Showing posts with label Acik. Show all posts
Showing posts with label Acik. Show all posts

03 February 2016

Ms Lulu dan Acik Berpantang

Ms Lulu selepas di'neutered'kan. Vet Jasin melaksanakan tugas neutered kucing betina di atas perut sebelah kiri. Jadi apabila kucing duduk di atas perut tidak terkena dengan bekas jahitan pembedahan tersebut.

Namun bekas pembedahannya agak panjang juga. Acik baru sedar dari bius dan masih lagi tidak sedar sepenuhnya.

Kedua-duanya dalam keadaan sihat dan kini dah baik pun. Bekas benang jahitan dah tercabut pun. Tinggal 2 ekor lagi yang belum disunatkan. 

22 December 2015

Catatan Perjalanan: Haji Tahun 2015 - Persiapan Pergi

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya dapat menunaikan fardu haji buat kali ke2. Kali ini saya pergi bersama dengan adik bungsu saya Hjh Ainee yang merupakan ibadat hajinya yang pertama. Saya dan Ain menerima surat tawaran sebagai bakal jemaah haji tahun 2015 pada Disember 2015. Tabung Haji (TH) memberikan masa lebih kurang 2 minggu untuk menjawab dan mencukupkan duit dalam TH. 

Jadual penerbangan kami telah ditentukan pada 4 September 2015 dan sehari sebelum itu Ain dan saya mengambil cuti untuk berkemas-kemas. Bukan saya dan Ain saja yang sibuk untuk berkemas rupanya budak-budak meow juga sibuk. 

Tuah Fitrilah yang paling seronok berlari dan melompat apabila barang-barang diangkat dan diletakkan di atas lantai dan di dalam beg. Bergolek-golek dan menyorok-yorok dicelah-celah barang. Memang perangai kucing macam tu.

Manakala Acik lebih suka duduk dalam beg dan mengeluarkan pelbagai barang yang dah disusun rapi menjadikan beg tak terkemas. Sehinggakan ubat Asthma saya pun tertinggal.

Bujang dan Tuah sama-sama menyebok membuatkan saya dan Ain sukar untuk mengemas, tapi melihatkan foto-foto ini menjadikan ianya satu kenangan yang indah. Untuk ke mana-mana sekali pun persiapan pergi yang paling seronok, ikut hati semua nak dibawa, tetapi padahnya kita sendiri yang akan penat bawa beg yang besar. Saya dan Ain bawa beg yang kecil bagi memudahkan pergerakan kami. Lagi pun perjalanan ini adalah perjalanan ibadah, tak banyak pakaian yang diperlukan hanya 4 helai jubah, seluar panjang dan 2 pasang baju tidur. 5 pasang setokin dan pakaian dalam yang mencukupi. Lagi pun duduk di hotel kemudahan dobi atau untuk basuh pakaian sendiri disediakan. Alangkah baiknya jika semua hotel yang disewa oleh TH menyediakan perkhidmatan mesin basuh secara token. 

17 December 2015

Sibuk Nak Tolong Mommy Pendekkan Langsir

Gelagat yang memang tak berpisang dari mereka. Pantang dibentangkan apa sahaja maka mereka beramai-ramai akan duduk membersihkan diri masing-masing. Ada yang siap berguling-guling dan menutupkan muka dengan kain.

Langsir bilik tidur saya yang saya pinjam dari adik saya kenalah dipulangkan. Makanya saya pun belilah langsir yang siap dari pasar raya. Sayangnya langsir ni panjang dan saya bercadang untuk potong pendek sedikit. Bila bentang je langsir di lantai Acik dan Bujang terus membaringkan diri. 

Susah betul nak gunting dan jahitkan semula. Tak sampai hati nak halau mereka saya terpaksalah gunting dan jahit semasa mereka masih berada di atas langsir.

Selepas tu datang pulak si Tuah Fitri, tengok tu dia dah siap-siap nak bersihkan bulu dia. 

Macam puteri gelap yang cantik menawan.

Kemudian Si Adik pula menggantikan Tuah. Agaknya semua kucing memang suka kalau ada hamparan di atas lantai kot????

06 November 2015

Acik Si Dara Sunti


Si Kecik aka Acik, anak kucing yang saya ambil yang berkeliaran di depan rumah di KL dulu. Masa mula ambil Acik badan dia berkurap dan kini lihatlah sendiri, dia dah besar dan cantik.

