Showing posts with label Kiki. Show all posts
Showing posts with label Kiki. Show all posts

22 July 2016

Kucing dan Kotak

Kucing memangnya tidak boleh dipisahkan dengan kotak kertas. Kotak-kotak ini umpamakan ruang permainan, tempat bersembunyi dan yang paling popular adalah tempat mereka mengasah kuku. Photo di atas dan di bawah adalah Oky yang memuatkan dirinya dalam kotak kertas A4.

Masa ni Oky masih anak kucing lagi dan dia akan rasa sangat selamat bila berada dalam kotak tersebut.

Yang ini adalah Jiji, kotak ini saya bawa dari pejabat untuk dijadikan tempat bermain mereka. Kotak ini diterbalikkan dan dia berdiri dengan megah di atasnya.

Saya lebih suka membuka kotak supaya mereka boleh bermain di dalamnya. Selalu juga ada di antara mereka yang menjadikan kotak tempat tidur. Jiji dalam kotak, Manakala Nini, Kiki dan Bujang mengintai dari luar.

Abnag dan Hero juga suka bermain dengan kotak, agaknya Hero harap Abnag keluar dari dalam kotak untuk dia masuk, tapi si Abang terus menerus duduk dalam kotak.

Abang masih menguasai kotak dan akhirnya Hero putus asa.

15 July 2015

Budak 4 Beradik

Dah sebulan saya dan kucing-kucing saya berpindah dari Kuala Lumpur ke Melaka. Rasanya semua kucing-kucing saya dah boleh menyesuaikan diri mereka dengan keadaan rumah yang baru. Namun saya lihat budak 7 beradik ini, anak-anak Oky masih takut-takut, mereka kerap ada bersama seakan-akan memerlukan sokongan antara mereka.

Setiap kali ada yang menjerit si Adik (abang mereka) akan berlari mencari punca suara adiknya. Macam hero nak selamatkan mangsa, dia akan berada dekat dengan adiknya seakan menyelamatkan mereka. Tengoklah berlonggok Mimi, Zizi dan Kiki di hadapan abangnya Si Adik.

Saya risau dengan sikap Si Adik, sebab dia akan menyerang atau mengusik 4 ekor lagi kucing yang saya pungut terutamanya Acik dan Miss Lulu, tanpa usul periksa (ya tak ya juga sebab dia haiwan yang tiada fikiran, tapi dia ada perasaan untuk selamatkan adik dia). Itu sebabnya adik-adik dia rasa selamat bersama Si Baby (Abang) dan Si Adik dari ibu mereka Oky.

24 June 2015

Kasih Si Abang

Dalam banyak-banyak anak Oky, Kikilah yang paling manja. Manja dia melampau kerana setiap kali nampak abang-abang dia (Si Baby dan Si Adik) dia akan melesehkan diri (jatuhkan diri di depan atau di badan abang-abang dia) dengan harapan abang-abang dia akan jilat dan bersihkan bulu dia.

Tengok tu, kerana sayangkan adik abang dia akan terus melayan adiknya itu. Kadang-kadang saya naik geram melihatkan gelagat Kiki pantang abang dia nak rehat dia akan datang.

Abang-abang dia memang sayangkan adik-adik yang 5 ekor tu sejak dari lahir. Kalau Oky tak bersihkan anak-anak dia makanya Si Baby dan Si Adiklah yang memikul tanggungjawab tu. Sehinggakan bila Oky dah tak mau susukan mereka Si Baby dan Si Adik jugalah yang menyusukan adik-adiknya walaupun tak ada susu yang keluar sebab kedua-duanya kucing jantan. Itulah kisahnya kasih sayang abang kepada adiknya.

08 May 2015

Mimi dan Kiki

Tengok budak 2 beradik tu... sama-sama mengambil udara petang sambil memerhatikan burung-burung berterbangan. Sambil memerhati, sambil mulut mereka menyugut sebab geramkan burung-burung tersebut. Agaknya kalau dapat mahu saja mereka tangkap.

Sya panggil mereka untuk rakamkan foto mereka... sayangnya hanya Mimi sahaja yang menoleh. Sedangkan Kiki masih lagi memerhatikan luar.

Apabila Kiki berpaling gambar gelap dan bila gunakan flash mata mereka pula bercahaya, dah macam kucing yang menyeramkan..

18 April 2015

Anak-Anakku Dengan Port Masing-Masing

Ini adalah bilik tidur saya. Kalau dilihatkan bilik ini penuh dengan tempat tidur kucing-kucing saya yang 11 ekor tu. Setiap kali saya masuk ke bilik, mereka semua akan mencari port masing-masing untuk beradu atau setidak-tidaknya bergoleh dan bergurau. Saya terpaksa menyediakan beberapa tempat untuk mereka jika tidak mereka akan berebut-rebut dan bergumpal serta tolak menolak. Kelakuan mereka ni sebiji macam kelakuan anak kecil. Sebab sayang saya sanggup berkongsi dengan mereka.

06 April 2015

Adik Beradik Tidur Berdakapan

Kiki dan Jiji tidur berdakapan di atas kotak, daripada kecik hingga sekarang hubungan mereka masih baik antara mereka. Ada kalanya mereka membersihkan diri masing-masing di samping ibu mereka Oky juga kerap membersihkan mereka.

