Showing posts with label Jasin. Show all posts
Showing posts with label Jasin. Show all posts

02 June 2015

Breakfast Di Mydin Jasin

First time saya dengan emak breakfast di Mydin jasin selepas kami  berpindah balik ke Melaka. Ini berlaku pada hari Ahad 24 Mei 2015 yang lepas. Memang tak banyak pilihan tapi ini sahaja yang kami terfikir untuk pesan.

Emak makan sop dagning dan saya pesan nasi dengan tomyam seafood. Bolehlah dari mengalami rasa lapar hingga ke petang.

19 February 2013

Maulidul Rasul Jasin Melaka

Pada suatu hari semasa saya dan beberapa adik saya bercuti di kampong, selepas saya dan keluarga makan di Jasin dan dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan perarakan menyambut Maulidul Rasul saw. Perarakan sedang dalam perjalanan dari Rim menuju ke Jasin atau mungkin sehingga masjid Kampung Rim.

Ramai juga yang mengambil bahagian, saya dan keluarga juga terasa teruja melihat acara ini, maklumlah sudah sangat lama kami tidak terlibat atau melibatkan diri dalam sebarang perarakan. Melihat anak-anak sekolah terutamanya dari Sekolah Agama atau Maahad saya rasa seronok, masih ada lagi yang cuba memperjuang dan menegakkan syiar agama serta melahirkan rasa cinta kepada rasulallah saw. Itu pandangan dan persepsi saya sahaja.

Yang berpakaian serba putih siap dengan berserban rasanya adalah peserta dari Maahad yang ada di Rim Jasin. Semoga mereka menjadi menyampung amanat dan wasiat baginda Rasulallah saw.

Dan yang ini tentunya dari anak-anak yang menganggotai kumpulan kompang. Selamat semuanya dan selawatlah serta mendapat syafaat baginda Rasulallah saw nanti di Padang Masyhar, insyaallah.

17 February 2013

Jasin Bandar Ku

Beberapa keping foto terbaru Bandar Jasin... kalau dulu semasa saya bersekolah di pekan ini (lebih kurang 30 tahun dulu) bangunan-bangunan ini belum ada lagi... Pada masa itu kawasan ini dipenuhi dengan sawah padi yang diusahakan oleh penduduk pekan ini.

Kalau dulu, jika saya tidak silap di tapak sekitar Bank Rakyat ada sebuah kolam air yang digunakan untuk menyalurkan air ke petak-petak sawah. Saiz kolam ini tidak besar tetapi agak dalam juga. Pernah sekali dulu semasa saya dalam perjalan ke sekolah saya dan melintasi kawasan itu, kelihatan orang ramai berkumpul di tepi kolam... kenapa????

Rupanya ada seorang gadis telah membunuh diri di dalam kolam itu... Apa yang boleh dibuat kerana hanya mayat sahaja yang ditemui... rasanya gadis itu membunuh dirinya di waktu malam...

Nampak tak bangunan di atas bukit? itulah bangunan sekolah Rendah (J) Kebangsaan Cina, satu-satunya sekolah Cina di Bandar ini. Tinggi kedudukannya jadi banyaklah tangga untuk didaki pelajar dan guru mereka. 

03 February 2013

Makan Satay di Jasin

Masa balik kampong pada cuti sempena Maulidul Rasul, saya dan keluarga teringat akan keenakan satay yang pernah kami beli bungkus di Jasin. Jadi pada petang 26 Januari 2013 kami bergerak ke Jasin dan nasib baik kerana gerai satay tersebut telah dibuka.

Amir sedang menikmati satay manakala rakan barunya masih kelihatan termenung mungkin teringatkan KFC

Sedap ke Amir sataynya, kalau macam tu nanti bila balik kampung lagi kita ke gerai ini lagi.

12 January 2013

Senja Di Jasin Melaka

Banyak kali saya dan keluarga saya mengunjungi Bandar Jasin pada sebelah malam. Kami ke Jasin biasanya adalah untuk makan malam, tetapi malam ini lain sikit, sebab Ain perlu pergi ke Klinik kerana dia demam.