Tapi Acik ni sangat manja namun dia bukan jenis kucing yang suka dipegang, tapi saya akan tetap dukung dia sehinggakan dia cakar saya.

Lihatlah anak dara sunti saya ni. Nampak sombong tapi takut dengan abang-abang dia yang garang. Acik selalu kena kejar dan sepakan Si Adik dan Oky. Untuk selamatkan dia saya kurung di di ruang yang sederhana besar bersama dengan Ms Lulu dan Itam MB.

05 September 2015

Pantang Bentang Sesuatu

Pantang saya bentang sesuatu, mereka akab berebut-rebut landing di atasnya. Sebaik sahaja bentang jubah saya untuk direpair belum sempat buat apa-apa Acik dah bergolek. Saya tak sampai hati nak alihkan dia maka biarkan sahaja le.

Acik siap mengemaskan diri dan menjilat bulunya macam dia nak tidur atas jubah tu. Agaknya cam tu lah kucing baginda Rasulallah saw yang akhirnya tertidur Muaze hingga baginda Rasul tak sampai hati nak alihkan dia.

Selepas tu berlari-lari pula Tuah Fitri dan terus bergolek saya dan menguit-guit jubah tu.

Jubah dah jadi macam kain buruk dan Acik pun dah pindah agaknya meluat dengan Tuah.

Tuah Fitri, nama dia je pun dah tahu dia bertuah, mana tidaknya biarlah dia buat apa pun saya tak akan marah punya. Macam dia tahu kita sayangkan dia.

01 September 2015

Bila Mommy Bawa Balik Penghuni Baru

Rakan sepejabat saya, En Noorzlan beri saya 3 ekor ikan betuk atau ikan puyu untuk dipelihara. Tiba je di rumah saya pun letakkan ikan-ikan tersebut dalam akurium Amir (dulu Amir pelihara kura-kura). Itam MB dan Mimi tekun melihat pergerakan ikan tu. 

Saya letakkan akurium tu atas meja di tepi dinding, ikan-ikan tu berenang dan pergerakan itu menarik perhatian hampir kesemua kucing-kucing saya. Pada mulanya semua perhatikan je ikan-ikan dalam akurium tu dari jauh. Rasa takut dan hairan  menyelinap dalam diri mereka agaknya. 

Mereka perhatikan dulu tanpa usik kejap di atas kejap di bawah. Oky siap memanjat untuk perhatikan ikan-ikan tu dengan lebih dekat.

Manakala Tuah dan Bujang lebih berani dan lihat dengan lebih dekat, tapi Acik hanya puas hati lihat dari jauh je. Itulah gelagat 'anak-anak' saya apabila ada penghuni baru di rumah kami.

07 August 2015

Aksi Acik Di Tikar Sembahyang

Ingat tak lagi, anak kucing yang saya ambil semasa saya di rumah KL. Masa saya ambil Acik masih kecil, telingan, hidung dan kaki tangan penuh kurap. Kini Acik dah lawa dan gebu.

Pantang saya hamparkan tikar sembahyang/ sejadah Acik akan landing dan mula bermain. Ada kalanya dia memanjat telekong saya. 

Acik kesayangan saya pandai bawa diri..... kini bila ada anak kucing yang lebih kecil Acik tak berebut untuk dimanjakan, tapi ada masanya dia akan sibuk minta saya dokong dia. Bila Acik rebah-rebahkan diri di kaki saya masa tulah dia minta diri dia didokong.

Dah anak dara Acik yang saya sayang ni.

19 July 2015

Bujang dan Acik

Dua anak kucing yang saya pungut semasa di rumah saya di Taman Saga Ampang, kesemua kucing saya juga dibawa pindah ke Melaka termasuk mereka. Bujang kucing jantan dan Acik kucing betina, kedua-dua mereka seperti kekasih. Namun Acik masih terlalu kecil untuk mengerti kehidupan dewasa, jadi dia selalu marah pada Bujang bila Bujang mengurat dia. Lawak betul mereka berdua...

Nak tidur pun dekat-dekat. Si Adik suka menyakat Acik dan ada kalanya sehinggakan Acik menjerit dengan suara dia yang hilang. Setiap kali Adik cuba menyerang Acik, Bujang akan berlari datang dan tangankan Adik. Saya terfikir adakah mereka ni boleh berfikir atau mereka bertindak ikut firasat. Hanya Allah swt saja yang mengetahui ciptaannya. Ada kemungkinan haiwan juga ada fikiran dan perasaan untuk dikasihi, disayangi dan melindungi.

