Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

27 October 2014

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Adikku Haji Adnan

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran adik saya Haji Adnan. Saya doakan agar dia bersama isteri dan anak mereka sentiasa di bawah lindungan Allah dan keredaanNya. Semoga dimurahkan rezeki, ditingkatkan iman, diberikan kebahagiaan rumah tangga.

19 October 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Pertama Baby dan Adik

Semalam (18 Oktober 2014) genap setahun umur Baby dan Adik. Hadiah yang mummy bagi pada mereka adalah tilam baru. Baby dapat tilam warna  biru dan Adik dapat tilam warna maroon.

Adik macam raja atas tilam baru dia.

Baby selesa di atas tilam baru dia

Semoga mereka bersama dengan ibu mereka Oky dan 5 adik-adik kandung dan seekor adik angkat sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga saya.

15 September 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran AIn


Ain, selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Untung Ain setiap tahun seluruh rakyat Malaysia bercuti kerana secara kebetulan juga hari tersebut adalah hari Malaysia. Pada hari tersebut juga adalah hari Ulang Tahun ATM. 

Semoga Ain dan keluarga diberikan keberkahan oleh Allah swt, dipanjangkan umur dengan rahmat dan berkat, dimurahkan rezeki yang halal dan kebahagian di dunia dan di akhirat. 


07 May 2014

Selamat Hari Jadi Warga UPT Yang Lahir Pada Bulan April

Tu kek bagi meraikan hari jadi buat 5 sahabat-sahabat kami yang telah dilahirkan pada bulan April. Mereka adalah Umi, Masturah, Hafizal, Musa dan Maya.


Kek ini telah disumbangkan oleh Ketua Kerani Unit kami, iaitu Cif Mohamad Sazali. Sebagai simbol kelihatan Masturah dan Maya mewakili sahabat-sahabat yang lain sedang memotong cek tersebut. Terima kasih Cif

Beriya-iya betul saya memerhatikan mereka berdua.

25 February 2014

Birthday Firdaus

Kek untuk birthday ini telah disumbangkan oleh Hafizal... terima kasih Hafizal semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sama sahaja dengan ucapan untuk birthday boy...

Birthday boy, Mohd Firdaus dengan keknya. Kami dari Unit Pentadbiran Am mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran semoga dikurniakan oleh Allah swt kesihatan yang baik.

Birthday boy di kelilingi oleh kami, wanita jelita di Unit ini... masih ada 5 lagi jelitawan yang tidak ada di dalam gambar iaitu Samsiar, Suhaila, Kak Limah, Azura, dan Hasmarina.

Birthday boy sedang potong kek dengan diperhatikan oleh Hairani... Kek ini sedap juga tetapi isingnya tebal..

21 January 2014

Hari Ulang Tahun Kelahiran Boss Kami

Pada 16 Januari yang lalu kami meraikan hari ulang tahun kelahiran boss kami iaitu Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan. Selamat Hari Ulang Tahun KS Razali bin Hj Iberhim.

Kek yang kami sediakan pun kecil sahaja dan tiada lilin. Ada sebabnya kenapa lilin tidak dinyalakan. Kelihatan birthday boy kami.

Encik Izzudin mewakili kami semua untuk mengucapkan hari ulang tahun kepada KS.

Gaya KU Kewangan


Chief Sazali memimpin doa agar majlis ini diberkati sentiasa.

Acara memotong kek

Mengameenkan doa

Wah Ani, menyerahkan kek macam penyampaian hadiah pulak.

Ketua Unit (KU) Encik Rizal, En Izzudin, KS dan En Nazzri merakamkan gambar bersama.

Ketua Unit (KU) lain yang hadir sama ialah Puan Chong Siew Siew dan saya sendiri..

27 October 2013

Hari Ulang Tahun Haji Adnan Haji Ahmad

Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk adik saya Haji Adnan. Didoakan ke hadrat Illahi semoga kehidupan beliau dan keluarganya sentiasa di dalam keredaan Illahi, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dimajukan perniagaannya dan ditingkatkan iman dan kesabaran. Ameen.

22 September 2013

Selamat Hari Ulangan Tahun Kelahiran Emak

Saya dah telepon emak saya dan mengucapkan 

"Selamat Menyambut Ulang Tahun kelahiran Emak.... ani doakan emak sentiasa di bawah lindungan Allah, sentiasa dikasihiNya, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberkati, diberikan kesihatan yang terbaik, jauh dari segala penyakit, sembuhkan juga penyakit yang ada, ditingkatkan kesabaran, ditingkatkan keredhaan dan ditambah ilmu yang berguna. Kami anak-anak emak sangat sayang pada mak".

16 September 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Adikku Ainee


Selamat menyambut Ulang tahun Kelahiran Ain, akak doakan agar Ain sentiasa di dalam keredaan Allah, di bawah lindungannya. Dimurahkan rezeki, diampunkan dosa, diberikan kesihatan yang cemerlang, didorongkan kerjaya yag terbaik dan paling utama semoga ditingkatkan iman.

Selamat maju jaya.

02 July 2013

Happy Birthday Mohamad Firdaus (Adik)

Adik, selamay menyambut hari ulang tahun kelahiran semoga adik dirahmati, ditingkatkan iman dan sentiasa berada di dalam keredhaan Allah selalu.
Dah fikir ke apa yang mak long cakapkan dulu?