Selepas Ain ke Klinik kami mencari kedai makan untuk makan malam kami. Ammar ke KFC untuk beli ayam goreng dan lain-lain. 

Sementara Ain dan Shima ke gerai depan tu untuk membeli satay - satay di sini memang sedap. Lain kali boleh beli lagi....

05 January 2013

Sarapan Pagi: D' Aisyah Kelubi

Inilah antara gerai makan yang ayah pernah suka dulu. Kini ianya menjadi kegemaran kami pulak. Di sini disediakan sarapan pagi dan makan tengah hari juga. Pelanggan gerai ini bukan sahaja orang Melayu tetapi juga pelbagai bangsa. Roti canai dia puuhhhh terbaik dari ladang. Tak percaya cubalah.....

Ammar sedang menikmati roti canai dan roti telur, itu adalah antara favorite Ammar.

Shimah dan Ain pula menikmati hidangan masing-masing.

Nak sikit?  Saya order roti dan juga mee goreng dengan air kopi O. Saya makan dulu!!!

Kami makan roti canai dan yang tengah tu adalah mee goreng basahnya yang juga sangat sedap dan pedas. Tapi mak makan mee rebus.
Bagi anda yang menetap di Jasin tentunya tahu gerai ini yang terletak di Kelubi.

09 February 2012

Bandar Jasin 2012

Inilah sebahagian dari Bandar Jasin. Bulatan kecil dalam bandar berhampiran dengan bank.

Jalan ini menuju ke Kampong Kesang atau ke Air Keroh. Jalan yang sempit, jalan ini telah ada sejak saya mula-mula kenal Jasin.


Masjid lama di persimpangan jalan menuju ke Kesang Pajak, masjid lama Negeri Melaka kebanyakannya mempunyai bentuk Bumbung yang sama, iaitu terpengaruh dengan seni reka China.

02 February 2011

Mencari Akar Keturunan

Setiap kali saya balik ke kampong di Melaka, saya pasti teruja untuk mencari semula akar keturunan saya. Siapakah mereka?, dari mana asal mereka? dan bagaimana budaya dan anutan mereka. Dari dengar-dengar cakap dan cerita mak serta saudara-saudara, keturunan saya berasal dari pelbagai bangsa dan agama. Ini adalah proses asimilasi yang berlaku di Melaka dulu-dulu, apabila Melaka menjadi pelabuhan penting dalam peta dunia pada masa itu. Di sini bermulanya proses pertembungan budaya, pertukaran ideologi dan perkembangan budaya melalui proses perkahwinan. Agaknya itu yang berlaku kepada asal keturunan saya.

Yang sangat pasti keturunan sebelah emak saya berasal dari dua buah negara yang sangat asing, iaitu ayah emak (atuk saya - Haji Mamood bin Omar) dari keturunan Cina dari negeri China, mereka menganut agama/ bangsa tionghua, Bapa atuk saya [Moyang Omar adalah seorang Cina dan memeluk Islam serta berkahwin dengan Moyang Sakdi yang juga dipercayai seorang Cina Islam (keturunan moyang Sakdi tidak dapat dikesan)]. Lim adalah nama pangkal keturunan Cina moyang lelaki saya.

Semasa kecil saya pernah ke rumah nenek saudara yang bukan Islam di Simpang Pajak dan pastinya dalam rumahnya ada gambar tuhan Cina dengan misai dan janggut yang panjang. Di hadapan gambar itu diletakkan sepiring buah limau yang saya suka ambil dan makan. Kalau tak salah saya di belakang rumahnya ada sepasang kubur Islam yang selalu dikunjungi oleh mereka dengan mengadakan kenduri. Maklumlah saya tak faham apa-apa masa itu sebab masih kanak-kanak, apa lagi makan je la.

Keturunan sebelah atuk saya ini masih lagi ada di Kesang Pajak, Jasin Melaka dan masih ramai lagi di Bukit Rambai. Beberapa kali saya cuba untuk cari tapi tak berani sebab tak tahu nak dimulai dari mana.

