Showing posts with label melancong. Show all posts
Showing posts with label melancong. Show all posts

09 November 2014

Koleksi Loceng Tanda Hati dari Luar Negara

Semalam saya mengemas almari perfume kerana dah terlalu sesak, saya ambil keputusan untuk keluarkan semua tanda hati yang saya beli dari luar negara semasa bertugas dulu. Masa tu saya di Kementerian Pertahanan kerap ke luar negara kerana bertugas dan berkursus. Terdapat beberapa tanda hati antaranya loceng, gelas kecil dan lain-lain benda/ barangan yang bersaiz kecil. Saya bersihkan dan lap semua benda/ barangan tersebut sebelum disimpan ke dalam kotak. Rasanya macam nak share dengan anda dan juga menjadi tatapan saya kelak bila terkenang nanti tanpa membuka kotak.

 Loceng di atas berbentuk lady-milk saya beli semasa ke Ansterdam tapi dah tak ingat di mana sebab masa tu dah lama sangat.  Manakala loceng yang 2 lagi tu saya beli semasa di London pada tahun 2008 semasa saya menghadiri kursus di RIPA London. Loceng Lady D saya beli di memorial dia dan loceng Big Ben saya beli di sebuah kedai berhampiran Oxford Road. 

Loceng yang bertanda ATLANTA saya beli semasa saya berkursus di USA pada tahun 2004 di Atlanta, manakala pada tahun yang sama saya beli loceng Charleston. Loceng Canada bila ya? 

Kumpulan loceng ini adalah dari beberapa tempat di negara Itali. Loceng besar berwarna grey saya beli di Genoa semasa melakukan pemeriksaan kilang dan ujian peralatan TLDM. Manakala loceng Venezia saya beli di Venice semasa bercuti selepas tamat tugas. Dan kedua-dua loceng kecil sebelahnya adalah loceng Milan yang mengambarkan Gereja Duomo.

Saya pernah beberapa kali ke France kerana bertugas dan semasa di sana saya beli beberapa buah loceng termasuk di Monte Carlo kerana berkesempatan ke Monaco. Tempat lain di France yang saya pernah bertugas adalah di Nice, Tuolon, Paris dan melawat di Grasse. Selepas bertukar ke Jabatan Pendidikan KL saya tidak pernah berpeluang untuk bertugas atau berkursus ke luar negara lagi.

Namun begitu terdapat beberapa tempat yang pernah saya pergi tetapi tiada loceng yang dijual, sebagai ganti saya beli beberapa tanda hati yang lain untuk kenang-kenangan.

13 February 2012

Melaka Day Cruise - Part VIII - Sambungan Pemandangan Sepanjang Sungai Melaka

Hari hampir senja, kami dah balik semula ke jeti tempat kami mula-mula naik bot, iaitu di Taman Rempah. Cuba lihat replika tanjak (head gear) orang dulu-dulu.

Air sungai belum bersih sangat, warnanya hijau dan berlumpur, walaupun begitu sampah sangat kurang dan tidak seperti di sungai-sungai lain Malaysia.

Masih ada peluang lagi untuk merawat air sungai supaya lebih bersih lagi. Kerjasama semua pengunjung dan rakyat diperlukan

Malangnya saya masih lagi berjumpa dengan pemuda-pemuda yang bersikap membuang sampah di khalayak ramai atau di tempat umum.



















Melaka Day Cruise - Part VII - Pokok Bakau

Di pertengahan pelayaran yang singkat ini, kami melalui kawasan habitat yang dilihat sesuai untuk pertumbuhan pokok dari jenis spesies bakau. Walaupun tidak banyak tetapi pokok ini dilihat subur hidup di gigi air.

Dicelah-celah pokok bakau ini diletakkan beberapa buah lampu yang berwarna warni, saya rasa di waktu malam kawasan ini akan menjadi sangat cantik dengan kilauan mentol lampu dan bayangannya di permukaan air.

Pokok bakau merupakan jenis pokok yang dapat menahan pukulan ombak dan kerana faktor ini, Kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengekalkan pokok berkenaan di samping berguna untuk menghalang hakisan di tebing sungai.

12 February 2012

Melaka Day Cruise - Part VI - Pemandangan Sepanjang Sungai Melaka

Selama 40 hingga 45 minit pelayaran ini, saya dapat merakamkan pelbagai rupa budaya dan tinggalan penjajah serta Kerajaan Melaka lama.

Sungai ini dan Kampong Morter juga telah berpuluh tahun malahan mungkin beratus tahun menyaksikan pelbagai aktiviti dan peristewa yang berlaku di Melaka.

Hospital yang penuh makna bagi kami sekeluarga.

Di sinilah jejak-jejak pendakwah Islam memasuki Melaka untuk menyampaikan agama Islam yang mulia kepada Sultan Melaka dan seterusnya kepada rakyatnya.

Lihatlah pemandangan indah di gigi air sungai.





















Ada lagi foto-foto menarik............

Melaka Day Cruise - Part V - Flora De La Mar

Ini adalah bangunan Quayside, yang dulunya dijadikan gudang oleh penjajah dan kemudian digunakan oleh Kerajaan Negeri Melaka.


Di hujung bangunan Quayside, terletaknya replika ‘Flora De La Mar’ iaitu kapal portugis yang tenggelam di perairan Melaka ketika perjalanan balik ke Portugal. Kapal ini telah dibina di Lisbon pada tahun 1502.

11 February 2012

Melaka Day Cruise - Part IV


Video diambil sepanjang tebing Sungai Melaka yang mempamerkan lukisan besar di dinding rumah, kedai dan bangunan perniagaan yang lain. Membuktikan perpaduan dan kesepakatan rakyat Melaka yang berbilang kaum. Cantik dan sangat menarik. Marilah berkunjung ke Melaka.

Melaka Day Cruise - Part III - Kincir Air Lama

Sangat menakjubkan semasa menyusuri tebing Sungai Melaka dengan bot dan ternampaklah Kincir Air Kesultanan Melaka di abad ke 15, besar betul kincir air ini dan baru saya sedar akan teknologi yang tidak kurang hebatnya semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Kincir ini telah dibaiki semula oleh Kerajaan Negeri mellaka mengikut struktur asal bagi mengekalkan sejarah pembinaannya.

Berhampiran kincir air disambungkan dengan laluan penjalan kaki yang bermula dari hulu sungai ini di mana mulanya pelayaran kami, iaitu Taman Rempah.