Showing posts with label Jabatan Perkhidmatan Veterina Cheras. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Perkhidmatan Veterina Cheras. Show all posts

26 April 2015

Bujang dan Itam MB ke Hospital Veteriner Cheras

Pada 23 April 2015 saya bawa Bujang dan Itam MB ke Hospital Veteriner Cheras untuk mendapatkan vaksin terakhir untuk Bujang dan rawatan sakit kulit untuk Itam MB. Seperti biasa mak ikut sama walaupun hari ini mak berpuasa kerana hari Khamis.

Alhamdulillah kedua-dua mereka tidak banyak kerenah. Itam MB duduk diam-diam dalam carrier pink, manakala Bujang dalam beg sandang. DIsebabkan Bujang kepanasa dalam beg tersebut kerana lama menunggu, saya keluarkan dia untuk mengelakkan dari dia demam.

Terpaksalah saya kendong je dia sepanjang menunggu nombor kami dipanggil. Disebabkan hari Khamis dan hospital ini menjalankan pembedahan makanya lama sedikit masa menunggu pesakit luar.

Bujang tak banyak kerenah mula=mula je dia rasa tak selesa sebab ramai orang dan banyak bunyi kucing. Tapi lama-lama dia duduk diam dalam pangkuan saya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan selamat.

23 April 2015

Waktu Perkhidmatan Veterinar Kerajaan Cheras.


Untuk makluman semua rakan-rakan dan tuan punya haiwan yang selalu mendapatkan rawatan dan perkhidmatan di Jabatan Veterinar Kerajaan di Cheras, maka operasi telah berubah lagi. Masa-masanya adalah seperti di atas. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan perawat. Kalau tidak silap saya dah 2 orang perawat yang berpindah dan belum berganti lagi. Saya sangat berharap agar perkara ini dapat diberikan perhatian memandangkan masa menunggu terlalu lama yang menyebabkan haiwan stress terutamanya pada hari Khamis.

26 January 2015

Jiji Last Bersunat

Anak bujang saya yang bungsu yang bersunat pada 8 januari 2015. Jiji adalah kucing terakhir yang bersunat selepas mak, abang dan adik-adiknya. Kelewatan Jiji bersunat disebabkan oleh dia selsema yang berpanjangan. Selepas dipantau dengan rapi alhamdulillah selsema Jiji hilang.

Kesian tengok muka si bulus kita bila dia masih dalam pengaruh bius. Mereka cuba melawan bius tetap masih tidak berdaya dan kelakuan mereka membuatkan kita kasihan sangat pada mereka. Saya akan sentiasa mengurung mereka dalam kandang kerana mereka akan cuba bergerak walaupun terpaksa mengensut. Jiji sedar sepenuhnya hampir maghrib dan cuba untuk minum tetapi muntah semula. Walau bagaimanapun dia sihat sepenuhnya keesokkan harinya.

10 January 2015

SI Kecik aka Acik ke Veterina

Pada 8 Januari 2015, saya bawa Acik, Baby dan Jiji ke Klinik Vaterina Cheras kerana ada temujanji dengan Klinik Bedah. Saya ambil peluang untuk bawa Baby dan Acik sekali.

Sejak 4 hari lepas, Baby mengalami sakit telinga, jadi saya bawa dia untuk berjumpa dengan perawat di sana, rupanya Baby mengalami rasa gatal dalam teliga kerana kutu dalam telinga dia mati dan bersusun di tepi telinga. Apabila dia rasa gatal, dia mengaru sehingga luka sedikit. Perawat tersebut menasihati saya setiap kali selepas meletakkan ubat titik teliga pada kucing, telingan mereka perlu dibersihkan selepas seminggu untuk buangkan kutu mati.

Manakala Acik akan mengambil vaksin pertama dia. Badan dia kecil tetapi rupanya umur dia sudah 3 bulan setengah. Kucing ni agaknya bakanya bersaiz kecil. Tak kisahlah asalkan dia sihat...