Sebelah emak, emak saya (nenek saya Chik binti Manap) adalah bangsa Jawa, keturunan inilah yang membuka kampung Kesang Tua, Jasin Melaka. Itulah sebabnya boleh dikatakan satu kampong ini adalah saudara mara kami. Sayangnya nenek saya ini meninggal dunia dalam usianya yang sangat muda iaitu 32 tahun semasa melahirkan anak bungsunya yang juga meninggal dunia.

Asal keturunan sebelah ayah juga macam sebelah emak, di mana terdapat 2 bangsa, iaitu Melayu dan Cina. Bapa ayah saya (Haji Lesut bin Muslim) juga berketurunan Cina, tetapi asal keturunan mereka telah memeluk Islam agak lama jika dibandingkan dengan sebelah atuk emak. Ayah saya adalah anak tunggal dari perkahwinan atuk saya dengan nenek saya (Nenek Munab binti Raidin).

Kebanyakan kaum kerabat Nenek Munab (dalam gambar Nenek Munap adalah sebelah kiri) berada di Kampong Kemengkang Jasin, seperti juga kaum kerabat di Kesang begitu jugalah dengan di sini, boleh dikatakan seluruh kampong adalah saudara mara kami. Yang sebenarnya masih ramai lagi cabang dan ranting keluarga yang perlu dilukis...... tapi..... apakan daya tiada tenaga....

Dah banyak kali saya cuba bangunkan family tree, tapi susah nak cari roots. Jadi projek itu masih terbengkalai, kalau ada keturunan selepas ini yang sanggup untuk meneruskannya. Selamat mencuba.

09 January 2011

Jasin Bandar Ku

Jasin adalah salah satu daerah dari tiga daerah di Negeri Melaka. Kedudukannya lebih ke selatan tanah air, iaitu bersempadankan Negeri Johor. Pada tahun 2007, Jasin telah dinaiktarafkan dari Majlis Daerah Jasin kepada Majlis Perbandaran Jasin, maka mulai pada saat itu Jasin adalah sebuah bandar, walaupun Bandar Jasin masih muda tetapi beberapa pembangunan jelas di sini dan saya jangkakan dalam tempoh 5 tahun lagi Bandar Jasin akan mencapai kecemerlangannya - usaha untuk membangunkan Jasin perlu dimainkan oleh banyak pihak.

Walaupun Jasin antara bandar yang lama telah wujud di Melaka iaitu semasa perkembangan Kesultanan Melayu Melaka, dipercayai Jasin merupakan lokasi di mana Laksamana Hang Tuah telah disorokkan oleh Bendahara Melaka semasa beliau dijatuhkan hukuman bunuh, lokasi tepat tidak diketahui, tetapi ada kemungkinan di Kampong Gapam kot, saya kurang pasti tentang ini.

Walau bagaimanapun bangunan batu yang lebih tersusun telah didirikan antara tahun 1925 hingga 1930, iaitu lebih kurang 60 tahun yang lalu. Pada pandangan saya ada di antara bangunan ini yang perlu dipelihara dan dijaga untuk mewariskannya kepada generasi yang akan datang. Sebagai contoh deretan bangunan kedai di atas yang dibina pada tahun 1925 yang mempunyai kesenian tersendiri atau kesenian dari Negara India yang mempunyai seperti gerbang di atas bangunan.

Bangunan Ibu Pejabat Polis Jasin, di belakangnya nampak beberapa bangunan kuarters polis yang telah ada sejak saya masih bersekolah menengah di Sekolah menengah Jasin (SMJ) yang kini dikenali dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin (SMKJ). Setiap hari saya dan kawan-kawan berjalan kaki dari Asrama Puteri Jasin di Sekolah Iskandar Syah (SIS) ke SMJ.

Disebabkan oleh bangunan-bangunan ini dibangunkan atas tapak bangunan/ kedai lama (mungkin sezaman dengan Laksamana Hang Tuah kot), yang pada zaman itu mungkin kereta yang popular adalah kereta lembu dan kereta kuda sahaja, maka jalan yang diperlukan tidak luas. Mungkin sebab itulah jalan raya yang ada sekarang ini bersaiz kecil dan sempit walaupun telah diluaskan hampir sangat dengan tepi bangunan sedia ada.

