Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

08 May 2015

Selamat Tinggal Sayang

Selamat tinggal sayang itu ucapan saya kepada semua sahabat saya di JPWPKL kerana hari ini adalah hari akhir saya. Dengan perasaan bercampur suka dan duka mengakhiri perkhidmatan saya di sini. Walaupun begitu saya teruja untuk berpindah ke negeri tanah tumpah darah ayahanda dan bonda dan menyerahkan diri untuk berkhidmat di sini kelak. Semoga hajat untuk bersara di Melaka menjadi kenyataan.

Kepada rakan sejawat saya di JPWPKL, saya dengan penuh takzim menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf serta mohon dihalalkan makan dan minum. Saya juga telah memafkan dan menghalalkan segalanya.

Jika ke melaka dan ada masa terluang hubungilah saya nanti. Jika ada umur kita akan berjumpa lagi.
SELAMAT TINGGAL SAYANG.

09 April 2014

Dengan Hairani di Pejabat

Saya bersama dengan salah seorang staf Unit Pentadbiran Am JPWPKL. Saja-saja untuk mengabadikan foto kami bersama. Dengan bersahaja Hairani atau nama manja Ani tak sempat untuk tersenyum... maklumlah Ani baru sahaja mengambil tugas-tugas perolehan dan stor. 

Ani merupakan seorang staf yang berdidikasi, bertenaga dan rajin menimba ilmu srpadan dengan pencalunannya dan diiktiraf sebagai pegawai contoh Jabatan pada akhir tahun 2013.

20 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Bersama Kenalan Baru

Semasa saya dan emak mengerjakan umrah pada bulan Mac 2013 yang lalu, kami telah berkenalan dengan 1 keluarga yang berasal dari Johor. Mungkin disebabkan kami dalam satu kumpulan yang sama, iaitu Kumpulan/ Bas No. 4, maka kami menjadi sangat rapat. Saya berkawan baik dengan Faezah. Faezah bersama ibunya dan ayahnya, juga bersama dengan seorang sepupu, 2 ibu sandara dan seorang bapa saudara. Foto di atas Faezah di sebelah emak saya dan sebelahnya adalah ayahnya dan di hadapan adalah ibunya.

Kesempatan ini kami merakamkan foto untuk dijadikan kenang-kenangan. 

Inilah antara keluarga Faezah melainkan emak saya.

Saya dan emak saya semasa kami berkumpul di hadapan hotel untuk menuju ke Masjidil Haram.

25 November 2012

Friendship and Special Friend


Give thousand chances to your enemy to become your friend, but don't give a single chance to your friend to become your enemy.

Few friendships would survive if each one knew what his friends say of him behind his back.

No distance of place or lapse of time can lessen the friendship of those who are thoroughly persuaded of each other’s worth.

17 November 2012

Where Are You

Saya mencari sahabat-sahabat lama saya terutamanya di zaman persekolahan..... di mana agaknya mereka.... rasanya penggunaan teknologi di zaman ini telah tersebar dengan menyeluruh terutamanya di negara ini, tetapi di mana kawan-kawan saya... mungkinkah mereka tidak ada akses kepada teknologi ini atau tidak tahu mengendali komputer.

Sekiranya saya bertukar kerja ke Melaka nanti, dan sekiranya ada masa terluang di hujung minggu ada kemungkinan saya akan luangkan masa untuk pergi mencari kawan-kawan lama di rumah masing-masing. Mula-mula saya akan cari mereka yang dekat-dekat dulu dan tubuhkan kumpulan kecil yang boleh berkomunikasi melalui Viber, Whatsup ke atau cara-cara lain nanti.

Saya berharap sangat agar dapat berjumpa seberapa ramai dari mereka.