Bagaimana pula dengan manusia????

30 March 2015

Acik Semakin Gebu

Acikku sayang, buah hati saya yang terkecil. Pandai bawa diri, tak suka dipegang dan manja. Saya ambil dia semasa dia masih lagi kecil agaknya dalam usia 1 bulan. Badan kecil dan kurus, telinga, hidung dan kuku berkurap.

Semasa dia bergelandangan, dia selalu dikejar kucing besar dan semasa saya ambil dia, Acik sudah kehilangan suara. Hairan sungguh suara dia masih belum pulih walaupun sudah 3 bulan bersama saya.

Dia makin gebu dan cantik. Dia makin nakal dan aktif. Saya suka tengok dia bermain sendirian bersama dengan ekor dia. Berpusing-pusing Acik mengejar ekor dia yang kembang tu.

Semoga kesayangan saya ni diberikan kesihatan dan umur yang panjang oleh Allah swt. Syukur kepada Allah kerana menghantar Acik ke depan rumah saya pada suatu masa dulu.

18 March 2015

Bila Mereka Bergurau

Macam yang selalu saya ceritakan sebelum ini, kesemua kucing-kucing saya suka bermain di atas katil saya dan kadang-kala di atas katil mak. Mereka melompat, mencakar dan bergumpal. Ada kalanya menarik-narik langsir sehinggakan langsir rumah saya semuanya telah rosak dan koyak rabak.

Mereka juga mampu mengirai semula selimut tebal serta masuk ke dalam sarung abntal untuk menyorok. Mungkin mereka main sorok-sorok. Geli hati melihat mereka bermian dan bergurau.

Kiki sedang aim Bujang untuk diterkam, dan bujang berpusing-pusing untuk mengelak atau mungkin untuk menyerang semula.

Acik sedang memerhatikan Kiki yang menyorok di balik langsir atau mungkin bersedia untuk melompat ke atas bantal dengan diperhatikan oleh Bujang. katuil saya tak pernah nampak kemas, bangun pagi selepas mengemas dan tak sampai 2 jam mereka sudah mengusutkan semual. Apa nak kata nak marah tak sampai hati... sabar dan redha aja.

01 March 2015

Acik Terjumpa Tisu

Wah dalam diam-diam, ini rupanya kerje si Acik, patutlah tisu dapur yang saya gunakan untuk bersihkan muntah kucing hilang tiba-tiba. Rupanya dia dah bawa lari masuk bilik permainan mereka. Tak cukup ke kotak untuk mainan kali ini dia siat-siatkan tisu. Tengok tu Acik sedang asyik dengan tisu.

Sedang Acik siat-siatkan tisu Nini boleh perhatikan saja, agaknya dalam hati Nini kata "nanti kau kalo mummy datang". Mana saya sampai hati nak marah atau pukul mereka. Tak pelah nanti mummy bersihkan.

27 February 2015

Acik Dah Hampir Pulih

Acik anak pungut saya yang terbaru. Kurap pada telinga dan hidung Acik dah hampir hilang. Dalam liat untuk meletakkan ubat kurap, akhirnya Acik selalu mengalah juga apabila saya kepit dia kuat-kuat. Kini tunggu bulu untuk tumbuh di telinga dan hidung dia.

Tapi celah-celah kuku kaki dan tangan Acik masih ada lagi kurap. Nak letakkan ubat sangat susah kerana Acik akan tarik-tarik kaki dan tangan dia, dan terus hilangkan diri bawah katil. 

Namun begitu ada pengurangan jika dibandingkan semasa kami memungut Acik dulu. Semoga kurap Acik lekas hilang supaya tidak berjangkit pada yang lain.

18 February 2015

Gaya Tidur Mereka

Oky sebelum tidur akan berangan dulu.

Baby akan tidur nyenyak di atas katil di sebalik selimut.

Adik suka tidur tinggi di tepi jendela.

Itam MB juga suka tidur atas tilam

Mimi gemar tidur atas meja tulis saya berhampiran tempat kerja saya di komputer.

Kiki tidur atas kerusi

Zizi juga suka tidur dalam bilik saya atas beg.

Nini suka tidur atas kotak besar yang di alas dengan tilam nipis.

Jiji manja dan suka tidur bersama dengan adik-adiknya yang lain.

Acik suka tidur di semua tempat.