotel Ipoh kerana menghadiri Bengkel Kajian dan Semakan SK2P pada 17 hingga 19 November 2014 yang lalu. Masa ni kami sedang menikmati juadah selepas taklimat di malam pertama bengkel.

Tempat makan hotel ini memang sangat indah dan menarik. Apa tidaknya di tengah-tengah antara ruang makan di letakkan kolam kecil yang dipenuhi oleh ikan kap yang pelbagai warna. Ada kolam air terjum kecil di bawah lif.

Dan yang paling uniknya adlah kedudukan 2 lif yang berbentuk semi bulat dengan ruang see-through yang membolehkan pengunjung melihat ruang makan dari atas. Photo ini saya ambil semasa lif sedang bergerak ke atas. Bilik saya di tingkat paling atas iaitu tingkat 10.

22 November 2014

Dari Jendela Heritage Hotel Ipoh Perak

Menjadi kebiasaan saya untuk merakamkan permandangan dan aktiviti dari jendela. Jendela yang terpilih adalah pelbagai rupa dan bentuk. kali ini saya nak kongsikan permandangan dari jendela Heritage Hotel, Ipoh Perak.

Paling mengujakan saya adalah latarbelakang bandar ini yang dibayangi oleh Banjaran Titiwangsa, banjaran yang menjadi bumbung kepada negara ini dan nadi kehidupan warganya. Berbalam-balam tetapi teguh berdiri menjungi langit biru tanah airku.

Ipoh sebuah bandaraya yang terzuzun dan mula mengorak langkah sebagai negara menara mencecah awam. Walaupun mungkin belum ada bangunan yang mencecah awam, tetapi ianya sudah pasti dalam perancangan dan pembangunan. Kalau tidak percaya jom kita ronda bandaraya Ipoh dan nilaikan sendiri.

Sebuah kediaman yang saya rasa adalah kepunyaan mantan bos saya. Jika silap maaf saja je!!!!! cantek halaman yang dipenuhi dengan rumput hijau.

Bandaraya Ipoh yang masih penuh dengan kehijauan dan diselang-seli dengan pembangunan.

Saya seakan penjaga jendela..... hanya merakam ciptaan Allah swt dari kamera usang tetapi sangat berjasa.

Apa kata jika mai ke Perak, jangan lupa mengelilingi bandaraya Ipoh.

23 September 2014

Matahari Terbit di Ancasa PD

Tak sangka rupanya matahari terbit di luar tingkap bilik hotel saya di PD. Masa tu saya sedang menghadiri Kursus Perolehan anjuran LKS JPWPKL.

Selepas subuh cahaya kemerahan menerjah dari balik-balik hujung pokok. Saya perhatikan matahari seperti malu-malu untuk menunjukkan wayahnya. Sekeliling bulatannya kelihatan merah kekuningan akibat dari pancarannya yang masih lemah.


Kecilnya matahari pagi muat-muat dalam lengkongan jari saya. Indahnya waktu pagi, inilah keadaan yang tidak didapati di KL.


18 September 2014

Dari Jendela - AnCasa PD

Pada 3 hingga 5 September 2014, saya bersama dengan beberapa pegawai JPWPKL telah menghadiri Kursus di PD. kami menginap di salah sebuah appartment iaitu AnCasa PD.

Saya menginap di tingkat 4 dengan 2 orang lagi pegawai Jabatan. Permandangan dari jendela bilik saya.

Tak banyak yang menarik kerana di hadapan saya hanya belukar yang belum diterokai, entah bilalah nasib dia akan berubah menjadi gersang apabila manusia memulakan projek mereka nanti.

12 October 2013

Dari Jendela: Quality Hotel KL

Nampak masa sungai dan laluan keretapi? Saya kurang pasti. . . 
Bangunan di sebelah Hotel Quality


Kolam Renag Hotel, kalau tidak silap di tingkat 4

Di waktu tengahari, saya sendiri terasa hendak berendam. Dari bilik saya di tingkat 6 namapk jelas kolam ini.

Pemandangan di sebelah kiri hotel, kalau tidak silap yang bumbung biru tu adalah sekolah.

Permandangan di sebelah kanan hotel, jalan di hadapan adalah Jalan Raja Laut. Masa ni adalah lebih kurang jam 10 pagi tak banyak kereta atau mungkin kenderaan tertahan di lampu trafik.