KAWAN-KAWANKU DI MANAKAH KAMU

10 October 2012

Tanda Hati Dari Seorang Teman

Pada 28 September 2012 yang lalu merupakan hari akhir bertugas di JPWPKL bagi seorang teman kami. Dia adalah rakan yang sangat akrab kerana sifat ringan tulang dan murah hati yang ada dalam dirinya. Ketiadaanya kini amat dirasai oleh kami terutamanya di sebelah pagi dan tengahari, kerana teman ini sering membekalkan kami dengan sarapan pagi yang enak seperti nasi lemak kerang, kuih kasui dan karipap. Kini yang tinggal di sini hanyalah kenangan bersamanya. Setiap kali memasuki pantry terutamanya di waktu pagi terasa akan kehadirannya dan seakan terdengar gelak tawanya. Rupanya bukan saya sahaja yang terasa kehilangannya rupanya ramai lagi.

Semalam Mas kata "rasa macam lain kalau masuk ke pantry sebab abang Nas tidak ada" dan Cik Pah pula tersebut "susu tak luak lagi" sebabnya Nas suka buat nes dengan susu yang banyak. Kebetulan semalam saya lapar dan Mas tolong buatkan mee maggi telur dan saya teringat yang Nas belum sempat merasa mee maggi telur. Kalau Nas baca nanti buatlah mee maggi sendiri... atau kalau datang ke Jabatan nanti kalau ada rezeki kita buatkan mee maggi untuknya.

Di atas adalah tanda hati dari Nas untuk saya.... Terima kasih banyak Nas

Juga kami semua mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada Nas kerana sudi mengambil kami sebagai sahabatnya, kami mendoakan agar Nas bertemu dengan sahabat-sahabat yang baik-baik di sana, walaupun begitu janganlah kami dilupakan.

28 May 2012

Kenangan: Kursus Bahasa Inggeris di INTAN

Bersama kawan-kawan sekursus dan bersama penceramah. Gambar kenangan semasa kami adakan jamuan di Testoran Tasek Titiwangsa

Terasa ingin berjumpa dengan mereka semua... agaknya di manakah mereka semua berada sekarang ini, saya dah tidak berapa ingat nama-nama mereka semua. Semoga mereka semua sihat dan dilindungi Allah Taalah hendaknya. 
Kalau ada sesiapa yang kenal silalah hubungi saya.

11 January 2012

Jumpa Semula Selepas 3 Bulan

Semalam 10 Januari 2012 adalah appoinment saya dengan Pakar Ortopedik Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT TM). Pagi lagi saya dah tiba di HAT TM - saya terus ke Jabatan Pengimejdan (X-Ray) untuk mengambil X-Ray kedua-dua lutut dan tangan kanan. Selepas itu saya terus ke Jabatan hasil dan Pendaftaran untuk mengambil nombor untuk berjumpa dengan pakat di Klinik Ortopedik. Hari Selasa memang hari yang sangat sibuk bagi doktor-doktor di klinik ini kerana pesakit yang ramai. Semasa saya tiba di Klinik, pesakit dah beratur untuk dipanggil untuk mendapatkan rawatan.

Setelah habis saya ke Farmasi hospital untuk mengambil ubat.

Setelah itu saya terus ke pejabat sahabat saya Lt Kol Noor Sabrina dan macam biasalah bila berjumpa kami bersembang. Dan kemudian terus ke Pejabat Tadbir Awam berjumpa dengan rakan-rakan di sana. Foto di atas saya bersama dengan wanita-wanita pujaan pejabat ini dari kanan saya Nor yang berbaju purple Vidia Yee, diikuti dengan Nieza dan sebelah kiri saya pula adalah Nita. Manakala foto sebelah yang lentuk sakan tu adalah Zila .

Saya bersama dengan 2 jejaka Pejabat Tadbir Awam HATTM, sebelah kanan saya Syuhaimi dan di sebelah kiri saya adalah Rizal. Kalau dilihat dari jauh nampak macam body guard kata Vidia dan Nieza.