15 June 2013

Happy Birthday Azmee

Selamat Menyambut Hari ulang TAHUN Kelahiran pada 15 Jun ini kepada adik saya Azmee.

Semoga diberkati dan dirahmati sentiasa.

29 May 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Fabilah

Buat temanku yang bernama Fabilah yang telah dilahirkan pada 29 Mei kira-kira beberapa puluh tahun yang lepas Umurkan rahsia). Alhamdulillah hingga kini beliau telah dikurniakan oleh Allah dengan kesihatan, keluarga yang baik dan rezeki yang merimpah ruah, semoga Fabilah dan keluarganya akan sentiasa di bawah lindungan Allah Taalah hendaknya. Ameen

23 March 2013

Selamat Hari Ulang Tahun Abang (Adi)

Assalamualaikum Abang (Adi Nur Rasyid) selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran abang hari ini. Mak Long mendoakan agar Allah merahmati kehidupan abang sentiasa, namun begitu abang hendaklah sentiasa hidup dalam keadaan di bawah lindungan Allah.

Hiduplah dengan bahagia dan tingkatkanlah iman abang kerana kehidupan bukan sahaja di dunia ini tetapi juga adalah di akhirat.

Allah sentiasa menduga kita sebelum memberi kita kebahagiaan dan setiap kali abang diduga Allah, ingatlah bahawa itu adalah untuk peningkatan iman.

31 October 2012

Selamat Hari Ulang tahun kelahiran 3A

Pada 26 Oktober 2012, di sebelah malam Shima, Ain dan saya berpakat untuk membuat jamuan meraikan harijadi bagi 3 orang ahli keluarga kami di mana tarikh lahir mereka berdekatan antara satu dengan lainnya. Ammar menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober, ayahnya Adnan menyambut pada 27 Okober dan Amir (anak Ain) pula menyambut hari ulang tahunnya pada 4 November.

Ketiga-tiga birthday boys sedang berkongsi pisau untuk memotong kek harijadi mereka. 

kai tidak berhasrat untuk masak banyak kerana hari dah malam.... rasanya cukup dengan goreng-gorengan sahaja

Hidang yang ringkas antaranya salad, wedges, chicken pop-corn, goreng puyuh, burger rusa, chicken chop dan nugget ikan.

Pelbagai jenis dressing dan sauce

Fruit cocktail antara campuran buah-buah dan nata de coco

27 October 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Buat Adikku Adnan

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang disambut pada hari ini iaitu 27 Oktober. Seperti juga tahun-tahun yang lepas ucapan sahaja yang dapat saya sampaikan melalui telepon dan melalui blog ini.

Saya mendoakan agar Allah swt mengurniakan kepada adik saya Haji Adnan kehidupan dunia dan akhirat yang barkat dan penuh dengan kasih sayang Allah kepadanya dan juga keluarganya. Sorry tak ade kek dan hadiah!!!

Saya percaya isterinya dan anaknya akan meraikan hari ini dengan meriah seperti tahun-tahun yang lepas.

Terima kasih juga kepadanya atas segala bantuannya kepada saya, emak, Ain dan adik-adik yang lain.

18 September 2012

Lunch Calebrate Birthday AIn Di Jom Bali

Tidak ada hadiah yang istimewa yang saya berikan kepada Ain sempena harijadi dia pada 16 September ini. Saya menyambut ulang tahun hari lahir dia awal sehari iaitu pada 15 September 2012 memandangkan pada keesokan harinya iaitu pada 16 September Ain dan Amir akan bertolak balik ke Tampin.

Kali ini emak tidak dapat datang sama kerana emak menghadiri kenduri Azmee untuk menunaikan ibadat hajinya. Azmee akan bertolak ke Mekah pada 24 September ini nanti. Semoga segalanya berjalan lancar dan harap Allah mengkurniakan haji yang mabrur untuk dia. Kalau tidak silap tahun ini adalah haji akbar. Untungnya.... 

Seawal jam 10 pagi saya, Ain dan Amir telah berada di Carrefour Wangsa Maju. Mula-mula kami membeli buku untuk Amir dan kemudian saya belanja Ain untuk mengurut kaki di Manjakaki. Selepas itu kami menjamu selera di Jom Bali untuk makan tengahari.

Amir sedang menikmati Mee Goreng Ketamnya dan ABC dia sudah menunggu. 

16 September 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Untuk Adikku AInee

Selamat menyambut hari ulang tahun Ain yang ke ??? tentunya rahsiakan.


Yang sebenarnya Ain menyambut hari ulang tahun dia di KL. Tak banyak yang saya boleh hadiahkan kepadanya hanya memanjakan kakinya di Manjakaki Wangsa Maju dan makan tengahari di Jom Bali.

04 September 2012

Kenangan: Birthday Party di Pero 5

Gambar kenang-kenangan semasa kami di Pero 5 meraikan harijadi rakan-rakan.

Din, saya, Azah dan Zuraidah.

Zuraidah, Haniza, saya dan Zurinah

Saya sedang menikmati kek harijadi.

Inilah dia kek harijadi dah tak ingatlah, kami meraikan birthday siapa?

28 June 2012

Hadiah Harijadi Dari Jabatan

 Inilah hadiah harijadi JPNWP bagikan kepada semua pegawai dan staf Jabatan ini pada tahun ini.