Saya dengar ada ura-ura sebuah stesen kereta api yang baru akan dibina di Batang Melaka, berjarakkan beberapa meter sahaja dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batang Melaka yang sedia ada. Projek ini dijangka siap pada tahun 2012 dan ianya dijangka akan menjadi mercu tanda Daerah Jasin dan lebih khususnya bagi Pekan Batang Melaka, Nyalas dan Selandar. Jika projek ini menjadi maka Melaka amnya dan Daerah Jasin khasnya akan mempunyai sebuah stesen kereta api yang moden dan canggih.

Emak sedang menuju ke kereta yang saya parkirkan di Taman Bunga Jasin berhadapan dengan IPD Jasin. Masa ini kami dalam perjalanan pulang ke Felda selepas mengambil gigi palsu mak.

31 December 2010

Kereta Lumba Anak Saudara

Semasa aku melihat album lama keluargaku, aku tertarik dengan beberapa foto di bawah, mengesahkan anak-anak saudara ku dengan kereta masing-masing. Saja nak share dengan semua sahabatku.

Antara permainan kegemaran anak-anak saudara lelaki aku adalah bermain kenderaan. Asal ada sahaja roda, ok lah bagi mereka. Tetapi ada di antara mereka yang akan mencabutkan roda-roda kenderaan walaupun baru seminit kenderaan tersebut dibeli. Kami menunggu kalau ada di antara mereka akan menjadi jurutera kenderaan bila dewasa nanti. Walaupun kini masing-masing dah besar (tapi masih belum cukup dewasa) tetapi belum nampak bakat ke arah itu lagi. Foto atas dari kanan Amir, Firdaus dan Ammar.

Deretan kereta lumba berkawalan milik mereka, siap sedia untuk menguasai track F1 di rumah kami di Melaka.



Ini adalah abang (Adi Nur Rashid) semasa kecil dia dah belajar untuk memandu, tapi yang dipandunya adalah lori.... Semasa kecil abang kurang suka dengan permainan dalam bentuk kenderaan... permainan yang digemarinya adalah Lego, banyak juga kami belikan dia set lego, dan apabila dia mula mengadap dan mereka, dia akan leka hingga sukar untuk kami memberhentikannya walaupun untuk panggil makam.



Yang ini pulak adalah adik (Firdaus) membelek jentera.... sayang sekali selalunya semua mainan kederaan yang tiba ke tangannya tak tahan lama kerana selalu kemalangan dan tercabut roda. Sekejap sahaja kenderaan akan hilang roda dan diganti dengan roda lain.

28 May 2010

Mesej Kepada Sahabat Lama

Demi untuk bertemu semula dengan ramai sahabat-sahabat saya yang lama sudah berpisah, berbagai cara sudah saya lakukan untuk mencari mereka, terutamanya kawan-kawan sekolah saya. Sebagai anak tentera, saya bersekolah di banyak tempat, kerana mengikut ayah saya berpindah dari satu kem tentera ke satu kem tentera. Tetapi saya amat yakin nama saya mungkin dapat mengimbau kembali kenangan sahabat-sahabat saya, kerana nama yang agak unik dan jarang digunakan oleh orang lain.


Foto sebelah kanan - foto saya bersama sahabat-sahabat semasa di SMJ, rasa-rasanya masa Tingkatan 5 kot.

Saya pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lereh, Melaka; Sekolah Kebangsaan Sri Klana, Seremban; Sekolah Kebangsaan Kesang Tua Jasin Melaka; Sekolah Menengah Jasin (SMJ) dan Sekolah Iskandar Syah (SIS) Jasin. Semasa di SMJ dan SIS, saya tinggal di asrama puteri SIS.



Saya di Tingkatan 6 SIS
Mungkin ramai sahabat-sahabat saya yang mungkin kurang terdedah dengan penggunaan komputer. Jadi itulah sebabnya saya sukar untuk mencari mereka melalui cara ini. Saya telah mencuba mencari mereka melalui Hi5, Facebook, Multiply dan Friendster. Akhirnya saya mengabadikan usaha dan hasrat ini dalam blog ini untuk tatapan saya nanti.

Walaupun begitu hasrat untuk bertemu dengan sahabat lama tetap dalam hati, Sekali lagi saya adalah Adnee binti Ahmad.