Pejabat mereka dah cantik dengan dinding dan pintu kaca di hadapan pejabat. Bila pintu sentiasa ditutup rapat, mudahlah bagi mereka untuk berkomunikasi dan tak perlu bimbang macam sebelum ini terpaksa berbisik-bisik. Lagi pun pintu pejabat boleh dikunci apabila tiada sesiapa di dalam pejabat kerana menghadiri acara HAT TM.

Seronok berjumpa mereka, walau bagaimanapun saya tak dapat jumpa Hafisah, Gee dan Liza, mungkin kalau ada jodoh jumpa lain kali. Insyallah.......

08 December 2011

Kasih Sahabat


Dari video ini saya jangkakan kucing hitam yang terbaring tu baru kena langgar. Sahabatnya cuba mengejutkannya dengan memijak-mijak kucing hitam itu, tetapi akhirnya segala usahanya tak berhasil. Demi rasa kasih sayang dia hanya mampu mendekatkan tubuhnya ke tubuh kucing yang telah mati itu. Zaman ini ada manusia yang tak hargai kasih sahabatnya. Kehilangan adalah rasa yang sangat perit untuk dialami dan untuk mengubatnya mengambil masa yang lama.

Hargailah orang yang dikasihi sebelum mereka pergi meninggalkan kita untuk selamanya.

26 November 2011

Pesanan Untuk Temanku Beragama Kristian

Khusus untuk Vi dan rakan-rakanku yang beragama Kristian, sejak akhir-akhir ini ada beberapa artikel yang saya postkan yang melibatkan propaganda oleh orang-orang Kristian bertujuan untuk memesongkan akidah orang Islam. Mengikut Perlembangaan Malaysia (PM), tindakan ini sama sekali salah dan boleh disabitkan di bawah undang-undang. Merujuk kepada PM agama Islam adalah agama bagi negara ini (Semenanjung) kerana asalnya negara ini adalah dipunyai dan diami oleh orang-orang muslim.

Walaupun agama Islam merupakan agama negara ini, tetapi penduduk lain bebas untuk mempraktikkan agama mereka masing-masing hanya mereka tidak boleh mempengaruhi orang islam dengan apa cara sekalipun.

Saya harap Vi dan rakan-rakan yang lain, faham ya.

25 November 2011

Doa Untuk Mu Sahabat‏

Assalammualaikum...

Doa ku untuk mu... dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang.Ya Allah ...

Panjangkanlah umur sahabat-sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu. Ya Allah ...
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah, Amin.

13 November 2011

Persahabatan: Aku dan Dia.......

Allah menjadikan manusia bukan untuk hidup sendirian, manusia perlu hidup dalam masyarakat. Begitu juga dengan beberapa haiwan yang juga tidak boleh hidup sendirian, kadang-kadang kita bertemu dengan manusia yang menjadi sahabat baik kepada haiwan seperti kuda, anjing, kucing dan sebagainya. Ada juga manusia yang lebih percaya kepada persahabatan dengan haiwan daripada manusia, apabila pernah dikecewakan oleh sahabat manusia mereka. Janganlah kita menjadi sahabat manusia yang ditinggalkan, jadilah seorang sahabat yang akan dirindui apabila jauh di mata dan didoakan apabila kembali ke rahmatulallah.


Oleh yang demikian apabila kita bersahabat, kita perlu memahami diri sahabat kita, tidak semua yang kita suka akan menjadi kesukaan sahabat kita itu. Apa yang sangat penting adalah jangan sekali-kali kita menikam sahabat kita dari belakang, percayalah bahawa walau bagaimanapun disimpan rahsia kecurangan tersebut, lambat laun Allah akan menunjukkan belang tersebut. Cuba fikir apa agaknya yang akan sahabat kita rasa apabila dia mengetahui perkara itu. Rasa marah yang timbul mungkin sedikit sahaja jika dibandingkan dengan rasa sedih dan pedih apabila dikhianati. Kalau dia seorang rakan yang masih ada rasa sayang kepada kita, dia hanya menjauhkan diri sahaja, sebaliknya jika marah menguasai diri perkara buruk akan terjadi. Akhirnya kedua-dua pihak akan kerugian dan kehilangan. Rugi rasanya kasih sayang yang dipupuk sekian lama berakhir begitu sahaja. Jadi sahabat-sahabatku jagalah persahabatan tersebut sebaik mungkin - jaga hatinya seperti yang kita harapkan dia menjaga hati kita.