29 November 2014

Neutered Zizi dan Mimi

Mungkin anak-anak saya ini (Mimi dan Zizi) tertanya-tanya kenapa mereka dibawa ke Vet lagi. Nak kata demam tak demam, tapi kenapa mereka ada di sini? Tak pelah apa yang mummy nak buat ni adalah untuk kebaikan bersama, supaya hidup Mimi dan Zizi lebih aman dan terjaga. Peristewa bermakna untuk 2 anak saya ni berlaku pada 6 November 2014.

Tak de apa yang Mimi dan Zizi nak risaukan, tak mungkin kami nak buang kamu berdua sebab kamu sangat kami sayang. Emak saya dan carrier membawa budak-budak ini sedang menunggu nombor kami dipanggil.

Mimi dan Zizi kucing jantan jadi operasi ke atas mereka tidak mengambil masa yang lama, lebih kurang 10 minit setiap ekor. Lebih kurang jam 10.30 pagi semua prosedur selesai dan saya dah boleh bawa balik mereka berdua. Tiba di rumah lebih kurang jam 11.00 pagi dan masa ni Zizi dah sedar sedikit.

Tiba di rumah saya masukkan mereka berdua dalam sick-bay mereka (kandang) dan kelihatan Zizi dan mula angkat kepala dan mula berpusing-pusing. Sedangkan adiknya masih lagi pengsan.

Tapi akhirnya dia pun tertidur semula dan bangun jam 4 petang. Terkangkang Mimi tidur agaknya mereka sedang bermimpi yang indah-indah .....

16 November 2014

Pelalian SiComel Anda

Hari ini saya nak berkongsi dengan poster yang sama ambil gambarnya di Jabatan Veterinar Kerajaan di Cheras. Poster ini mengenai pelalian atau vaksin yang patut diambil untuk kucing anda. Jika anda kasih atau sayangkan kucing anda, tindakan vaksin perlu diberatkan, jangan sekali-kali ambil lewa kerana pada bila-bila masa anda akan kehilangan sicomel anda.

Jika kita dah sayang pada sicomel tu, kehilangannya sangat menyakitkan. Sejak saya kehilangan Comel yang mati secara tiba-tiba, (saya syak Comel diserang Parvo) sukar untuk saya lupakan dia, mana tidaknya dia selalu ada di rumah apabila saya balik dari kerja dan hari Sabtu dan Ahad dia akan tinggal di rumah dan bermain di halaman rumah. Apabila dia tiada saya selalu terbayang-bayang akan dia.

Jadi sebelum anda kehilangan, luangkan sedikit masa untuk hantar sicomel anda untuk divaksinkan. Vaksin kali pertama dibuat 3 kali berturut-turut dengan jarak 3 - 4 minggu. Jadual awal vaksin perlu dipantau kerana miss satu giliran, jadual vaksin terpaksa dimulakan balik dari awal. Masa ni memang cerewet lebih dari vaksin seorang bayi.

11 November 2014

Neautered Itam Mike Black dan Kiki d/o Oky

Pada 30 Oktober 2014, saya mendapat panggilan dari Hospital Haiwan Kerajaan di Cheras untuk mempercepatkan jadual pembedahan casitation Itam dan Kiki. Sepatutnya pembedahan mereka adalah pada 6 November 2014 tetapi dicepatkan. 

Tanpa berfikir saya terima je sebab saya berhasrat untuk menyempurnakan neutered kepada 3 lagi kucing saya iaitu Zizi, Mimi dan Jiji. Maka pada tarikh yang ditetapkan saya bawa mereka ke Veterinar tersebut pada awal pagi. Masih belum ramai jadi tidak lama sangat menunggu.

Seperti yang selalu saya katakan mengenai si Kiki sicomel saya yang tidak suka dikurung, akan mendatangkan masalah jika terlalu lama mengunggu. Jadi saya sangat berharap masa menunggu kami tidak lama, jika tidak susahlah saya dibuatnya nanti. Tempoh masa pembedahan tidak lama, lebih kurang 10 minit untuk Itam dan 30 minit untuk Kiki. 

Foto di atas: Melihat mereka terbaring timbul rasa belas dan kasihan saya kepada mereka.

