Showing posts with label Azam Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Azam Tahun Baru. Show all posts

31 December 2012

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013

Rasanya baru semalam saya mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2011 dan meraikan kedatangan tahun 2012. Pelbagai peristewa suka duka yang telah berlaku dalam tahun 2012, kesemuanya menjadikan seseorang itu lebih kuat dan tabah mengharungi segalanya.

Apalah agaknya yang akan berlaku tahun ini? adakah beberapa ramalan orang-orang tertentu akan berlaku... mengingatkan ini rasa macam kelakar pula kerana ada manusia yang teringin menjadi tuhan atau pembantu tuhan. Segala apa yang berlaku telah dirancang oleh Allah tak perlulah kita memeningkan kepala meramalkan apa yang akan terjadi... apa yang perlu adalah kita berusaha untuk menambah baik keadaan kehidupan dan keimanan kita.

Apakah azam anda semua? bagi saya azam hanya saya lakukan semasa menyambut tahun baru hijrah... Saya mengambil kesempatan mengucapkan kepada anda semua Selamat Datang 2013.

02 January 2012

Azam Tahun Baru : Kasih Sayang Kepada Ayah dan Emak

Kepada kawan-kawan yang aku sayangi, ingat tak dulu semasa kita masih di kelilingi oleh keluarga kita, bersama ayah, emak, abang, kakak dan adik-adik. Semasa meningkat remaja semua manusia tidak dapat berfikir secara waras. Orang muda penuh dengan harapan, anggapan dan cita-cita yang melangit tingginya... ingatkan dulu, kita mempunyai pelbagai perkara yang ingin dilakukan dan kita selalu berangan-angan untuk menjadi popular. Dalam melayani cita-cita, kerap kali kita gagal berfikir dengan wajar, syukur alhamdulillah masih ada lagi insan yang amat menyanyagi kita dan mereka inilah yang menjadi pagar mengawal supaya kita sentiasa berada di landasan yang betul. Adakalanya apabila kita terhampir jatuh, pagar tadi akan menahan dirinya supaya kita tidak terjerumus ke lembah bahaya. Adakalanya tindakan pagar ini menyakitkan kita... tetapi tindakan itu semata-mata untuk menyelamatkan kita. Pada masa itu kita tidak berfikir begini malahan kita sering kali menuduh mereka sebagai tidak memahami jiwa orang muda dan cuba mengawal kita mencapai cita-cita.

Kita semua mesti pernah mendengar kata-kata seperti berikut keluar dari mulut ayah dan emak kita "esok bila engkau ada anak baru engkau tahu bagaimana perasaan ayah dan emak, bila anak tidak ada di depan mata" rupanya marah itu tandanya sayang.

Kini ayah dan emak kita dah tua, dan ada di antara kita yang dah jadi ayah dan emak pun, apabila memandang ayah dan emak kini... perasaan kita akan bercampur baur antara rasa silap yang amat sangat masa kita remaja dulu dengan kesedaran bahawa kini kita pula mempunyai perasaan yang sama dengan mereka. Kini anak-anak kita pula yang menyangkakan kita ini cuba mengongkong dan tidak menyayangi mereka. Rupa-rupanya sejarah telah berulang dan betapa silapnya kita dulu... kalau kita mampu untuk memutarkan semula masa ke zaman remaja kita, kita berjanji pada diri bahawa akan kita dengari leteran mereka dan akan kita patuhi arahan mereka kerana kini baru kita tahu bahawa MARAH ITU TANDA SAYANG.

Merunungi wajah ayah dan emak yang sudah tua, dengan kata-katanya yang kurang difahami dan pendengarannya yang tidak jelas ditambah dengan ingatannya yang sekejap ada dan sekejap hilang... apa pula anggapan kita kepada mereka..... Pesanan saya jangan diulangi lagi kesilapan remaja kita, kerana percayalah bahawa sejarah akan berulang sekali lagi. Jika kita layani mereka yang tidak bermaya ini dengan baik maka balasannya anak-anak kita akan melayani kita lebih baik dari apa yang kita lakukan kepada ayah dan emak kita, sebaliknya jika kita layani mereka dengan buruk, bukan sahaja anak-anak akan melayani kita dengan buruk malahan kita dilaknati Allah. Sudah tentu tiada pintu syurga yang boleh kita lalui, walau sebanyak mana amalan kita kepada Allah kerana ayah dan emak adalah kunci utama pintu syurga kita.

Awal tahun ini, jadikanlah azam melayani ayah dan emak dengan lebih baik lagi, kerana azam ini mudah dicapai dan ganjarannya amat lumayan.

Saya menasihati akkawan-kawan dan juga diri saya sendiri. Semoga dirahmati Allah sentiasa.