29 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Staf Awam HAT TM Part 2.

Di samping 4 buah mug Vintage yang dihadiahkan kepada saya seperti yang dimaklumkan di post sebelum ini, sahabat-sahabat saya juga menghadiahkan sebuah mangkuk hidangan Vintage yang sangat menarik bentuknya.

Banyak sungguh hadiah yang diberikan kepada saya. Apa yang dapat saya ucapkan hanyalah terima kasih banyak-banyak, hanya Allah SWT sahaja yang akan membalasnya.

Saya sangat-sangat berharap agar diri ini tidak dilupakan, memang agak mustahil untuk kita berbual setiap hari. Tetapi sekiranya terlihat kelibat saya di mana-mana web, tegur-tegurlah... hanya cara maya ini yang boleh mendekatkan kita. Tinggalkan sedikit pesanan atau komen di blog ini.

Saya menyimpan hasrat untuk bertemu semula dengan sahabat-sahabat

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Suria

Satu lagi tanda hati yang saya terima. Ianya adalah dari seorang sahabat yang dulunya adalah ahli keluarga Pejabat Tadbir Awam dan kini beliau memberikan perkhidmatan dan kepakarannya dalam bidang ISO untuk organisasi ini dan di tempatkan di Pejabat Kualiti. Jatuh bangunnya projek ISO HAT TM ini secara relatifnya adalah terletak di tangannya. Orang yang saya maksudkan ini adalah Suria yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Su.

Dalam kesibukan memastikan projek ISO berjalan terus, sempat juga Suria menyiapkan sesuatu untuk saya. Kebanyakan staf memang memahami saya kerana saya sememangnya suka dengan bau-bauan berasaskan aromatherapy. Boleh dikatakan setiap hari, saya akan memasang bau-bauan seumpama ini di dalam bilik pejabat saya. Kerana pada saya bau-bauan ini sering kali memberikan saya tenaga yang murni di mana tenaga ini dialirkan dalam diri saya dan menjadikan aura diri lebih jelas dan bertenaga. Bukannya saya percaya pada kekuatan aura, tetapi pada saya aura juga adalah kejadian Allah yang boleh menjadikan pembawakan diri seseorang pada hari itu lebih menyerlah dan ceria. Itu pandangan saya aje.

Lilin aromaterapi hadiah dari Suria amat sesuai dinyalakan di dalam bilik tidur saya, menjadikan suasana bilik tidur lebih romantis dan bertenaga. Su... terima kasih atas pemberiannya, semoga Su dimurahkan rezeki oleh Allah, diberikan ketenangan diri dan keluarga serta cepat-cepat dinaikkan pangkat. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika saya pernah mengusik hati Su secara sengaja atau tidak, halalkan segal-galanya. Insyallah jika diizinkan Allah kita akan bersua nanti.

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Staf Awam HAT TM Part 1.

Tanpa saya sedari rupa-rupanya beberapa orang pegawai awam di HAT TM telah merancang untuk mengadakan majlis perpisahan mengejut untuk saya. Dan mereka juga telah didokong oleh semua staf-staf awam lain. Bukan setakat jamuan malahan mereka telah memberikan saya suatu tanda hati yang mahal. Sesungguhnya saya amat terharu dengan usaha tuan-tuan dan puan-puan ini.

Tak sangka pengenalan yang singkat ini telah mencetuskan ikatan hati yang kukuh antara kita. Saya amat berharap agar ikatan ini janganlah terlerai begitu sahaja. Bagi saya budi baik kalian saya simpan baik-baik dalam hati dengan diikat kukuh supaya tidak terhilang. Pada saya setiap pertemuan itu pasangannya adalah perpisahan. Selepas bertemu, kita sendiri tak tahu berapa lama kita dapat bersama untuk bertemu, berkomunikasi, bertukar fikiran, berdebat dan akhirnya idea kolektif terbentuk, kerana semuanya di tangan Allah SWT.