Lebih kurang jam 11 pagi kami dah sampai ke rumah dan saya masukkan mereka ke dalam sick-bay mereka. Lama juga mereka pengsan dan lebih kurang jam 5.00 petang baru mereka bangun dan minta keluar dari kandang. Agaknya mereka sangat lapar jadi mereka menghulurkan tangan masing-masing minta makan.

Takut mereka muntah jadi saya tangguhkan sehingga selepas magrib baru sediakan minuman dan makanan untuk mereka. Makanan yang saya berikan apa yang dibekalkan oleh Veterinar tersebut. Saya doakan agar mereka cepat sembuh dan bolehlah berlasak seperti biasa.

22 October 2014

Gelagat Kiki Di Veterinar Cheras

Baru-baru ni saya bawa Kiki ke Veteriner Kerajaan di Cheras, lawatan Kiki kali ini adalah untuk vaksinnya yang terakhir.

Kiki ni memang tidak suka sangat duduk dalam carrier dia, dia akan menjerit sekuat hati untuk kita keluarkan dia dari carrier. Masalahnya dia pula sangat takut dengan orang lain. Jika dikeluarkan dari carrier makanya sayalah yang akan jadi mangsa dia.

Dia akan cuba menyorokkan muka dan badan dia di celah-celah tudung, muka dan ketiak saya, Apa nak buat dah sayang makanya saya ikutkan juga.

Selepas puas menyondol, nampaknya Kiki dah penat. kasihan Kiki akhirnya dia duduk di atas kerusi dengan bersembunyi di sebalik beg saya.

Akhirnya dia terlelap juga. Kali ini ramai pelawat di Vet ini, kami terpaksa menunggu lama. terdapat juga kucing/ haiwan lain yang dah penat dan berbunyi menghangatkan suasana.

Nasib saya baik sebab Kiki terus lena sehingga nombor dia dipanggil.

09 October 2014

Operasi OHE Nini - Saat Menunggu

Ini adalah anak dara saya yang paling bungsu. Sekarang ni kami sedang menunggu nombor giliran dipanggil di Bilik No. 7. Ini adalah bilik pembedahan, dan kali ini giliran Nini telah tiba. Sepatutnya kakaknya Kiki yang patut menjalanan operasi ini tetapi kerana kakaknya tidak sehat, Kiki telah miss beberapa giliran untuk vaksin.

Untuk menjalani OHE semua haiwan dan kucing mesti telah diberikan vaksin yang penuh. Namun pada 3 Oktober 2014, Kiki akan menjalani vaksin ketiganya dan setelah itu jadual Kiki ditentukan.


Budak nakal tetapi manja ni tak suka pintu carrier dia ditutup. Tiap kali tertutup dia akan bising dan mengganggu ketenteraman haiwan lain yang juga sedang berdebar-bedar (saya agak je).

Manja kat mummy dan meletakkan kepala dia atas tangan saya... masa ni rasa sangat kasihan pada Nini, tetapi terpaksa takut populasi kucing bertambah. Cukuplah 10 ekor sekarang ni.

02 October 2014

Jadual Vaksin Mimi, Kiki dan Nini

Veksin yang lepas dalam bulan September 2014, budak 3 beradik ni berkelakuan baik... tidak seperti sebelumnya bising dan stress.

Kali ini seperti biasa Kiki akan minta dikeluarkan sebab dia memang berjiwa bebas dan tidak suka dikurung. Manakal Nini dan Mimi tenang dalam carrier.

Wajah Mimi yang nampak relax...

Manakala wajah Kiki nampak stress dengan mata dia yang besar. Syukur alhamdulillah Mimi dan Nini dah sempurna veksinnya dan tinggal Kiki sahaja sekali lagi pada bulan ini.

14 August 2014

Selepas Sejam Baby dan Adik Dioperasi

BAby dan Adik selepas sejam menjalani operasi OHE di Hospital Veteriner Cheras. Pada hari itu iaitu 7 Ogos 2014 banyak haiwan yang dijadualkan menjalani operasi yang sama.

Rupanya bukan saya sahaja yang membawa 2 ekor kucing untuk OHE dan ada yang membawa 3 ekor haiwan. Maklumlah pada hari ini rupanya ramai foktor pelatih dari UPM yang datang untuk menjalani praktikal mereka agaknya.

