Showing posts with label Jabal Uhud. Show all posts
Showing posts with label Jabal Uhud. Show all posts

02 April 2013

Amar Gugur di Perang Uhud

Gambar hiasan
Kisah inilah di antara kisah yang disaksaikan oleh Jabal Uhud, ianya mengenai seorang pemuda yang akhirnya syahid di medan Perang Uhud sebaik sahaja beliau 'mengucapkan' syahadah. Ikutilah kisahnya.

Suatu ketika tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap untuk ke medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui baginda. Dia rupanya ingin memeluk Islam dan menyertai baginda sama-sama berperang dengan Rasulullah S.A.W.

Amar berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah pun memeluk Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan dan jahiliah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia seorang pemuda yang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah sendiri mengetahui bagaimana anehnya sikap Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing, sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Nabi S.A.W, menyatakan dirinya akan memeluk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Nabi S.A.W. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Nabi S.A.W menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, ditambah dengan kerelaannya untuk maju bersama Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang ramai tidak mengetahui akan peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui tentang keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, namun tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar!" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalu mengikut saja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi."

Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Ilahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasul S.A.W, maka baginda pun bersabda, "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya" Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadis Nabi S.A.W berkata kepada kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah."

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya,"Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."

Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W . Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Nabi S.A.W menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

01 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Uhud

Inilah Bukit Uhud (Jabal Uhud) - bukit yang menjadi saksi kisah suka duka Rasulallah saw mengembangkan agama suci dan mulia ini. Semua orang mengetahui akan cerita perang Uhud yang merupakan peperangan yang penting - dan Islam telah mengalami kekalahan dalam peperangan ini.

Perasankah kawan-kawan 2 buah bukit yang terbelah, diriwayatkan Rasulallah saw pernah terjatuh dicelah bukit tersebut dan pihak musuh membawa khabar angin bahawa baginda Rasulallah saw telah wafat. Tujuan khabar angin adalah untuk menjatuhkan semangat orang muslim.

Ini adalah binaan makam syuhadah syahid Perang Uhud, termasuklah baga saudara baginda rasulallah saw iaitu Saidina Hamzah bin Mutalib. Manakala bukit di belakangnya adalah Bukit Pemanah. Kawan-kawan dah tahu ceritanya kan, maka tak perlulah saya menceritakannya lagi......

Batu nisan yang disusun panjang itulah dikatakan nisan Saidina Hamzah, bapa saudara baginda Rasulallah saw.

Kawasan makan para syuhadan yang gugur di medah Perang Uhud, sesungguhnya Jabal Uhud menjadi saksi kepada peristewa yang meruntun jiwa baginda Rasulallah kerana kehilangan ramai sahabat-sahabatnya.

Bahagian dalam Makam...

Jabal Uhud menjadikan aksi kepada sejarah mengembangan Islam dan Jabal Uhud jugalah merupakan bukit yang akan ada di dalam syurga nanti. Semoga saya akan menjadi jirannya nanti.

Saya mengabadikan keberapa kalinya foto di Jabal Uhud ini, semoga ianya juga menjadi saksi nanti untuk akan menjejakkan kaki di Jabal Uhud di dalam syurga... insyallah.

03 July 2012

Jabal Uhud - Inginku Kembali

 Di belakang saya itulah dia Jabal Uhud. Jabal dalam bahasa Arab dan bukit dalam bahasa Melayu. Bukit Uhud adalah bukit yang telah menyaksikan suka dukanya Rasulallah saw dalam menegakkan agama Allah, iaitu ISLAM. 

 Di bukit inilah semasa peperangan Uhud dengan kafir Qurish, bapa saudara Rasulallah saw yang menjadi tulang belakangnya, iaitu Saidina Hamzah telah syahid. Setiap kali ke sini saya pasti akan rasa terharu apabila melihat kuburan yang dipagar.

 Kalau kawan-kawan nak tahu - Allah menjanjikan bahawa Jabal Uhud ini akan berada di dalam syurga, tetapi batu-batu perangnya itu nanti akan digantikan dengan batu permata. Saya teringin sangat hendak melihatnya di syurga dan semoga saya dan Jabal Uhud akan bertemu di syurga nanti.

Sudah genap setahun saya tak ke sana... cadangannya untuk kembali ke sana lagi dalam tempoh terdekat, tetapi tidak tahulah kerana perjalanan kali ini nampaknya macam sukar, tolong doakan saya supaya hasrat saya, ibu saya dan adik saya serta anak saudara saya dimakbulkan Allah untuk menjadi tetamunya tahun ini. Rindunya....