Namun begitu semua ini biarlah berjalan dengan rasa ikhlas dan kasih, kerana walau apa pun yang berlaku, masa itu kita masih dalam barisan yang sama. Kita berjuang untuk mencipta hasil terindah untuk organisasi, jangan sekali-kali kita membiarkan nafsu menawan akal fikiran waras - kerana jelas sekali ianya menjatuhkan sesebuah organisasi serta paling malang memisahkan sebuah ikatan persahabatan.

Terima kasih wahai sahabat-sahabatku atas pemberian ini yang mengembirakan saya. Rasanya saya tahu siapa punya idea kerana semacam faham-faham sahaja hadiah ini merupakan koleksi peribadi saya. Tanda hati ini telah berjaya memberi persepsi bahawa walaupun saya tidak berada di kalangan kalian, kalian mampu untuk terus bergerak mencapai yang terbaik untuk organisasi. Saya sentiasa mendoakan agar semua sahabat-sahabat saya di HAT TM berjaya dalam bidang masing-masing.

28 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Koperal Zaraini

Salah seorang sahabat saya yang sangat ceria, walaupun ada kalanya dia menghadapi masalah dia akan terus tersenyum. Adanya dia di pejabat menjadikan suasana pejabat juga ceria. 3 statement yang boleh menerangkan Kpl Zaraini (berbaju biru), ialah sentiasa senyum, rajin dan pandai sangat memasak. Kpl Zaraini juga dipanggil dengan Kpl Bro oleh rakan-rakannya - saya tak tahu secara khusus kenapa tapi rasanya boleh agak - kerana dia suka sebut perkataan BRO. Itu hanya agakan saya sahaja.

Pejabat Kpl Zaraini, iaitu Pejabat Tadbir Tentera bersebelah dengan Pejabat Tadbir Awam. Warga di sini menggunakan kemudahan yang sama jadi selalulah kami bersua muka dengannya. Tentang masakannya, saya sangat suka sekali terutamanya Laksam Kelantan- yang sangat saya suka, eeemmmm........ enaknya dan dapat saya bayangkan kepekatan kueh laksamnya, buat saya terkeliur sekarang ini. Kerana keenakan laksamnya, tanpa malu-malu saya minta dibungkuskan untuk saya bawa balik ke rumah dan nikmatinya sekali lagi. Kelakarnya bila saya kenangkan semula.

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kpl Zaraini kerana sudi menjadi sahabat saya walaupun tak lama. Terima kasih juga atas tanda hati ini, sampai 2 set brouch dihadiahkan kepada saya. Akan saya ingat kenangan bersamanya. Di kesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf khusus daripadanya jika di sepanjang persahabatan kita, beliau ada terasa hati dengan kata-kata dan tingkah laku saya. Saya juga mohon dihalalkan makan dan minum, sebabnya dah banyak yang saya makan masakannya. Saya doakan agar Kpl Zaraini dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagian berkeluarga dan dinaikkan pangkat dengan segera.

Harap kita boleh jumpa lagi.

26 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Matron Daram



Hello semua sahabat-sahabatku terutamanya seorang sahabat saya yang bernama Matron Daram, salah seorang sahabat yang masih bertugas di HAT TM. Apa khabar agaknya dia, saya harap dia sihat-sihat aje. Saya yang sebenarnya tak berapa yakin dia akan baca blog saya ini, tapi tak apalah harap sahabat-sahabat yang lain boleh menyampaikan apa yang saya nak pesankan ini kepadanya nanti.