Kelihatan Baby dan Adik dengan nombor giliran 5009 di dahi mereka. Mereka berdua masih lagi pengsan akibat dari ubat bius. Kali ini saya memegang dan memujuk mereka berdua semasa mahu disuntik bius. Tipsnya dalam tempoh selepas disuntik tuan punya haiwan tidak digalakkan bersuara kerana ianya menjadikan sebab haiwan tersebut lambat pengsan.

Tiba di rumah saya masukkan mereka berdua ke dalam sangkar bagi mengawal mereka dari berjalan. Tetapi mereka lambat sedar lebih kurang jam 5 petang. Disebabkan mereka terkurung di dalam kandang makanya mereka tidak bergerak lasak.

Kesian saya lihat mereka berbaring kerana pada hari-hari biasa mereka sangat lasak dan sentiasa berlari dan berkejaran. Harap mereka faham apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikkan mereka juga.

Sekarang ni telah hampir 6 hari mereka menjalani operasi tersebut dan mereka telah pulih seperti sedia kala, lasak dan bermain dengan adik-adik seperti biasa. Nafsu makan bertambah. 

13 August 2014

Baby dan Adik Menempuh Kehidupan Baru

 Akhirnya jadual untuk pembedahan Baby dan Adik tiba juga. 7 Ogos 2014 merupakan hari yang banyak haiwan dijadualkan pembedahan OHE atau neutered kerana ramai doktor pelatih dari UPM turun di Veterina ini.

Adik dan Baby memalingkan mukanya, tetapi hari ini mereka sangat tenag dan tidak langsung mengeow. Sopan sungguh dan mereka berdua sentiasa ada pelawat yang melihat dan bercakap dengan mereka. Tapi mereka yang sangat pemalu.

Buah hati kesayangan saya. Tenangnya dia menunggu nombor dipanggil.

Tapi saya pun tak duduk jauh dari mereka. Saya sanggup bersila di lantai asalkan dapat bercakap dengan mereka berdua sebelum kedua-duanya masuk ke theater.

Sabar yang sayang. Untuk kebaikan tindakan ini terpaksa dilakukan.

11 August 2014

5 Ogos 2014 Yang Merunsingkan

Pada 5 Ogos 2014 yang lalu, saya membawa Si Baby, Adik dan Kiki untuk pemeriksaan Veteriner di Hospital Veterina Cheras. Saya tiba agal lewat, iaitu jam 9 pagi dan masa tu dah ramai pesakit haiwan dengan tuan masing-masing. (Foto emak sedang memujuk Kiki)

Sebaik sahaja saya membawa ketiga-tiga mereka masuk ke ruang menunggu mereka dah mula mengeow mulanya perlahan dan lama-lama menjadi kuat. Kucing-kucing lain juga sedia ada yang sudah mengeow. Rasanya ini yang membuatkan simanja saya tiga ekor tu rasa tidak selesa. Foto di atas Baby lebih selesa duduk di kaki saya.

Selepas ambil nombor, saya ajak emak saya menunggu sahaja di dalam kereta. Mungkin dengan alat hawa dingin yang sejuk membuatkan mereka lebih tenang. Malangnya sehingga jam 12 tengahari nombor saya masih belum dipanggil. Saya terpaksa bercakap dengan petugas untuk memeriksa Baby dan Adik di dalam kereta saya sahaja, kerana kedua mereka perlukan pengesahan untuk membolehkan temujanji untuk operasi OHE (nutered). Alhamdullilah seorang doktor di situ sangat prihatin dengan keadaan ketidak selesaan mereka dan membenarkan seorang petugas memeriksa Baby dan Adik di dalam kenderaan sahaja.

Akhirnya Kiki dapat juga berjumpa dengan perawat kerana selsema dia. Inilah pertama kali kucing-kucing saya buat hal. Apabila mereka meragam saya dan mak yang rasa sangat tidak selesa. Setiap kali mereka mengeow saya rasakan kesakitannya. Kasihan sungguh .... Kiki berkongsi tempat duduk pemandu dengan saya.