Adik dan Zizi kerap dilihat tidur bersama, Adik adalah abang kedua Zizi. Jarak umur mereka adalah 6 bulan. Adik sangat kasihkan kesemua adik-adiknya.

Pada hari yang lain, Baby (abang) juga kerap dihimpit oleh adik-adiknya untuk tidur bersama.

18 March 2015

Bila Mereka Bergurau

Macam yang selalu saya ceritakan sebelum ini, kesemua kucing-kucing saya suka bermain di atas katil saya dan kadang-kala di atas katil mak. Mereka melompat, mencakar dan bergumpal. Ada kalanya menarik-narik langsir sehinggakan langsir rumah saya semuanya telah rosak dan koyak rabak.

Mereka juga mampu mengirai semula selimut tebal serta masuk ke dalam sarung abntal untuk menyorok. Mungkin mereka main sorok-sorok. Geli hati melihat mereka bermian dan bergurau.

Kiki sedang aim Bujang untuk diterkam, dan bujang berpusing-pusing untuk mengelak atau mungkin untuk menyerang semula.

Acik sedang memerhatikan Kiki yang menyorok di balik langsir atau mungkin bersedia untuk melompat ke atas bantal dengan diperhatikan oleh Bujang. katuil saya tak pernah nampak kemas, bangun pagi selepas mengemas dan tak sampai 2 jam mereka sudah mengusutkan semual. Apa nak kata nak marah tak sampai hati... sabar dan redha aja.

24 February 2015

Kiki Oh Kiki Nak Jadi Kura-Kura

Ini budak memangnya sukakan kotak, saya ni dah jadi macam memungut kotak, setiap minggu pastinya saya akan pungut kotak untuk mainan si Kiki dan adik-beradik dia. Dia boleh masukkan diri dia dalam kotak dan munculkan kepala saja.

Agaknya si Kiki ni teringin nak jadi kura-kura kot. Tapi kura-kura berbulu.

Agaknya lemas dia pun keluar dari kotak tapi masih tidak berhasrat nak tinggalkan kotak tersebut. 

18 February 2015

Gaya Tidur Mereka

Oky sebelum tidur akan berangan dulu.

Baby akan tidur nyenyak di atas katil di sebalik selimut.

Adik suka tidur tinggi di tepi jendela.

Itam MB juga suka tidur atas tilam

Mimi gemar tidur atas meja tulis saya berhampiran tempat kerja saya di komputer.

Kiki tidur atas kerusi

Zizi juga suka tidur dalam bilik saya atas beg.

Nini suka tidur atas kotak besar yang di alas dengan tilam nipis.

Jiji manja dan suka tidur bersama dengan adik-adiknya yang lain.

Acik suka tidur di semua tempat.

05 February 2015

Kiki Dengan Hand Phone

Selain dari suka bermain dengan tab dan komputer, Kiki juga suka bermain dengan hp. Apabila hp saya berbunyi dan alarm berbunyi, dia dan abangnya Baby akan berlari dapatkan hp saya di dalam bilik. Dia akan menguis-guis hp tersebut selagi ianya berbunyi.

Entah apa yang kucing-kucing faham dengan benda ni semua, rasanya mereka tertarik dengan bunyi dan skrin yang berwarna dan bergerak.

08 January 2015

Tempat Baru Kiki

Anak dara saya Kiki dah jumpa tempat baru dia tidur, bakul bereben dan berbalut dengan kain satin. Macam anak raja pulak bila dia berada dalam bakul tersebut.

Nasib baik bakul tu besar, jadi muat-muat dengan tubuh Kiki yang sedang membesar.

Kiki sememangnya kucing yang terlebih manja tapi juga terlebih garang. Dia manja ikut masa dan bila dia nak garang dia tak pernah pedulukan sesiapa, walaupun begitu Kiki masih belum pernah menggigit.

Bersihkan diri sebelum tidur nyenyak.

19 December 2014

Sebakul Kiki

Rupanya bukan IMB sahaja yang sukakan bakul ini, Kiki juga sering terhendap-hendap untuk mencuba bakul ini. Sebaik sahaja IMB keluar dan berundur Kiki mencuba bakul tersebut. Lama juga dia menghidu dan mencuba bakul tersebut.

Dalam berwas pada... akhirnya dia terlelap juga.

Tidur sambil melentuk.

16 December 2014

Gaya Tidur Kiki

Kali ni saya nak kongsikan foto Kiki yang sedang nyenyak tidur dalam sick-bay kucing yang saya jadikan daripada sebuah kandang yang sedang besarnya. Sick-bay ini saya adakan bagi mengasingkan kucing yang sakit dan demam terutamanya yang mengidap penyakit berjangkit seperti selsema. 

Bagi keselesaan mereka saya letakkan sebuah tutup kotak yang besar. disebabkan badan mereka yang semakin berat tutup kotak yang saya gunakan untuk mereka tidur jadi penyek. Macam mana tidak penyek jika mereka sangat lasak. Tutup kotak tu memang dah tak muat tapi mereka akan bawa keluar atau gonggong tutup kotak di mana mereka suka.

Tengoklah cara Kiki mengeliat, nampak comel kan? Masa ni cuaca bukan pun panas sangat.

Bebas bergerak tanpa gangguan abang dan adik...

Bergulung.. mungkin dia diulit mimpi indah??? selemat bermimpi sayang.