Saya cuma nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kepadanya atas kesudian dia menghadiahkan kepada saya gelas kristal yang comel ini, warna dan bentuknyanya yang sangat menarik akan saya sisipkan kenangan ini di dalam hati saya. Setiap kali melihat gelas ini akan terbayanglah wajah dia yang kadang kala serius tetapi selalunya mesra dan kelakar, tapi tak tahulah dengan orang lain dia macam mana. Sebagai Ketua Jabatan kepadanya saya tak menghadapi banyak masalah bertugas dengannya.

Suka saya nak tinggalkan sedikit pesanan untuk sahabat saya ini - Saya amat berharap kepada Nita, Gee, Vidia, Nur, Nieza atau Liza tolonglah sampaikan kepadanya. Kata-kata itu ialah "Matron ini akan menjadi seorang yang lebih popular dan dikasihi di kalangan stafnya jika dia menukar sedikit caranya menangani staf-stafnya kepada cara yang lebih menyayangi dan mengasihi mereka. Semua staf klinikal yang ada di HAT TM semuanya baik-baik belaka, mereka hanya menunggu kelahiran seorang pemimpin yang terbaik untuk membawa mereka ke mercu kegemilangan". Saya nampak ciri-ciri itu ada dalam diri Matron Daram hanya dia perlu menukar sedikit cara komunikasi beliau. Cara yang sekarang ini bukan tak bagus, tetapi lebih bagus lagi jika ada perubahan.

Saya adalah salah seorang pengkaji manusia, saya tahu apa yang disukai manusia dan apa yang paling mereka tidak suka. Dalam diri setiap manusia mesti ada sedikit rasa ego dan harga diri. Sekiranya ego manusia dicemar, akan timbul pelbagai masalah dan isu. Jadi untuk tangani manusia ada cara tertentu. Manusia akan berasa aman dan nyaman jika berdampingan dengan ketua yang selesa dengannya. Jauhi sikap pilih kasih kerana ianya tidak pernah terbukti membantu setiap ketua memenangi hati pekerja. Dengan peningkatan tahap akademik, staf tidak layak dilayan seperti dulu-dulu dan perubahan mesti berlaku.

Perubahan dalam tingkah laku manusia akibat dari peningkatan taraf akademik tidak boleh dipandang remeh. Percayalah jika ianya dipandang remeh, sesebuah organisasi itu tidak akan berjaya dalam melayari bahtera organisasinya ke pulau impian. Kita perlu menyedari ke mana negara ini ingin dibawa oleh pemimpin negara. Negara ini sedang menuju ke negara maju, oleh itu rakyat negara ini juga berubah dari segi taraf kehidupan, taraf pendidikan, taraf kesihatan dan banyak lagi. Jangan terlalu lama berpegang kepada "sekolah lama" kita. Berubahlah. Itu saja yang saya nak pesan, dan pesanan ini juga kepada semua sahabat-sahabat yang lain. Bye jumpa lagi.....

24 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Jabatan Hasil dan Pendaftaran


Sekali lagi saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga HAT TM amnya atas jasa baik dan kerjasama semasa saya berkhidmat di HAT TM. Khusus terima ksih untuk warga Jabatan Hasil dan Pendaftaran atas kesudian meninggalkan beberapa tanda hati untuk saya jadikan kenang-kenangan selama kita terpisah ini.





Kad ucapan Puan Noor Nadia. Semoga apa yang didoakan oleh Nadia dikabulkan Allah hendaknya. Amin....

Kad ucapan dari Jas, thanks Jas.

Kad Ucapan Linda, thanks Linda.

Kad Ucapan Yatie, Thanks Yatie.

Brouch dari Ketua Jabatan Hasil dan Pendaftaran Pn Noor Nadia. Terima kasih.





Untuk pengetahuan sahabat-sahabat saya, saya dah cuba jubah ini, sedang-sedang elok sahaja. Terima kasih ya atas ingatan tersebut. Akan saya ingat sehingga ke akhir hayat. Untuk semua saya berdoa supaya kalian semua dimurahkan rezeki dan dirahmati sentiasa. Amin...