Namun, tahukah anda siapa sebenarnya doktor yang paling terkenal di Amerika saat ini dikenali Dr Oz atau nama lengkapnya Dr Mehmet Cengiz Oz. Dia adalah pakar bedah jantung dari Harvard University. Dari namanya, orang boleh meneka bahawa Oz alias Mehmet mempunyai darah Turki. Ibunya bernama Suna dan berayahkan Mustafa Oz. Kedua-duanya merupakan orang yang dihormati di Turki. Ayah dan ibu Oz kemudian berhijrah ke Amerika pada 1955. Lima tahun selepas itu, lahirlah Oz.
Dalam sebuah wawancara yang disiarkan The Root, Oz mendedahkan bahawa sejak kecil dirinya didik oleh dua gaya muslim berbeza. “Saya dididik oleh ibu yang Islam sekular, Namun ayah saya sangat teguh memegang prinsip Islam,” ujarnya. Hingga kini, dia mengaku masih memeluk Islam. Oz mengatakan bahawa gaya sufi islam sangat mempengaruhi dirinya. Walaupun menjadi doktor yang paling terkenal di Amerika ketika ini, Oz tidak melupakan identitinya sebagai seorang Turki.
Oz bahkan tetap mempertahankan kewarganegaraan Turkinya bersama statusnya sebagai seorang Amerika. Dalam cintanya pada Turki, Oz rela menjadi sukarelawan di tentera Turki.
Diterjemah dari sumber globalmuslim
Sumber: Detik Islam
Nota; Saya pula tertanya-tanya dengan cara hidupnya yang tidak nampak seperti keluarga Islam terutamanya dipihak isteri dan anak-anaknya. Semasa saya berkursus di USA dulu, saya dalam kelas yang sama dengan seorang warga USA yang beragama Kristian tetapi mengawini seorang lelaki Islam keturunan Turki dan mereka mengamalkan agama ikut kepercayaan masing-masing. Bolehke?